Sunday, February 28, 2010

Happy Birthday mrBigKu.. Ridz

Nasib baik sempat nak update entry untuk special day nie. ermm dalam bebyk entry, kenape plak aku leh terlupa nak buat entry pasal kekasih gelap dan terangku si mrBig nie. Itulah nak kejarkan Nuffnang punya pasal, sampai laki aku pun entry aku leh terlupa nak buat.

Anyway,

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my dear mrBig Ridzman..
Happy birthday to you.
I love you very strong tau...

Dear, Selamat menyambut ulangtahun yang ke 32. Semoga apa yang tercatat di your wishlist akan tercapai hendaknya.Hanya aku je yang tau apa dia nak selain daripada our own zuriat.

Apa-apa pun pesta buih yang menghairahkan malam tadi di Presidential Suite, Grand Millennium Hotel berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada kedua-dua my B.I.L & my S.I.L yang bersusah payah untuk ini semua.Semalam hidup ala-ala couple yang tersangat kaya yang sedang berhoneymoon..Nanti aku citerkan ek betapa luxuriesnya duduk kat presidential suite nie tau.

La kenapa korang tak wish kat mrBig aku punye birthday ari nie. Hah eish cepat.. cepat..Ishk korang nie kan..Ermm sempat lagi nie.. wish cepat tau!!

p/s: nanti aku citer pasal entry paintball event lah. Event nie lagi penting tau..Jangan jeles okeh!!

Thursday, February 25, 2010

Giveaway:[disini hatiku: my 1st giveaway]

Sambil aku berblogwalking time lunch nie tadi, aku terjumpe blog Cik Fawa nie.


Best plak lepak2 kat blog dia nie. Semuanya pasal handkraft. Terus berkobar2 nak cube plak. Ermm bile ingat balik apa mak aku cakap 'ala tangan ko tu panas,semuanya x jadi nanti', jawabnya aku suruh jelah mak aku je buatkan untuk aku. Tapi bile dah go thru blog Cik Fawa nie, aku terus nekad nak cuba balik lah.

So for the 1st step, aku nak join giveaway dia nie dulu.

Kalau aku terlucky, dapatlah aku material untuk buat bende2 handkraft nie. Hah kat situ dah tambah minat aku dah kan. Lagipun hadiah yang dia bagi tu comel2 sangatlah. Itu yang bertambah geram tu tau!

Eh jangan lupa, ada syarat-syaratnya tau!mudah saja :


1. jadi follower saya! DONE
2. link kan blog saya dalam blog list anda DONE
3. buat satu post/n3 dalam blog anda tentang giveaway ini, jangan lupa letakkan gambar diatas dan dan letakkan link n3 ini pada n3 anda. DONE

4. tinggalkan komen pada n3 ini dan link anda yang anda telah buat tentang giveaway ini. DONE
5. saya akan up date dari semasa ke semasa. OKEH

Hah itu je, untuk lebih details korang leh baca kat sini.
 
Blog Cik Fawa :http://singgahsaja.blogspot.com/2010/02/disini-hatiku-my-1st-giveaway.html
 
Cuba tau!
 
p/s: kang kalau aku dah pandai menjahit, korang jangan nak jeles plak okeh!!
 
 
 
  

CONTEST!! If I Were A Millionaire

Ermm apa aku nak buat ek dengan tetiba aku jadi millionaire?
Uiks banyak benda yang bermain kat kepala otak aku nie. Macam-macam benda nak buat kan. Maklumlah duit banyak kan.


So memula sekali ape aku nak buat dengan duit2 yang banyak tuh.
1. Settlekan hutang
Aku dah x nak hidup dalam hutang lagi. Semua kene langsaikan, dengan hutang mrBig sekali. So bayar abis duit kereta, duit umah, credit card walaupun aku tak de tapi mrBig ade, loan-loan bank yang lelain la. Tak ketinggalan gak loan-loan dengan orang2 yang tertentu seperti dengan mak aku, mak aku dan mak aku. Nampak sgt aku selalu pinjam duit mak aku kan!. Anak x solehah betul lah!.

2. Buat amal jariah sket.
Bagilah duit tuh sket kat families ktorg yang ramai nie. Dah mana pun amal jariah kan! tapi ikhlas tau! bukan nak dapat publisiti tau. Contohnya: belikan bapak aku van kecil supaya dia senang nak pegi berniaga karaoke dia tu,ini tidak pikul la segala bende sound system tu sumbat dalam kete dia yg kecik tu kan. Yang lelain tu aku bawaklah diorg pegi bercuti ke berumrah ke kan. Pegi haji mestilah aku bawak parents aku kan.

3. Buat bisnes
Eh ini penting nie, eventho dah banyak duit tapi keje kene jalan gak. Orang kata jangan menunjuk2 sangat kan. So aku x kan berhenti keje, aku akan keje seperti biasa. Sambil tu gak aku nak cuber2lah bukak bisnes kecik2. Sebelum nie aku dah cube buat bisnes cendawan tapi terbengkalai so aku nak cube sambung balik lah. Tapi kali nie secara besar-besaranlah. So cari pekerja then teruskan balik bisnes tuh. Lagi kalau jadi apa2, aku still ade icome lain kan. Aku jugak nak upah financial consultant untuk uruskan semua duit2 aku yang banyak nie. So pepandai orang buatkan duit aku beranak2 lagi kan.

4. Beli kereta? ermm tidak
Aku kan dah ade kete so buat apa beli bebyk. Kali nie aku nak beli bas yang 2 tingkat, tak pun beli caravan. So bolehlah kalau nak travel senang. Boleh naik bas reramai, jimat duit tol & minyak diorg kan. Caravan plak untuk aku anak beranak travel je. Mesti nak yang selesa kan. Aku gak mesti ada yacht bot, helikopter dan private small plane gak. Senang nak travel jejauh kalau nak cepat. Tapi yang penting semua vehicle nie aku sendiri yang bawak. So aku kene amik lesen untuk semua vehicle nie kan.

5. Rumah
Impian semua orang kan. Kalau aku lah, aku nak sebuah rumah yang lengkap. Tak yah besar sangatlah. Nanti bile dah tua, penat plak aku nak kemas umah ke hulu ke hilir. Bukan maid tak de, tapi nak gak kemas umah sendirikan sekali sekala. So rumah tu mesti ada, bathtub, swimming pool, dapor yang complete semua perkakas memasak yang canggih2, tempat untuk berkebun, tempat untuk BBQ dan macam2 lagi lah.

Hah ko macam2 yang aku angan-angankan. Kalau x berhenti nie, banyak lagi aku tengah fikirkan nie. Apa-apa pun nak jadi senang bukannya senang oo tapi nak jadi susah, senangnya.

Aku tulis entry nie sebab si Aduka nie lah. Eh! bukan Aduka Taruna tu tau. Sesaje nak masuk contest dia nie.
      http://aduka5.blogspot.com/2010/02/contest-if-i-were-millionaire.html

Semua syarat2 dia aku dah pun siapkan tinggal nak linkkan ke blog dia nie je.

Apa-apa pun kalau korang nak masuk pun still sempat lagi. Tarikh tutup 4 Mac 2010. Lama lagi kan.

p/s: Kalaulah betul2 aku kaya... Ermm langsung x terfikir pun kan! Korang plak cam ner??