Monday, March 22, 2010

Kejadian Menghampakan di Hot Air Balloon Fiesta 2010

Korang baca nie,

Hot Air Ballon Fiesta 2010

Semalam acara penutup bagi Hot Air Balloon Fiesta 2010, so aku pun pegi lah untuk mengisi masa lapang  petang semalam. Sampai sana dalam 10 minit je dari umah. best kan!. Cari parking pun senang. Diorg dah provide banyak tanah lapang untuk parking.

Cuaca yang sangat panas terik

Kenangan bersama belon. Jadilah kan!

Cuaca sangat memberangsangkan, so disebabkan aku malas nak pegang payung, so ktorg pakai cap je. Senang kan. Bawak backpack yang dalamnya ada botol air beso dan sangat sejuk okeh. Aku dah prepare semua F&B dari umah. So senangkan.


Cantikkan belon2 angin nie ek!

Satu je belon ade masa nie

So startlah journey ktorg, berjalan dari satu section ke section yang lain. Sambil tu mata melilau mencari belon beso yang sangat2 gorgeous itu, tapi x de. Ishk pelik plak aku rasa. Tetiba mrBig buka mulut, belon lom sampai lagi, petang sket baru ade lah kot. Berjalan to each section sangat memenatkan sebab ramai orang sedang sibuk tawar menawar segala bende yang ade dalam kawan bazaar nie. Yang paling laku sekali korang nak tau ape? Bazaar Crocs lah. Diorg boleh jual 4 pasang RM50. Haruslah orang2 yg suka membeli-belah nie seperti aku singgah tempat nie kan. Bebudak kecik sukerlah coz diorg ade tempat nak berhurah2, banyak playground yg cam belon pun ade,petting zoo dan macam2 lagilah.

Tengok betapa ramainya orang tunggu nak amik gambo belon2 nie

Sambil nak tunggu belon nie sampai, ktorg duk bersantai bawah pokok kat sini sambil peratikan gelagat orang2 yang datang kat sini. Pelbagai rupa, bangsa, corak pun ade. Tapi yang datang dengan camera dlsr yang canggih2 tuh memang banyak.

Kepala si darth vader nak mengembang

Cuaca semakin redup, so lagi ramailah yang bersantai2 bawah pokok tu kan, tetiba ade anouncement yang mengatakan belon nie akan mengembang. Ishk aku tertipu sebenarnya. Rupa2nya belon nie ada ade kat situ, cume diorg kat pasang lagi. So start diorg pasang, so one by one kembang2, tapi angin semakin kencang, diorg still cuba lagi mengembangkan. Kan situ aku dah nampak si darth vader tu start kembang.

Gelap giler kan, siap dengan ribut petir sekali!

Kembang punye kembang. bedebush hujan turun bukan main lebat lagi. Bertaburan orang ramai lari, macam kene kejar dengan dinosaur plak kata mrBig. Ktorg sampai kat kete x basah sangatlah.  Masuk dalam kete trus, bukan main gelap lagi siap dengan ribut petir lagi tau. Tunggu punye tunggu memang confirm x berhenti hujan nie. Then trus je ktorg balik.

Hampa memanglah hampa tapi nak salahkan sape. Aku rasa pihak pengajur patut kene sediakan back-up plan jika jadi kes2 cam nie. Tengoklah betapa ramai orang hampa x dapat tengok belon2 panas nak cantik nie.

Apa-apa pun aku tumpang tengok gambo belon2 nie kat blog orang lain. Nak buat cam ne kan. mr Big cakap lain kali pegi ari sabtu, at least kalau hujan sempat lagi pegi hari esoknye kan.

p/s: itulah dia pengajaran kan. Tapi sampai skrg aku stil sakit nau hati sebab x dapat amik gambo dgn darth vader. Kalau korang camne? sakit tak ati?

Sunday, March 21, 2010

Cerita Si M & M, sangat menarik tau!

Hi korang,

Wah lebih santai nampaknya kan? maklumlah ari minggu. semuanya malas mood. Dari bangun sampai nak buat sarapan pun malas.
Sapa M & M nie? bukan coklat M&M tuh, tapi initial untuk kawan aku yang namanya Mar dan hubbynya Mat. Itu yang ktorg geng2 gelarkan M&M tuh. Bukan apa senang nak ingat.
Pagi semalam (sabtu) dlm kul 7am aku dapat call dari si M(mahadir).Aku x perasan bile 3 call baru aku tersadar, rupanya dia yg call. So ini yg terjadi:

 ML: J, MB ade call ko tak?
Aku: x de plak. apa cer nie pepagi cari aku?
ML : si MB, nie buat hal plak. Cari pasal dengan aku. Tetiba dah x nak bercakap dengan aku. Bile terpaksa cakap, dia tengking2 aku. Ade ke patut? Aku nie kan laki dia.
Aku: Beb, mesti ade sebab kot, ntah2 ko ade sakitkan hati dia ke? mane tau kan?
ML : Ntah, bile aku tanye dia x nak cakap. Tapi yang paling sakit ati nie, si marissa nie dia buat tak tau je. Melalak ke nak tukar pampers ke, dia buat bodo je lah.
Aku : Oit, itu dah lebih tuh, si marissa tu bukan anak patung ke kucing ke yang dia buat cam tu.
ML : ermm tak perlah, kalau dia tepon ko, ko try2lah korek dari dia ek. mintak tolonglah sesangat okeh.
Aku : yolah, aku cubalah.
Selang beberapa minit, aku baru nak kacau cekodok pisang aku, hp aku bunyi plak. Dia tengok kat screen rupanya MB call, so aku pun angkatlah kan.

MB : beb, ML ade tepon ko tak?
Aku : x de pun(padahal bohong sebenarnya,demi nak korek rahsiakan). Hah ape cerita nie? pepagi dah cari aku nie. mesti ade hal nie kan.
MB: nie pasal ML la nie. Dia janji dengan aku nak bawak aku jejalan cuti sekolah nie. Kan aku nie cuti 1 week(dia cikgu), x kanlah x leh cuti. 
Aku : La dia keje kan, ko nie cubelah paham sket, dia kat keje construction line nie, memang x kenal waktu rehat. Aku taulah, aku pun same line dgn dia kan. Lagipun ko x leh jalan sendiri ke? Kete kan ade.
MB : masalahnya dia dah janji dengan aku. Itu yang aku x leh terima tu. Geramnya aku lah. 
Aku : Beb, ko kene faham & sabo, ko kenal dia lebih dr aku kenal dia kan. mesti ko leh paham pattern keje dia. Nie marrisa mane nie?
MB : ntah, dengan bapak dia lah. mane aku tau.
Aku : ko x leh cam ni, marrisa tu tanggungjawab ko. Anak tu. Ishk ko nie. 
MB : ala lantaklah, bapak dia jagalah.
Aku : ntahlah, aku cume nasihatkan ko je. Itu je yang aku boleh tolong. Lebih2 kang kata aku kepoh plak. Ermm nanti apa2 call aku tau!
MB : tengoklah nanti ek. thks anyway!

So sampai petang, aku lom terima satu call pun dari diorg laki bini nie. Ntah apalah nasib anaknya si Marissa tu. Aku pun x tau. Kalau aku dekat dah lama aku amik Marissa tu duduk dengan akulah.

Itulah secebis kisah rumahtangga masa kini. So korang, boleh bagi pandangan sket dalam hal nie? Bagi aku dua2 ego nak tunjuk beso kepala. X nak mengalah.Yang dah kawin silah bagi pandangan, yang blom kawin pun bagilah pandangan gak ek? plz plz plz

p/s: Apa-apa pun, M&M cair dimulut, bukan ditangan. Tak gitu?

Friday, March 19, 2010

Kepak Ayam Dan Biskut Oreo, Apa persamaannya

Korang,

Cuber tengok nie.

Adakah ini

dan ini juga

Adakah bersesuaian di antara satu sama lain?

Rasanya cam pelik je kan. Tapi itulah hakikatnya makanan tenghari aku ari nie. Disebabkan makan kat terminal tadi x menyusuk jiwa, maka time2 tea time nie, murah je rezeki akulah. Ada je orang2 bawak makanan untuk ktorg makan kat opis.

Oreo dari oversea, chicken wings dari Pizza Hut.

Cam ne, mengancam tak?

p/s: sedap kan! terliur kah?