Sunday, April 18, 2010

Achik SPIN Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

Salam korang,

Aku baru baca pasal berita nie:-

SEREMBAN: Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.

Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu

Sumber dari -MStar
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

Baca dah dari Oh Artis plak:
Guys, kami di Oh! Artis diberitahu sebentar tadi, Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.
Al Fatihah buat arwah Achik Dan takziah kepada isteri Dan anak2 beliau.

Lambat betul aku update lah. nie gara-gara tertido tengok citer Hantu Kek. Dah tu plak baru balik dari Gatsby Event & PC Fair. Mane tak ke penat kan?

Friday, April 16, 2010

Dah ready ke untuk Gatsby Deodorant Street Fair Esok.

Salam korang,

Semalam aku dapat email dari Nuffnang pasal nie. Haruslah aku dah sedia kan? Walaupun baju purple tak de lagi. Akan ku cari ari nie gak. Aku paksa mrBig pi Jusco malam nie gak tau.

Dalam email tu diorg ade mention few things yang kite kene ikut/buat lah masa event tu nanti. Antaranya :

1. Please take note that it is compulsory for all attendees of the Street Fair to come with socks and shoes, as not doing so would exclude you from being able to play some of the exciting games available at the Street Fair.

Kene pakai kasut dengan stokin. Kalau tak x dapat nak main games yang best nie.
Kalau kasut nie boleh tak? Gilo ape! kene pakai kasut bertutup la kan. Sneakers la senang. Tapi aku ade ke? ermm kene check gobok kasut balik nie nanti.

2. Also, do bear in mind that the Street Fair is not an event catered to small children, therefore if you're bringing your children along, please keep your children close to you at all times in order to prevent any mishaps from occuring.
La ye ke, aku baru nak bawak Jannah sekali pi tapi nanti payah plak nak main2 game. So Jannah lain kali je lah Mami Jaja bawak awak okeh!

3. As per our previous email, all bloggers are required to register themselves upon arrival. There will be 10 registration counters there to expedite the registration process, and the registration list will be sorted in alphabetical order according to your blog URL. Therefore, different counters will be designated for certain alphabets, for example - bloggers with URLs that start with the letters A-C register at Counter 1, bloggers with URLs starting with the letters D-F register at Counter 2, and so on.
Ok paham, so aku ke pi counter huruf S la kan, sigilatv. Tapi daydeck ko jangan ikut beratur dengan aku tau. Hah Bean boleh beratur same aku kan!.

4. In case you haven't heard, we're also aiming to set a record in the Malaysia Book of Records for the 'Largest Gathering of Bloggers' during the Street Fair! As such, please do be punctual as we wouldn't want you to miss out on being part of this record-breaking attempt :)
Ok aku datang awal. Oi masuk M'sia Book of Records, mintak2 adelah muke aku nanti ek. (Perasannya kan)

Lagi sekali, details event nie:-

                            Date: 17 April 2010
                            Time: 10 am - 5 pm
                            Venue: Front foyer, Ground floor, Berjaya Times Square


Jumpe korang nanti tau.

Thursday, April 15, 2010

Barang Pertama

Salam Korang,

Aku kene tag dengan lecturer Isabelle

Aku akan cube mengingati apa-apa yang berkaitan dengan entry/tag nie.
Barang2 pertama slps kahwin, cuba ingat semula apa dia?!!

1. Barang kahwin pertama yg dipakai
Tak de. Cadar kawin pun sewa. Aku malas nak beli2 membazirlah. Pakai pun kejap je. Perfume kot. Hah perfume lah.
2. Barang elektrik pertama yg beli bersama pasangan slps sah bernikah dan dok sebumbung
Barang elektrik? ermm rasanya cam tak de. Sebab masa anak dara lagi aku dah beli semua barang2 nie. Masa tu duk alone kan. Hah kecuali dapur yang ade Hoob & Hood, ala yang letak kat kitchen cabinet tu. Hah itu jelah.

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran

Duit hantaran, aku bagi semua kat mak aku. Satu sen pun tak amik. Duit mas kawin ade aku simpan lagi tapi dah x ingat kat mane aku letak. Boleh gitu?
4. Barang peribadi pertama yg dibeli slps bergelar isteri
Contact lens colour coz masa tu nak pi menyalang (adat org neg sembilan-melawat sedara mara) sebab tiba2 leh koyak plak

5. Barang mahal pertama yg dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)
Belom lagi, semua beli sendiri2 dulu. rumah sendiri kete sendiri. Tak sanggup nak tambah commitment lagi. Tunggu dulu ek..

Okay now...sila jawab 5 soalan tu dan tag semula 5 bloggers lain yg anda suka !!
So, ini dia yang terhebat :

1. SumiJelly
2. Cik Nana
3. Makdara terdiva
4. Matjoe
5. Tasha

Sekarang korang plak kene jawab tau. Aku buat spotcheck nanti. Yang bujang2 pun boleh gak nak jawab kalau dah gatal nak kawin kan!  hehehehehhe

p/s:Belle, aku dah jawab nie tau!