Thursday, March 21, 2019

"THE ADVENTURERS' WEB" Tarikan Terbaru di AEON Mall Nilai.

Hi Korang, 

Sejak AEON Nilai ni di buka Januari lepas, kak lily perasan ramai kengkawan suka datang kemari. Yelah kami-kami ni yang duduk di pinggiran Nilai ni nak jugak berjalan-jalan tengok kawasan kan. Jangan kata orang lain, even kak lily pun kalau balik dari site Bandar Estek ni pun tetap nak singgah ke sini untuk pekena secawan kopi. 

AEON Nilai kalau hari kerja peaceful je orang kurang ramai, boleh lepak banyak tempat untuk minum kopi. Cuba korang datang hujung minggu ya ampun nak parking pun sampai ke luar-luar jalan hah hehhehe itulah hebatnya tarikan AEON Nilai ni ek. 

Untuk nak tambah menarik lagi, ada tarikan terbaru khusus untuk seisi keluarga tau. 


(letak gambo the adventure webs tuh) 

Memperkenalkan "THE ADVENTURERS' WEB" 

AEON Mall Nilai memberikan pengalaman dan keseronokan kepada para pelanggannya dengan memperkenalkan zon baru dan inovatif yang dikenali sebagai Web Adventurers. Pusat interaktif ini adalah yang pertama seumpamanya, yang menawarkan pengalaman baru dalam menjadikan mall ini sebagai Active Mall 

The Adventures Web ini merupakan tempat yang direka untuk mereka sukakan cabaran untuk melangkah masuk ke dalam 'unknown zone' (zon tidak diketahui). Ianya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu 

Mini Science Discovery Centre 

The Dinasour Rangers 

Monster House

Ketiga-tiga zon ini mempunyai fungsi dan aktivit yang tersendiri merangkumi sains futuristik dan teknologi ke dunia zaman batu dan pengalaman yang menyeramkan dan mengerikan. Ia bertujuan untuk memupuk keseronokan, meningkatkan kemahiran berfikir, menggalakkan pembelajaran dan dapat meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang 

Mini Science Discovery Centre 


Kalau korang nak tau di zon ini, terdapatnya aktiviti yang berinteraktif dan menguji kekuatan minda dan fizikal kita. Aktiviti ini di reka khas dari Tech Dome Penang yang telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk rekaan pembelajaran yang berteknologi tinggi. 

Ok nampak tak ada tulis halus di duit RM1 kite ni, itulah korang tak tau pun. Meh sini tengok dekat microskop ni ek.

Bila you tukar saje bentuk-bentuk pasir ini, ianya akan menjadi sesuatu yang menarik tau, macam pantai, gunung, padang pasir. ermm canggih kan

Aiyo ini robot saya suruh dia berjoget dia mau tidur plak kan

Ianya berfungsi sebagai hab sains mini untuk kanak-kanak dan pelajar. Ia direka untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak tentang teknologi melalui aktiviti dan pameran seperti reverse bungee, interactive floor, robot programming dan banyak lagi aktiviti menarik lain lagi. 

Adik ni berpusing-pusing tadi ni tau, kat sini kita belajar pasal graviti ye

Kak lily pun lekalah duduk kat zon ni. Seronok betul, walaupun untuk kanak-kanak dan para pelajar tapi kita yang orang dewasa ni boleh menambah pengetahuan untuk diri kita sendiri. 

The Dinasour Rangers 


Kak lily suka ke Zon Dinosaur ni tau. 


Sebab kita dapat kembali ke zaman pra sejarah dulu di mana wujudnya dinosaur di zaman ini. Terdapat pelbagai segmen seperti Dinosaur Fossil Assembly, Maze Exploration, Exhibition Hub dan banyak lagi. 



ini telur dinosaur ni

ini baby dinosaur tau, siap minum susu lagi

inilah dia Gary, kemain besau dinosaurnya hah

Yang paling best tuh, korang boleh saksikan sendiri dinosaur hidup kembali tau. Ktorang pun si terperanjat bagai, bila dinosaur keluar dari Theather tuh huahauhauha. Ada juga aktiviti untuk mencari telur dinosaur dan banyak lagi. 

Monster House


Dengar je monster korang dah takut kan. 


nilah memanglah suka-suka lagi, tunggu jap lagi ek

Ini bukan rumah hantu tau tapi monster house, memang takde hantu yang duk kejar-kejar korang tuh ye. Kalau korang nak tau di dalam zon ni terdapat 13 tema unik yang sangat menakutkan tapi memang tak de hantu, itu yang kak lily nak tekankan. 

salah bilik tuh, pi bilik lain tau

Sebenarnya Monster House adalah untuk menguji tahap keberanian seseorang tuh dan kak lily terdiri daripada golongan orang tak berapa nak berani. 

tolong ahkak ko ni hah

eee gelinyer

binatang yang di jadikan bahan ujikaji ni

tangan-tangan ni memang menakutkan betul, ada tangan yang betul mencapai tau huahauhauahua



Di setiap bilik memmpunyai kesan ngeri yang tersendiri so terpulanglah sama ada korang takut atau tidak. Ada sesetengah bilik tuh tak seram pun tapi ngeri dengan darah-darah menitis-nitis di merata tempat, dengan adanya monster kalau kaki movie thriller cam kak lily ni ini di kira seram-seram manja gituh hehhehe 

So apa macam? 


Korang tengok gambar pun dah rasa excited kan, inikan pulak ktorang yang pi explore ni. Ya ampun terjerit-jerit masing-masing bilik kena kejar dengan dinosaur, tengok tangan berdarah banyak di dinding hauhauahua memang tak terkatalah keseronokannya tuh.


"THE ADVENTURERS' WEB" akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada hari Sabtu, 23 Mac 2019. Para pelanggan kepada AEON MALL yang baru akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan menikmati diskaun istimewa pada hari pembukaan. 


Kira-kira 200 tiket akan diberikan bersama-sama dengan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Korang boleh mendapatkan tiket kombo diskaun yang akan ditawarkan pada harga diskaun sebanyak 20% dari harga asal RM49. Dengan tiket ini, pembeli dapat mengalami semua tarikan. Ahli kad kredit AEON juga akan menikmati diskaun sehingga 30% di "THE ADVENTURERS' WEB" 

Jom kita ke : 

The Adventures Web 
Tingkat 2 – Entertainment Hall 
AEON Mall Nilai 
No 2, Persiaran Pusat Bandar, 
Putra Point, Putra Nilai, Nilai 
Negeri Sembilan 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website: 
www.aeonretail.com.my

Facebook : 

Instagram :




Wednesday, March 20, 2019

DiamondPure Milk, Only A2

Hi Korang,

Apa ni?? Tajuk cam berlian tapi susu ek, ermm apa plak A2 tuh. 
Hah itulah korang ni kak lily nak citer lah ni kan.

Ada sesiapa yang kaki minum susu?

Ermm kak lily dulu memula pun kurang minat dengan susu ni lebih-lebih lagi susu putih ni rasa cam pelik nau, nak muntah pun ada tapi sejak kena paksa makan oats dengan susu hari hari so terus tersuka plak dengan susu ni. 

Tapi..

Ada tak korang rasa kembung lepas minum susu?
Ada tak rasa gatal-gatal manja lepas minum susu?

Kalau ada ini sebabnya…

Susu lembu adalah minuman berkhasiat yang dikategorikan mengikut

• Kandungan lemak (krim penuh, rendah lemak atau skim)
• Diproses keadaan (cair sejuk, UHT, serbuk atau krim)
• Gred (gred A atau Gred B)

Ini adalah jenis susu yang paling biasa di dapati oleh para pengguna. Selama beberapa dekad ni, kita mungkin telah minum susu yang menyebabkan ketidakselesaan perut.

Bagi kanak-kanak pula, saya kongsikan tips untuk memilih susu formula yang sesuai untuk mengelakkan mereka ini mengalami gangguan perutnya. 





Ni yang kak lily nak perkenalkan ni, susu dari DiamondPure yang mempunyai A2.

Susu yang lebih mudah dicerna oleh usus kita. Semuanya semula jadi dan berasal dari New Zealand


Apa itu A2?

A2 bermaksud A2 Beta-Casein Protein. Kebanyakan susu lembu yang ada di pasaran adalah susu A1; sangat jarang kita dapat mencari susu yang tidak mengandungi protein A1. Susu DiamondPure mengandungi hanya protein A2, menjadikannya usus lebih mesra dan rasanya enak ya amat.

So puas hati tak dengan penerangan kak lily tuh so lepas ni kalau nak beli susu kenalah pepandai pilih ye. 

Yang bestnya susu DiamondPure ni memang 4 perisa yang sememangnya sangat unik. 4 perisa tersebut iaitu :-

Milk with Manuka Honey

Menggabungkan dua bahan mentah penting; susu asli dan digabungkan dengan Madu Manuka dalam produk siap sedia untuk minuman yang memberikan rasa dan kualiti. Tiada apa yang ditambah, tiada apa yang diimport dari persekitaran yang murni di Pulau Selatan New Zealand.

Low Fat Milk with Manuka Honey

Sesuai untuk pengguna yang mempunyai diet yang tertentu

Milk with Inulin Fibre

Menggunakan 2 bahan semulajadi yang menggabungkan untuk membuat minuman susu kesihatan yang lazat. Menggunakan Susu dari New Zealand dan Inulin Serat, yang merupakan superfood yang luar biasa. Setiap kandungan akan menyediakan sumber serat yang baik. 

Milk with Kiwi

Ia adalah minuman susu formula dan enzim buah kiwi yang menggunakan bahan-bahan terbaik dari New Zealand, , digabungkan dengan manfaat yang terkenal dari serat inulin dan madu manuka dalam minuman lazat dan enak di minum setiap hari.

Untuk itu, kita memerlukan nutrien penting untuk kesihatan kita termasuk jugalah kanak-kanak. 

Kak lily dah cuba keempat-empat perisa yang dan ianya mempunyai rasa yang sangat berbeza tapi susunya tetap ada. Takdelah rasa manis madu pun tapi bila kita minum tuh kita akan manisnya madu, ataupun kiwi di dalam susu tersebut. 


Harga sekotak susu DiamondPure ini

1L Packing Size 

RM15.90 - Milk with Manuka Honey 
RM15.90 - Low Fat Milk with Manuka Honey 
RM15.90 - Milk with Inulin Fibre 
RM18.80 - Milk with Kiwi 

300ML Packing Size 

RM5.80 - Milk with Manuka Honey 
RM5.80 - Low Fat Milk with Manuka Honey 
RM5.80 - Milk with Inulin Fibre 
RM6.50 - Milk with Kiwi

Di mana nak dapatkan susu DiamondPure ni, ermm senang je


Di mana-mana supermarket yang berhampiran dengan korang, refer gambar kat atas ni hah. Jaya Grocer, Kiara Mart, BMS Organic, Urban fresh, Atlas Natural Marketplace dan banyak lagi.

Oh ya, pentingnya bagi kita mengamalkan minum susu setiap hari, barulah sihat dan kuat kan. Bukan kita jer orang dewasa malah kanak-kanak lagi perlu amalkan minum susu ini bagi meningkatkan perkembangan fizikal mereka.





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website: 

Facebook : 

Instagram :







Saturday, March 16, 2019

Kempen SAMSONITE Luggage Trade-In kembali lagi

Hi Korang,

Kempen Samsonite Luggage Trade-In kembali lagi, dan pada tahun ini jenama bagasi terbesar dan paling dikenali di dunia ini akan memainkan peranannya untuk meningkatkan kesedaran tentang keprihatinan untuk memelihara alam sekitar dengan berkolaborasi dengan WWF-Malaysia. 

Menerusi kempen yang akan berlangsung bermula pada 1hb Mac sehingga 14hb April 2019 ini, Samsonite menyokong Kempen Earth Hour anjuran WWF-Malaysia ini dengan memberi sumbangan sebanyak RM10 untuk setiap satu bagasi yang telah ditukar ganti oleh pengguna dalam membuat pembelian bagasi jenama tersebut kepada unit Usaha Pemulihan WWF-Malaysia. 


Para pembeli boleh menukar ganti sebarang bagasi yang sedia ada bagi menerima diskaun sebanyak 40% untuk pembelian bagasi model S’Cure dan 30% untuk model ARQ. Samsonite juga akan memadamkan lampu yang tidak diperlu buka di setiap butik pada 30hb Mac 2019, pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam bagi menyokong kempen Earth Hour ini. Susulan daripada sokongan inisiatif ini, kesemua lampu yang tidak diperlu buka juga akan dipadamkan pada setiap hari Isnin pada jam 12 tengah hari sehingga 1 petang, sepanjang kempen luggage trade-in ini berlangsung. 

“Tahun ini, kami amat gembira kerana dapat berkolaborasi dengan WWF-Malaysia, dalam menyokong misi mereka untuk menghentikan degradasi sumber asli alam sekitar di muka bumi ini serta membina masa hadapan yang mana manusia hidup aman dengan semula jadi, di samping mengetengahkan isu-isu yang lebih luas tentang alam sekitar, menggabungkan aspek-aspek seperti polisi kerja, pengetahuan tentang alam sekitar dan kesedaran umum,” kata Ambert Khoo, Pengurus Besar Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd. 

“Sehubungan dengan itu, kami juga akan menyumbangkan bagasi yang telah ditukar ganti kepada Kloth Cares, sebuah pergerakan Keusahawanan Sosial Malaysia yang berdedikasi untuk usaha Keep Fabrics Out of Landfills melalui penggunaan semula, pengitaran semula dan pembuatan semula.” Tambah beliau. 


Kami berharap anda dapat tururt serta dalam usaha memelihara muka bumi dan menyebarkan mesej tentang inisiatif kehijauan ini dengan menyertakan tag @samsonitemalaysia juga #protectourplanet dan #samsonitetradeinMY dalam semua paparan sosial media korang. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Samsonite Trade-In 2019 ini, layari laman web SAMSONITE di https://www.samsonite.com.my/trade-in/ atau laman muka Facebook di www.facebook.com/SamsoniteMalaysia/




Friday, March 15, 2019

Platinum AmPower Blanket Di Perkenalkan Sempena World Sleep Day 2019

Hi Korang, 

Wah tengok tajuk je dah syiok kan! Hari Tidur Sedunia Hehehe 

Yelah pasal tidur, siapa je yang tak suka tidur kann?? Tidur adalah perkara yang paling seronok sekali untuk di lakukan lebih-lebih lagi masa cuti hujung minggu. Tapi korang tau ke adakah tidur korang tuh berkualiti ataupun tidak?? 


Amlife International Sdn. Bhd. kembali dengan sambutan Hari Tidur Sedunia bagi tahun ke-empat berturut-turut. Diacarakan bersama Persatuan Tidur Sedunia, Amlife mengadakan pameran kesihatan tidur di Sunway Resort Hotel baru-baru ini dan kak lily sempat menghadirinya. 


Sebelum event bermula tuh kak lily menjalankan ’sleep analysis’ dengan menggunakan mesin-mesin canggih ni, alah tak sakit pun. Alat ni di pasang pada kawasan nadi darah kita dan di biarkan selama 5 minit untuk di analisis. 

Jeng jeng jeng report pun kuar hah, dalam dalam bahasa cina. Nasib ada translator hehehehe 

Maknanya apa? 


Tengok je gambar tuh, hehehhe rupanya kak lily seorang kak tidur yang balance dari semua segi walaupun tidur lambat tapi tidur kak lily berkualiti, tak de meracau-racau masa tidur, baru tengah malam, senang nak tidur kan. Syukurrr 

Setelah membawa tema terbaru, "Life, Redefined," Amlife sedang menerajui gerakan untuk membolehkan pengguna di Malaysia memperbaikkan kesihatan melalui tabiat tidur yang lebih baik, lalu memperubahkan kehidupan mereka. Amlife telah mengambil peranan baru sebagai pakar kesihatan tidur holistik- iaitu mengkaji cara-cara yang lebih menyeluruh untuk memperbaikkan tabiat tidur, malah juga menyasarkan isu-isu berkaitan tidur seperti kesihatan dan kecantikan. Aneka produk Amlife yang berpelbagai menjadi saksi kepada matlamat mereka untuk memasuki pasaran kesihatan tidur holistik. 


Pengasas dan Presiden syarikat Am life, En. Lew Mun Yee

Pengasas dan Presiden syarikat Am life, En. Lew Mun Yee memegang kepercayaan yang teguh bahawa tidur yang nyenyak mampu membawa pemulihan semulajadi. Setelah berikrar untuk membantu orang lain mencapai kenyenyakan tidur, En. Lew telah menghasilkan jalan penyelesaian untuk mereka yang ingin memulihkan kesihatan melalui tidur. Beliau berkata, "Am life mempercayai bahawa semua orang patut memegang cita-cita dan mengejar cita-cita tersebut. Dalam perjalanan kita ke arah pencapaian matlamat ini, kita memerlukan tubuh badan yang sihat untuk tiba di destinasi tersebut, dan lebih pentingnya, kita patut menikmati perjalanan tersebut dan buah kejayaan." 


Dengan menggabungkan juga slogan Hari Tidur Sedunia tahun ini, iaitu "Sleep Well, Age Well" ataupun "Tidur Lena, Penuaan Sihat," Am life memperkenalkan barangan kesihatan tidur mereka yang inovatif, termasuk pelancaran Selimut Platinum AmPower, sejenis teknologi anti-penuaan yang bukan sahaja menjanjikan tidur yang nyenyak, namun juga menjaminkan pengguna bangun daripada tidur dengan berasa sihat, pulih dan segar. Am life juga telah menayangkan acah produk-produk tidur akan datang, seperti makanan supplement untuk memperbaikkan kesihatan, yang dijangka akan dilancarkan tahun ini. Barangan ini dijangka akan membekalkan pertumbuhan tahunan sebanyak 80%. 

Mr. Lew menjelaskan, "Walaupun pasaran kesihatan sedia ada sudahpun luas dan beraneka, pasaran kesihatan tidur semulajadi jarang diberikan perhatian. Dengan kajian tentang kesihatan tidur yang dijalankan oleh penyelidik terkenal di jagatraya, The Nielsen Company, kami faham bahawa pengguna ingin mencari rawatan semulajadi untuk memperbaikkan kualiti tidur." Beliau meneruskan huraian, "lni telah membentukkan arah perniagaan kami, iaitu untuk menyediakan penyelesaian yang semulajadi dan berasaskan teknologi untuk membantu pengguna-pengguna mencapai tidur yang lebih lena." 

En. Edward Yong, Perunding Kesihatan Amlife, memberikan penerangan mengenai kaji selidik Kesihatan Tidur oleh The Nielsen Company. Beliau berkata, "9 daripada 10 orang di Malaysia mengalami satu atau lebih masalah tidur. 78% daripada pengguna Malaysia berpendapat bahawa tidur yang tidak berkualiti boleh mengakibatkan masalah kesihatan, dan 47% berpendapat bahawa ia boleh mendatangkan masalah kulit atau kecantikan." Ujar beliau, "Semuanya bersetuju mengenai kepentingan mencari penyelesaian apabila menghadapi masalah tidur, dan 43% daripada pengguna mencari penyelesaian semulajadi untuk tidur dengan lebih lena."


Data penting lain yang didapati: 

• 50% daripada orang Malaysia menilaikan kualiti tidur mereka sebagai 'biasa'. 

• 63% daripada orang Malaysia berusia antara 25 dan 49 memerlukan lebih daripada 30 minit untuk tidur dan kebanyakan daripada mereka dalam kumpulan ini ialah kaum Cina (45%). 

• 35% menghadapi masalah tidur sekali ataupun 2 kali seminggu, manakala 20% lagi menghadapi masalah tidur 3 atau 4 kali seminggu. 

• 70% daripada orang Malaysia sedar bahawa tekanan merupakan antara sebab utama di sebalik masalah tidur. 

• Orang Malaysia di bahagian-bahagian Utara (48%) dan Selatan (43%) memerlukan lebih daripada 30 min it untuk tidur. 

• Orang Malaysia di bahagian Tengah (43%), Selatan (52%) dan Timur Malaysia (46%) lebih mementingkan rawatan semulajadi bagi masalah tidur. 

• Lebih ramai wanita (46%) mementingkan rawatan semulajadi berbanding dengan lelaki (40%). 

• 5 rawatan masalah tidur utama yang diketahui oleh orang Malaysia ialah senaman (59%), perubahan gaya hidup (54%), meditasi dan ketenangan (48%), urut (46%) dan aromaterapi (37%). 

• 48% membaca buku, menonton televisyen dan memasang radio untuk membantu mereka tidur. 

Juga hadir di acara tersebut ialah penceramah dan pakar-pakar tidur, Dr. David Samson, Penolong Profesor Antropologi Biologi di Universiti Toronto Mississauga, Canada, dan Dr. Koyabu Miki, pengamal perubatan bersepadu Cina dan Barat dari Jepun. 


Ujar Dr. David, "Manusia bergantung kepada tidur untuk fungsi kognitif, namun tidur paling sedikit berbanding primata yang lain. Tidur adalah kritikal bagi akal yang cergas, dan tidur yang tidak berkualiti telah dikaitkan dengan gangguan mental, bagi penuaan yang sihat, tidur yang lena melindungi seseorang itu daripada kerosakan kognitif yang berkaitan dengan penuaan, dan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan fizikal." Beliau meneruskan, "Dijangka bahawa 300 juta orang di Asia Tenggara mengalami masalah insomnia dan apnea, dan lain-lain." 


Dr. Koyabu mengukuhkan hujah Dr. David dan menekankan kepentingan tidur yang berkualiti untuk menggalakkan penuaan sihat dan mencegah penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup. Beliau menjelaskan, "Tidur adalah penting untuk membenarkan otak dan tubuh badan kita berehat, dan juga memastikan hormon kita seimbang dan imuniti kepada penyakit diperkuatkan. Untuk menjaminkan penuaan yang sihat, kita perlu memastikan bahawa kita mengamalkan tabiat tidur yang baik." 

Walaupun kak lily tak sempat nak baring di tilam kesihatan dan menggunakan Selimut Platinum AmPower ni, dapat jugak kak lily cuba selimut ni di tangan ye. 



Dengan melapikkan tangan kak lily di bahagian atas dan bawah tapak tangan selama 15 minit kak lily dapat merasakan kesannya tau. 

toksik keluar dalam bentuk cecair

kulit tangan jadi lembut

Kesan toksik itu keluar dalam bentuk cecair iaitu peluh di bawah tapak tangan dan di bahagian atas pula, kulit tangan kak lily menjadi lembut berbeza dengan tangan di sebelah kanan. Ermm kagum sekejap tau 


Demi mengiktirafkan usaha Am life untuk mempromosikan kualiti tidur di arena antarangbsa dan juga ikhtiar pendidikan tidur di Asia, Persatuan Tidur Sedunia, sebuah lembaga antarabangsa yang diasaskan oleh Persekutuan Tidur Sedunia dan Persatuan Perubatan Tidur Sedunia, menyampaikan Anugerah Tidur Cemerlang 2018 kepada Am life di acara ini. lni menjadi kali kedua Amlife memenangi anugerah ini - membuktikan usaha-usaha syarikat tersebut dalam bidang kesihatan tidur. 

Selimut Platinum AmPower

Am life akan meneruskan perjuangan kualiti tidur bagi penuaan sihat, dengan membawa rawatan tidur semulajadi yang tidak memerlukan perubatan atau suntikan kepada pasaran Malaysia. Selimut Platinum AmPower dijual pada harga RM 8,600.00

Kalau korang berminat untuk dapatkan meh sini kak lily sertakan promo kod untuk korang gunakan ye. 

Harga istimewa untuk korang followers tercinta kak lily adalah Single RM6,880 dan Double RM8,880 dengan menggunakan promo kod AL09, promo kod ini boleh digunakan sehingga 30 Jun 2019
Boleh hubungi Ms Evi 012-2160266 dan bagitau promo kod tuh tau untuk harga istimewa ini. 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website: 

Facebook : 




Promosi Makanan Negeri Sembilan di Marriot Putrajaya Mac Ini

Hi Korang, 


Kita orang Malaysia ni kalau makan tengahari mesti nak pekena nasi berlauk atau nasi campur kan. Barulah kemyang rasanya bila dapat makan nasi tuh hehehehhe 

Menu lauk pauknya cam nie plak? 

Mestilah lauk-lauk kampung, dimana jua kita berada menu lauk kampung tetap dalam ingatan kann. 


So sepanjang bulan Mac ini, Marriot Putrajaya memperkenalkan masakan khas dari Negeri Sembilan untuk menikmati semasa makan tengah hari dan bufet makan malam. Dikenali dengan hidangan berasaskan lemaknya dan penggunaan rempah-rempah yang lazat, hidangan tradisional ini pasti akan membawa rasa yang mengagumkan ke atas meja. Bahan-bahan tempatan yang kaya aroma seperti santan, cili padi, serai dan belacan adalah penting untuk mencipta pemilihan masakan yang kaya dan berkrim. 




Putrajaya Marriott Hotel memperkenalkan chef selebriti Dato' lsmail dengan kerjasama Jabatan Warisan Tak Ketara untuk melancarkan Promosi Makanan Negeri Sembilan. Acara ini merupakan kerjasama pertama yang mana Jabatan Warisan Tidak Ketara mampu mewujudkan warisan dan sudut budaya untuk mendidik para pengunjung mengenai budaya di Negeri Sembilan. 

Menu Utama:

Daging Salai Masak Lemak 

Rebung Masak Lemak bersama Perut 

Masak Lemak Sembilang Salai bersama Rebung/Mangga Muda/Belimbing Buluh 

Siput Sedut Masak Lemak bersama Batang Keladi 

Rendang Daging Hitam 

Labu Masak Lemak 

Kacang Panjang Lemak Ikan Masin 

Gulai Itik Salai 

Hati Lembu Masak Kunyit 

Betik Muda Masak Lemak Ikan Masin 

Lemak Nangka Muda Bersama Daging 

Sambal Udang Petai Bersantan 

Masak Lemak Udang Bersama Peria Katak 

Telur Itik Masak Lemak bersama pucuk ubi 

Lemak Ikan Sepat Masin Cili Kering 


Sampingan 

Lawa Jantung Pisang 

Sambal Tempoyak Daun Kayu 

 
Rendang Pucuk Ubi 

Rebusan Tulang (sup tulang) 

Lawa Terung Bakar 

Lawa Daging Salai 


Manisan/Kuih Muih 

Sepang Berkuah 
Kelompong/Buah Melaka 
Ketayap 
Kuih Genggang 
Agar-agar Merah 
Tapai Pulut 
Apam Johol 
Lemang 
Pulut Kuning 

Di samping menikmati hidangan Negeri Sembilan ini, korang akan dapat juga menyaksikan beberapa acara dan demonstrasi pelbagai jenis kebudayaan di Negeri Sembilan.


Child HERITAGE & CULTURAL CORNER 








• Demonstrasi Batik dan Songket 
• Pameran dan Jualan Traditional Cookies dan Snacks 
• Pameran dan Jualan Traditional Clothes dan Accessories 
• Pameran on Heritage Books dan Traditional Kitchen Utensils 
• Permainan Tradisional 

Promosi ini akan sedang berlangsung mulai hari ini hingga 31hb Mac di Zest Restaurant, Marriot Putrajaya 

Harga bagi buffet ‘Negeri Sembilan Food Promotion’ ini adalah: 

Buffet Lunch : RM 110 nett per Adult/ RM 55 nett per Child 

Buffet Dinner: RM 128 nett for Adult/ RM 64 nett for Child



So, kalau korang ingin merasai pengalaman menikmati hidangan ‘Negeri Sembilan Food Promotion' di Marriot Putrajaya, tempahan awal boleh dibuat melalui bahagian Tele-pemasaran di talian +60 3 89498888 ext 1888



Kesemua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan. 

Jom kita ke: 

Zest Lifestyle Restaurant
Marriot Putrajaya Hotel 
IOI Resort City 
Putrajaya 

Phone: +60 3 89498888 
Fax:+60 3 89498999 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website: 

Facebook : 

Instagram : 

















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com