Monday, January 4, 2010

Jangan Pisahkan Aku & Seafood

Jangan pisahkan aku dan seafood
Tuhan tolonglah ku cintai seafood
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka..

Ape yang aku melalut nie setannn???? Uish istifar sekejap..


Gara-gara dah lama nau tak makan seafood, jadi ktorg ( aku + mr Big) pegilah menyusur ke Lorong Walter Grenier, dekat2 dgn Jalan Imbi. Sebenarnya tempat nie belakang Park Royal Hotel je.

Ala food court kecik je. Sekarang tempat nie dah ade parking area so senanglah sket tak delah nak risau kete kene calar coz park kat umah orang kan.


Tokeh kedai cina, ktorg panggil dia auntie je, kedai dia nie memang provide semuanya yang berkaitan dengan seafood. Ketam, udang,lala,siput, kupang, lokan dan macam2 lagi lah. Yang best chef dia nie masak memang cepat. Sampai api menjulang2 naik tinggi.

Sebelah dia plak, kedai yang jual masakan style chinese cook. Yang ada nasi goreng hailam,kuay teow, sotong kangkung, wantan goreng dan memcm lagi lah. Pun sedap dan cepat.

Eventho kedai nie kedai cina but majoriti ramai melayu yang datang makan kat sini, dari orang yang biasa2 cam aku sampai ke celebriti, politician pun makan kat sini. Melayu yang kaya2 memang dah confirm makan kat sini punya lah. Nama pun kedai cina kan, of courselah bising cam pasar, yang mane makan2 makanlah, yang mane borak then borak sampai gelak tak ingat.Bunyi kuali berlaga2 dgn senduk lagi kan.

Meja/kerusi banyak tak kisahlah if datang ramai pun still ade tempat duduk tapi kene sambung2 mejalah. Ala kedai mamak leh sambung meja sendiri tak kan lah kat kedai nie tak leh kan.

Service plak? so far bagus 4 of 5 star aku bagi coz diorg nie cepat anto makan tak sampai 7 minit (aku pasang stopwatch tau) dah ade 2 dish kat meja. Cuma air tu lambat sket coz kedai air jauh sket dari kedai nie. Yang best tu, auntie nie boleh ingat apa yang korang order dgn tak yah tulis, korang cakap lah aper yang korang nak makan, trus je dia amik order.

Makanan? Of courselah semuanya sedap. Korang tgk nie, di antara yang di hidangkan :-


a) Ketam - kari,sweet sour dgn masak ntahla lupe plak.
                  Ktorg pilih sweet sour coz tak pedas dan rasa sweet & sournya

b) Udang - butter, garlic
                  Ktorg pilih garlic tapi tak delah bau garlic sangat but bile makan rasa betul

c) Lala/Siput/Kupang/Lokan - kari,pedas,stim
                  Ktorg pilih lala stim coz lala rasa fresh sangat

d) Nasi goreng hailam
                  Ktorg order untuk 2 orang makan, nasi setinggi bukit dan sedap
e) Sotong kangkung
                  Sotong rasa fresh, kuah dia sedap

f)Wantan goreng
                  Order utk 2 orang, kejap je sampai then makan panas2
g) Kuay teow kerang banyak.
                  Order sket je untuk rasa, kerang banyak beb


Makan, makan dan makan lagi. Slow and steady. Sambil makan sambil borak2 sambil amik2 gambo sambil mcm2 lah. In term of harga plak, tak delah mahal sangat, sangatlah standard. Ktorg makan aritu lebih kurang dalam RM120 je. Oklah kan sekali sekala.


Bile balik bawak kete pun slow je, ngantuk akibat kekenyangan. Itulah..

p/s : klu nak makan kat tempat nie, sila ajak ktorg kwangkwankwang..

Mr Big Beli Lembu Jantan kat KLCC


Kenal tak logo nie? ermm tak kenal ke. Tak pelah aku kenal kan.


Ini adalah logo lembu jantan aka Braun Buffel Boutique yang dijual di KLCC. La korang ingat betul2 ke ade kedai jual lembu jantan kat KLCC tuh.

Di sebabkan wallet mr Big dah koyak teruk, maka dia yang telah berfikir panjang untuk mengantikan yang baru lalu mengajak aku pegi mencari2 wallet yang sesuai dengan jiwanya. Wallet yang dulu tu, dia pakai dah dekat 3 tahun so memang patut pun untuk cari pengganti lah.


Jalan punya jalan, dia teringat kat ke boutique nie lah trus ktorg ke sana. Sampai2 trus ke wallet section. Variety of choices.Promoter pun bagus. Explain each and every details. Pilih punya pilih so jumpalah yang menambat hati. Trus amik.


Bile time nak bayar tu ternampak plak sun glases, ape lagi tengok sun glass plak, then mr Big cakap alang2 dah beli wallet nak beli sun glass sekali lah. Sun glass dia tu pun dah lama gak dia pakai, beli masa ktorg lom kawin lagi.


Mr Big nie kalau nk beli barang2 camnie bukan main lama lagi membelek, tanya tu tanya nie. Siap ktorg dapat air la dek menunggukan dia. Akhirnya dapat jugak apa yang dihajati then trus bayar.

Bile bayar, diorg kasi bag plak lagi. Katanya still tengah time promotion lagi. Maka bag tu akan jadi kepunyaan aku la jawabnya kan.


Senyum melebar mamat nie walaupun abis dalam RM700 dalam masa 2 jam.


Malam bile balik, trus check bebarang yang dia beli tadi then trus memposing2kan bebarang tu. Susun sana susun situ, susun sinun, pendek kata memacam anglelah dia amik.

p/s : dapat beg kecik pun jadilah kan! huhuhuhuhu

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year - 2010


Mungkin ini entry terakhir kot dalam tahun 2009 nie. Bangga gak aku coz dalam masa yang singkat aku bole menulis lebih dari 100 entry.(banyak yang merepek dr fakta)

Ermm majoriti blog yang aku singgah semuanya pasal azam tahun baru. Ada yang berazam nak keje kuat lagi, yg nak kurus sket, nak bantu mak ayah, nak study sungguh2, nk kumpul duit pg melancong dan macam2 lagi lah.

Bagi aku plak, bukan malas nak berazam untuk tahun 2010 nie, tapi azam2 yang tahun2 lepas masih dok tak tercapai lagi.

Apa2 pun aku still simpan niat untuk capai azam2 yg lelama tu.

Salah satu drpdnya adalah:
  • Semoga aku dikurniakan zuriat. sekarang masih dalam proses mencuba, dah banyak aku jumpa doctor. Majoriti jawapannya  adalah kene kuruskan badan dulu, baru boleh buat memcm test. Itu kata doctor, tapi kata mak aku plak, banyak2 bersabar lom ade rezeki lagi.
  • Semoga aku boleh keje kat MWZ lebih lama lagi.Seronok keje kat sini. Macam2 aku dapat belajar dari diorg nie. Klu dapat pegi training kat German pun lagi bagus kan. hehehehhe..
  • Semoga aku bebas dari sakit gigi yang kronik. Bukan ape, dentist private skrg nie dah mahal. Dah tu kene appointment plak tak leh nk walk in. Dulu masa duk Setiawangsa leh la pegi Klinik gigi kerajaan kat Jelatak tu. Kejap je diorg buat. Doctor bebaik2 plak tu. So skrg kenalah pepandai aku jaga gigi. Dahlah orang tak cun, gigi pun jgnlah tak cun ye...
  • Semoga aku dapat kawal kemarahan aku nie. Aku cepat sangat panas baran. tak boleh lebih kurang sket. Even mr Big lagi cool dari aku. Nasib baiklah dia ada. Dialah yang selalu suruh aku banyak bersabar selain dari mak aku. Ermm kene masuk anger management course nie.
 Ada lagi lah bende2 lain yang aku berharap sangat tapi ala bende kecik2 je.  Semoga apa yang aku citakan akan diberkati dan tercapai jua hendaknya.