Sunday, October 28, 2018

ROBINSONS KUALA LUMPUR Di FOUR SEASON PLACES Kini Di Buka

Hi Korang, 

Memang kak lily perasan bangunan Four Season Places ni kalau pi meeting area KLCC ni dan kak lily rasa mostly bangunan ni agaknya bangunan pejabat yang gah gituh tapi rupanya salah ye. 

Di sinilah terletaknya pusat membeli belah Robinsons yang menampilkan jenama barangan luar negara pada harga yang berpatutan. 


Kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran dan pembukaan rasmi Robinsons Flagship ini baru-baru ini yang turut dihadiri para VVIP, selebriti tempatan, tetamu jemputan istimewa dan juga rakan media. 

Robinsons menawarkan pelbagai jenama tersohor barangan daripada produk penjagaan diri, fesyen, kelengkapan rumah dan pelbagai lagi sekaligus menjadikan Robinsons di Four Season Places sebagai satu pusat sehenti untuk mereka yang mencari produk-produk esklusif dan berjenama. 


Majlis dimulakan dengan ucapaan kata-kata aluan daripada Mr Christophe Cann yang merupakan Group Chief Executive Officer- Asia of Al-Futtaim Group. 



Antara VVIP yang hadir seperti Mr Paul Deaoutre (President Retail of Al-Futtaim Group), Christophe Cann (Group Chief Executive Officer- Asia of Al-Futtaim Group), Ashley Tang (Genereal Manager and Director of Robinsons Malaysia), YBhg. Datuk David Ban (Executive Director of Venus Assets) dan Zahir Kelvin Ong Abdullah (Director of Venue Assets). 



Majlis turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Dayang Nurfaizah yang menyampaikan 3 buah lagu yang merdu. Aduiyai untung kak lily berada di hadapan pentas, dapat melihat secara dekat Dayang Nurfaizah membuat persembahan ermm awesome sampai kak lily pun nyanyi-nyanyi sekali hehehe 


Bersempena dengan pelancaran rasmi ini juga Robinsons juga menganjurkan kempen Mercy Malaysia's Palu Relief Fund dengan membuat bayaran sebanyak RM100 dan berpeluang mendapatkan cabutan #CuratedCollection kotak misteri yang mengandungi pelbagai hadiah menarik yang bernilai diantara RM200-RM2000. Antara hadiah adalah koleksi daripada Les Merveilleuses Laduree, Alexander Wang, Ted Baker dan ramai lagi. 

Terus je gunakan voucher untuk shopping malam tuh jugak hehehe

Kak lily pun turut menderma jugak dan tak sangka dapat gift yang best-best belaka rupanya, sangat-sangat beruntung dapat skincare gift dan shopping voucher lebih dari RM400 berbaloi-baloi rasanya. Mulanya sekadar suka-suka je tup-tup bertambah suka plak jadinya hehehe


Robinsons Kuala Lumpur Four Season Places mempunyai 3 tingkat. Dan jika dilihat kepada susun aturnya ianya bermula dari level B1 yang menempatkan restoran dan cafe. Untuk level G barangan gadget kecantikan, kosmetik, aksesori premium, kafe dan juga salon. Manakala untuk tingkat 1 khas untuk barangan wanita, tingkat 2 barangan lelaki dan tingkat 3 khas untuk barangan rumah serta gaya hidup. 











Ermm sangat-sangat menarik perhatian dan poket kak lily untuk membeli-belah di sini. 


Dengan pembelian sebanyak RM10 disini korang layak menjadi ahli Robinsons. Banyak manfaat yang diperolehi dengan menjadi ahli tau. Selain daripada tawaran diskaun istimewa, suprises gift dan terdapat lagi pelbagai tawaran menarik. 

Dan bersempena dengan pelancaran rasmi ini juga, Robinsons Four Season Places telah menganjurkan kempen #curateyourwonderful yang berlangsung selama 4 hari. Kempen ini bermula daripada 25hb Oktober sehingga 28hb Oktober 2018 dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan juga diskaun yang cukup hebat dalam setiap barangan jualan di sini. 

tak jemu-jemu akak ni melayani kak lily malam tuh, baik dia tau

Berita baik kepada semua pengunjung Robinsons Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan voucher RM50 dengan memuat turun passport digital daripada laman web www.curateyourwonderful.com. Terdapat personal QR yang perlu di scan yang boleh kita dapati di tempat tertentu di Robinsons Kuala Lumpur. 

Sangat-sangat selesa membeli belah di sini, banyak tempat duduk disediakan sambil menunggu kengkawan mencuba pakaian di fitting room kan. Suasana terang benderang, kak lily suka tuh.

Jom ke:


Robinsons Kuala Lumpur 
Shoppes at Four Seasons Place, 
145, Jalan Ampang, 
Kuala Lumpur 

Robinsons Kuala Lumpur Four Season Places dibuka setiap hari dari jam 10 pagi-10 malam. 

Untuk keterangan mengenai mall dan aktiviti boleh layari www.robinsons.com.my



Saturday, October 27, 2018

DuitNow – Cara Baru untuk Membayar – Bayar ke Nombor Telefon Bimbit secara Serta-Merta

Hi Korang,

Para pelanggan Bank akan menikmati perkhidmatan pembayaran baru yang pantas, mudah dan percuma untuk pengguna individu dan perusahaan kecil sederhana (PKS) tidak lama lagi. Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan bank-bank di Malaysia akan melancarkan DuitNow, perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima. 


DuitNow bakal mengubah landskap pembayaran di Malaysia dengan menyediakan kemudahan, kecekapan dan ketersediaan dana segera yang tiada bandingannya dalam 24 jam sehari. Lonjakan besar dalam pembayaran elektronik ini berupaya mengurangkan pertikaian dalam pembayaran dan perdagangan dan akan bertindak sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. 

Dengan berkongsi nombor telefon bimbit, pengguna DuitNow yang berdaftar boleh menerima dana dengan mudah dan secara serta-merta tanpa memberikan nombor akaun bank mereka kepada pembayar. 

Pelanggan yang ingin menerima pembayaran dengan menggunakan nombor telefon bimbit mereka hanya perlu melakukan pendaftaran satu kali untuk mengaitkan nombor telefon bimbit kepada nombor akaun mereka. Selain nombor telefon bimbit, pelanggan bank juga boleh memilih pengenal pasti yang lain – nombor Kad Pengenalan MyKad atau MyPR, nombor Tentera atau Polis, nombor pasport atau nombor pendaftaran perniagaan – untuk dikaitkan kepada akaun bank mereka bagi penerimaan wang. 

Pendaftaran satu kali diperlukan untuk menerima pembayaran, namun pelanggan bank tidak perlu mendaftar untuk menggunakan DuitNow apabila melakukan pembayaran. Selepas pelancaran DuitNow pada Disember 2018, pelanggan boleh melakukan pembayaran dengan mengakses DuitNow di bawah menu ‘Pindahan Dana’ (Funds Transfer) dari saluran Perbankan Internet dan Mudah Alih bank masing-masing. Pembayaran sehingga RM5,000 adalah percuma untuk semua pengguna dan PKS. 

Mr Peter Schiesser - Group Chief Executive Officer, PayNet  

Pelanggan bank boleh mengakses DuitNow hanya melalui saluran Perbankan Internet dan Mudah Alih bank mereka yang selamat. Sebagai tambahan, bank akan melindungi kerahsiaan data pengguna yang digunakan dalam DuitNow sejajar dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 

“DuitNow membolehkan pelanggan bank menerima pembayaran tanpa mendedahkan nombor akaun bank mereka,” kata Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, pembekal infrastruktur pasaran kewangan nasional. 

“Bagi mereka yang melakukan pembayaran, mereka hanya memerlukan nombor telefon bimbit penerima, yang mereka mungkin sudah ketahui. Pada masa akan datang, agensi kerajaan dan perniagaan boleh melakukan pembayaran dengan menggunakan nombor MyKad,” tambah Encik Schiesser semasa taklimat kepada pihak media. 

DuitNow akan dibuka kepada orang ramai pada Disember 2018. Pada masa ini, tujuh bank telah mengambil inisiatif menghubungi pelanggan mereka sebagai langkah pra-pendaftaran supaya pelanggan tersebut dapat meraih manfaat daripada perkhidmatan pindahan dana yang baru ini. Dengan pra-pendaftaran ini, pelanggan mempunyai pilihan sehingga 30 November 2018 untuk menarik diri daripada memautkan nombor telefon bimbit mereka. 

Mr Peter Schiesser - Group Chief Executive Officer, PayNet with the representatives from the banks at the DUITNOW Media Briefing, today

Pra-pendaftaran disediakan untuk kemudahan pelanggan supaya mereka boleh menerima dana dengan lancar. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh menarik diri jika mereka ingin berbuat demikian. Pelanggan perlu yakin bahawa bank-bank di Malaysia memberi keutamaan tinggi dalam menjaga kerahsiaan dan melindungi privasi pelanggan. 

Bermula 8 Disember 2018, pelanggan juga boleh melakukan pendaftaran permulaan bagi DuitNow melalui platform Perbankan Internet dan Mudah Alih bank mereka. Pelanggan juga boleh membatalkan pendaftaran sedia ada atau memautkan nombor telefon bimbit atau pengenal pasti lain kepada bank atau akaun yang lain. 

“Kami menamakan perkhidmatan ini sebagai DuitNow bagi memberi penekanan bahawa pembayaran berlaku dengan segera dan penerima lazimnya menerima wang ke dalam akaun bank secara serta-merta,” kata Schiesser. 

“Pelancaran DuitNow akan memberi lonjakan besar dan nilai tambah dalam pasaran e-Pembayaran, menjadikannya saluran yang pantas, lancar dan mudah untuk memenuhi permintaan segera dalam dunia yang semakin digital dan terhubung,” tambah Encik Schiesser. 

Sila layari www.duitnow.my untuk keterangan lanjut. 

Mengenai Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) 

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) ialah rangkaian pembayaran infrastruktur berpusat bagi pasaran kewangan yang terulung di Malaysia. Kami mempelopori inovasi serta membina dan mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia yang membolehkan pelaksanaan dan pembangunan sistem kewangan dan juga ekonomi keseluruhan Malaysia secara selamat, cekap dan boleh dipercayai. Bank Negara Malaysia (BNM) ialah pemegang saham terbesar PayNet, dengan 11 institusi kewangan utama di Malaysia sebagai pemegang saham bersama. PayNet juga berfungsi sebagai platform untuk memanfaatkan kerjasama dalam sistem perbankan Malaysia bagi mempercepatkan penggunaan pembayaran elektronik. 





Friday, October 26, 2018

Hujung Minggu Di OAKWOOD Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Ya ampun kemain penatnya weekend lepas wei. 

Sangat-sangat terasa penatnya padahal bukannya pi membanting tulang kat tengah sawah pun, tapi ermm penat sakan ke faktor usia ni. 


Sebab ada 2-3 event pada hari sabtu dan ahad tuh, so ktorang check in di Oakwood Hotel and Residence ni. Selalu pi sini bila ada event je so tak pernah tidur lagi jawabnya marilah kita check in. Itu pun sampai hotel dalam pukul 10.30malam lepas dinner siap-siap. 

Kalau korang nak tau Oakwood Hotel and Residence ni terletak di Jalan Ampang. 

Jalan Ampang bila dah tengah malam, sunyi je

Sebelum ni ianya di kenali dengan nama Sucasa Apartment dan sekarang ni dah di take over oleh new management itu yang bertukar nama tuh. Sebelah dengan The AmpWalk dan berhadapan dengan Hock Choon Supermarket yang fames dengan barangan import tuh tau, senang dari jauh dah nampak dah pun. 

bilik 1908, paling tinggi sekali ek

Bila dah buat booking so proses check in tuh sekejap je photocopy IC dan 2-3 kali then terus dalam bilik. Kitorang di tingkat 19, wah kemain tinggi lagi kan. 

Masuk-masuk je apartment satu bilik rupanya. 

ruang tamu yang luas

boleh candle light dinner tau

nampak dapur

katil king yeahhh

Kemain luas wei, maklumlah selalu masuk bilik hotel nampak katil je ini nampak ruang tamu dulu itu yang luas sangat rasanya. 


dalam bilik pun ada TV jugak tau, so tengok tv sorang satu lah senang

Bilik tidur luas betul, siap ada meja study lagi tepi tingkap. Katil king, empuk bila letak kepala wei. Kebetulan penat so landing sekejap dulu sebelum mandi hahahaha 





Ada bath tub tuh yang seronok, shower head kemain besar lagi ek. Puas nau mandi hah 

lengkap kan


Mr Big sibuk mengangkat barang-barang di beli sebelum naik bilik

Rupanya kat dapur ni siap ada periuk nasi dan toaster jugak selain daripada kettle dan induction cooker lagi. Fridge pulak kemain besar maklumlah fridge 2 pintu, kalau tau ada semua ni bawak je barang-barang untuk masak kan. Senang tak yah kuar tapi kalau tau, ini tak tau kan. 

lepak makan buah sambil tengok Murder On Orient Express

Memang lepak kat bilik jelah malam tuh sampai siapkan kerja sambil tengok tv bagai, sempat berendam dalam bath tub jugak untuk release stress bagai.. 

Jalan Ampang di pagi Ahad, kereta boleh kira pakai jari je hah

Esoknya bangun awal pagi tuh sebab kitaorang ada event lain plak dalam tengahari. 


So sarapan kenyang-kenyang di Treats Cafe 






Jom makan




Memang menu sarapan rakyat Malaysia betul which is Kak Lily suka ya amat. Simple tapi sedap bak hang!! Nasi lemak sedap, kari ayam sedap, roti canai ranggup, bubur pun Mr Big belasah 2-3 mangkuk.. 

Ktorang tak naik pun lepas breakfast, terus ke gym plak. 



ko dah kenape ni hah, nak berlumba kemana tuhhh

Alah sebelah je dengan cafe ni, not bad ooo equipmentnya. Sempatlah jugak kak lily berjalan atas treadmill ni kan hehehehe sekejap je dalam 15 minit jadilah. Dapat jugak bakar lemak makan breakfast tadi. 


Walaupun tak dapat nak berlama-lamaan di Oakwood Hotel ni tapi kak lily rasa seronok sangat dengan segala kemudahan yang ada. Bilik yang luas, breakfast yang sedap, lepak kat pool yang cantic tapi itulah apakan daya masa mencemburi betul dengan kak lily lah kan 

Diorang ada service FREE Shuttle ke beberapa tempat di sekitar KL ni, macam KLCC, Pavilion dan lelain. Bagus kan

Korang boleh cuba book thru Agoda ataupun Booking.com tengok comparison harga cam ne. Kalau tak puas hati buat booking thru hotel pun boleh, ada diskaun jugak tak silap kak lily lah kan. 

Jom kita ke: 

OAKWOOD HOTEL and RESIDENCE KUALA LUMPUR 
222, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur 

Tel No : 03-27203888 
Fax No : 03-27203999 

Keterangan lanjut mengenai promosi bilik boleh layari, 

Website : 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link :