Tuesday, January 26, 2010

Saya Nak Cuti - Bangkok


Aku ingin ke Kota yang digelarkan 'City Of Angels' iaitu Bangkok, Thailand.

Ramai orang kata segala-galanya boleh di dapati di kota ini, baik dari segi makanan, pusat pelancongan, hiburan dan sebagainya. Jadi aku mencalonkan diri aku sendiri untuk kesini.


Jadi aku ingin ke kota Bangkok ini untuk menikmati segala-gala yang diceritakan oleh mereka ini. Aku ingin melawat salah satu daripada kuil-kuil yang tersergam indah di bandar ini, ada lebih kurang 400 buah kuil di sekitar Bangkok ini. Aku juga ingin menyusuri Sungai Chao Phraya sambil menikmati keindahan kota Bangkok ini dan singgah di Grand Palace,Wat Pho and Wat Arun sampai terus ke Old Bangkok untuk melihat perkampungan terapung.


Aku juga ingin ke pasar harian sambil menaiki tuk-tuk yang menjual haiwan-haiwan pelik yang dijadikan makanan ruji, sambil itu aku ingin membeli belah di Patpong Night Market dan juga di Chatuchak Weekend Market, mereka kata banyak yang menarik di sana.


Tak ketinggalan juga, aku ingin melihat pertunjukan budaya, cabaret show, thai boxing dan merasai thai spa yang terbaik sekali di Kota Bangkok ini.

Tapi mr Big tak nak ke sini. Tahun lepas aku hampir-hampir ke sini, tapi disebabkan mr Big kata susah nak makan, maka terbatal lah niatku ini kemari. Dan kali ini aku ingin mencuba nasib didalam peraduan Saya Nak Cuti anjuran MasTraveller nie.


Selain korang masuk untuk diri sendiri, kalaulah korang berhajat nak mak/bapak/sedara-mara/good frens korang pergi bercuti, boleh jer buat karangan kenapa calon korang tu kena pegi melancong. Apa yang penting kena submit sebelum 31 Januari ya!!


p/s : mintak2 la dapat yer.. tak sabo nie tak pegi

KudaKu Lari Gagah Berani


Aku dan kuda? Ishk korang nie tak caya ke?
Tengok nie..

Terrer kan aku naik kuda?

Bangga siot aku bile dapat naik kuda. Sebab ape aku bangga? Yelah tengoklah badan aku yg besau cam gajah nie kan bole naik kuda.


Masa nie ktorg kat Eagle Ranch Resort tengah bercuti memadu asmara nie. Petang pas bangun dari tido tak tau nak buat ape so ktorg jejlnlah kat dalam resort nie then ternampaklah horse riding center nie.

Memula mr Big x kasi aku naik kuda tuh coz risau gak takut kuda tu patah tulang dia nanti tapi setelah di yakinkan oleh in house trainer tuh, merasa gak lah aku naik kuda nie. Nama kuda nie Ummi, kuda betina tu. Memula nak naik tu, aku seram2 gak maklumlah takut kuda tu melenting je. Then the trainer cakap, bila dah duduk atas saddle tu, lembutkan badan dan ikut gerak gaya rythm kuda tu jalan pas tu semua berjalan lancar.


Untuk 1st round tu, dalam hati memang seram gak lah, then follow je apa yang trainer tu cakap then ok, for 2nd round plak, trainer tu tak yah pegang pun tali tu, coz aku dah leh tunggang sendiri. Uisk bangga sesangatlah dalam hati nie. Setelah beberapa kali round nampak aku dah serasi dgn kuda nie, bila trainer ckp nak belajar berlari anak dgn kuda  tak? Aku cakap nantilah dulu, aku lom biasa lagi. Later2 lah ye..


Walau apa pun, pengalaman naik kuda amat menyeronokkan. Dan nampaknya mr Big kene pegi carikan tempat belajar tunggang kuda kat our area nie untuk aku. khakhakhakhahkahk... tak kira nak gak...

Monday, January 25, 2010

Token Dari LittleMama..


Ini adalah sebahagian goodies bag yang aku dapat masa event semalam..Banyak gak kan.


Ambassador pun dpt gak token dari LittleMama sempena MBP 1st Gathering nie.


Tak sangka ade gak habuan untuk ktorg nie.Walaupun tak dapat bag dari Gin & Jacqie tapi aku dapat camera pouch pun dah kira okeh. Ade gak fridge magnet & bookmark.

TQVM, Little Mama