Wednesday, April 14, 2010

Food Testing at Mo'men Restaurant

Salam Korang,

Ari nie terlambat sket update, sibuk cari info untuk entry nie

No. 2, Jalan Kristal, J7/7, Seksyen 7, Shah Alam
(otw ke I City tu, kedai nie sebelah kanan)

Last 2 week lepas, atas undangan cik PojiePooh kite, aku dan beberapa geng2 bloggers yang lain di jemput untuk menjadi Perasa Makanan so called 'Food Tester' di restaurant nie.

So kami dibawa ke tempat dimana bahan-bahan makanan ini di simpan dan dimasak sebelum restaurant ini dibuka secara rasmi somewhere dalam bulan ini lah.

Kami diberi masa selama satu jam untuk mencuba 5 jenis makanan yang akan dijual di restaurant itu nanti. Di antaranya adalah:

Chicken Panee
Chicken Ambassador Cheese
Chicken Ambassador Mushroom
Seafood Plus
Beef Philly Cheese

Sambil merasa makanan ini semua, kami diberi penerangan ringkas mengenai makanan ini semua oleh Pengurus restaurant tersebut En Lee (if salah mintak maaf ek) dan juga kami dikehendaki mengisi borang2 survey yang telah disediakan.

So, dari apa yang aku boleh summarized kan kat sini mengenai makanan kat sini ialah :


1. Rasa
Majoriti mempunyai rasa yang berlainan. Kalau sama susah lah plak kan. Ayam yang isinya tebal digoreng ranggup. Seafoodnya pelbagai jenis dan rasa. Daging lembu mantap siot sebab tebal dan tak liat. Bun rotinya lembut. Tak berape pedas ok je.Sos plak rasa lain daripada yang lain. Sos buatan sendiri, resipi ciptaan sendiri katanya. Kalau cheese tu nampak cheese dia meleleh. Kalau yang ade mushroom nampak mushroom dia. Diorg nie banyak gunakan black/white pepper dalam each meal.Kalau sales dah ok, nanti boleh la buat dwi flavour pedas dan x pedas. Baunya memang menyelerakan lah.

2. Texture
Cantik. Menarik perhatian si pemakan macam aku nie. Sayur-sayurnya macam2 colour. Segar.Saiz besar sama macam Subway punye sandwiches. Garing, tak de lembek2.

3. Saiz
Tak berat dan tak ringan, just nice untuk pegang. Budak kecik pun senang nak pegang. Kalau aku makan sorang memang jenuh nak abiskan tapi kalau mrBig, confirm dia suker sebab besar dan padat.

4. Kesesuaian
Sesuai dimakan time panas-panas sebab cam ranggup je semua bende masuk kat mulut kan

5. Packaging
Cantik colour, menarik perhatian si pembeli. Siap bagi paper bag kertas lagi.

6. Harga
So far dalam survey form tu, harga yang ditawarkan agak berpatutan. Lebih murah dari brand KK or Sub or Mc D

7. Target Market
Sesuai untuk semua orang. Disebabkan restaurant nie kat Seksyen 7 Shah Alam maka target diorg nie adalah student2 yang dekat2 kat situ. Dan juga families yang anak2nya suker sangat makan Mc D kan,so bolehlah diorg cuba kan.

8. Comparison with other brand
Kalau betul2 strategi yang diorg rancang, confirm boleh beat fast food yang lain lah.

Tuan punye restaurant bersama chefnya

Hah, itu sajalah yang aku dapat describe untuk food testing kali ni. Sebenarnya banyak tapi agaknya dah termakan semut banyak aku terus jadi pelupa plak sekarang nie.Aku tak kan review restaurantnya coz belum bukak lagi kan.

Anyway, bila restaurant nie dah dibuka, aku harap dapat pi makan kat sane dengan menu2 yang dihidangkan lagi superb dari apa yang diorg hidangkan untuk kali nie.

p/s: korang nanti bile dah bukak kedai, kite semua pi makan kat sane ek! yang penting sedap dan besau tau!

Tuesday, April 13, 2010

Aksi Model Baju Separuh Basah di The Beach

Salam korang,

Nak tanye sket nie, apa perasaan korang bile tetiba korang dapat offer jadi model? wah mesti bangga kan sebab perasan cantik. Tak gitu cik temah kan.

Tup-tup masa pi bercuti last week, aku kene jadi model bidan terjun plak. Hehehe bukan apa, private beach yang ktorang lepak tu view dia sesangat cantik. Pantainya putih dan bersih. Air lautnya biru dan hijau dan memacam kaler lagi lah.

Photo shoot nie terjadi dengan x sengaja dibawah matahari terik mencarak dalam kul 11.15am. Dengan muke tak pakai SPF15 lotion, dengan baju serabai selekeh + seluar tido malam tadi, si mrBig nie sibuk gak suruh aku jadi model dia. Maklumlah, dengan view yang superb nie dan lighting semulajadi, mana mungkin dia nak lepaskan peluang untuk test camera beso dan canggih tu kan.

So ini adalah shoot2 yang di ambil:-


Kami beraksi lagi

Memang cun lah

Gaya kan. Model baju basah separuh

Bercanda di pasiran pantai. Ops tersalah tulis la plak,sepatutnya 'were' but 'was'. Thks isabelle..

Melompat untuk lebih tinggi, ops ternampak tut plak heheheh

Si Photographer pun nak beraksi gak

Finally dah abis pun photo shoot nie.

Hah cuber korang tengok, aku boleh jadi model tak? hehehehhehe. Penat memang penat oo dah lah berpanas, dengan baju basah lagi. Aku rasa x sanggup aku nak jadi model lah kalau ade offer lagi cam nie.

p/s: asyik berangan jelah keje aku kan. Korang jangan nak gelak2 okeh!

Bercuti di Pantai Persendirian, memang indah

Salam korang,

aku tau korang mesti tertanya-tanya kemane plak aku hilang 2-3 ari nie. Nak kata bercuti ade plak entry on weekend kan.
Us
Sememangnya aku pi bercuti, dengan BFF aku masa kecik2 dulu. Ktorg nie berkawan sejak dari kecik lagi tapi lama x jumpe. Maklumlah anak2 polis depoh kan, mestilah selalu berpindah- randah. Kitaorang jumpe balik dalam FB (credit to facebook okeh)

Tempat percutian kali nie dekat je, kat adalah tempat tu. Tempat yang korang x sangka lah kan. Ktorg pi on weekend. Jumaat dah check in hotel dah. So bermulalah segala aktiviti yang ktorg dah plan beberape minggu yang lepas.
Pas masak, apa lagi makan lah
Malas nak masak, jejalan cari makan plak
Jejaka Malaya
All of us

So memacam kitorg buatlah, selain dari makan dan masak, ktorg bersight seeing di area Pantai timur nie. Segala jenis pantai semua aku singgah, even x turun dari keta but still gambo2 pantai semua aku amik. Sebelah petang melepak kat kolam renang je sampai ke maghrib, tak pun ke private beach yang diorg dah sediakan kat sini. Memang cantik lah, ala-ala Bali lah katakann. Sebelah malam plak, ktorang duk bantai bersembang kisah2 lama. memang menyeronokkanlah. Setiap ari rutinnya cam tu. Segala bendalah ktorg kongsi bersama.
Alamak, ade grammar mistake plak kat situ. Sepatutnya 'were' jadi 'was' plak. Nasib baik ade grammar teacher Cikgu Isabelle kite. Thks
Ultraman taro bersama partner in crime
Anyway journey 3 ari 2 malam nie memang x dapat aku lupakanlah sebab banyak sangat kenangan pahit, manis untuk aku. Aku malaslah nak citer tapi memang mengajar aku erti kesabaranlah dalam sesuatu perhubungan tuh.

p/s: kenape entry aku nie berbaur emo, kan entry pasal bercuti nie ek?apa kene nie..