Monday, March 8, 2010

Ini namanya Gila Kentang...

Salam bahagia,
(ewah cam baca berita plak ek!)

nothing much nak citer weekends yang mengenyangkan perut dan hati. Hajat nak ke JB terpaksa di batalkan coz ayah aku sibuk plak dengan bisnes karaoke dia tuh, so ktorg melepak kat umah mak jelah.

So sabtu ari tu, as usual pegilah membeli belah bebarang dapur sket, walaupun ktorg tinggal berdua je kat umah tu tapi groceries cam orang beranak 5. maklumlah beli untuk 2-3 bulan sekali. Senang kan. Tak yah nak ulang alik pegi hypermarket nie. So dapat jimat sket duit.

Aku singgah kat one of the carnival kat MITC, Melaka nie. Sesaje je cuci2 mata. Sambil menambah ilmu pengetahuan sambil penuhkan perut dan sambil penuhkan shopping cart. Aku singgah kat gerai nie.

Korang nak tau diorg nie jual ape, cuber tengok gambo nie betul2. Korang agak2 ape ek?

La x tau ke? Agaklah lagi.. Hah betul tu. Kentang. Tapi kenape pelik sangat kentang nie ek? Aku pun pegi la mengadap cam ne diorg nie buat kentang nie jadi camtu.

Nama dish nie Potato Skin. Setahu aku potato ski kat TGIF tu lain sket. Ini plak lain betul. So aku dok peratikan cara pembuatanya.

Cucuk lidi sate dalam kentang. Masukkan kentang dalam machine pemotong khas nie.

Pas tu giling lah kentang tu

Then tarik slow2.Hah nampak cantikkan?

Siram dengan rempah yang dah disiapkan

Goreng

Tapi lagi makan lah. Cam biasa model aku yang setia memperagakan Potato Skin nie.

Ermm memang sedap, ranggup. Aku pun sempatlah interview abang yang masak Potato Skin nie. Rupanya makanan nie dari Korea. Dia belajar teknologi pembuatan makanan style Korea. Itu yang aku lom penah tengok tuh.

Dah rasa satu, trus order 2 lagi untuk bawah balik. Tak sempat sampai umah. Dalam kete dah abbis kene bedal dengan mrBig.

p/s: Ini namanye gila kentang. Tersangatlah sedap. Sampai sekarang terasa lagi kesedapannya. Nak ke?

Friday, March 5, 2010

Friday Nite Datang Lagi

Ermm apa nak buat ek? friday nite nie..

maybe aku akan melayan video2 lucah citer omputih yang dibeli semalam

dengan BARBICAN sambil bercheers2 dengan mrBig kot.

So everyone, cheers! esok cuti

Seoul Garden Restaurant, bukan kat Korea tau!

Salam Bahagia,

Seoul, Korea? Boleh gitu dalam tengah sibuk keje nie tetiba terfikir kat ke Seoul Korea. Hah jangan korang percaya sangatlah ayat-ayat aku tu tadi. Semuanya tipu belaka.

Bile dah lama x update nie, macam2 idea plak nak menulis. Yang elok pun ade, yang merepek lagilah banyak. Tak perlah disebabkan aku nie kan pemakan orangnya, tak kiralah pemakan karnivor ke, herbivor ke dua alam ke, aku tetap dengan tabah akan makan semua bende yang aku suker.

Kali nie aku nak citer pasal aku ke Seoul Garden Restaurant, bukan kat Korea tapi kat Plaza Pantai je. Ala je kan. Tapi dari umah aku jauh gak lah. Hari tu, pas ktorg balik dari Gleneagles Intan aku trus bawak mrBig makan kat sini.

Bagi korang yang belum penah pegi kedai nie, ia menyediakan hidangan secara buffet masak sendiri. So korang kene berjalan dari satu kaunter ke kaunter yang lain untuk pilih apa yang korang nak makan. Ada hidangan untuk BBQ dan ade juga hidangan untuk Steamboat. Tak ketinggalan jugak ada appetizer, drinks, dessert. Pendek kata semua amik sendiri, masak sendiri tapi makan beramai2. hahahahhahaha..

Cubelah korang tengok aksi orang sakit tangan yang tengah lapo nie.

Malas nak citer panjang, aku cuba review restaurant nie dari contact lens mata aku nie:

1. Reservation - x payah kalau weekdays tapi weekend kene!


2. the traffic en route,  - kalau korang tak pandai pegi Plaza Pantai, memanglah korang tak jumpe kan. So tengok map bawah nie

3. parking, - park dalam Plaza Pantai. Senang tapi weekday mahal, weekends murah

4. seating arrangement, - meja disusun panjang. Susun pendek2 pun ada.

5. the ambiance, - sangat menyamankan. Bau makanan yang sangat sedap walaupun lom masak lagi.

6. the crowd, - macam aku cakap, weekdays ok ok je. Tapi weekends siap korang ramai siot!

7. the music (if any), -dengar bunyi ketukan sudu garfu, orang2 sedang mengumpat pasal kejelah, kucing matilah, cik limah pakai kain ketatlah. hah cam tu lah.

8. the menu, choosing, - korang boleh pilih atau boleh amik seberapa banyak korang nak makan tapi dengan syarat kene abiskan sampai licin. Kalau tak kene charge.
Cara Masak : Dalam periuk untuk steamboat, kat pan untuk BBQ

Ikan patin diBBQ, sedap tau!!

9. service, how long does the food take to come to your table.- Mestilah cepat, amik sendiri kan. Tapi nak masak tu lambat sket lah kan.

10. the taste, main course and dessert, Korang layanlah gambo2 nie

Appetizer - Salad2 yang ranggup

Main Course - Segala jenis ayam, daging,soton,ikan,udang dalam pelbagai rasa

One of our favourite - Kimchi Chicken

Steamboat Menu - All kinds of fishball, sedap gak

Korang leh masak dengan favourite sayur korang

Dessert - Ramuan ABC yang menyelerakan

Dessert - Kuih-muih, agar2,puding pun ada

11. and finally, paying, accompanied with whether you think the whole experience is worth the price - Amat berpatutan bagi aku dgn mrBig yang suker makan nie. Amat2 murah dari Tupai2.




Apa-apa pun, Seoul Garden Restaurant nie amat perfect bagi ktorg sebab nak mencari BBQ Steamboat waktu siang hari amatlah susah. Nasib baiklah sebelum kuar rumah ari tu sempatlah gaklah google kedai makan yang sedap2kan.

Lagi satu, nie details kedai nie:

Seoul Garden at Plaza Pantai
Lot C1.27 & D1.26, Ground Floor
Plaza Pantai (Kerinchi LRT Station)

No. 5, Persiaran Pantai Baru
Off Jalan Pantai Baru
59200 Kuala Lumpur
Opening hours : 12noon - 2.30pm and 6.30pm - 10.30pm (For Weekdays)
12noon - 3.00pm and 6.30pm - 10.30pm (For Weekends)
Reservation : 03-2283 1888, 012-609 7385 Fax : 03-8060 7105


Hah! mesti korang berselerakan tengok gambo2 dalam entry nie. Apa lagi pegilah ke kedai  nie. aku dah cube, korang bile lagi kan!

p/s:actually banyak lagi gambo2 makan, tapi x larat nak upload takut aku plak yang meleleh air liur.