Salam Korang,
Ari nie terlambat sket update, sibuk cari info untuk entry nie
No. 2, Jalan Kristal, J7/7, Seksyen 7, Shah Alam
(otw ke I City tu, kedai nie sebelah kanan)
Last 2 week lepas, atas undangan cik
PojiePooh kite, aku dan beberapa geng2 bloggers yang lain di jemput untuk menjadi Perasa Makanan so called 'Food Tester' di restaurant nie.
So kami dibawa ke tempat dimana bahan-bahan makanan ini di simpan dan dimasak sebelum restaurant ini dibuka secara rasmi somewhere dalam bulan ini lah.
Kami diberi masa selama satu jam untuk mencuba 5 jenis makanan yang akan dijual di restaurant itu nanti. Di antaranya adalah:
Chicken Panee
Chicken Ambassador Cheese
Chicken Ambassador Mushroom
Seafood Plus
Beef Philly Cheese
Sambil merasa makanan ini semua, kami diberi penerangan ringkas mengenai makanan ini semua oleh Pengurus restaurant tersebut En Lee (if salah mintak maaf ek) dan juga kami dikehendaki mengisi borang2 survey yang telah disediakan.
So, dari apa yang aku boleh summarized kan kat sini mengenai makanan kat sini ialah :
1. Rasa
Majoriti mempunyai rasa yang berlainan. Kalau sama susah lah plak kan. Ayam yang isinya tebal digoreng ranggup. Seafoodnya pelbagai jenis dan rasa. Daging lembu mantap siot sebab tebal dan tak liat. Bun rotinya lembut. Tak berape pedas ok je.Sos plak rasa lain daripada yang lain. Sos buatan sendiri, resipi ciptaan sendiri katanya. Kalau cheese tu nampak cheese dia meleleh. Kalau yang ade mushroom nampak mushroom dia. Diorg nie banyak gunakan black/white pepper dalam each meal.Kalau sales dah ok, nanti boleh la buat dwi flavour pedas dan x pedas. Baunya memang menyelerakan lah.
2. Texture
Cantik. Menarik perhatian si pemakan macam aku nie. Sayur-sayurnya macam2 colour. Segar.Saiz besar sama macam Subway punye sandwiches. Garing, tak de lembek2.
3. Saiz
Tak berat dan tak ringan, just nice untuk pegang. Budak kecik pun senang nak pegang. Kalau aku makan sorang memang jenuh nak abiskan tapi kalau mrBig, confirm dia suker sebab besar dan padat.
4. Kesesuaian
Sesuai dimakan time panas-panas sebab cam ranggup je semua bende masuk kat mulut kan
5. Packaging
Cantik colour, menarik perhatian si pembeli. Siap bagi paper bag kertas lagi.
6. Harga
So far dalam survey form tu, harga yang ditawarkan agak berpatutan. Lebih murah dari brand KK or Sub or Mc D
7. Target Market
Sesuai untuk semua orang. Disebabkan restaurant nie kat Seksyen 7 Shah Alam maka target diorg nie adalah student2 yang dekat2 kat situ. Dan juga families yang anak2nya suker sangat makan Mc D kan,so bolehlah diorg cuba kan.
8. Comparison with other brand
Kalau betul2 strategi yang diorg rancang, confirm boleh beat fast food yang lain lah.
Tuan punye restaurant bersama chefnya
Hah, itu sajalah yang aku dapat describe untuk food testing kali ni. Sebenarnya banyak tapi agaknya dah termakan semut banyak aku terus jadi pelupa plak sekarang nie.Aku tak kan review restaurantnya coz belum bukak lagi kan.
Anyway, bila restaurant nie dah dibuka, aku harap dapat pi makan kat sane dengan menu2 yang dihidangkan lagi superb dari apa yang diorg hidangkan untuk kali nie.
p/s: korang nanti bile dah bukak kedai, kite semua pi makan kat sane ek! yang penting sedap dan besau tau!