Thursday, March 14, 2019

DODO DIM SUM & BOWLS Di Subang Parade, Unik Malah Sedap Rasanya

Hi Korang, 

Minggu lepas memang minggu penuh dengan makan, ya ampun hari-hari makan luar hah. Tak berasap dapur ye. 

So minggu ni kita chill sket, lepak kat umah je siapkan kerja-kerja yang banyak ni hehehhe 


Ni kak lily nak citer yang kak lily berkesempatan ke DODO Dimsum & Bowls di Subang Parade. 

First time dengar nama restoran ni ek, tapi bila dengar dimsum tuh terus berbuka mata kejap sebab dah lama tak makan, excited nak pip menternak lemak ni hehhehe 

Ri-Yaz Global Food Brands, anak syarikat Ri-Yaz Group, memperkenalkan Dodo Dim Sum & Bowls - restoran multikultural pertama di Malaysia yang menawarkan hidangan dim sum dan hidangan Thai untuk para penggemar kedua-dua jenis makanan ini. 

Ermm Chinese food dan Thai food memang gabungan yang luar biasa ni kan. 

Comey nau restoran DODO Dimsum & Bowls ni, kemain terang lagi. Dekorasi dinding menggunakan warna-warna yang ceria dan lampunnya kemain terang benderang, I like it! 


Hidangan buatan tangan yang asli yang disediakan oleh Sifu Lee dan pasukannya termasuklah "Lo Mai Kai", Spicy Chicken Feet, Siew Mai Dumplings, "Har Gow" prawn dumplings, Charcoal Custard Buns with salted egg yolk filling, Minced Meat Dumpling with green chives and assorted Chee Cheong Fun, Terdapat juga Stir Fried Radish Cake dalam gaya Dodo, Taro Pie Puding Renyah, "Woh Tip" dumpling with shredded ginger dan cuka yang dicincang dan Shanghai Pancake yang tidak boleh dilepaskan tau. 

Ok as usual kenalah kak lily show off menu-menu yang dihidangkan hari tuh: 


Charcoal Custard Buns with Salted Egg Yolk Filling (RM9.50) 

Spicy Chicken Feet (RM9.00) 

Siew Mai Dumplings (RM9.50)

“Har Gow” Prawn Dumplings (RM10.50) 

Minced Meat Dumpling with Green Chives (RM9.50) 

Crispy Mashed Taro Pie (RM9.00) 

Stir Fried Radish Cake In Dodo Style (RM14.00) 

Honey BBQ Chee Cheong Fun (RM10.00) 

"Woh Tip" Dumpling (RM9.50) 

“Lo Mai Kai” (RM9.00) 

Crispy Shanghai Pancake (RM12.00) 

Memang pening kalau korang nak mengingatnya kan. 

Dont worry nanti kalau nak order, menu book diorang siap dengan gambar sekali so pilih ikut ganbar jelah senang. Kak lily suka sekali Radish Cake dan Har Gow Prawn Dumplings tuh. Makan dua ketul dah kenyang hehehe 

Eh ada lagi nie… 

Jika korang menginginkan makanan Thai, jangan lepaskan peluang mencuba menu yang disediakan oleh Chef Khun Ben, seperti empat jenis Thai Boat Broth Mi (Nam Tok, Khao Soi, Tom Yum, Nam Sai), Khao Klukh Krapi padi kuih udang, Crispy Som Tam, Sayap ayam Gai Pad Prik Pao dan Beras Stik Mango. 

Nam Tok BoatNoodle (RM2.30) 

Khao Soi Boatnoodle (RM2.30) 

Nam Sai Boatnoodle (RM2.30) 

Tom Yum Boatnoodle (RM2.30) 

Crispy Fried Som Tam (RM14.00) 

Gai Pad Prik Pao Chicken Wings (RM18.00) 

Khao Klukh Krapi Shrimp Paste Rice (RM20.00) 

Crispy Chicken Skin (RM2.20) 

Mango and Sticky Rice (RM10.00) 

Hah terbelit-beli lidah ko nak menyebutnya kann hehhehe 

Tak per tak per kalau nak order tengok menu tengok gambar kalau tak boleh tanya je kat brother waiter tuh nanti diorang akan explain satu persatu. Itu hari tuh, pening-pening jugak kak lily nak memikir apa nak makan, so diorang yang suggest untuk cuba menu-menu ni. 

"While there are a number of restaurants that offer dim sum, and others that serve Thai street food, we double the fun by offering both in a single outlet, with our chef's personal take on the menu items. We take pride in offering authentic taste in our dim sum dishes as well as our Thai menu, in a welcoming, inspiring ambience - making this a perfect place for creating moments and memories among family and friends. At Dodo Dim Sum & Bowls, we aim to ensure that customer satisfaction in the quality of our meals is complemented by memorable moments whenever they visit us," kata Sach Seelan, General Manager of Ri-Vaz Global Food Brands Sdn Bhd. 


Restoran ini juga memberi pengalaman makan lebih interaktif dan menyeronokkan. Korang boleh terlibat dengan aktiviti Facebook dan Instagram dengan mengambil bahagian dalam peraduan yang menyeronokkan, aktiviti yang dirancang dan terus mengikuti kemas kini menu. 

Di sosial media kalau korang jadi pelanggan setia boleh menikmati tawaran istimewa sebagai sebahagian daripada komuniti Dodo Dim Sum & Bowls. So rajin-rajinlah checkout social media diorang ek 

Dah apa tunggu lagi ni, jom kita ke : 

Dodo Dim Sum & Bowls Subang 
Lower Ground Floor, 
Subang Parade Shopping Centre 
Jalan Kemajuan Subang, Ss 16,
Subang Jaya.



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social medie berikut : 

Laman web : 


Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019

Hi Korang,

Adakah anda tergolong dalam 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami masalah gusi[1]? Jika anda tidak pasti, layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma yang dapat membantu anda mendapatkan gusi dan gigi sihat sepanjang hayat. 


Laman web pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019, satu kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. 

Kempen ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun dan ke atas[2]. Jadi, mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat, selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan. 

Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi. 


Kempen ini dilancarkan oleh Dr. Norliza bt Mohamed, bertanggungjawab sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan di pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, hari ini. 

Menurut Dr Norliza, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting berbanding kesihatan umum yang lain. Namun, sikap ini perlu diubah kerana ia merupakan isu yang serius. Beliau menyatakan bahawa tahap kesihatan oral yang rendah sering dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan yang lain. 

“Kajian penyelidikan menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan terbaharu, Alzheimer. Ini merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa. Sekiranya pengesanan dan rawatan awal penyakit gusi boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya.” 

Beliau mengakui bahawa kempen Gumbatte Systema yang memberi penekanan terhadap kesihatan gusi secara dalam talian dilihat cukup tepat kerana majoriti rakyat Malaysia, termasuklah di kawasan pedalaman memperoleh maklumat dari dalam talian. 

“Kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat, menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta.” 

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Systema ialah jenama teras Lion Corporation, Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama lebih120 tahun hasil kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik. 

“Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. Manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi. 

“Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Justeru, inilah masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi kerana ia adalah asas kepada gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. Sebab itulah kami memperkenalkan kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte – bagi membina kesedaran diri tentang perlunya perubahan yang positif,” kata Foo. 

“Rakyat Malaysia memperoleh banyak maklumat daripada media sosial. Sebab itulah kami bekerjasama dengan pasangan artis dan media sosial terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk menyemarakkan lagi kempen ini. Kami percaya dengan strategi ini, kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan gusi dapat menarik perhatian lebih ramai orang. Seterusnya menggalakkan mereka mengambil langkah demi mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik,” katanya. 


Pelakon Aeril Zafrel nyata terkejut dengan kadar penyakit gusi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. “Berada dalam industri hiburan atau mana-mana industri yang perlu berdepan dengan pelanggan, anda mesti memiliki tahap kebersihan diri, termasuklah oral yang baik. Saya tidak sedar betapa seriusnya masalah gusi di kalangan kita. Justeru, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini kerana ia mampu memberi perubahan, terutamanya kerana penyakit gusi mempunyai kaitan dengan serangan jantung, diabetes dan Alzheimer. Kita semua perlu melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai tahap kesihatan gusi kita.” 

Systema turut mengagihkan 10,000 Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini. 

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal juga bersemangat untuk menjadi pencetus kesedaran kesihatan oral. “Penyakit gusi adalah masalah kesihatan yang penting. Jika kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk menjaga kesihatan gusi dengan menggunakan ubat gigi anti-plak dan berus gigi yang boleh membantu menambah baik kualiti hidup, ia sememangnya hala tuju yang betul buat negara kita.” 

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe menyatakan usaha mengurangkan penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi sepenuhnya. Beliau memuji kempen menangani masalah penyakit gusi ini. 

“Kesedaran terhadap penyakit gusi memang serius dan ia berpotensi memberi impak kepada kualiti hidup, selain mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit berbahaya. Terlalu ramai di antara kita yang melihat tanda-tanda penyakit gusi seperti berdarah ketika memberus sebagai sesuatu yang normal. Rakyat Malaysia perlu mengenal pasti tanda-tanda dan simptom penyakit gusi. Jadi mereka tahu apabila ada yang tidak kena, mereka boleh mendapatkan bantuan. Pantau kesihatan oral anda dengan melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai status kesihatan gusi anda. Jika perlu, jumpa doktor gigi anda untuk mendapatkan rawatan.” 

Beliau memberitahu, ahli-ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebagai sokongan kepada Bulan Kesihatan Oral Kebangsaan. Selain mencadangkan setiap orang perlu berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. 

Siri jelajah Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema akan diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama. Ia turut menawarkan pemeriksaan gigi secara percuma, permainan, hadiah dan pelbagai aktiviti lain. 

Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat. 


Harga dan Kebolehdapatan 

Produk-produk Systema boleh didapati di seluruh negara menerusi pasar raya hiper utama, pasaraya dan farmasi pada harga RM12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque, manakala berus gigi pula berharga RM7.80 hingga RM12.55. 


[1] Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia. National Oral Health Survey of Adult 2020 (NOHSA). November 2013. pg.181. 


[2] Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia (2011). National Oral Health Plan for Malaysia 2011-2020. Pg. 12



Wednesday, March 13, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 'Citarasa Warisan' Di PWTC Kuala Lumpur

Hi Korang,

Memang bulan ni bulan makan hotel semedang je ek hehehhe

Sekali sekala dalam setahun camtuh lah kan


Ramadhan al Mubarak kini tiba lagi, bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak melepaskan peluang menawarkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. 


Promosi bufet Ramadan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam. Para tetamu boleh menikmati semua juadah hidangan dengan harga RM88.00 seorang untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun pula berharga RM45.00 seorang. Turut ditawarkan ialah harga istimewa untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas iaitu RM75.00 seorang. 









Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM98.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, de wan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RMS.00 bermula dari jam 6.00 petang. 

Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak Aras 3 PWTC. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu. 










Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ini ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, lkan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Si put Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah. 




Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah 13 jenis ulam ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas seperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg and oats dan pelbagai lagi. 






Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti 8 jenis kuih-muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, 'mousse & pudding', 3 jenis bubur manis, aneka biskut Melayu dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik. 

Istimewanya pada setiap bufet Ramadan di PWTC, terdapat 'Carving Station' yang akan menyediakan kambing panggang setiap hari. Kambing panggang dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti mampu membuka selera ramai. 


Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu. 

Pihak PWTC juga turut menyediakan tawaran baucar 'Early Bird' di mana pelanggan yang membeli baucar Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75.00 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir buffet Ramadan, iaitu sehingga 3 Jun 2019. 

ada hiburan lagi tau

Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Citarasa Warisan @ PWTC, para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701 I 6702. Baucer dengan pelbagai tawaran harga menarik juga turut boleh didapati melalui Fave dan 11 Street. 

Ni alamatnya

Riverside Restaurant
Putra World Trade Centre (PWTC)
41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2614 6701 / 6702



Untuk info lanjut, meh klik 

Website : 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social medie berikut : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/PutraWorldTradeCentre/ 




Ok ini baru 2 tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 



Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.