Jangan pisahkan aku dan seafood
Tuhan tolonglah ku cintai seafood
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka..
Ape yang aku melalut nie setannn???? Uish istifar sekejap..
Gara-gara dah lama nau tak makan seafood, jadi ktorg ( aku + mr Big) pegilah menyusur ke Lorong Walter Grenier, dekat2 dgn Jalan Imbi. Sebenarnya tempat nie belakang Park Royal Hotel je.
Ala food court kecik je. Sekarang tempat nie dah ade parking area so senanglah sket tak delah nak risau kete kene calar coz park kat umah orang kan.
Tokeh kedai cina, ktorg panggil dia auntie je, kedai dia nie memang provide semuanya yang berkaitan dengan seafood. Ketam, udang,lala,siput, kupang, lokan dan macam2 lagi lah. Yang best chef dia nie masak memang cepat. Sampai api menjulang2 naik tinggi.
Sebelah dia plak, kedai yang jual masakan style chinese cook. Yang ada nasi goreng hailam,kuay teow, sotong kangkung, wantan goreng dan memcm lagi lah. Pun sedap dan cepat.
Eventho kedai nie kedai cina but majoriti ramai melayu yang datang makan kat sini, dari orang yang biasa2
cam aku sampai ke celebriti, politician pun makan kat sini. Melayu yang kaya2 memang dah confirm makan kat sini punya lah. Nama pun kedai cina kan, of courselah bising cam pasar, yang mane makan2 makanlah, yang mane borak then borak sampai gelak tak ingat.Bunyi kuali berlaga2 dgn senduk lagi kan.
Meja/kerusi banyak tak kisahlah if datang ramai pun still ade tempat duduk tapi kene sambung2 mejalah. Ala kedai mamak leh sambung meja sendiri tak kan lah kat kedai nie tak leh kan.
Service plak? so far bagus 4 of 5 star aku bagi coz diorg nie cepat anto makan tak sampai 7 minit (aku pasang stopwatch tau) dah ade 2 dish kat meja. Cuma air tu lambat sket coz kedai air jauh sket dari kedai nie. Yang best tu, auntie nie boleh ingat apa yang korang order dgn tak yah tulis, korang cakap lah aper yang korang nak makan, trus je dia amik order.
Makanan? Of courselah semuanya sedap. Korang tgk nie, di antara yang di hidangkan :-
a) Ketam - kari,sweet sour dgn masak ntahla lupe plak.
Ktorg pilih sweet sour coz tak pedas dan rasa sweet & sournya
b) Udang - butter, garlic
Ktorg pilih garlic tapi tak delah bau garlic sangat but bile makan rasa betul
c) Lala/Siput/Kupang/Lokan - kari,pedas,stim
Ktorg pilih lala stim coz lala rasa fresh sangat
d) Nasi goreng hailam
Ktorg order untuk 2 orang makan, nasi setinggi bukit dan sedap
e) Sotong kangkung
Sotong rasa fresh, kuah dia sedap
f)Wantan goreng
Order utk 2 orang, kejap je sampai then makan panas2
g) Kuay teow kerang banyak.
Order sket je untuk rasa, kerang banyak beb
Makan, makan dan makan lagi. Slow and steady. Sambil makan sambil borak2 sambil amik2 gambo sambil mcm2 lah. In term of harga plak, tak delah mahal sangat, sangatlah standard. Ktorg makan aritu lebih kurang dalam RM120 je. Oklah kan sekali sekala.
Bile balik bawak kete pun slow je, ngantuk akibat kekenyangan. Itulah..
p/s : klu nak makan kat tempat nie, sila ajak ktorg kwangkwankwang..