Friday, March 5, 2010

Seoul Garden Restaurant, bukan kat Korea tau!

Salam Bahagia,

Seoul, Korea? Boleh gitu dalam tengah sibuk keje nie tetiba terfikir kat ke Seoul Korea. Hah jangan korang percaya sangatlah ayat-ayat aku tu tadi. Semuanya tipu belaka.

Bile dah lama x update nie, macam2 idea plak nak menulis. Yang elok pun ade, yang merepek lagilah banyak. Tak perlah disebabkan aku nie kan pemakan orangnya, tak kiralah pemakan karnivor ke, herbivor ke dua alam ke, aku tetap dengan tabah akan makan semua bende yang aku suker.

Kali nie aku nak citer pasal aku ke Seoul Garden Restaurant, bukan kat Korea tapi kat Plaza Pantai je. Ala je kan. Tapi dari umah aku jauh gak lah. Hari tu, pas ktorg balik dari Gleneagles Intan aku trus bawak mrBig makan kat sini.

Bagi korang yang belum penah pegi kedai nie, ia menyediakan hidangan secara buffet masak sendiri. So korang kene berjalan dari satu kaunter ke kaunter yang lain untuk pilih apa yang korang nak makan. Ada hidangan untuk BBQ dan ade juga hidangan untuk Steamboat. Tak ketinggalan jugak ada appetizer, drinks, dessert. Pendek kata semua amik sendiri, masak sendiri tapi makan beramai2. hahahahhahaha..

Cubelah korang tengok aksi orang sakit tangan yang tengah lapo nie.

Malas nak citer panjang, aku cuba review restaurant nie dari contact lens mata aku nie:

1. Reservation - x payah kalau weekdays tapi weekend kene!


2. the traffic en route,  - kalau korang tak pandai pegi Plaza Pantai, memanglah korang tak jumpe kan. So tengok map bawah nie

3. parking, - park dalam Plaza Pantai. Senang tapi weekday mahal, weekends murah

4. seating arrangement, - meja disusun panjang. Susun pendek2 pun ada.

5. the ambiance, - sangat menyamankan. Bau makanan yang sangat sedap walaupun lom masak lagi.

6. the crowd, - macam aku cakap, weekdays ok ok je. Tapi weekends siap korang ramai siot!

7. the music (if any), -dengar bunyi ketukan sudu garfu, orang2 sedang mengumpat pasal kejelah, kucing matilah, cik limah pakai kain ketatlah. hah cam tu lah.

8. the menu, choosing, - korang boleh pilih atau boleh amik seberapa banyak korang nak makan tapi dengan syarat kene abiskan sampai licin. Kalau tak kene charge.
Cara Masak : Dalam periuk untuk steamboat, kat pan untuk BBQ

Ikan patin diBBQ, sedap tau!!

9. service, how long does the food take to come to your table.- Mestilah cepat, amik sendiri kan. Tapi nak masak tu lambat sket lah kan.

10. the taste, main course and dessert, Korang layanlah gambo2 nie

Appetizer - Salad2 yang ranggup

Main Course - Segala jenis ayam, daging,soton,ikan,udang dalam pelbagai rasa

One of our favourite - Kimchi Chicken

Steamboat Menu - All kinds of fishball, sedap gak

Korang leh masak dengan favourite sayur korang

Dessert - Ramuan ABC yang menyelerakan

Dessert - Kuih-muih, agar2,puding pun ada

11. and finally, paying, accompanied with whether you think the whole experience is worth the price - Amat berpatutan bagi aku dgn mrBig yang suker makan nie. Amat2 murah dari Tupai2.




Apa-apa pun, Seoul Garden Restaurant nie amat perfect bagi ktorg sebab nak mencari BBQ Steamboat waktu siang hari amatlah susah. Nasib baiklah sebelum kuar rumah ari tu sempatlah gaklah google kedai makan yang sedap2kan.

Lagi satu, nie details kedai nie:

Seoul Garden at Plaza Pantai
Lot C1.27 & D1.26, Ground Floor
Plaza Pantai (Kerinchi LRT Station)

No. 5, Persiaran Pantai Baru
Off Jalan Pantai Baru
59200 Kuala Lumpur
Opening hours : 12noon - 2.30pm and 6.30pm - 10.30pm (For Weekdays)
12noon - 3.00pm and 6.30pm - 10.30pm (For Weekends)
Reservation : 03-2283 1888, 012-609 7385 Fax : 03-8060 7105


Hah! mesti korang berselerakan tengok gambo2 dalam entry nie. Apa lagi pegilah ke kedai  nie. aku dah cube, korang bile lagi kan!

p/s:actually banyak lagi gambo2 makan, tapi x larat nak upload takut aku plak yang meleleh air liur.

Wednesday, March 3, 2010

Gleneagles Intan? sapo plak nie

Salam bahagia.

Gleneagles Intan? ermm apa bende nie? Orang ke nama tempat ke? Hah aku tunjukkan korang.

Hah hospital lah. Apsal plak tetiba aku nak tulis pasal Gleneagles Intan nie. Ala bukan ape, 2-3 ari nie aku tak update entry pasal nielah. Aku ke yang sakit? Uihks bukanlah. Sape lagi kalau tak bukan mrBig aku nie.
Dah 2 bulan dia ngadu dengan aku tangan kanan dia sakit bile angkat bende berat. Sket2 sakit, angkat itu sakit, angkat ini sakit. Bile aku dah membebel hah barulah sibuk ajak aku ikut dia ke sini, ala bukan ape dia malas nak drive. Jadi aku lah yang jadi supirnya yang setia angkut dia kesane ke mari.
1st time pegi hospital nie. Langsung tak sama dengan hospital kerajaan. Maklumlah 5 stars kan.Mengikut surat doktor yang mrBig dapat tuh, dia kene refer Specialist Orthopedic, Dr Chan. So ktorg pun pegi lah menregisterkan all the details. Proses kejap je tak sampai 10 minit pun. Dah siap isi borang bagai, ktorg di suruh nak ke tingkat 1 untuk ke Clinic Dr Chan nie.
Bile naik tu, rasa cam impress sesangat bukanlah nak kata canggih tapi enviromentnya cukup menyakinkan bahawa doktor kat sini cam good2 je sebenarnya memang pun bagus. So bile masuk clinic Dr Chan, lagi sekali ktorg tapi bukan aku mengisi lagi form2 yang patut. Then cam biasalah kenelah menunggu, sambil tunggu tu, ktorg dihidangkan dengan makanan yg sedap2 belaka. Ishk tipu belaka semua tu lah! Dalam clinic mane leh makan, ktorg tengoklah tv rancangan kesihatan okeh. Tak sampai 10 minit, nurse yang sihat tapi seksi dan ramas mesra panggil ktorg.
So dapatlah jumpe Dr Chan nie, orangnya not bad gak. Ishk aku nie kan..gatal tau. Baiklah, cakap melayu fluent sesangat,pandai buat kelakar plak tu. So kenelah mrBig diconsult. Dr Chan tanya itu ini, begitu begini. Ermm pendek kata macam2 soalanlah yang kuar. Maybe somewhere daging dekat tulang tangan tu bengkak.
So kenelah pegi X-ray Dept plak, turun balik. Pegi ke main building. Kat sini lagi best, segala mak neka kedai ade. Dari kedai makan sampai kedai gunting rambut tau. Tapi itu bukan tujuan ktorg. So berjalan ke tempat X-ray. Sampai sana orang ramai, tapi ktorg tunggu tak sampai 15 minit pun untuk proses X-ray nie. Kejap je dah siap. Then naik balik jumpe Dr Chan. Pas Dr Chan tengok X-ray, dia cakap not to worry, nothing yang patah, stil boleh makan lagi.. Apalagi berdekah2 ktorg gelak. Pasal makan dia boleh cakap. Ihsk kelakau betul lah.

Pas proses amik ubat, surat MC dan surat fisioterapi. Ktorg pun pegi merendek ke tempat lain plak.La nak kene citer gak ke.. Ermm nantilah.Gambo2 pun ntah kemana ntah. So tungguuuuu...

Apa pun hospital kerajaan dengan private hospital, memang tak sama langsung. Dari pelbagai segi, private hospital memang superb. Mahal memanglah mahal tapi berkualiti. Hati pun x sakitkan. Bukan nak menunjuk kite nie banyak duit tapi keselesaan tu penting. Bukan hospital kerajaan nie tak bagus, cume segelintir perkara yang menyebabkan diorg ke bukan pilihan yang pertama.

Small notes:
kepada bebudak yang main paintball ari tuh, aku x sempat nak email gambo lagi kat korang. Tapi kalau korang nak cepat, korang tagg mr Big kat facebook : Syaiful Ridzman Hah berlambak2 gambo yang kuar tau.
If u insist nak email gak, tunggu okeh!!

p/s: korang plak prefer hospital mane ek?

Monday, March 1, 2010

Aksi-aksi hotz semasa Paintball War Gathering di KKlub Taman Melawati

Sebelom berperang, gaya mesti ada dulu kan. Diorg nie kalau posing memang no. 1
Apalah agaknya si Aus pandang sampai si Eny tu suker kan. Mamat baju kuning, tolong identified sape awak ek.
Ishk si Bean nie, kene sket gaye je yang lebih tau.
si Eny terlalu suker bile si Aus sampai
Bro Eyriqazz, tengah cari apa tuh?
Hah, aku dan kenal dah mrHan. Tapi yang pakai tudung baju kotak2 tu sape plak ek. Tolong identified tau
Pojie Team. Si mrHan dah kenal cume Si Baju kuning tolong identified lagi ye
Nie aina ke? tolong identified ye

Cik Rina Salleh kite, yang jadi pujaan hati Cik Melz tau. Itu yang buat daydeck panas je hati tuh.Trus je dia balik pas Rina balik semalam tau sebab nak ikut Rina pegi 1Malaysia 1Halal Expo.

Cik Tasha kite yang serba serbi pandai pasal paintball ni tapi dia tak main. Boleh gitu?

Aku saje letak gambo2 nie supaya yang aku lom receive email tu bolehla trus cilok dari sini. Bukan apa, dalam proses nak kenal muke diorg2 nie lah.

So far dah 3-4 orang aku dah email gambo, yang lelain tu lom lagi sebab email lom kasi.

Anyway, sesape yang kenal diorg2 nie tolonglah aku ek, dah letih rasanya nak camkan muke diorg nie. Sebab apa? datang baju lain, main paintball baju lain, balilk pun dah baju lain. Pening kan? hah baru korang tau betapa susahnya nak distribute gambo kat diorg nie tau. Sesungguhnya otak aku lembap ari bile bab-bab nak mengecam muke2 orang nie tau.

p/s: penat woo, nak berkenalan dgn orang2 yang aku leh lupa nama2 diorg nie ek.