Tuesday, April 6, 2010

My Favorite Sport

Salam Korang,

Nie nak citer pasal sukan plak sebab Project Alpha Instant Cash Blogging untuk Week 6 nie tajuknya 'My Favourite Sport'

La korang ingat, gemuk2 aku nie dulu masa lom kawin aku kuat bersukan okeh. Jangan pandang aku sebelah mata tau. Main untk club lagi.  Sukan yang aku suker sangat main dulu nie lah, Skuasy atau lebih dikenali dengan Squash.

Best court dia dinding je semua

Hah cam hebat tak? Aku dengan geng2 bujang aku dulu gilakan sangat main squash nie. Mana tak nya, dalam seminggu dalam 3 kali lah kitaorang pi main. Lom lagi kira Ahad plak. Yelah masa tu mrBig asyik sibuk dengan rugby je kan. Aku pun berjimba lah dengan bebudak nie.

Raket & Bola (Aku punya brand Wilson)

Sape boleh lawan Dato' Nicol David kan, World No. 1 tau!

Sukan ini, tak susah sebenarnya. Memula start main, kitaorg main ikut suke coz x pandai lagi kira mata. Kata 'Wan' kawan aku, game ni untuk release tension, yelah pukul dinding kan. Hah apa lagi, few times memula tu, asyik pukul dinding jelah. Siap tergolek2 lagi jatuh. Nasib baik court tu x ramai orang nak guna so bolehlah ktorg lepak lelama kat situ. Lelama trus jadi pandai dah boleh kira mata sendiri dah. Semuanya belajar thru google.com

Selalunya kitaorang jumpe pas keje kat Bangsar Sport Club, masa tu keje area Subang so balik amik member aku 'Ita' sorang lagi kat Damansara Intan, then ktorang trus ke Bangsar. Ala sorang RM3 je per hour. Main selalu 2 jam then pas tu kitorang pi terjun swimming pool kat situ. Maklumlah ketiak dah berlendir2 takkan nak balilk cam tu kan. So pas mandi dalam swimming pool, trus kitaorg mandi kat shower room yang diorg dah provide, sambil gunakan ini.


Tapi kitorang pakai yang women punye lah. Barulah wangi feminin sket kan. Dah wangi2 baru boleh lepak2 kat Pelita Bangsar tu sambil usha-usha mamat2 cun & cute & gerek!

Hah itulah serba sket pasal my favourite sport. Walaupun macam2 sukan aku dah cuba tapi Squash nie memang betul2 menguji aku. Tapi sampai 5 minit, baju aku dah basah, yelah berlari2 kesana kemari kejar bola sampai langgar dindinglah. 

Anyway, its fun.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


Anyway korang, tolonglah 'like' my entry at Project Alpha fanpage in Facebook. Choose fans+project alpha and find my name there. Ingat tau Cik Lily Putih.

p/s: kengkawan tolong vote okeh! Segala kerjasama dari pihak anda akan saya hargai. Sekian terima kasih. Cewah!!.

Monday, April 5, 2010

Sepetang Bersama NurJannah

Salam korang,

last weekend x banyak bende yang ktorg buat pun. Setakat balik kampung kat Sri Rampai,pi food testing kat Mo'men Restaurant Shah Alam (nanti aku citer ek), pi Uptown Danau Kota, pi Jusco Balakong, pi Jusco AU2, tengok tv, makan2 itu jelah.

My BIL bawak balik NurJannah kat umah Sri Rampai. Sapa dia nie? Seorang anak comel yang dibela pakciknya bersama kengkawan pakciknya yang lain. Orangnya sweet sangat, tak banyak ragam, kuat berceloteh walaupun baru berumur 3 tahun. Tahap pemikirannya agak dewasa berbanding dengan budak umur 3 tahun yang lain, maybe dia x penah ade kengkawan yang sama umur denganya. Yang penting pandai bawak diri, very well behave.
Dengan Pah Bedoh, dia panggil my MIL. Maklumlah orang perak
Dengan Mami Siti
With Us

Jadi petang sabtu tuh, berjalanlah kami sekeluarga melayan kerenah si NurJannah nie. Kata my SIL, kite dah lama x bawak budak kan, mesti rasa akward kan. Kene bawak, botol susu, pampers kan.Dia x seperti bebudak yang lain, x kisah nak toys ke apa ke. Bile dia nak sesuatu, dia pegang dan cakap 'mahallah mami', which is dia sendiri tak tau pun harga barang tu berape. Maybe pakciknya Eddy dah biasa ajar dia kot.

Bile kenangkan nasib dia, aku jadi sedih sebab macam mana parents dia bole buat cam tu kan dia. Dia ada mak dan ayah tapi masih2 buat haluan sendiri. Boleh cam tu ek! Kalau akulah, aku jaga betul2 NurJannah nie.

Sesape yang kenal NurJannah nie mesti akan jatuh cinta dengannya. Dia seorang anak yang baik dan sweet sesangat. Even mrBig cakap kalau sesape x nak bela dia, confirm mrBig nak amik dia as anak angkat.

p/s: Kalau korang tengok gambo pun korang cakap dia comel, lom jumpe in person. Mesti korang nak bawak dia balik tau.

Friday, April 2, 2010

Wangi Fabulous Cat, ternyata memang wangi!

Salam korang,

cam ne aku boleh terlupa pasal entry nie pun aku tak taulah. Actually aku schedule post nie, tetiba dia tukar jadi draft plak ek.

Citernya cam nie, last week tak silap aku Jumaat malam kot, ktorang dinner kat McD. Tetiba plak boleh mengidam nak makan Spicy McDeluxe kan. So lepak2lah sambil makan2 sambil tengok2 tv. Tetiba nampak ramai plak orang berkerumun kat depan ktorang nie.

Kami dengan ala-ala mat kepoh pun sibuk gaklah, menyelitkan diri ditengah2 orang yang ramai tu. La rupenya squad MyVi Era + Celebriti sekali. Ooo artis diorg nie Fabulous Cat bukan fabuloso tau, itu pencuci baju. So macam2 game ade lah. Kuiz2 yang senang tapi tricky. Banyak gaklah hadiah yang diorg bagi, tiket wayang Clash of Titans, tiket konsert AF, barangan Era, Drinks dan memacam lagilah.

Kene jawab soalanlah tu

Tengok aku pun kene

So ramai orang cube yang jawab, ade yang betul ada yang salah. So bile last questions Cat tanya, namakah 2 lagu Fabulous Cat, cepat2 aku angkat tangan. Dapat plak tu jawab (padahal pakai tembak je). So dapatlah aku hadiah kopi ginseng. Nak tergelak pun ade gak.

Gayakan wangi, ermm wanginya
mrBig pun sama gak bercamwhore

Pas tu bercamwhore aku dengan geng Fabulous Cat, semua ade kecuali Zizie je. Wangi memang cantik in-person dan yang penting memang wangi tau.

Ermm, memang kelakarlah malam tu, boleh menang kopi rupanye.

p/s: kalau korang nak rasa kopi ginseng Meet U nie, datanglah umah aku time aku buat rumah terbuka nanti ek. Aku bagilah korang rasa ek! tapi raya kan lama lagi. mesti kopi nie abis dibedal oleh mrBig kan! ermm..