Saturday, April 20, 2019

VICTORIA SLOANE Spring Summer 2019 Handbag Collection By Rita Dato’ Sosilawati

Hi Korang, 


Wanita dan beg tangan tidak dapat dipisahkan. Tanpa mengira umur, semua orang akan setuju bahawa mereka akan merasa tidak lengkap tanpa satu pun. VICTORIA SLOANE yang dimiliki oleh Rita Dato 'Sosilawati, adalah koleksi beg tangan Malaysia. Mengadun ideasi Asia dengan standard ketukangan Itali.


Reka bentuknya yang moden dan praktikal. Ianya disasarkan untuk golongan pertengahan di pasaran akhir. Eksklusifnya beg ini, ianya tidak akan mengulangi reka bentuk yang sama dan sangat terhad dalam setiap koleksi beg VICTORIA SLOANE.


Sekilas pandang koleksi VICTORIA SLOANE, merupakan gambaran segera penampilan klasik. Ini memberikan beg kualiti serba boleh yang membolehkan pemakai menggunakannya secara praktikal di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ia sesuai pada waktu malam, terutamanya sewaktu acara makan malam dan juga pada siang hari untuk acara kasual atau bahkan di tempat kerja. Warna-warna cerah dan menyeronokkan seperti merah dan biru sesuai kepada golongan yang lebih muda, manakala warna hitam, coklat dan perak akan menarik pasaran yang lebih matang. Tidak perlu dikatakan, Victoria Sloane sesuai untuk wanita yang berumur berbeza-beza. Ciri-ciri gaya hidup pelbagai fungsi dan gaya baru yang menjadikannya unik dari beg lain.






Reka bentuk beg tangan dicipta memang untuk menampung setiap perubahan mood dan gaya wanita. Tali yang boleh ditanggalkan membolehkan penggunanya jadikan sebagai sling bag, shoulder bag atau bahkan clutch dan boleh digunakan sebagai tambahan formal atau semi formal untuk pakaian seseorang. 

Kak lily berkesempatan je majlis pelancaran Victoria Sloanne Spring Summer 2019 di The Majapahit Marc Residence KLCC baru-baru ini.

pengasas Victoria Sloane, Rita Dato 'Sosilawati

Rita bersama business partner SHOPEE

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh pengasas Victoria Sloane itu sendiri, Rita Dato 'Sosilawati. Dan dihadiri dengan rakan-rakan artis, Instagram selebriti dan juga business partner mereka iaitu SHOPEE.

Sekitar majlis fashion show berlangsung..





Ermm cantik-cantik belaka kan koleksi beg-beg ni, yelah nak raya ni haruslah kena dapatkan satu.

Terdapat 5 jenis koleksi bagi VICTORIA SLOANE’s Spring Summer 2019 handbeg 

Kew Bag
Ada pilihan 5 warna iaitu Silver, Gold, Silver, Grey, Black and Red.
Harga: RM169 

Warwick Bag
Ada pilihan 6 warna iaitu Pink, Dusty Pink, Sand, Rose Pink, Green, Grey, Nude
Harga: RM199 

Essex Bag
Ada pilihan 4 warna iaitu Red, Light Gold, Blue dan Brown,
Harga: RM199 

Abbey Bag 
Ada pilihan 4 warna iaitu Maroon, Nude, Black dan Silver.
Harga: RM179 

Holborn Bag 
Ada pilihan 4 warna iaitu White, Pink, Purple dan Dusty Purple. 
Harga: RM189 


Dalam masa yang sama beg tangan Victoria Sloane akan dijual di Shopee bermula sekarang 

 congrats Rita Dato 'Sosilawati, k lily doakan you terus maju di masa hadapan

Sebagai kesimpulan, gaya apa yang ingin ditonjolkan, beg tangan Victoria Sloane pasti akan melengkapkan rupa yang esklusif dengan sentuhan akhir yang halus. Dengan beg tangan yang kelihatan eksklusif dan cantik, keyakinan wanita pasti akan mencapai langit. Tukar gaya korang hari ini dengan menggunakan hanya satu beg tangan dengan Victoria Sloane.

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 



Friday, April 19, 2019

Jom Menang PROTON X70 - Peraduan YEO'S Raya Bergaya 2019

Hi Korang, 


Ya ampun, sekejapan dah nak masuk bulan Ramadan ek. 

Pejam celik pejam celik setahun masa berlalu sudah kan, ermm puasa dah ganti ke hehehhe. Itulah kak lily pun tinggal lagi 2 hari ni lagi untuk ganti aduimak asyik terlupa je tanggungjawab ni lah. Eh ganti tetap ganti kan, wajib tuh. 

Bercakap mengenai puasa ni, apa yang terlintas di fikiran korang ?? 

Ermm of courselah buka puasa kan hehehhe 

Dah kak lily agak dah, makan yang korang penting kan yelah kita penat-penat 12 jam berpuasa kan haruslah ganjarannya mestilah awesome. Dapat seteguk air yang menyejukkan dah rasa bahagia dah. 

Memang bulan puasa ni, kak lily ada standby air sedap kat dalam fridge tuh. Nak beli kat bazaar Ramadan takut sakit perut so belilah sekarton air kotak, selalunya kak lily beli air soya lah sebab ianya menyejukkan. Even tak simpan dalam fridge pun bila minum tetap sejuk je tau. 

Kak lily memang favourite air soya dari Yeo’s ni. Even kalau pi beli kat 7-11 ke mane ke tetap air soya Yeo’s yang dicari jugak kan. 

Dah alang-alang bercerita tuh kak lily nak kongsikan kepada korang ada peraduan menarik ni untuk korang tau. 

Yeo’s Peraduan Raya Bergaya 2019 


Kak lily rasa setiap tahun mesti Yeo’s akan adakan peraduan sempena hari raya ni. Yelah tak caya cuba korang google ek, memang ada tau. Dah tuh peraduannya tak susah mana pun, beli, hantar penyertaan kalau terpilih then menang yeahhhhh 

Peraduan ini akan bermula dari 15 April 2019 pada 12.00 pagi dan ditutup pada 9 Jun 2019 pukul 11.59 malam (“Tempoh Peraduan”) 

Untuk tambahkan lagi keseronokkan untuk korang sertai peraduan ni, ermm ini hadiahnya: 

Untuk Cabutan Mingguan 

Hadiah Mingguan 

200 x RM 500.00 Wang Tunai 

Jadual Cabutan Mingguan 

Minggu 1: 15 Apr – 21 Apr 2019 

Minggu 2: 22 Apr – 28 Apr 2019 

Minggu 3: 29 Apr – 5 Mei 2019 

Minggu 4: 6 Mei – 12 Mei 2019 

Minggu 5: 13 Mei – 19 Mei 2019 

Minggu 6: 20 Mei – 26 Mei 2019 

Minggu 7: 27 Mei – 2 Jun 2019 

Minggu 8: 3 Jun – 9 Jun 2019 

Cabutan Utama 

Hadiah Utama: 

1 x Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD 

Wah kereta tuh, I like I like!! X70 tuh kan model SUV terbaru Proton kan, Terbaekk lah 

Ermm excited kan, ni kak lily terangkan cara nak sertai Yeo’s Peraduan Raya Bergaya 2019 ni tau 

Langkah 1: 

Beli mana-mana makanan dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan dan/atau Justea ( Product Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan) 

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan. Ini kena pastikan betul-betul wokeh. 

Langkah 2: 

Buka aplikasi WhatsApp korang, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip 

(Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi). 

Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:- 

a) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima. 

b) Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan. 

Langkah 3: 

Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873 

Peserta layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingg 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima. 

Langkah 4: 

Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan. Serious kena simpan ni, kalau kak lily siap photocopy satu. 

Botol Yeo’s Soya 1 litre yang baru 


Kalau korang nak tau Yeo’s Soya ini kini didatangkan di dalam botol 1 litre. Wah best tuh, tak delah kak lily nak minum 2-3 kotak kecil sekaligus kan, nampak nau pelahap di situ hhehehehe. Bagus berita ni kan kan kan. Ianya menjalani proses pengisian sejuk dan mengekalkan kesegarannya. Itulah letak kat suhu bilik pun sejuk inikan pulak letak dalam fridge kan. 

Bila dah packaging botol besar ni, of courselah ianya tidak akan tumpah, bocor ke kan. Senang untuk di simpan dan di bawa kemana-mana saja. Kalau kotak tuh tak terhimpit letak dalam beg pecah plak kan. Selain ianya mengekalkan kesegaran botolnya tuh boleh di kitar semula, maknanya lagi banyak korang minum lagi banyak botol kosong yang boleh korang jual hehehhe mata duitan sungguhlah ek. 

Yang penting, air soya Yeo’s ni sesuai di hidangkan kepada seisi keluarga sewaktu berbuka mahupun bersahur. Sedap kan.. 

Ini kak lily kongsikan kepada korang video untuk Yeo’s Raya Bergaya untuk korang 



Apa tunggu lagi, jom sertainya sekarang.. 

Senang je nak menang!! 

Info lanjut mengenai peraduan dan cabutan mingguan, korang boleh ke : 

Website peraduan: 


Facebook Page : 




Thursday, April 18, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 ‘Riang Ria Ramadhan’ di Ibis Style Kuala Lumpur Cheras

Hi Korang, 

Ada lagi nak citer pasal Ramadan review ek 

Ini merupakan kali kedua kak lily jejakkan kaki ke Ibis Style Kuala Lumpur Cheras ni tau. La rupanya dekat bebenau dengan area office kak lily ni, tak yah nak WAZE sangatlah kan hehehehe


Ibis Styles Kuala Lumpur Cheras Hotel merupakan hotel bertaraf 3 bintang di Cheras yang mempunyai 156 bilik di seluruh 6 tingkat bangunan ini. Lokasi yang bersesuaian di Cheras hanya 15km ke KLCC dan 35 minit ke Subang Airport dan kalau korang nak tau yang hotel ini telah beroperasi dari tahun 2010. 






Berkonsepkan buffet ‘Riang Ria Ramadhan’, kali ni Ibis Style Kuala Lumpur Cheras mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan yang suci ini dengan pelbagai pilihan tradisional dan tempatan yang berwarna-warni yang bakal memenuhi selera para penghujung tak kira tua mahupun muda. 





Korang akan menikmati hidangan istimewa di Ibis Style ni, di antaranya Ayam Kampung Goreng Madu Perlis, Gulai Kambing Kerisik Darat Pulau Pinang, Daging Masak Merah Johor, Ikan Tenggiri Asam Pedas Melaka dan banyak lagi! 




Jangan lupa untuk meninggalkan ruang untuk pencuci mulut, termasuk Kuih Melayu tradisional, ABC, kuih dan buah-buahan segar. 


Untuk buffet ‘Riang Ria Ramadhan’ ni, ianya bermula dari 7hb Mei 2018 – 31hb Mei 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah 


EARLY BIRD : RM48nett, pembelian voucher dari 1hb April sekarang hingga 1hb Mei 2019 
Dan kalau korang beli 10 voucher, percuma 1 voucher tau 

Harga Walk In : RM59nett untuk dewasa dan RM41nett untuk kanak-kanak dan warga emas 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Ibis Style Kuala Lumpur Cheras boleh hubungi di talian 03-9086 8888 

Jom kita ke :- 

Ibis Style Kuala Lumpur Cheras 
Jalan c180/1, 
Dataran C 180, 
43200 Cheras, 
Kuala Lumpur 
Tel: 03-9086 8888 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman Web: 

Facebook: 


Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa.

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Wednesday, April 17, 2019

Fisherman's Friend Blackcurrant, Perisa Baru Ni Lah

Hi Korang,

Peminat anggur hitam pasti gembira menerima berita ini! Perisa anggur hitam yang menyegarkan kini boleh didapati dalam lozeng baharu Fisherman's Friend Blackcurrant. Menggabungkan perisa mental yang menjadi lambang keunggulan Fisherman's Friend dengan sentuhan kesegaran buah anggur hitam, lozeng terbaru ini pasti akan mendapat sambutan.


Lozeng Fisherman's Friend digemari oleh rakyat Malaysia dan terkenal kerana keupayaannya memberikan kesan kelegaan dan kesegaran nafas. Setiap pek lozeng Fisherman's Friend membawa ciri inovatif "Zip & Lock" (penutup zip), untuk memastikan setiap lozeng segar hingga yang terakhir! 

Selama ini, Fisherman's Friend telah memperkenalkan pelbagai produk untuk disesuaikan dengan keperluan pengguna, termasuk lozeng tanpa gula. Tambahan terbaru ini juga tidak mengandungi gula dan merupakan alternatif yang sesuai untuk mereka yang mahukan pilihan produk tanpa gula. 

Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif Fisherman's Friend di Malaysia, "Sebagai jenama yang terkenal dan mempunyai kedudukan global yang kukuh, kami komited untuk menawarkan produk yang segar dan menarik kepada pengguna. Dengan tambahan lozeng terbaru kami, pelanggan boleh menikmati manisan rasa buah-buahan yang segar dan juga mendapat kelegaan segera daripada kerengsaan tekak dan batuk. Sesungguhnya anggur hitam digemari oleh rakyat Malaysia, dan itulah sebabnya produk ini cepat menjadi kegemaran ramai!" 

Keluaran lozeng Fisherman's Friend yang melebihi lima billion setiap tahun di seluruh dunia dengan sentuhan kesegaran lozeng anggur hitam baharu masih didambakan, sama seperti lozeng Original Fisherman's Friend yang pertama dicipta di England pada 1865. 


Lozeng Fisherman's Friend Blackcurrant boleh didapati di semua pasar raya hiper, pasar raya, kedai serbaneka, kios stesen minyak dan kedai farmasi di seluruh Malaysia. Produk dijual pada harga jualan yang disyorkan RM4.20 untuk pek 25g. 

Semua produk Fisherman's Friend disahkan halal. 

Fisherman's Friend diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. Buat masa ini, GBA menguruskan banyak jenama terkenal dengan kerjasama rakan niaga dari seluruh dunia, yang kebanyakannya merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.





Promosi Bufet Ramadan ‘SAJIAN MELAYU ASLI’ di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

Hi Everyone,

Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur is delighted to present another feast of local cuisine called ‘SAJIAN MELAYU ASLI’ at TrEat Restaurant & Bar. This buffet dinner will be available from 10th May until 2nd June 2019. 



The specialty of Malay dishes is that they are prepared from family recipes that were handed down from generations. These dishes are strong, spicy and aromatic, combining the rich taste of herbs and spices. Syaiful Alwi – our Head Chef has searched far and wide for traditional recipes when putting the buka puasa buffet together. A plethora of authentic Malay dishes are available such as Gulai Kawah, Durian Cendol, Fish Head Curry, Sup Gear Box, Ketam Goreng Bercili, Dalcha Kambing, Sotong Kembang Kicap Pedas, varieties of Kerabu, beverage such as Mata Kucing, Jagung Ketagih and many more. 

 


There are also nine stalls with live stations for noodles, satay, lemang, a variety of fritters, ikan bakar, Roti John and even durian cendol to select from. 



Untuk buffet ‘SAJIAN MELAYU ASLI’ ni, ianya bermula dari 10hb Mei 2019 – 2hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 


Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

Harga Early Bird : RM68nett (dewasa) dan RM34nett ((kanak-kanak 4-12 tahun) 

Harga Walk In : RM75nett (dewasa) dan RM38nett (kanak-kanak 4-12 tahun) 

Ada 20 % diskaun untuk hotel guest dan promosi “Buy 8, Free 1” diskaun.

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Oakwood Hotel and Residence Kuala Lumpur boleh hubungi di talian 03-2720 3827, email ke fnb.event@oakwood.com

Jom kite ke: 

OAKWOOD HOTEL and RESIDENCE KUALA LUMPUR 
222, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur 

Laman Web: 

Facebook : 




Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di  basement hotel
Ruang makan yang luas dan selesa. 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Tuesday, April 16, 2019

Lima Alatan Yang Anda Perlukan Untuk Tingkatkan Rutin Penjagaan Oral


Hi Korang,

Kesihatan Oral merupakan penunjuk yang penting terhadap kesejahteraan, kualiti hidup dan kesihatan secara keseluruhannya. Jika anda tidak menjaga kesihatan oral dengan betul, anda berisiko mengalami masalah nafas berbau, penyakit gusi, gigi, gusi sensitif, kaviti dan kehilangan gigi (rongak).

Berita baiknya, semua isu ini boleh dicegah. Guardian, peneraju rantaian produk kecantikan, kesihatan dan penjagaan peribadi Malaysia mempunyai cara untuk membantu rutin asas penjagaan oral harian anda.



Asas Penjagaan Oral

Gosok gigi anda sekali pada waktu pagi dan malam selama dua minit setiap sesi menggunakan berus gigi yang lembut dengan kepala bersaiz kecil dan sederhana[1], bersama ubat gigi berflorida. Pegang berus gigi pada kedudukan 45 darjah menghala ke arah gusi.[2] Gosok seluruh permukaan gigi (bahagian sisi dan permukaan mengunyah di atas). Guardian mempunyai berus gigi yang anda perlukan untuk rutin penjagan oral ini. Cuba “Guardian Activ’ Care Giant Head Toothbrush” dengan bulu lebih banyak untuk membersih permukaan lebih luas dengan lebih pantas. Sementara itu, “Guardian Ecolo Green Tea Toothbrush” pula lebih mesra alam. Anda juga boleh membawanya ke mana-masa sahaja dengan “Guardian Dental Travel Kit”. Ia memang ideal untuk digunakan ketika bercuti, boleh diisi ke dalam beg tangan, beg gimnasium dan laci meja bersama penutup berus gigi yang bersih. Jadi, anda boleh memberus gigi apabila perlu sepanjang hari. 

Penjagaan Oral yang Lebih Menyeluruh

1.    Flos Gigi Korang!

    Memberus gigi setiap hari hanya membersih tiga daripada lima permukaan gigi anda. Tingkatkannya ke satu tahap lebih tinggi dengan membersihkan celah-celah gigi menggunakan berus interdental atau flos.[3] Flos penting untuk mencegah penyakit gusi. [4] “Guardian Activ’ Care Dental Floss Mint” ideal kerana ianya kecil, padat dan muat di dalam poket  dengan perisa pudina yang menyegarkan.

2.    Flos Pencungkil Gigi untuk Pembersihan yang lebih Menyeluruh

   Jika anda tidak boleh melakukan flos sepenuhnya, gunakan “Guardian Floss Toothpicks”     untuk menanggalkan plak dan sisa makanan di celah-celah gigi dan di sekitar garis gusi       secara efektif, terutama di kawasan yang sukar dicapai. Ia hadir dalam bungkusan satu      persatu, jadi anda boleh menyimpannya di dalam beg tangan atau poket seluar untuk        membersihkan mulut dengan pantas selepas menikmati hidangan tengah hari. 

3.    Fishbone Toothpicks (Pencungkil Gigi Tulang Ikan) apabila makanan melekat di celah-celah gigi

    Cuba “Guardian Fishbone Toothpicks” baharu yang sangat baik untuk mengeluarkan sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi dengan lembut. Tip pro: Lakukan regim penjagaan oral anda di dalam bilik air atau secara bersendirian.

4.    Selesaikan masalah nafas berbau dan Plak dengan Pembersih Mulut

Pembersih mulut boleh meningkatkan rutin penjagaan oral harian anda kerana ia boleh menjangkau kawasan yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi dan flos. Ambil sedikit dan kumur dalam tempoh 30-40 saat dengan bibir ditutup rapat. Kemudian buang dan jangan telan. Sesetengah produk pembersih mulut memiliki kandungan anti-bakteria untuk membantu mengurangkan masalah nafas berbau dan plak.[5] Gunakan “Guardian Fresh Mouth Six Action Mouthwash” untuk nafas lebih segar, mengurangkan plak, menguatkan gigi, menggalakkan gusi yang lebih sihat dan memulihara mineral pada enamel.

5.    Bersihkan Lidah Anda

Plak terdiri daripada satu lapisan yang mempunyai jutaan bakteria.[6]  Kita sering kali lupa untuk membersihkan lidah. Membersihkan lidah merupakan satu rutin kebersihan oral harian yang penting.[7] Gunakan “Guardian Tongue Cleaner” untuk membantu menghilangkan lapisan dan sisa makanan daripada lidah.


Bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk meneroka alat penjagaan oral, Guardian akan mengadakan peraduan Beyond Basic Comment & Win” di laman Instagram dan Facebook bermula 14 April hingga 21 April 2019. Anda hanya perlu komen tentang apakah alat penjagaan oral yang ingin anda terima dan ia mungkin menjadi milik anda. Sepuluh pemenang bertuah akan menerima pek permulaan Beyond Basic Oral Care daripada Guardian bernilai RM40 setiap satu.

Tingkatkan rutin anda dengan Guardian Oral Care untuk kesihatan oral yang menyeluruh.  

Boleh didapati di semua cawangan Guardian dan e-stor Guardian.




[1] The Toothbrush. (1991). The Journal of the American Dental Association, 122(2), 2–5.doi:10.14219/jada.archive.1991.0373 
[7] Christen, A. G., & Swanson, B. Z. (1978). Oral hygiene: a history of tongue scraping and brushing. The Journal of the American Dental Association, 96(2), 215–219.doi:10.1016/s0002-8177(16)30453-6 
QR/2019/MY159r1