Wednesday, March 31, 2010

Kereta Baru

Salam korang,

nampaknya dah dua ari aku update malam ni. Nampaknya payahlah aku nak memaintainkan traffic blog aku nie. Selalunya aku update tengahari, nie malam plak. Nasib baik ade Gengblogger, glamer sketlah blog aku nie kan.

Aku tertarik dengan komen2 dalam facebook aku semalam. Cuba korang tengok nie:
Ok, aku jawab komen2 diorg nie kat sini.

Byzura : Dapat discount 5% tapi tak dapat free gift lagi. Diorg dah change polisi dah. No more free gift but replace dengan rebate 5% if you renew dengan Kurnia Insurance lah. Kalau insurance lain, x tau plak

Shera : tukar kete? tobat aku tak nak azablah, tapi beli lagi satu aku sanggup. Jadi aku ade 2 kete. So nampak tak ketamakan aku kat situ. :-)

Jamilahwatie : Pandai je cakap duit aku tak luak, abis tu ari2 belanje tu ape? kalau tak luak jawabnya aku orang kaya baru la tu kan.

Noriedah: Kete mainan banyaklah mrBig beli, ishk nie lagi sorang, nak BBQ je baru nak ingat aku. Ingat aku nie tokey BBQ ke hah!


Yang sebetulnya aku tak tukar kete baru pun still dengan JAJA kesayangan aku lagi. Ishk tak nak aku tambah hutang lagi, yang ini pun gigil2 nak bayar tiap2 bulan nie kan plak nak kete baru.Semalam aku pi renew roadtax & insurance untuk kete aku nie, even dah dapat 55% NCD but still mahal lagi aku nak bayar. Maklumlah pakai kete berciri2 automatic dan bercc lebih 1.6 ke atas. Hah cam tulah gamaknya, kata mak aku nak berlagak sangatkan, rasakan. Kete kecik2 x pandang, nak pakai kete beso2, hah inilah akibatnya.
So renew kat Kurnia Insurance, kejap je process dia. Bawak geran kete ala kad warna pink tu, then tunjuk je kat kakak kat counter yang manis lagi baik tu. So dia yang tolong kirakan semua sekali. premium berape, windscreen berape, pendek kata macam2 lagi lah. Tup tup dia cakap RM789.60 siap dengan windscreen dan dah tolak rebate lagi dik. Aku dengan tangan yang agak gigil2 bagi je duit tu kat dia. Hah dia print resit dan cover note sambil cakap hah pas nie pi renew roadtax plak.

So aku ke JPJ Bangi kat Seksyen 7 nie, memang dekat giler dengan umah aku. Parking kete. Then masuk amik no giliran, tak sampai 5 minit no aku dah naik. Abang yg ala2 garang tapi baik tu trus mintak geran sambil tengok cover note. Dia tanya nak 6 bulan ke 1 setahun. Aku dengan muke ala2 risau terus cakap 1 tahun. Korang nak tau kenape aku risau? Sebab aku ade 5 saman polis yang lom  bayar lagi. Apa lagi speedtrap kat highway lah kan. Abang tu trus mintak RM90.00 dik. Ermm lega betullah, nampaknya saman aku still lom kuar warant lagi. Ishk kalau sangkut mampus aku nak settlekan saman tu semua.

So pas bayar, trus keluar sambil muke berseri sebab roadtax dah clear. Selamat untuk satu tahun lagi. Nampaknya aku kene kumpul duit untuk bayar saman dalam tahun nie gak lah.

Itu pengalaman aku deal pasal renew roadtax & insurance kete nie. Senang. Apa-apa pun aku suker sebab perkhidmatan gomen skrg makin bagus, makin cepat dan mudah, cuma maybe ade segelintir jabatan je buat2 lembab lagi kot.

p/s: la bende2 cam nie pun nak citer ke? korang plak camne? penah deal insurance & roadtax sendiri ke?

Tuesday, March 30, 2010

TQ Nuffnang For the Invitation

Salam korang,

Dah malam baru dapat update. Ari nie busy sket eventho cuti, tapi sibuk berjalan menyelesaikan apa yang patut. Terbanglah RM2-3K ari nie je. Uisk kuasa duit kan. Kejap je abis. Padahal baru je dapat semalam. Hari nie dah langsai abis. Tapi tak per janji hutang dah settle.

La bukan apa, aku balik tadi, check2 email dapat plak email dari Nuffnang pasal Project Alpha Seaseon 2 Bloggers Launch.

Terus hati jadi berbunga2 cinta. Dah cakap dengan mrBig tapi dia malas nak ikut so aku pi sorang. Ingat nak ajak sape ek?

So korang2 yang rasa2 nak ikut aku, meh tinggalkan komen. Kalau aku rasa sesuai jadi partner aku malam tu, then aku pilihlah.Tapi korang kene bagitau apa persamaan kite ek! contohnya: suke makan ke, suker jalan ke, suke marah orang ke kan.
So nanti korang bolehlah berjimba2 dengan Bean, Aus,K Ina KL, Tasha, Eyriqazz dan ramai lagi lah.
Ingat tau!

p/s: daydeck, dimanakah dikau!

Anugerah BuatMu KengkawanKu


Anugerah buat kamu
Wah... Aku dapat anugerah, hadiah, dapat award, best..best.. tapi award yang mcm ni yang buat aku pening kepala. Kenapa? jom usha kenapa? aku dapat anugerah ni dari sape lagi Cik Tasha
soalan 1 : 3 names in your massage inbox,hp ke social profile ?
My mrBig
• My Siblings
• My Gengs

soalan 2 : Your main Ringtone.
Michael Buble - Quando,Quando,Quando

soalan 3 : What u did at 12 last night?
Tengok Tv, baru abis tengok CSI NY

soalan 4 : Who was the last person you went out with? where?
Hubby a.k.a mrBig- Austin Steak House, apa lagi makan lah

soalan 5 : The colour of the T-shirt you're wearing now.
white

soalan 6 : The last thing u did.
Masukkan swimsuit dlm laundry bag untuk dibasuh dalam washing machine

soalan 7 : 3 of your everyday favorite items.

Astro,PS2,DVD

soalan 8 : The color of your bedroom.
Pink, sweet kan!


soalan 9 : How much money in your wallet now?
Ade RM2K coz esok nak renew roadtax dgn insurance kete

soalan 10 : How's life?
Happy, happy dan happy

soalan 11 : your favorite song..
Lagu-lagu yang menenangkan hati dan jiwa dan juga lagu2 yang boleh buat aku melalak2.

soalan 12 : What will you do next weekend?
Kuantan - Kuala Kemaman. nak pi makan Satar lagi

soalan 13 : When was the last time you saw your mum.
3minggu lepas, aku balik kampung bawak dia pi Mydin beli makanan kucing

soalan 14 : where is she now?
Dia ikut ayah aku pi berniaga karaoke

soalan 15 : when was the last time you talked to your parent?
La baru tadi, sesaje kacau tadi, tanye dah makan ke lom

soalan 16 : Who is the last person that talked with you last night?
Hubby aku lah

soalan 17 : where did you have dinner last night?
Kat umah, ade makan2 dengan family malam tadi

soalan 18 : The last surprise you got.
surprise ?? Nuffnang anta invitation.

soalan 19 : Last thing you borrowed from your friend.
X ingatlah coz dah lama x pinjam barang dengan orang

soalan 20 : Who is your bf/gf or husband/wife?
En Syaiful Ridzman a.k.a my lovely mrBig

soalan 21 : what do you feel now?
Rileks, enjoy depan PC nie sambil nyanyi lagi 21 Guns

soalan 22 : wanna share with who?
x nak share dengan sesape lah. lecehlah.

soalan 23 : who knows your secret?
secret ? nobody but you

soalan 24 : they keep your secret?
mane ade orang simpan rahsia aku nie.

soalan 25 : Are you angry with someone?
Tak delah, lom lagi rasa nak marah dengan orang

soalan 26 : what do you order at McD?
Spicy McChicken

soalan 27 : The last time you felt so sad..
Masa mrBig bising kat aku, asyik beli buku tapi x baca buat penuh rumah je

soalan 28 : mahu tag?
Haruslah, akan ku tag mereka yang sesuai.
Hah korang, sila jawab tag aku nie. 
Matjoe
Cik Nana 
Makdara Terdiva 
Asmahani 


Kengkawanku, sila jawab dengan tenang dan betul okeh. Jangan lupa, aku buat spotcheck tau! (Dah macam pengawas kat sekolah plak ek)


p/s: pas nie confirm, ramai gile akan tag aku balik. ishk padan muke aku kan!