Sunday, December 1, 2019

SHOPEE DAN KPLB Memperkasakan Ribuan Peniaga Luar Bandar Untuk Berniaga Atas Talian

Hi Korang,

Nilai bersih sektor e-dagang ASEAN dijangkakan mencecah US$153 bilion pada tahun 2025. Sehingga kini, Shopee bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan untuk mempersiapsiagakan peniaga tempatan dengan kemahiran, ilmu dan peluang untuk memasarkan produk mereka atas talian. 


Bulan lepas, Shopee telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Elokal, pembolehdaya yang dilantik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan. Kedai rasmi Desamall@KPLB telah dilancarkan, mengenengahkan produk buatan tempatan seperti sambal, dodol, buku, baju kurung dan banyak lagi. 


Meneruskan kejayaan tersebut, pihak Kementerian melancarkan sebuah kedai pengkhususan automotif atas talian di Shopee. Dikenali sebagai Desaauto@KPLB, inisiatif tersebut dijangkakan memberi manfaat kepada lebih 200 usahawan luar bandar yang mengilang dan mengedar produk automotif seperti tayar, bahagian gantian dan minyak enjin. 



Ini memberi mereka peluang untuk menjangkau pelanggan berpotensi baharu seluruh negara dan rantau melalui perkhidmatan melangkau sempadan Shopee, Platform Antarabangsa Shopee. Sebagai pemulaan, 100 produk akan didapati di kedai rasmi atas talian tersebut. 


“Sekitar 24% daripada populasi Malaysia menginap di kawasan luar bandar, dan fokus utama Kementerian saya adalah untuk memajukan infrastruktur, kedudukan ekonomi dan pendapatan penduduk luar bandar. Masih banyak yang perlu dilakukan bagi kawasan luar bandar. Desamall@KPLB dan Desaauto@KPLB di Shopee adalah antara dua inisiatif KPLB yang akan memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus permodenan terkini sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Sasaran kami untuk tahun 2020 adalah untuk mempersiapkan 5,000 usahawan luar bandar baharu. Kami telah menyediakan kerja dasar untuk mereka dan dengan perancangan yang menarik ini, kami yakin yang kita akan berjaya mencapai sasaran kita. Tanggungjawab seterusnya adalah atas bahu warga luar bandar untuk mengambil langkah ke hadapan dan menggunakan peluang yang disediakan ini sepenuhnya,” ucap Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun yang merasmikan pelancaran kedai rasmi Desaauto@KPLB di Shopee, di W Kuala Lumpur. 

Shopee 12.12 Birthday Sale yang Hebat Buat Semua 

Pelancaran Desaauto@KPLB telah diadakan bersempena dengan pengumuman Shopee 12.12 Birthday Sale yang berlangsung dari 28 November hingga 12 Disember. Shopee akan mengadakan acara hiburan dan promosi sebagai ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi, termasuk tawaran harian RM12, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12, dan 12 juta Shopee coins untuk dimenangi di Shopee Catch. 

Eksklusif Hanya Untuk Pengguna Shopee 

SUV premium PROTON yang pertama, Proton X70 kini tiba di Shopee. Kunjungi kedai rasmi Proton di Shopee dari 3 Disember hingga 31 Disember 2019 untuk menikmati bayaran tempahan serendah RM99.00. Di samping itu, 50 pelanggan pertama yang mendaftar Proton X70 mereka sebelum 31 Disember 2019 juga akan menerima baucar-baucar Shopee berjumlah RM2,000 serta dapat menikmati promosi lain yang sedia ada dari PROTON. 


Tawaran dan diskaun eksklusif dari Mydin, Petronas, AEON BiG, Castrol, DNA by Dynas, Mikaseries, Bridgestone Bicycle, Xixili, SimplySiti by Dato' Sri Siti Nurhaliza, Phewiiit by Amy Search, C' by Jane Chuck, White Fluffy by Janna Nick, Pureen, Bum Equipment dan banyak lagi menambah kepada kehebatan sambutan 12.12 Birthday Sale. Jenama-jenama ini boleh didapati hanya di Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini! 

Dalam pada sambutan ulang tahun kelahiran Shopee, para pengguna kini boleh menambah nilai bagi telefon bimbit dan membayar bil Astro, air, dan elektrik mereka dengan mudah melalui ciri baharu Reloads, Vouchers, and Bills yang terdapat di aplikasi Shopee. Para pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan pulangan tunai Shopee coins sebanyak 10% semasa membayar bil mereka di Shopee. Pada 12 Disember sahaja, pulangan tunai dinaikkan kepada 12%. Setiap pengguna terhad kepada pulangan tunai Shopee coins sekali sahaja bagi tempoh kempen. 

Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi platform e-dagang nombor 1 Malaysia dengan tercapainya pelbagai peristiwa penting. "Kami mahu mengakhiri tahun 2019 dengan sambutan bermakna yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Pelancaran Desaauto@KPLB meneruskan usaha kami untuk memperkasakan dan memberi kebolehan kepada usahawan tempatan, dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mereka untuk berkembang maju dan berjaya atas talian. Ini termasuk bengkel percuma kami bagi para penjual, Shopee University yang membimbing mereka mengenai cara-cara untuk mengoptimumkan perniagaan mereka secara atas talian sambil kami mengurus dan menyetempatkan kempen jualan untuk meningkatkan prestasi jualan usahawan-usahawan Shopee," kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee. 

Lebih Banyak Tawaran Hebat, Sukar Dilepaskan 

● Dimsum - Servis langganan video atas permintaan melancarkan ciri Watch dan Shop di mana para pelanggan boleh membeli barang yang seumpama dengan barang yang ditayangkan di drama atau filem, di Shopee. Dari 5 hingga 15 Disember, gunakan DIMSUM1212 untuk menikmati diskaun RM10 dengan perbelanjaan mininum sebanyak RM35 melalui ciri ini. Tawaran eksklusif untuk pengguna baharu Shopee sahaja. 

● Standard Chartered, RHB, CIMB Bank, HSBC, UOB - Pemegang kad bakal menikmati ganjaran apabila membeli-belah di Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini. 

● Visa - Menangi hadiah sebanyak RM300,000. 

● The Alley - Tempah The Alley X Shopee Smoothie eksklusif, dan nikmati dua (2) cawan Brown Sugar Creme Brulee Milk dengan hanya RM22. 

● Pizza Hut - Dapatkan satu (1) pizza regular pada RM9.99 pada 12 Disember sahaja. 

● Sushi King - Nikmati satu (1) California Temaki pada RM1.20. 

● Baskin Robbins - Beli satu (1) dan dapatkan satu (1) Chocolate Blast Beverage percuma. 

● Dunkin’ Donuts - Nikmati sebiji donut pada RM1.20; beli satu (1) dapatkan satu (1) kopi percuma. 

● KFC - Beli satu (1) percuma satu (1) untuk produk terpilih. 

● FPX - 5,000 baucar bakal dinikmati bagi 2,500 pembeli pertama melebihi RM100 pada 28 dan 29 November. 

Ho mengulas, "Shopee 12.12 Birthday Sale ini juga direka sebagai ucapan terima kasih kepada pengguna atas sokongan luar biasa mereka dengan tawaran terhebat pada akhir tahun. Kami telah melancarkan semua tawaran ini dan ganjaran eksklusif supaya rakyat Malaysia dapat turut serta bersama kami dalam sambutan ini dan menamatkan tahun ini dengan baik. Pelbagai tawaran menarik diadakan pada 12.12 Birthday Sale ini dan kami berharap ia akan membantu anda dalam persediaan menjelang tahun baru." 

Untuk menikmati tawaran ulang tahun kelahiran Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini, layari http://shopee.com.my/1212



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Shopee12.12 Birthday Sale:

Untuk membeli produk kegemaran Malaysia, layari
https://shopee.com.my/buatanmalaysia

Saturday, November 30, 2019

SURIA KLCC Menampilkan Keindahan Salji Krismas Sempena Perayaan Krismas 2019 Ini

Hi Korang,

Musim perayaan ini menjanjikan pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan apabila Suria KLCC mempersembahkan “Christmas Wonders In White”. Suasana mempersonakan berinspirasikan perkampungan bersalji di Eropah akan mengamit pengunjung mengabadikan diri berlatarkan Menara jam besar dan deretan kedai Klasik yang dihias indah. 



Dengan semangat perayaan, dekorasi tahun ini menggabungkan tradisi dan keanggunan, menjadikan ia lokasi sempurna untuk sesi berfoto. Buat pertama kalinya, pengunjung di Suria KLCC akan merasai pengalaman salji di samping bergambar di Roda Ferris setinggi 20 kaki yang dibina khas. 



Pengunjung turut disambut dengan variasi watak “Snowman” di setiap pintu masuk utama dan ruang legar Suria KLCC. Perayaan Natal ini juga adalah masa terbaik untuk menyatupadukan warga Malaysia tanpa mengira agama, kepercayaan dan latar belakang. Seperti kelaziman, replika pokok Krismas tertinggi di Malaysia akan terus megah berdiri di Esplanade KLCC. Struktur yang berketinggian 100 kaki ini dihiasi dengan lebih 7,000 bebola hiasan berona pelangi, khusus untuk pengunjung bergambar sehingga 25 Disember. 




Selain dari hiasan kreatif dan unik, pengunjung berpeluang membeli-belah sempena Krismas di kedai-kedai khas Suria KLCC dan menyertai bengkel -bengkel interaktif. . Tidak dilupakan kemunculan Santa Claus dan Ms. Claus bertemu pengunjung di setiap hujung minggu. 

Beli-belah Dan Terima Ganjaran! 

Sempena sambutan Krismas, Suria KLCC memberikan ganjaran buat pengunjung yang berbelanja di lebih 350 kedai dari 22 November hingga 29 Disember 2019. Terdapat 10 koleksi Pandora Charm untuk ditebus oleh pengunjung Suria KLCC dengan setiap pembelian berjumlah RM1,500 di dalam dua resit. 




Memudahkan lagi sesi beli-belah Krismas, terokai panduan membeli-belah Krismas Suria KLCC secara maya di laman web rasmi dan media sosial. Panduan beli-belah ini dipenuhi dengan hadiah eksklusif dan unik untuk orang yang disayangi serta cadangan untuk gaya dan aksesori untuk sambutan Krismas. Juga untuk sesi bersama keluarga, terdapat pelbagai pilihan restoran di Suria KLCC. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 





Friday, November 29, 2019

BUBBLE BELLY – Minyak Urut Moden Membakar Lemak

Hi Korang,

Kamon siapa yang tak pernah guna minyak urut kan!! 

Menipu sangat lah wei, sejak kita lahir lagi minyak urut ni dah sinonim dengan kita rakyat Malaysia tak kira apa bangsa pun. Even sekarang, sket-sket sakit kepala sibuk letak minyak angin kat kepala lah, perutlah, lenguh kaki jugak kan huahauhau 

Tapi masalahnya sekarang ni kebanyakan minyak urut mempunyai bau yang amat kuat, kekadang tuh kita sapu sket jer tapi daripada jauh orang lain boleh bau dan tahu kita guna minyak urut ni huahauhauhau malu kot trus merudum mood hari tuh. 


Bila kak lily di perkenalkan dengan BUBBLE BELLY ni terus kak lily jadi tersuker plak. 

Sebenarnya kak lily kureng sket minyak-miyak urut ni sebab tak suka bau dan minyaknya sendiri yang payah nak hilang daripada tangan. 

Bahan-bahan di dalam Bubble Belly Oil

Di antara kebaikan Bubble Belly 
  • Membantu mengempiskan perut 
  • Membantu melawaskan perkumuhan 
  • Skin firming 
  • Melembapkan kulit 
  • Melancarkan peredaran darah 
  • Mengurangkan sengugut 
  • Mengurangkan lenguh-lenguh badan 
  • Memudarkan parut / stretch marks 

Nampak?? 

Bukan sekadar minyak urut jer tau, banyak jugak kebaikannya. 

Cara menggunakan minyak urut BUBBLE BELLY 

Boleh di pakai minimum 2x pagi dan malam keseluruhan badan mengikut kesesuaian diri setiap individu tapi kalau nak pakai lebih pun boleh. 

1. Kepala/leher – Migrain / Sakit kepala / stress 

2. Bahu/lengan – sekiranya lenguh 

3. Belakang badan – lenguh atau sakit belikat 

4. Peha – Untuk hilangkan lemak 

5. Perut – Sengugut / hilangkan lemak 

6. Kaki – untuk buang angin / sejuk badan 

Tapi INGAT Nieh 

Bahagian PERUT sahaja perlu diurut mengikut arah jam kerana perut ialah tempat digestive system. So penting untuk kita menjaganya. Dari kir ke kanan bawa dada sampai pusat. Yang lelain sapu itu lawan jam tau. 


Kak lily dah guna 2 malam berturut-turut sapu di perut dan juga di lutut ya ampun sekejapan dan berangin wei tapi takdelah panas sampai pijar-pijar tangan pun. Tidur malam pun selesa dan lena jer hehehehe 

Beberapa testimoni untuk rujukan korang ek






Minyak BUBBLE BELLY ni hanya RM40 sebotol 

Yang best tuh, kalau almost nak habis korang boleh top up dengan minyak olive atau minyak argan ye.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page :

Instagram Page :




Thursday, November 28, 2019

Gig2U – Aplikasi Untuk Ahli Muzik Masa Kini

Hi Korang,

Kak lily tak pernah tau pun akan tentang kehidupan para ahli muzik ni.

Yelah kita pun takde sesiapa yang berkaitan dengan ahli muzik so nak buat amik tau kan.

source : google.com

Rupanya ahli-ahli muzik ni kebanyakan nya hanyalah bekerja mengikut kontrak pendek, ermm ada plak bekerja mengikut jam sahaja. Agak payah kita nak jumpa ahli muzik yang berjawatan tetap kecualilah kalau mereka ini bekerja di jabatan kerajaan. 

Dan kalau korang perasan kebanyakan ahli muzik ni kurang pendedahan mengenai social media di mana di sinilah lubuk untuk menambah rezeki lagi, yelah majoriti masih bergantung pada orang tengah atau ejen-ejen sahaja. 

So siapa yang mencari Pemuzik?

Restaurant

Terdapat banyak restoran di bandar yang memerlukan pemuzik untuk hiburan, biasanya 2 - 3 pemuzik setiap set. 

Bistro Pub

Banyak pub memerlukan pemuzik dan penyanyi untuk hiburan, biasanya 4 - 6 talents pada setiap malam. 

Hotel

Kebanyakan hotel bintang lima memerlukan beberapa pertunjukan muzik secara langsung.

So kak lily memperkenalkan

GIG2U

Ini adalah platform untuk menyediakan penyelesaian pemuzik dan penyanyi ataupun sesiapa yang perlu menguruskan Gig dan penggantian pemuzik pada masa-masa yang tertentu. Platform ni merupakan tempat bagi para pemuzik dan penyanyi mencari rezeki mereka secara online.

Visi dan misi Gig2U adalah untuk menyediakan platform bagi kedua-dua pihak di antara pemuzik dan pekerjaan/klien berkualiti berbakat.

Di antara peranan Gig2U adalah :- 

Bad Debt Payment | Payment System 

Job Replacement | Auto-Replacement & Rating System 

Attendance | QR Check-In System 

Accounting | Account System 

Cluttered Social Media Job Posting | Filter Option 

Personal and Business Chat | Job-Only Discussion Room

Sebagai pemuzik, korang hanya memuatturun aplikasi Gig2U di smartphone korang dan mulakan pencarian pekerjaan di dalam nya. 




Kat sini korang boleh mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan korang, termasuk lokasi, tarikh dan waktu. Selain daripada itu, Gig2U akan menguruskan soal kontrak so para pemuzik tidak payah bersusah payah untuk menguruskannya sendiri.



So download sekarang ek


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

LamanWeb :

Facebook Page :

Instagram Page :




Cardiac Vascular Sentral KL terima akreditasi MSQH

Hi Korang,

Selepas 2 tahun penubuhan,Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) meraikan ulangtahun dengan penuh bermakna atas pencapaian gemilang apabila dianugerahkan sijil akreditasi oleh Malaysian Society for Quality Healthcare(MSQH) bagi tempoh 4 tahun. 


Pengerusi CVSKL,Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang berkata ulangtahun ini pastinya perlu diingati kerana ia melonjakkan nama hospital ini dalam usaha mempromosi destinasi pelancongan kesihatan dikalangan pelancong asing. 

“Penganugerahan akreditasi oleh MSQH ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan CVSKL kerana ini menunjukkan kami komited dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti sejajar dengan misi- memberi pengalaman dan khidmat terbaik kepada setiap pesakit pada setiap masa”, tambah beliau. 

CVSKL Chairman, Tan Sri Dr. Yahya Awang (Left) receives MSQH Accreditation from MSQH CEO, Prof. Dr. Kadar Marikar

Program Akreditasi Hospital oleh MSQH menyediakan cara efektif dimana organisasi kesihatan dapat menilai tahap pencapaian menurut standard kebangsaan yang ditetapkan. Program ini dibangunkan oleh para profesional dunia perubatan dan aplikasinya diterima iktiraf di seluruh Malaysia. Standard akreditasi oleh MSQH menjadi tanda aras yang membolehkan sesebuah organisasi kesihatan menilai dan memperbaiki pencapaian secara lebih kerap dan berterusan. 

“Pencapaian ini sangat bertepatan dengan masa sempena Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020. MSQH telah dibangunkan hasil gabungan kerjasama pakar, profesional dan pengguna dari sektor perubatan awam juga swasta. Mereka menilai dan mengemaskini kemajuan terkini dalam sistem penjagaan kesihatan” - tambah Dr. Yahya. 

Prof. Madya Dr. Kadar Marikar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MSQH menekankan bahawa akreditasi ini memberi jaminan kepada pesakit tempatan mahupun luar negara bahawa CVSKL mematuhi standard dunia perubatan terkini. 



Turut hadir menyaksikan penganugerahan akreditasi ini adalah Dolly Lim, Ketua Pegawai Operasi dari Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). CVSKL akan berganding bahu dengan MHTC dalam menaikkan nama Malaysia sebagai hub kardiologi pilihan dikalangan pesakit luar negara. 

“Kami menerima sambutan hangat dari pesakit luar negara kerana lokasi yang strategik di KL Sentral dan ini meletakkan kami sejajar dengan matlamat MHTC untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kardiologi. Dengan adanya sokongan berterusan dari MHTC, kami berharap dan menjangkakan lebih ramai bilangan pesakit yang berkunjung pada tahun hadapan,” jelas Timothy Chang, Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL. 



9 % pesakit yang menerima rawatan di CVSKL tahun ini adalah dari luar negara. Bersempena Tahun Pelancongan Kesihatan 2020, CVSKL yakin bakal menerima 15% ketibaan pesakit luar negara dengan lebih separuh darinya adalah dari Indonesia. 

Februari lalu, MHTC mengumumkan sebanyak 60% dari pesakit luar negara yang mendapatkan pelbagai rawatan adalah dari Indonesia dengan peningkatan pertumbuhan tahunan dari 12% ke 18% .


Untuk informasi tambahan dan pertanyaan insuran berkenaan CVSKL, boleh hubungi 03-22767000 atau emell ke info@cvskl.com.

Wednesday, November 27, 2019

Nikmati Kegirangan 'BLOKGANZA DREAM CHRISTMAS' Di QUILL CITY MALL KL

Hi Korang, 


Seriously hujung tahun memang di nanti-nantikan oleh semua pengunjung kompleks membeli belah kerana ketika ini merupakan bermulalah sambutan Krismas secara besar-besaran. Kawasan di tengah-tengah mall di hias indah begitu cantik sekali dengan pokok-pokok krismas, patung-patung Santa Clause, bongkah-bongkah hadiah dan pelbagai lagi hiasan unik.


Quill City Mall Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan untuk menyambutnya dengan bertemakan Blokganza Dream Christmas ianya menggabungkan semua elemen Krismas dengan sambutan Krismas tahunannya dari 22 November 2019 hingga 25 Disember 2019. 

Blokganza Dream Christmas

Tidak seperti mana-mana Krismas yang lain, tahun ini Quill City Mall KL telah mengubah Atrium Utama menjadi Blokganza Dream Town Krismas yang memaparkan unsur-unsur blok yang sangat unik (Santa Claus, Christmas Trees, Christmas Wreath, Red Nose Reindeer, Christmas Present Boxes, Christmas Sleigh, Christmas Candy Cane, Christmas Stockings and hats) sebagai elemen utama yang akan memancarkan kegembiraan dan mengisi udara dengan keseronokan yang tidak berkesudahan di hari Natal nanti.


Blok adalah salah satu mainan yang paling pendidikan yang mudah di imaginasikan. Sama seperti membina mimpi, apa-apa boleh dibina menggunakan blok. Dikelilingi oleh semua blok Krismas bertemakan, blok-blok ini dapat melakukan keajaiban dengan meningkatkan imaginasi dan memotivasi pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak. 



Para pengujung juga akan menyaksikan pokok Krismas gergasi yang sepenuhnya dibuat dari blok, berdiri megah di ketinggian 20 kaki di tengah-tengah Atrium Utama. Korang akan boleh misslah bila melangkah masuk ke Quill City Mall KL. 

Ms. Shirley Leong, Group Chief Financial Controller of Quill Group of Companies
Mr. Koong Wai Seng, Group Chief Executive Officer of Quill Group of Companies
Mr. Justin Liew, Senior Vice President of Quill City Mall Kuala Lumpur officiating the Blokganza Dream Christmas Grand Launch


Dream Vending Town


Selain daripada sambutan Krismas yang cukup-cukup menarik di Quill City Mall ini, terdapat juga sebuah taman tema yang bercorak pendidikan untuk kanak-kanak iaitu Dream Vending Town.








Ianya merupakan sebuah pusat bermain berpusat untuk kanak-kanak untuk menerokai lebih banyak mengenai pekerjaan dunia sebenar. Berlaku melalui pameran interaktif dan drama; kanak-kanak dapat bersuka ria sambil memupuk rasa ingin tahu, kreativiti, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan.

Children from Lighthouse Children Welfare Home Association all smiles after experiencing a tour in Dream Vending Town 

Dream Vending Town akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak mengenai alam pekerjaan ketika mereka dewasa nanti. Dream Vending Town menawarkan 10 stesen impian yang dipenuhi dengan keseronokan yang akan diterokai iaitu Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, Station Radio, Airline Training Centre, Kompleks Membeli Belah, Sekolah Memasak, Modelling School, Acting and Entertainment dan Pusat Memandu. 

Harga bagi Dream Vending Town adalah RM10 untuk setiap kanak-kanak. 

Terdapat juga booth-booth Krismas yang menarik di sediakan di mana para pengunjung boleh menikmati makanan yang lazat, aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan mendapatkan pakaian baru untuk meraikan musim perayaan yang penuh kegembiraan. Pastikan untuk menjanjikan promosi daripada gerai khas seperti Robocar POLI, LOL, Lowe, MeTime Art dan banyak lagi. 

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Oh ye pada 23 November 2019, selaras dengan semangat Krismas memberi dan berkongsi, Quill City Mall KL telah menjemput 25 ibu bapa tunggal dengan anak-anak mereka dari Kelab Ibu Tunggal Cempaka Malaysia dan 20 anak dari Persatuan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse, Kuala Lumpur dan Selangor sebagai sebahagian daripada program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat).

Mr. Joseph Teo, Vice President, Marketing of Quill City Mall Kuala Lumpur
Emcee from Aforadio
Ms. Shirley Leong, Group Chief Financial Controller of Quill Group of Companies
Mr. Koong Wai Seng, Group Chief Executive Officer of Quill Group of Companies
Mr. Gurmit Singh, Singaporean former actor, host and comedy performer
Mr. William, CEO of Aforadio
Mr. Justin Liew, Senior Vice President of Quill City Mall Kuala Lumpur
Santa Claus, Santa Rina 
Children from Lighthouse Children Welfare Home Association

Pelbagai aktiviti dan permainan interaktif yang menyeronokkan akan dianjurkan di pusat membeli-belah untuk kanak-kanak untuk bersukaria dan menghabiskan masa bersama-sama dengan ibu bapa mereka yang dikasihi. 

Sebagai rakan kongsi bersama AirAsia BIG Loyalty , para pengunjung juga boleh menyertai Quill BIG Giveaway melalui perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit di mana-mana outlet di Quill City Mall KL untuk berpeluang untuk memenangi sepasang penerbangan pergi balik ke Seoul, Vietnam atau Hong Kong. Tempoh peraduan bermula dari 22 November hingga 25 Disember 2019. Ahli AirAsia BIG boleh mengumpulkan mata sebagai pertukaran tiket penerbangan, bermula dari 500 mata BIG. 

Jangan lupa, tebus barangan istimewa ketika korang berbelanja di sini ye 

i. Belanja RM30 ke atas untuk menebus baucar. 

ii. Belanja RM80 ke atas untuk menebus Christmas Block Pencil Case. 

iii. Belanja RM200 ke atas untuk menebus Christmas Block Notebook. 

Tapi ingat sementara stok masih ada ye 


Peraduan "Quill Guess and Win"

Korang juga boleh menyertai peraduan "Quill Guess and Win". Peraduan bermula dari 22 November 2019 hingga 25 Disember 2019, hanya ikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah: 

1. Teka jumlah bilangan blok di Pokok Krismas. 

2. Isi Borang Peraduan di Kaunter Concierge,Tingkat Bawah 

3. LIKE halaman Facebook Quill City Mall kami. 

4. Hantar borang peraduan ke Kaunter Concierge. 

Pemenang bertuah dengan jawapan terdekat akan memenangi beg bagasi BMW M Boardcase bernilai lebih daripada RM1,000. Juga, 3 pemenang dengan jawapan terdekat akan memenangi tiket Skyrider bernilai RM300. 

Bagi kak lily Quill City Mall KL bakal memberikan pengalaman Krismas yang menghiburkan untuk korang seisi keluarga. Tempat letak kereta percuma disediakan selepas pukul 5 petang pada hari kerja manakala kadar flat RM3 pada hujung minggu. 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook : 

Instagram : 
QuillCityMallKualaLumpur

Website : 

Q-Kiddies Club : 



#quillcitymall
#blokganza
#dreamvendingtown


Tuesday, November 26, 2019

PROGRAM CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP KINI KEMBALI BUAT TAHUN KE-5 UNTUK MENCERIAKAN KEHIDUPAN KANAK-KANAK ORANG ASLI

Hi Korang,

TOP, penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah [1] telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen CSR untuk mengumpul dana sumbangan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak Orang Asli di Pahang dan Perak. 


Jenama ini percaya bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapat pendidikan yang baik. Justeru, ia telah menyokong kanak-kanak dari beberapa buah rumah anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun dengan kelengkapan sekolah menerusi program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ sejak empat tahun lalu. Lebih 1,800 orang kanak-kanak daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan telah menerima sumbangannya. 

Kempen itu kembali pada tahun ini dengan fokus baru ke atas komuniti luar bandar. Ia bermatlamat mengurangkan beban kewangan keluarga Orang Asli di Pos Tenau, Kuala Rompin dan Sungai Lembing dengan menyediakan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah dan alat tulis baharu. Buat pertama kalinya, buku latihan turut menjadi sebahagian daripada sumbangan untuk setiap pelajar. 


Kempen itu akan menyaksikan 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP daripada semua cawangan TESCO di seluruh negara dan menerusi Tesco Online bermula 15 November hingga 15 Disember 2019 disalurkan untuk membeli keperluan kembali ke sekolah kanak-kanak Orang Asli. 

Orang Asli mewakili hanya 0.7% daripada populasi rakyat Malaysia dengan sebahagian daripada mereka tinggal di bawah garis kemiskinan [2]. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, transisi pelajar Orang Asli daripada sekolah rendah ke sekolah menengah ialah 73.1% berbanding purata kebangsaan iaitu 87.19% pada tahun 2017. Sementara purata kadar kehadiran pelajar Orang Asli ke sekolah rendah ialah 87.4%, lebih rendah berbanding purata kebangsaan [3]


Melalui inisiatif CSR ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’, jenama itu berharap dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak daripada komuniti Orang Asli apabila menyediakan mereka dengan kelengkapan sekolah. Jadi, mereka akan lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah, seterusnya menambah baik aspek kehadiran dan prestasi akademik mereka. 


Dibangunkan oleh Lion Corporation, Japan, TOP terkenal kerana mengutamakan konsep kehidupan yang bersih dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. 

“Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran ke sekolah melalui sumbangan pakaian seragam dan kelengkapan sekolah yang dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri.. Selain daripada itu, ia juga mendidik kanak-kanak orang asli kepentingan pendidikan dalam kehidupan serta mempunyai penampilan diri yang bersih dan kemas,” kata Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133. 


[2] https://iigh.unu.edu/publications/articles/health-for-all-indigenous-peoples-included.html 

[3] https://www.padu.edu.my/wp-content/uploads/2019/07/AR2018_BM_reportfinal.pdf