Pening bila fikirkan pasal tajuk entry ek?
Huahauhauaha
Itu baru tajuk entry cuba kalau tup-tup penyakit datang ke kita. Kalau menyinggah tak per, boleh elok cepat, tapi kalau dah kalau yang singgah tuh kritikal, so macam mana bukan setakat pening lagi lah segala penyakit lain semua duk singgah gak kang.
Ermm
Mesti korang akan fikir yang kak lily nak jual insurance pada korang kan, ek apahal plak. Banyak lagi keje lain yang ahkak ko ni nak buat ek, kerja rumah pun melambak-lambak pun tak terbuat inikan pulak nak menjual insurance ek hehehehe
By the way, kenapa orang-orang golongan marhaein macam kita-kita ni tak de insuran??
DUIT DUIT DUIT!!
Memang masalah kewangan yang menjadi punca kenapa kita-kita ni takde insuran kan.
Sebenarnya kita ni tidak di dedahkan bahawa betapa pentingnya insuran ni untuk setiap orang dari peringkat awal lagi. Macam kak lily ni bila dah masuk 30an barulah paham betapa pentingnya insuran ni. Jadi bila umur meningkat secara automatik bayaran bulanan pun meningkat jugaklah huahauhauha… nangis tepi bucu katil dah ni. Sebab tuh ramai yang berfikiran ansuran bayaran bulanan insuran ni mahal kan?
Tapi.. tapi ada sesetengah orang plak, diorang ni purposely tak nak amik insuran pun sebab mereka ni tak nak fikirkan soal sakit ataupun mati, hanya tawakal kepada Allah. Ermm ada jugak ek..
So baru-baru ni kak lily ke acara ‘World Health Day 2019’ anjuran E-Channel, Etiqa di Komune Bangsar South. Cantik wei tempat ni, sesuai benar di jadikan lokasi meeting tau, dia macam event hall untuk majlis korporat macam meeting ke, small gathering ke, kan cantik dan makanan pun sedap jugak hehehehe
Tema untuk ‘World Health Day’ bagi tahun 2019 ini adalah Health for all – everyone, everywhere. Maknanya tak kira ceruk rantau mana pun kita berada, seboleh-bolehnya perkhidmatan kesihatan tuh tetap kita akan dapat nikmati bersama tanpa memikirkan tahap kewangan kita.
Kak lily suka dengar penerangan dari Dr Murallitharan M, Medical Director dari National Cancer Society Malaysia (NCSM) yang kita ni rakyat Malaysia kurang mengambil perhatian mengenai tahap kesihatan kita sendiri. Tengok luaran bolehlahkan nampak sihat tapi dalaman kita sendiri pun tak tau.
Kalau korang nak tau ada 10 jenis penyakit Kanser yang menular di Malaysia sekarang ini iaitu :
1. Breast Cancer - Kanser Buah Dada
2. Colorectal – Kanser Colon
3. Lung, Trachea, Bronchtus – Kanser Paru-Paru
4. Lymphoma – Kanser Darah
5. Nasopharynx – Kanser Hidung
6. Leukaemia
7. Cervix Uteri – Kanser Servik
8. Liver – Kanser Hati
9. Ovary
10. Stomach – Kanser Perut
Seriously banyak betul penyakit kanser kan, kak lily tengok je chart ni dah rasa seram dah.
Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit-penyakit kritikal ni, mostly diaorang dapat tahu bila mereka sudah pun berada di tahap 3 atau 4. Sebab apa?? Sebab kita suka amik sikap sambil lewa. Malas nak buat yearly medical checkup sebab takut mahal dan sayang duit kan. Itulah jadiknya.
Dalam majlis ini jugak, kami di perkenalkan dengan dua plan Takaful terkini dari Etiqa Family Takaful iaitu:
e-Medical Pass Takaful
e-Cancer Care Takatul
Korang bila bab insuran ni mulalah malas nak baca kan. Itulah dia rakyat Malaysia sekarang ni, baca dan fahamkan dulu. Nak atau tidak itu terpulang koranglah, kak lily tak paksa. Yang penting baca dan pahamkan tau.
e-Medical Pass Takaful
Korang, jom ambil tahu sikit pasal e-Medical Pass Takaful. Pelan e-Medical Pass Takaful ni langsung tidak memerlukan medical card seperti insuran yang lain, hanya dengan menggunakan kad pengenalan (NRIC) kita, kita boleh mendapat rawatan di hospital dan kos rawatan akan dibiayai oleh Etiqa.
Ok kalau dah sakit, kene pi hospital tapi hanya bawa NRIC kita sahaja je, dapat GL (Guarantee Letter), then terus check in. Yang penting surat jaminan (guarantee letter) akan dikeluarkan dengan hanya panggilan telefon ke talian 24/7
Korang akses laman web
www.eti.qa/health ini dulu nanti korang akan paham apa yang kak lily kongsikan ni.
e-CancerCare Takaful
Memang betul pun kanser boleh memusnahkan impian korang dan bakal menyebabkan korang di landa kesan-kesan negative seperti tekanan emosi dan masalah kewangan. Kanser tuh kot, memanglah banyak duit kena pakai, nak pi kemoterapi selalu jumpa doktor ermm memacamlah. Jadi pelan e-CancerCare Takaful ini membantu korang untuk meringankan beban dan kos rawatan kanser.
3 perkara yang korang kena tau mengenai e-CancerCare Takaful ni ek.
Bayaran tunai awal
Sebanyak 30% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar terus kepada korang untuk manfaat kanser peringkat awal termasuk karsinoma in situ
Bayaran tunai sekaligus
Bayaran sekaligus sebanyak 150% daripada jumlah yang dilindungi akan di bayar terus kepada korang apabila di diagnosis kanser peringkat akhir jika belum pernah claim kanser peringkat awal. Kalau dah pernah claim, 120% jumlah yang dilindungi akan dibayar.
Kelulusan serta merta
Sama jugak macam membuat permohonan untuk e-Medical Pass, tiada medical checkup di perlukan, jawab 1 soalan berkaitan kesihatan korang kemudian terus dapat kelulusan serta merta jika memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan.
Berpatutan
Perlindungan kanser yang menyeluruh dari serendah 21 sen sehari.
So macam mane?
Senang nak paham kan, penerangan kak lily ni.
Kalau dulu payah nak dengar penyakit-penyakit kritikal ni tapi sekarang ni dah macam kebiasaan pulak. Even bayi yang baru lahir pun kadang-kadang dah ada penyakit seperti kanser ni, apatah lagi kita yang dah berumur ni kan. Seelok-eloknya cegah sebelum terlambat.
Kak lily dah apply dah, korang bila lagi 😉 😉 😉 😉
Setelah korang dapatkan medical insuran/takaful dengan Etiqa, bolehlah download ‘Etiqa Healthcare App’. Etiqa Healthcare ni akan memudahkan korang untuk mencari lokasi panel hospital Etiqa dan monitor status GL dan claim korang.