Thursday, March 11, 2010

IbuMertuaKu Dera Aku!

Salam bahagia,

Aku kena dera dengan omak mertua den? (la apsl aku ckp negori plak nie)
La korang giler ke ape? no way man, omak mertuo den nak dera aku. Aku yang dera dia adalah hehehhe..
mama jangan marah, selalu suruh mama masak ikut tekak ktorg kan.


Aku kene tag lagilah, dengan sape lagi. si Tasha nielah. Suker nau dia mengtagged aku kan
Tajuk tag ini MERTUA vs MENANTU
Dalam tag ini anda harus membicarakan segala sesuatu tentang siapa pun yang anda sukai...

Sape lagi, omak mertuo denlah. Sonang cito!

Pn Sabariah Sharuddin


1. apakah hubungan anda dengan dia...
Ibu Mertua ku


2. 5 impression terhadap dia?
Seorang Ibu yang tabah dan penyayang
Seorang Pekerja GrandMillennium yang sgt mesra rakyat
Seorang adik yang sgt mengambil berat tentang kakak2nya
Seseorang yang pada mulanya aku anggap sombong. Betul ko.
Seseorang yang suker cakap cam nie 'aiiiii (dengan nada yang panjang, sambil ade sket cam menyindir bunyinya)


3. Perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak?
Dia suke masakkan masakan kegemaran aku, belanja ktorg semua pergi bercuti.


4. Perkara yang paling memorable dia katakan pada awak?
Kalian nie kann…….!!! (nada yang dia cakap tu sedap didengar)



5. kalau dia kekasih awak?
Ko giler ke, mane boleh!!!!!



6. kalau dia jadi musuh awak?
Rugi ooo jadi musuh, nanti x dpt makan best2



7. kalau dia kekasih awak, awak akan??
Korang nak suruh aku jadi lesbian ke?



8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
Kerana aku kawin dengan anak dia ler (apa daaa)


9. overall impression tentang dia?
Very Sporting mother in law


10. the most desirable thing to do to her/him
Pegi beli ikan dengan pegi nursery sesama. best oo, my MIL pandai telek barang2 nie


11. apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
Terlebih peramah, perangai giler2 sket


12.apakah sebenarnya perangai anda?
Mudah mesra rakyat.


13. perangai anda yang anda benci?
Big Malas..


14. orang yang anda ingin bersama...
Syaiful Ridzman aka mrBig


All the S.R.O

15. katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda
"im happy to be frens with you"
16. tag 5 orang

~Byzura~
~
Bean~
~K ina KL~
~Amy~
~MatJoe~

17. no 2 ada hubungan dengan siapa?
Dengan bini dialah, takkan dengan aku plak

18. no 3 lelaki atau perempuan?dan ada hubungan dgn sape?
Pompuan, ada hubungan dengan suami dia & keluarganya

19. no 1 single kah?
Single time keje je, kalau kat umah dia married lah

20. no 4 belajar apa?
Belajar cara2 menjadi ibu yang baik & isteri yang Mithali

21. no 5 buat ape...
Tengah kira2 cukup tak duit OD untuk tampung belanje bulan nie


Geng, sila jawab tag nie ek, lambat pun tak per janji jawab tau..

Kenape Pompuan Selalu Di Eksploitasikan

Salam bahagia,
(mintak maaf entry nie, ada bahasa english sket, mintak2 paham ye)

Dalam meeting semalam.

Aku salah seorang yang terpaksa masuk meeting yang panjang lebar tu. Biasalah bile project tengah ongoing, mesti ade weekly meeting untuk internal staff kan.

So, tengah-tengah meeting pasal nak recruit staff baru, tetiba:

PM  : we need to get the scheduler ASAP
HR  : we managed to get 3 application for this position
LC  : man or women?
HR  : all man. any suggestion we should get women instead?
Aku : Why you bother? sambil muke pelik2
LC : of course man, in construction, we need some entertainment to release our pressure. if get the pretty ones that's better.(Sambil cakap dalam bah melayu, baru syok ma,cepat sket siap keje)
MK : you doesn't know, its men's talk. you're still young.
PM : duk senyum sengih, muke macam menunjukkan I agree
Aku: muke puzzle..dalam otak terfikir, kecik la

Orang-orang yang dalam meeting tuh, semua pandang aku sambil ada yang tergelak2 dan ade juga yang tersengih dan semuanye lelaki.

PM-orang Germany, HR-Singapore, LC-Singapore tapi boleh cakap melayu, MK-Ireland.

Korang tengoklah, nak jugak pompuan gak kan. Maklumlah site aku nie majoriti foreigner lelaki, pompuan kurang. Discuss pasal nak cari staff pompuan bukan main lama lagi tapi pasal topic keje kejap je kan.

AKu paham maksud tersirat dari ayat2 tuh tapi aku pun nak tau gak apsal diorg leh cakap camtu. So lelaki diluar sangat yang same line dengan aku, tolong komen sket? Yang lelain bidang pun leh komen gak?

p/s: keje dengan orang2 umo pertengahan, so otak pun dah style umo orang pertengahan gak.

Wednesday, March 10, 2010

Cendol Sedap di Waktu Petang

Salam bahagia,

Cendol, adalah sejenis manisan yang sungguh sedap dan enak di makan di waktu petang yang cuacanya tengah panas mencarak yang peluh2 menitis cam air hujan.

Sebenarnya aku manalah pandai buat cendol nie. Nie semua mak aku lah yang ajar. Dia nak ajar cara buat cendol sendiri, tapi aku cakap tak payahlah. Ajar cara yang paling mudah dan cepat untuk makan cendol nie.

So dia pun tunjukkanlah cara membuatnya.

Memula sekali:
mesti ade cendol

masak gula kabung/gula melaka sampai cair

Santan kenelah perah dulukan, kemudian barulah dicampurkan cendol yang di tapis tadi

pas tu campurkanlah dengan gula melaka tadi

inilah cendol

tapi gambo cendol yang dalam mangkuk tu aku amik kat google, sebab cendol yang dah siap di decorate tu dah kene sambar dengan model aku yang paling setia iaitu mr. Big. Dia nampak je trus amik bawak makan kat bawah pokok depan umah mak aku ari tu.

Yang best tu, lepas dia tambah 3 kali, trus masuk bilik dan tido. Korang tengok, tak ke macam ular sawa kan? ishk...

p/s: mrBig memang cam tu, dia suker makan. la korang jeles ke??