Hi Korang,
Kak lily ni tak abis-abis citer pasal bulan puasa dan raya ni ek.
Eh biasalah ni kan musim ni hehehhe, sempena kedatangan bulan puasa dan raya yang akan datang menjelma ni Lulu Hypermarket Kuala Lumpur bakal mengadakan promosi jualan kaw-kaw untuk para pengunjungnya.
Eh siapa yang tak suka dengan shopping kan?
cam ni Afzal, manis ke tak tembikai ni ek
Kalau boleh hari-hari nak shopping tapi apakan daya wangnya nggak ada plak hehehehe. So window shopping secara online jelah ek
moh kita round-round satu Lulu ni dulu ek, tengok barang-barang yang harga murah kan
Lulu Hypermarket pun tidak ketinggalan untuk meraikan para pelanggannya khususnya kak lily ni kan, yang pantang ada offer je terus terjah ke sini. Yelah barang murah lagipulak kita gunakan so haruslah kena simpan buat stok.
Terdapat beberapa promosi hebat yang bakal berlangsung di Lulu Hypermarket ni yang kak lily rasakan menarik hati dan perasaan serta poket korang iaitu:-
1. Jualan Ramadan (1 May – 10 June 2019)
2. Bazar Raya (sehngga 21 May 2019)
Aduimak dua promosi hebat ni pun dah mengugat iman kak lily ni lah.
Jualan Ramadan (1 Mei – 10 Jun 2019)
Kalau korang nak tau yang pelbagai jenis tawaran potongan sehingga 70 peratus untuk produk fesyen, kasut, beg tangan, elektronik/IT, telefon bimbit, barangan rumah, barangan hiasan, permainan kanak-kanak dan bagasi.
Pening geng tak tau mana satu nak di masukkan dalam troli ni, rasanya semuanya nak di sapu kan.
Harus dapatkan kurma di musim bulan ramadhan ni, buah kurma (dates) di isini salah satu produk yang menjadi tarikan para pengunjung. Antara kurma yang ditawarkan seperti Ajwa, Kudhri, Mejdoul dan pelbagai jenama kurma premium yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.
Korang nak yang di dalam kotak ada dan jualan kurma secara timbang pun hado jugak, so pilihan di tangan korang ye.
Kalau korang mencari makanan yang sedia di makan pun ada jugak di section Cafe ye berdekatan dengan bahagian sayur-sayuran. Korang boleh dapatkan ayam golek, nasi beriani, roti naan, hidangan western dan macam-macam lagi. So boleh beli bawak balik dan makan time berbuka puasa , dah tak yah masak dah kan.
Peralatan nak buat kuih raya pun ada promosi di bulan puasa ni, yelah nak menggalakkan kita buat kuih sendiri kan. Hah belilah
Untuk pilihan kain pasang untuk di buat baju raya, why not korang ke bahagian kain saree di tingkat 1 ni , di bawah Lulu Celebrate. Banyak jugak lah pilihan kain-kain saree yang boleh di jadikan baju kurung sempena raya nanti.
Kalau dah malas nak hantar tempah, belilah baju kurung yang dah siap. Ada je di jual di bahagian atas ni.
Bazaar Raya (sehingga 21 Mei 2019)
Apa yang ada di Bazaar Raya ni?
Kat sini kita boleh dapatkan semua keperluan barangan raya di sini. Terdapat pelbagai barangan berjenama kelengkapan rumah, produk elektrik, bagasi dan kasut dijual harga promosi.
Jadi kalau korang mencari peralatan elektrik jenama Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan memacam lagi lah.
Eh ini mesti kena beli ni, kan nak berjalan raya. Dah sibuk-sibuk berselfie tup-tup bateri phone habis so cam no, inilah penyelamatnya.
Ni ada berita baik untuk mereka yang suka nau membeli belah di Lulu Hypermarket ni ek.
Ada peraduan yang patut korang sertai ye
Dream Drive Contest (1 Mei – 1 September 2019)
Setelah kejayaan penganjuran Peraduan “Shop & Win” pada tahun lepas, yes kak lily sendiri ke majlis penyampaian hadiah ni tau. Rasa menyesal plak tak join tahun lepas tuh, hadiah besar-besar tuh. Untuk tahun ini Lulu Hypermarket sekali lagi menganjurkan peraduan yang sama. Ini adalah bagi menghargai kepada pelanggan-pelanggan setianya yang datang berbelanja di sini. Apa yang menarik untuk tahun ini, hadiahnya lebih hebat daripada tahun lepas. Sebanyak 2 biji kereta Proton X70 sebagai hadiah utama. Terdapat juga hadiah lain yang tidak kurang juga hebatnya seperti Apple iPhone 7+, UHD LED TV dan voucher Lulu.
Caranya mudah sahaja:-
1. Belanja minimum RM75 didalam satu resit Lulu Hypermarket & Department Store (resit mestilah diantara tarikh promosi sedang berlangsung)
2. Dapatkan kupon cabutan bertuah.
3. Isikan maklumat diri di kupon tersebut.
4. Masukkan didalam kotak yang disediakan.
Terdapat 2 sesi cabutan. Iaitu pada 5 Julai 2019 dan 6 September 2019.Keterangan lanjut boleh rujuk kepada FB LULU HYPERMARKET KUALA LUMPUR tau..
Banyak barang berkualiti di tawarkan pada harga yang tak masuk akal sungguhlah..
Jom ke :
LuLu Hypermarket,
Lot 159,
Persiaran CapSquare,
Off Jalan Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website :
http://www.luluhypermarket.com/MY/all
Facebook Page :
https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/
Instagram Link :
So apa tunggu lagi, esok kat cuti moh kite berbelanja di Lulu Hypermarket ye…