Tuesday, March 23, 2010

Workaholic, itu aku

Salam bebs,

Nak tanye korang nie, aku nie seorang workaholic ke? Korang agak2. ermm rasanya tidak kot. Tapi bebudak kat opis nie gelarkan aku workaholic sebab diorg x penah nampak meja aku nie bersih dan kosong dari start keje kul 7 sampai kul 7 malam cam tu gak lah.Mana taknya pagi menimbun, tengahari kang surut sket, petang bile diorg balik dr site, bertimbun balik meja aku.

Tapi cube korang tengok gambo2 nie (diambil tadi)

Pandangan Jauh

Pandangan Sisi (Eh, cawan minum milo pun kat situ lagi lah)

Pandangan Depan (Buku nota yg sentiasa kat tangan.)

Ini adalah sebahagian dr paperwork2 yang kene buat. Lom tengok yg lelain lagi. So workaholic ke tak? Rasanya ntah kot. Aku rasa ramai lagi orang yang lagi teruk keje dari aku. Walaupun aku nie based technical, tapi keje2 admin pun kene buat gak coz lom cari lagi bebudak admin untuk tolong aku. Dahlah sekarang nie part time jadi PA untuk bos German aku plak. Ermm macam2 lagi lah keje2 machai yang aku kene buat.

Apa-apa pun ini dah jadi sebahagian dari hidup aku kan, so kenalah buat sesungguh hati kang x berkat duit gaji tu kan.So far aku lom penah complain lagi dengan HR,mlaslah nak kecoh2 kecuali dgn mrBig jelah.Tapi kalau aku tak workaholic, makin bertimbunlah kertas2 yg bercetak nie kan, but I really love my job.

Kalau dah dalam jamban pun nak keje gak, payah dik non!
all grafic pics from google.com

So korang plak cam ne? Rajin cam aku gak ke? ke rajin surfing time keje nie??

p/s: sebut betul2,wor-ka-ho-lic tapi bukan alcoholic or acrobatic okeh! tapi minum horlics bole.

Monday, March 22, 2010

No Sweat

Salam mesra yang ku berikan,

No sweat? ko tau ke ape? Tiada peluh lah. Ishk tak kan itu pun tak tau, kalau tak tau gak pegi kat Google Translate. Nanti keluarlah, apa maknanya kan.

Nie pasal peluh nie, biasalahkan semua orang berpeluh. Kalau tak peluh tu tak tau species apa plak tu kan.

Tapi orang berpeluh nak banyak kategori. Ada yang peluh tapi tak berbau dan ada yang berpeluh tapi baunya ya allah boleh pengsan lah. Pas tu plak, tak semua orang kuar peluh kat tempat yang sama, ada yang kepala je peluh2, ade yang ketiak basah dan ada plak yang satu badan basah disebabkan peluh.Agaknya hormon x berape stabil kot kan

Nak2 mrBig, ya allah dia nie memang kuat peluh. Kejap je dah peluh, kekadang tu pas mandi pun dia boleh berpeluh. So far kalau dia berpeluh taklah busuk sangat lagi kan. Kalau busuk gak. aku suruh je dia pakai nie.

Tapi dia memang pakai barang2 dari Adidas pun. Selain dari toiletries, baju, seluar, kasut semuanya Adidas. Maklumlah orang sukanlah katakan.

 
Apa-apa pun, aku nak promote kat korang jangan lupa tengok Project Alpha Season 2 nie. La korang tak tau ape bende nie, hah korang click kat sini:-

Korang tengok dulu, nanti korang tau lah project apa nie tau! Project nie start bulan April 2010 nanti.Project nie dapat tajaan P1wimax dan MAS (dapatlah aku terbang2 ke awan ek) dan dipersembahkan oleh Adidas Action 3 (ermm bertambah2 lah wangi mrBig kan!)
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1wimax and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

p/s: pics credit to Google.com

Kejadian Menghampakan di Hot Air Balloon Fiesta 2010

Korang baca nie,

Hot Air Ballon Fiesta 2010

Semalam acara penutup bagi Hot Air Balloon Fiesta 2010, so aku pun pegi lah untuk mengisi masa lapang  petang semalam. Sampai sana dalam 10 minit je dari umah. best kan!. Cari parking pun senang. Diorg dah provide banyak tanah lapang untuk parking.

Cuaca yang sangat panas terik

Kenangan bersama belon. Jadilah kan!

Cuaca sangat memberangsangkan, so disebabkan aku malas nak pegang payung, so ktorg pakai cap je. Senang kan. Bawak backpack yang dalamnya ada botol air beso dan sangat sejuk okeh. Aku dah prepare semua F&B dari umah. So senangkan.


Cantikkan belon2 angin nie ek!

Satu je belon ade masa nie

So startlah journey ktorg, berjalan dari satu section ke section yang lain. Sambil tu mata melilau mencari belon beso yang sangat2 gorgeous itu, tapi x de. Ishk pelik plak aku rasa. Tetiba mrBig buka mulut, belon lom sampai lagi, petang sket baru ade lah kot. Berjalan to each section sangat memenatkan sebab ramai orang sedang sibuk tawar menawar segala bende yang ade dalam kawan bazaar nie. Yang paling laku sekali korang nak tau ape? Bazaar Crocs lah. Diorg boleh jual 4 pasang RM50. Haruslah orang2 yg suka membeli-belah nie seperti aku singgah tempat nie kan. Bebudak kecik sukerlah coz diorg ade tempat nak berhurah2, banyak playground yg cam belon pun ade,petting zoo dan macam2 lagilah.

Tengok betapa ramainya orang tunggu nak amik gambo belon2 nie

Sambil nak tunggu belon nie sampai, ktorg duk bersantai bawah pokok kat sini sambil peratikan gelagat orang2 yang datang kat sini. Pelbagai rupa, bangsa, corak pun ade. Tapi yang datang dengan camera dlsr yang canggih2 tuh memang banyak.

Kepala si darth vader nak mengembang

Cuaca semakin redup, so lagi ramailah yang bersantai2 bawah pokok tu kan, tetiba ade anouncement yang mengatakan belon nie akan mengembang. Ishk aku tertipu sebenarnya. Rupa2nya belon nie ada ade kat situ, cume diorg kat pasang lagi. So start diorg pasang, so one by one kembang2, tapi angin semakin kencang, diorg still cuba lagi mengembangkan. Kan situ aku dah nampak si darth vader tu start kembang.

Gelap giler kan, siap dengan ribut petir sekali!

Kembang punye kembang. bedebush hujan turun bukan main lebat lagi. Bertaburan orang ramai lari, macam kene kejar dengan dinosaur plak kata mrBig. Ktorg sampai kat kete x basah sangatlah.  Masuk dalam kete trus, bukan main gelap lagi siap dengan ribut petir lagi tau. Tunggu punye tunggu memang confirm x berhenti hujan nie. Then trus je ktorg balik.

Hampa memanglah hampa tapi nak salahkan sape. Aku rasa pihak pengajur patut kene sediakan back-up plan jika jadi kes2 cam nie. Tengoklah betapa ramai orang hampa x dapat tengok belon2 panas nak cantik nie.

Apa-apa pun aku tumpang tengok gambo belon2 nie kat blog orang lain. Nak buat cam ne kan. mr Big cakap lain kali pegi ari sabtu, at least kalau hujan sempat lagi pegi hari esoknye kan.

p/s: itulah dia pengajaran kan. Tapi sampai skrg aku stil sakit nau hati sebab x dapat amik gambo dgn darth vader. Kalau korang camne? sakit tak ati?