Wednesday, November 7, 2018

Weekend Staycation Di Holiday Villa Subang

Hi Korang, 


Kalau tengok betul-betul bulan Oktober lepas ni macam banyak nau kak lily tidur hotel ek. 

Tapi semua tak plan apa pun, malas nak balik tidur hotel 

Pi berjalan sket tup-tup, tidur hotel 

Pi event, eh tidur hotel jugak 

So memang rezeki kak lily agaknya, manjang tidur hotel bulan ni. 


Kebetulan jugak tak de apa nak buat hujung minggu lepas so check in sekejap tambahan pulak dapat discount rate jadi why not kan. Moh lah kite check in di Holiday Villa Subang, 

Ya ampun lambat lagi check in wei walaupun tak de event, ni gara-gara Mr Big lah ni. Kena anto dia pi dinner bank dulu kat Mines then baru kak lily pi Subang. Nasib baik dapat table draw RM400, akan ku cukai bila dia dapat nanti ek. 


Sudahnya check in 6pm tapi masuk bilik pukul 8pm sebab duk makan dulu sambil sembang-sembang dengan bebudak kat sini. 

Dah habis semua acara barulah nak bilik. 

Ya ampun tingkat 18 tinggi tuh dah macam balik umah mama kat Setapak plak kan. 

Bilik 1814 

bahagia ek dapat tidur hotel tiap-tiap minggu, bayo lekas duit minyak dengan toll

Rupanya bilik ni merupakan bilik Corporate Deluxe 



tempat closet

memang empuk wei, sedap betul lah

Ya ampun luas ek, boleh main lari-lari kayaknyaa kan hehehe. Katil King mengadap tv siap ada sofa bagai haruslah kak lily bahagia kan huahauhauhau. 

Tengok ni bilik air plak,






Ada bathtub, yesza terbaek lah boleh berendam cam badak nanti hehehe



Lepas siap bergambar bagai, terus je kak lily baring-baring sambil nak tunggu Mr Big balik hotel. Kengkonon nak menaip blog bagai ermm sudahnya tidur berkeruh-keruh sampai Mr Big call pun tak dengar haahhahaaha 

Bayangkan betapa empuknya katil tuh ek 


Esok paginya kitorang bersarapan di Palm Terrace Coffeehouse. 





Ramai betul tul orang yang menginap di sini sampai kena beratur nak masuk breakfast ye. Menu of courselah international dan local buffet. Mestilah kak lily makan bersungguh-sungguh sebab lapar hehehehe 



Pilihan menu buffet kemain banyak lagi, lepas kali ketiga round terus kak lily dah duduk tersandar kat kerusi ek, sambil tunggu Mr Big habiskan makan. 

Sambil nak naik billik sambil jalan-jalan di sekitar hotel untuk menikmati keindahan waktu pagi, kengkonon nak sun tanned cam omputih kan, sudahnya baring sekejap je kat swimming pool tuh then naik bilik baring kat katil lagi best hehehehe 






In terms of harga bilik oklah kan, takdelah mahal mana pun dan takdelah murah jugak setakat bawah RM300 semalam di Kuala Lumpur ni biasa je tuh. Sekali sekala nak manjakan diri berehat apa salahnya.


Cam tulah kitaorang mengabiskan masa hujung minggu lepas, tak serabut tenang je.. 

Jom kita ke : 

HOLIDAY VILLA HOTEL & CONFERENCE CENTRE SUBANG 
9, Jalan SS 12/1, 
47500 Subang Jaya, 
Selangor Darul Ehsan 

Tel : +60 3 5633 8788 
Fax : +60 3 5633 7449 





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram : 










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

‘SHOP YOUR WAY TO KOREA’ Di GUARDIAN MALAYSIA

Hi Korang,

Guardian Malaysia, menyedari betapa hebatnya pengaruh produk dan trend Korea terhadap gaya hidup dan tabiat berbelanja pengguna setempat, kini menawarkan peluang menarik kepada para pelanggannya untuk “Shop Your Way To Korea”


Melalui peraduan “Shop Your Way to Korea” yang dilancarkan hari ini, para pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama berupa pakej percutian eksklusif Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea untuk dua orang, dimana mereka boleh menyelami budaya, trend dan gaya hidup masyarakat Korea. 


Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), berkata di majlis pelancaran itu: “Sebagai peneraju dalam peruncitan kesihatan dan kecantikan, kami telah menyaksikan bagaimana produk penjagaan kulit dan kecantikan Korea dengan cepat menarik minat para pelanggan kami, yang sentiasa mencari variasi, kualiti dan nilai yang lebih hebat. 

“Jadi peraduan ini adalah untuk mengiktiraf kehebatan produk-produk Korea dalam mempengaruhi gaya hidup dan tabiat berbelanja, dalam masa yang sama, memberi ganjaran kepada para pelanggan kami,” tambah beliau. 


Jelas Ms Wong lagi, peraduan tersebut juga sejajar dengan polisi Guardian Malaysia yang sentiasa mengutamakan pelanggan. Kami terus berusaha untuk menawarkan pelbagai promosi baru dan inovatif yang memberikan produk bervariasi, berkualiti dan bernilai hebat serta perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami. 

“Kami yakin para pelanggan akan teruja dengan peraduan ini kerana ia sangat mudah dan hadiah-hadiah yang ditawarkan pula sangat menarik! Hadiah Utama adalah Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea selama 7 hari 5 malam untuk dua orang, bernilai hampir RM36,000! Dan terdapat EMPAT Hadiah Utama! 

Selain itu, terdapat 16 hadiah kedua berupa Samsung Note 9 dan 30 hadiah ketiga berupa baucar Guardian bernilai RM300 untuk setiap pemenang! Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah-hadiah yang berjumlah lebih RM200,000 ini! 

Untuk menyertai peraduan, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 termasuk satu jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit. Selepas membuat pembelian, mereka perlu ‘mengira bilangan Guardian Jeju Mask yang terdapat di dalam bekas akrilik I Guardian Heart yang berukuran 780mm (lebar), 600mm (tinggi) dan 270mm (diameter). Setiap Jeju Mask pula berukuran 11.4cm x 15.9 cm. 

Setelah mereka yakin dengan bilangan Guardian Jeju Mask tersebut, pelanggan perlu menulis jawapan dan menghantar penyertaan mereka. Peraduan bermula pada 1 November sehingga 31 Disember. Penyertaan pula boleh dibuat melalui borang fizikal atau melalui atas talian, yang berakhir pada 31 Disember. 


Sebanyak 38 jenama mengambil bahagian dalam peraduan ini, termasuk lima penaja utama iaitu Dove, L’Oreal, Maybelline, Pantene dan Safi. 

Maklumat lengkap peraduan serta terma dan syarat boleh didapati di: w2korea.guardian.com.my







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, November 6, 2018

AVON Pink Light Project 2018

Hi Korang,


Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd merupakan syarikat korporat yang komited untuk terus membantu lebih ramai wanita agar mementingkan kesihatan payudara mereka. Usaha tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama rakan strategik diharapkan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran mengenai pembunuh no 1 wanita ini. 


Melalui Kempen Pink Light Project 2018, Avon bersama rakan strategik utama, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menjalankan usahasama sepanjang Oktober ini untuk mendekati lebih ramai wanita di 11 lokasi di semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk membantu mereka mengetahui, tanda-tanda awal, risiko dan bagaimana mengambil tindakan seterusnya. Misi ini bertujuan memastikan tiada wanita yang kehilangan nyawa akibat tiada pengetahuan dan pendedahan mengenai kanser payudara. 


Di Majlis Penutup Kempen Pink Light Project yang disempurnakan oleh Dato Mariam Mas Binti Yacob, Pengerusi LPPKN, Avon telah menyerahkan sumbangan bernilai RM25,000 kepada MAKNA melalui kempen bergerak diseluruh negara untuk memberikan pemeriksaan mamogram percuma selepas bulan Oktober ini. 


Sesi penyerahan sumbangan oleh Pengurus Besar Avon Malaysia, Onur Erdinc kepada Habiba Abdul Rahman, Presiden Kumpulan Sokongan MAKNA turut disaksikan oleh Pengerusi LPPKN. Sehingga kini, Avon telah menyumbangkan RM1.3 juta melalui kempen kanser payudara semenjak dilancarkan pada tahun 1992 ini untuk digunakan bagi pelabagai tujuan yang berkaitan dengan kanser payudara kepada beberapa buah hospital, pusat kanser payudara, badan bukan kerajaan dan aktiviti sokongan yang dijalankan oleh Avon. 


Menurut Onur, " Saya berharap sumbangan ini dapat memberikan impak yang besar kepada setiap wanita. Melangkah ke hadapan, kami berharap untuk melakukan lebih banyak lagi inisiatif dan kekal menjadikan kempen ini sebagai teras tanggungjawab sosial korporat utama. Saya juga menyeru lebih ramai wanita peka dan cakna dalam menangani isu ini serta berkongsi pengalaman mereka bersama wanita lain.”


AVON Pink Light Mall Hunt 2018

kena paksa join dengan Nazlan huahauhaua

Avon turut mengadakan acara Pink Light Mall Hunt di pusat membeli belah Berjaya Times Square pada pagi tersebut sebagai simbolik penutup kempen yang melibatkan 200 orang peserta. 

Kak lily pun join jugak wei bersama Nazlan, Ayu dan Rawlins



Susah wei soalannya tak masuk dek akal tapi kalau baca betul-betul confirm boleh jawab punye hahahaha.. So dari pagi pukul 9.30 pagi hingga ke 1 tengahari ada kat sini.




Pusinglah kitorang merayau dalam Berjaya Times Square tuh mencari jawapan, tak de yang straight forward je semuanya bersimpang siur tau...

Sudahnya kalah jugak 17 je betul dari 30 soalan kan hauhauhauhaua


Majlis penutup kempen ini turut dihadiri oleh wakil dan rakan kerjasama termasuklah hospital swasta, Badan Bukan Kerajaan, Mydin Holdings, Pusat Beli Belah Berjaya Times Square dan peserta Pink Light Mall Hunt. 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai siri jelajah Avon dan MAKNA di laman sesawang shop.avon.my dan media sosial @avonmy.












Kaki Bebel,

LILY


Monday, November 5, 2018

"Icy-Cool Beverages to Boost your Mood" Dari ANCHOR FOOD PROFESSIONALS

Hi Korang,

Mesti korang akan ingat jenama Anchor ni butter je kan!!

Hehehehe ye memang jenama butter pun tapi macam-macam boleh di buat dengan butter selain daripada kek sahaja wokeh. Kalau kak lily cakap dengan produk Anchor Food Professionals ni kita boleh buat minuman yang membangkitkan mood korang, cam ne?? Cool tak!! Of courselah cool kann…..

Baru-baru ni Anchor Food Professionals telah memperkenalkan "Icy-Cool Beverages to Boost your Mood". 

Wow!!!


Maknanya bila kita minum, mood kita akan jadi happy dan excited lepas kita rasa minuman tuh. Ya ampun, nama dah sedap ni tapi bila rasa hauk sangat kan huahauhauha boleh kemurungan sepanjang hari tau tak??

Citernya cam ni, sebenarnya kalau korang nak tau yang Anchor Food Professionals ni memang telah banyak menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan tenusu. Sebelum ni pun mereka telah melancarkan beberapa kempen makanan seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor Travel Cake. So, kali ni mereka tampil dengan minuman sejuk dan menyegarkan berasaskan produk tenusu juga yang pastinya akan membangkitkan mood korang selepas minum. Kempen kali ni diberi nama "Moodmojee".

Nama kempen pun dah excited di dengarlah!!

Kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran "Moodmojee" ni di Petaling Jaya, Seriously memang tak sabar nak cuba sebanyak mungkin hidangan minuman yang di cipta ye.


"We understand the versatile role dairy can play in delivering great taste, texture and appearance in any form whether it's in beverage or cakes. Dairy is traditionally very popular with Western markets but this time, we wanted to play with local ingredients to give it an overall Asian taste and feel."

"We are always looking at what's trending around the globe and strive to bring it back home to excite our business partners and ultimately, the taste buds of Malaysia. We have learnt that creativity and innovation is as important as taste to consumers these days." kata Mr Jack Tan, Associate Food Service Director 


Kalau korang New Zealand merupakan tempat terhasilnya pakar tenusu sentiasa mencari dan menarik pelanggannya dengan memberi dan berkongsi idea-idea baru dalam penghasilan makanan berasaskan tenusu. Ini memberi peluang yang bagus untuk membantu rakan niaga mereka dalam bidang makanan sekaligus memberi citarasa baru kepada pelanggan.


Kempen Moodmojee ini akan bekerjasama dengan 15 rakan niaga dalam bidang makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kempen ini akan memperkenalkan pelbagai menu yang berkrim secara berperingkat bermula bulan November 2018 hingga January 2019.

Ok akak lily akan showcasekan pada korang minuman-minuman unik lagi menyegarkan ni ek. Ada 6 pilihan minuman yang korang tak mampu nak tolak ye

Kayanika Fusion 

Kayanika Fusion - gabungan lapisan manis dan berkrim dengan 'kaya' tradisional, 'gula melaka', 'bubur' dan kacang merah.

Lokasi - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Sejati), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery, Baker’s Hut

Produk Anchor Dairy : Anchor Whipping Cream

Ciptaan : Chef Firuz


Yuzu Chocolate Surprise 

Yuzu Chocolate Surprise - Gabungan lemak dan manis coklat dan yuzu citrusy menawarkan rasa yang menarik. Yuzu Chocolate Surprise adalah campuran coklat ais dengan Yuzu puree dan di bibir gelas diletakkan dengan salt lemon cooling candy.

Lokasi - Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafé, Delight Factory, Chiu’s Café, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, La Taste, HIVE by Love A Loaf

Produk Anchor Dairy : Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream

Ciptaan : Chef Ichiro


Pom & Grey Twist 

Pom & Grey Twist : Menggunakan teh keju, Pom & Gray Twist adalah sejenis ramuan menyegarkan. Early Grey Tea dicampur dengan sirap delima dan dilapisi di atas adalah krim coklat dan ditabur dengan serbuk koko.

Lokasi - Choon Guan Coffee Shop, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Café, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, La Taste, Family Confectionery, Baker’s Hut

Produk Anchor Dairy : Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream

Ciptaan : Chef Ken

Lemon Mint Meringue 

Lemon Mint Meringue - Lemon Mint Meringue adalah sejenis air ice blended yang penuh dengan lemon mint vanilla. Terpasang dengan sebidang kuat meringue yang baru disebat dan dibakar dengan irisan jeruk nipis dan oren. Di atasnya diletakkan whipped and torched meringue dan hirisan lemon dan oren.

Lokasi - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Perdana), La Taste (Butterworth), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery

Produk Anchor Dairy - Anchor Whipping Cream

Ciptaan - Chef Firuz


Tangy Brew 

Tangy Brew - Rasa yang mengejutkan dari Tangy Brew, sejenis minuman kopi yang pekat dan sejuk dan dihiasi dengan lapisan krim cair dan busa keju krim.

Lokasi : Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafé, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Café, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, Family Confectionery

Produk Anchor Dairy : Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream

Ciptaan : Chef Ken

White Chocoffee 

White Chocoffee - Menawarkan rasa berkacang, White Chocoffee merupakan campuran kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan mentega kacang yang lazat.

Lokasi - Gafe Kafé, Delight Factory, Chubs Grill, Lucky Bean, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Family Confectionery, Baker’s Hut

Produk Anchor Dairy - Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream

Ciptaan : Chef Inchiro


Seriously kak lily pening nak pilih yang mana satu nak minum dulu ek, sebab semua sedap-sedap belaka, bila dah tengok demo cara penyediaannya ermm lagilah mengbangkitkan mood tau..


Meh check it out di sini ye :







Friday, November 2, 2018

Shopee Perolehi Hak Eksklusif Bagi Realme 2 Pro, Telefon Sensasi Serba Baharu

Hi Korang,

Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini dengan Realme, jenama telefon mudah alih baharu yang menggemparkan pasaran di seluruh Asia. Kerjasama ini memberi Shopee hak eksklusif ke atas telefon terulung Realme, iaitu Realme 2 Pro, di Malaysia. Siri Realme 2 yang berjaya memecahkan rekod telah dilancarkan buat julung kali di India, dengan 200,000 unit dijual dalam masa hanya 5 minit. 


Dalam usaha mencapai kejayaan yang setanding di Malaysia, Realme telah memilih Shopee sebagai rakan eksklusif untuk melancarkan telefon terutamanya, Realme 2 Pro di Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11 Shopee), pesta beli-belah dalam talian hujung tahun nombor satu di rantau ini. 

“Kami amat teruja kerana jenama baharu serba hebat seperti Realme telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan kami untuk dilancarkan di pasaran Malaysia. Sememangnya jenama ini muda, bergaya dan menjanjikan prestasi mantap pada harga yang termampu. Tambahan lagi, kami memberikan komitmen yang sama untuk menyediakan kualiti dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Hanya menerusi kerjasama seperti ini hakikatnya kami dapat mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform e-dagang terutama di Malaysia, kerana tanpa sokongan rakan-rakan niaga kami yang setia, kami tidak mungkin mencapai kedudukan kami sekarang,” kata Calvin Teng, Pengurus Kategori di Shopee Malaysia. 

Realme ialah pengeluar telefon pintar serba boleh terbaik, menggabungkan reka bentuk bergaya dengan tahap ketermampuan yang menarik. Dengan generasi milenial sebagai sasaran, jenama ini direka untuk golongan muda dan berhati muda yang bercita-cita tinggi. Sebagai peserta yang baru menceburi pasaran Malaysia, Realme berbangga untuk menjadi sebuah jenama muda. 


Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia berkata, “Kerjasama kami dengan Shopee benar-benar menghidupkan nilai teras Realme. Kami memang merupakan sebuah syarikat muda dan kami berbangga untuk menjadi peserta baharu. Shopee baru terlibat dalam perniagaan e-dagang selama 3 tahun tetapi dalam tempoh tersebut ia telah berkembang menjadi salah satu platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan; mengatasi penanda aras dan jangkaan semua. Kami yakin bahawa kerjasama eksklusif Realme 2 Pro dengan Shopee akan membolehkan jenama ini mencapai dan menyerlahkan potensinya.” 

Produk terulung Realme untuk golongan belia, Realme 2 Pro, akan dijual secara eksklusif di Shopee 11.11 Big Sale. Telefon hebat ini menampilkan skrin penuh titisan embun 6.3-inci dan dipacu oleh pemproses Snapdragon 660AIE, dengan memori sehingga 8GB RAM+128GB ROM. Harga dan butiran lanjut akan didedahkan di majlis pelancaran pada 7 November. 

Layari https://shopee.com.my/realme.os untuk maklumat lanjut. Muat turun Aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com