Monday, January 25, 2010

Aku & MBP 1st Anniversary Gathering


Ermm awesome event!


A Big thank you kepada K Ros selaku founder of MBP, the 5 crazy ambassadors Hanz, Nia, Jiji, Juan termasuk aku and 6 helpful comitee AdD, Nini, IlaFidTifa dan Lyna.

Aku tak leh nak menulis ape lagi mengenai event nie, keletihan semalam belom abis lagi sebenarnya tapi disebabkan ade keje pasal project baru nie aku kene gak datang opis huhuhuhu... lenguh segala anggota tubuh badan lom abis lagi nie.

What a wonderful event, semua MBP members tersangat sporting, memberikan kerjasama yang baik sekali. Bile suruh register, diorg register, bile suruh amik gambo, lagi diorg suka,bile suruh makan,berpinggan2 diorg tambah, bile suruh join main game, berlari2 ke arah aku untuk meregisterkan diri dan ahli keluarga mereka.


Berkenalan dengan mereka semua amat menyeronokkan, aku langsung tak leh nak cam muka2 mereka, tapi mereka2 menegur aku macam dah kenal lama.


Mengacarakan permainan/telematch untuk mereka sungguh mencabar sekali, bercakap menggunakan mic beso tu pengalaman yang mengerikan sebab tetiba aku leh jadi kepoh sekali, bercakap bercakap dan terus bercakap tanpa henti. Baik ibu,ayah,anak memberikan sokongan yang bagus sekali. Mendengar arahan dengan teliti tanpa sebarang masalah.


Terima kasih diucapkan dari kami Lily + mr Big kepada semua yang hadir pada event yang best, semoga berjumpe lagi di next gathering (kalau aku jadi ambassador lagi lah kan hehehehhehe...)

p/s camera buat hal, nasib baik dah transfer gambo kat K Ros, nanti nak 1 copy ek

Friday, January 22, 2010

Tolong!Cari Rumah Sewa


Yelah, aku tengah cari apartment for rent untuk kawan aku Wan nie.


Wan yang mane? ala Wan yg nie lah. Ezuan anak si sdfkfgkjgkfjgk tulah


KL? bukan lah luar dari KL. Tapi di sini. Disebabkan dia tak pandai area nie, dia paksa aku + mr Big ikut dia esok.

So jawabnya terpaksalah aku bangun awal esok coz kul 8am dia datang amik ktorg kat umah.
Ohh tidakkkk!!!!

Thursday, January 21, 2010

HatiKu Pecah!

Aku memang tak suke menulis bab-bab pasal emo nie. Aku takut bile aku menulis mengenai hal nie, banyak hati yang terluka. Especially bagi kedua2 belah family aku & family mr Big.


Sebenarnya banyak benda yang kalau boleh aku nak ceritakan berkaitan hati & perasaan nie. Selama nie orang mesti ingat aku nie sentiasa happy & senang, gelak ketawa setiap masa kan tapi sebenarnya segala duka, kesusahan, kepayahan aku simpan dalam hati aku sendiri. Bukan apa, aku tak berapa suke untuk berkongsi hal2 berkaitan kesedihan, kelukaan, kedukaan dengan orang lain even dengan mr Big sekali pun.
Bagi aku perkara2 sebegini harus diselesaikan sendiri bukan dengan bantuan orang lain, kerana kesedihan, kelukaan ini datangnya dari aku sendiri maka aku haruslah menyelesaikannya sendiri.
Tapi dalam soal anak/pregnant nie, aku tak boleh tahan sabar lagi coz aku memang amat sensitif. Kalau yang menyindir tu kengkawan aku & mr Big tu, aku tak kisah sangatlah. Ini orang2 yang paling ku sayangi dan hormati. Aku memang tak sangka mereka2 ini sanggup memburuk2kan sambil memerli aku & mr Big depan orang ramai. Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang rasa? Sakit hati kan!. Kalau tak kenangkan mereka2 nie adalah saudara rapat ktorang berdua, dah lama rasanya aku sepak terajang diorg nie.
Mak adalah penawar bagi segala penderitaan aku nie, dia selalu suruh aku bersabar banyak2 mengenai hal nie. Ayah juga tak pernah mengungkit hal nie. Diorg faham belum ade rezeki lagi, nak buat cam ne kan.
Untuk mengelakkan pertegangan urat, pertelingkahan, perselisihan faham mengenai hal nie. Kalau korang perasan, majoriti entries yang aku tulis langsung tak berkaitan dengan families kann? Sebab ktorang jarang join event2 yang membabitkan saudara mara terdekat. Eventho dijemput sebagai tetamu khas sekali pun ktorg tak akan pergi. Bukan buang saudara tapi biarlah kami dengan cara hidup kami sendiri.
Wahai saudara mara ku sekalian, jika korang terbaca entry nie ( aku tau ade cousin2 aku baca as silent reader) diharapkan jangan berkecil hati dengan tindakan aku nie. Sebab bukan aku yang mulakan dulu, korang semua yang cari pasal kann!

p/s : korang ingat aku tak de hati ke hah!!!