Wednesday, September 26, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Kim Yong Market, Central Festival Mall Dan Big Market Hatyai (PART 8)

Hi Korang,

Sambung lagi travelog ke Hatyai ni, korang boleh baca entry sebelum-sebelum ni ek 



Cerita hari ketiga yeahhh , aduimak memang panjang betul lah menulis kali ni. 

Jadi hari ketiga ni tak de nak berjalan kemana-mana pun just brisk walk area bandar Hatyai ni. 

Bangun pagi-pagi then keluar cari sarapan, itu yag terjumpa Khaleed Restaurant tuh secara tak sengaja tau memang sedekat betul dengan hotel. Lalu celah-celah lorong je sampai sudah. 

Tak de ambil gambar pun sebab ramai nau orang nak makan sampai kena tunggu meja even nak order roti canai pun tak dapat sebab lambat so sudahnya kitaorang makan. Aduiyai gambar sarapan pagi pun tak sempat nak amik ekk 

Habis sarapan kitorang jalan kaki ke Kim Yong Market ni. Sebenar pasar pagi ni sebaris je dengan hotel tapi kena menapak dalam 1km cam tuh. Boleh je naik Tuk-Tuk tapi malaslah, sebab nak tengok kedai-kedai kat tepi jalan ni je. 

Jalan-jalan punya jalan sampailah ke Kim Yong Market 


Kim Yong Market ni kalau sebelah pagi ada banyak jualan barangan hasil kampung macam sayur-sayuran, ulaman, ikan bilis, udang kering, bunga-bunga, rempah, buah-buahan dan memacam lagi. Tak de nak beli apa pun so just jalan cuti mata cam tuh. 










Bila masuk dalam pasar ya ampun macam ada wei especially peminat pinggan mangkuk periuk belanga macam kak lily ni. Diorang ada jual pelbagai jenis periuk Zebra dan periuk enamel pada harga yang cukup-cukup murah. 




Pakkal je duit bawak tak banyak masa tuh kalau tak memang dah habis shopping dibuatnnya. Periuk Zebra yang bertingkat-tingkat saiz tuh pun ya ampun murahhhhh. Barang Thermos pun hado gak wei, murah jugak. Termenung kejap sebab menyesal tak bawak duit banyakkk. 


Dapat jugaklah beli periuk idaman yang comel ni, alah bukan apa kalau ada food photoshoot boleh jugak as props. Eh baju budak-budak kecik ni kemain banyak gak, yang dress, yang seluar, yang tshirt semuanya murah. Kacang-kacang pun murah gak beli kat sini buat makan-makan dalam train esok hehehe 

Jalan-jalan sampai ke Lee Plaza Garden balik tup-tup ternampak ada sign free shuttle ke Central Festival Mall sebab tak de tujuan so ktorang pun tunggu je shuttle sampai. Boleh tahan jauh jugak lah dalam 30 minit cam tuh baru sampai ke Mall. 


Mak oi besar betul Mall ni cam lebih besar dari Mid Valley pun hado gak. Banyak international brand ada kat sini lah, kira macam pi KLCC or Pavillion gituh. So cuci mata sajor, kebetulan pulak tengok banyak kedai kopi 

Minum Kopi di Central Festival Mall 


tempat lepak-lepak tak payah bayar pun, siap boleh charge handphone lagi

Dah penat pusing-pusing mall ni, plan nak duduk lepak-lepak je sebab nak tunggu shuttle lambat lagi so apa lagi singgah pi minum kopi dululah. Kemain banyak nau kopi kiosk kat dalam mall ni, rasanya setiap tingkat tuh ada 3-4 kopi kiosk. Pilih punya pilih ktorang melepak kat Coffee World ni lah. 


chill makan-makan dulu lah

Order 2 cawan kopi dan waffle je sudah sampai tengok gelagat orang-orang Hatyai abiskan masa diorang. Bestnya mall diaorang ni ada tempat untuk duduk-duduk yang luas dia ada kerusi meja dan tempat charge handphone ke laptop je. 

Petang tuh kitorang ke Big Market pulak. 


Actually tempat ni adalah lokasi yang kitaorang suka pergi 10 tahun lepas. Pasar ni merupakan pasar tertua di Hatyai ni yang berdekatan dengan Clock Tower. Seriously ramai tak tau kewujudan tempat ni kecuali orang-orang tempatan Hatyai. 


Kebetulan si gemuk adik Mr Big pun baru sampai ke Hatyai so dia yang ajak ktorang ke sini alah just makan-makan dan cuti mata je. Sebab tak boleh jalan kaki ktorang naik Grab je sebab takut kene tipu dengan Tuk-Tuk hehehhe poyo, takut pusingjalan jauh la kengkonon padahal sekangkang kera je hahaha 


Bila sampai tuh hari hujan so kita pekena tomyam panas-panas dulu kat foodcourt sebelah atas ni, makan kenyang-kenyang then baru pi shopping. Rupanya kat sini lagi banyak barang murah-murah macam selipar, kasut, handbag dan beg Tarik. Tapi semuanya copy original so kalau korang pakai pun orang ingat korang beli yang original hehehehe. 






Harga kena kawtiam habis-habis sebab bila korang nak barang tuh terus je mintak tawar nanti diorang akan bagi best price yang hebat. Sempatlah kak lily sambar seluar pendek untuk duduk rumah punya, murah kan beli 3 helai. 

Lepas shopping terus balik hotel rehat-rehat malam melepak lagi ke Lee Garden Plaza untuk urut hahaha 

Ok settle PART 8, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. Train Ke Hatyai (PART 1) 

2. The Bed Hotel (PART 2) 

3. Lee Garden Plaza (PART 3) 

4. Chabura Dimsum (PART 4) 

5. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 (PART 5) 

6. Khlong Hae Floating Market (PART 6) 

7. Khlong Hae Buffet Seafood (PART 7) 

8. Kim Young Market, Central Festival Mall, Big Market (PART 8)

9. Hatyai Junction 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Kempen Pemerkasaan Belia, ‘Fresh Breath For Malaysia’ oleh Guardian Malaysia dan Limkokwing University of Creative Technology


Hi Korang,

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim melancarkan kempen komunikasi digital dan pemerkasaan belia, ‘Fresh Breath For Malaysia’ yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia dan Limkokwing University of Creative Technology, di sini, pada hari ini. 


Dalam satu kajian terbaru mengenai pelajar pergigian di Malaysia mendapati bahawa satu dalam setiap dua mengalami malodour oral klinikal atau nafas berbau.[1] Angka di seluruh dunia menunjukkan bahawa dari 22 peratus hingga 50 peratus daripada populasi global mengalami nafas berbau sederhana.[2] Kehilangan nafas yang buruk boleh memberi kesan sosial dan psikologi yang menderita termasuk keyakinan diri yang rendah dan harga diri yang rendah, dan ia perlu diambil serius.[3]

Guardian Malaysia, rangkaian penjagaan kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi terbesar di Malaysia, dengan lebih daripada 400 kedai di seluruh negara mengadakan kempen ini sempena pengenalan pencuci mulut Mouth Fresh 6 Actions. 

Matlamat kempen ini adalah untuk memperkasakan pelajar Limkokwing untuk menginterpretasikan secara kreatif tema ‘Fresh Breath For Malaysia’ sebagai mempamerkan tenaga positif ke arah negara sambil menggalakkan kebersihan mulut yang lebih baik melalui ekspresi visual dan multimedia. Hadiah wang tunai sebanyak RM14,000 akan diberikan kepada 10 penyertaan teratas dalam dua kategori. 

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim, kempen ‘Fresh Breath for Malaysia’ memberi peluang kepada belia di Malaysia dan seluruh dunia untuk menjadi agen perubahan yang boleh berkomunikasi secara jujur serta bertanggungjawab ke atas isu yang memberi kesan kepada ramai orang. 


“Hari ini anda bersuara tentang masalah penjagaan mulut, esok anda akan menyelesaikan isu-isu yang lebih besar. Sebahagian besar keterbukaan di Malaysia dipacu oleh kehidupan digital kerana jangkauan dan kesannya yang cukup besar. Cabarannya adalah untuk berkomunikasi secara bertanggungjawab ketika mengangani isu-isu yang sensitif. Kempen ‘Fresh Breath for Malaysia’ oleh Guardian dan Limkokwing ini sememangnya satu platform yang baik untuk memperkasa dan menggalakkan belia menyuarakan pendapat mereka,” kata YB Steven Sim. 

Lebih daripada 100 penyertaan diterima daripada pelajar Limkokwing, dengan 20 penyertaan yang disenarai pendek berkongsi rasional untuk kerja mereka sebelum Timbalan Menteri Belia dan Sukan, pengurusan tertinggi Guardian dan Limkokwing, rakan industri dan lebih daripada 500 rakan sebaya mereka. 


Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd, Soren Lauridsen ketika mengulas tentang kempen ‘Fresh Breath for Malaysia’ berkata, “Ini merupakan platform buat belia agar yakin tentang visi mereka dalam menangani isu mulut berbau yang dilihat ‘tabu’ menerusi cara yang lebih memberi inspirasi. Cara sebegini membolehkan ramai orang untuk sama-sama berbincang tentang kebersihan oral dengan lebih baik dan semangat. Mereka akan melakukan sesuatu yang bermakna dan penting buat ramai belia di Malaysia – menyuarakan masalah nafas berbau secara terbuka dan menyediakan platform untuk bercakap mengenainya.” 

Pencuci mulut Fresh Mouth 6 Actions Guardian mengurangkan plak gigi, menghalang rongga, menguatkan gigi, menyegarkan nafas, menggalakkan gusi yang lebih sihat dan mengembalikan mineral ke enamel sambil membunuh 99.9% kuman. Terdapat tiga varian Cool Mint, Peppermint dan Daun Teh. 

Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut lengkap dua kali sehari, flossing dan dengan diet yang baik, cuci mulut boleh menawarkan manfaat tambahan dari segi mengurangkan nafas dan rongga mulut.[4]


Naib Presiden Kanan Penyokong Industri Limkokwing, Dato’ Raja Aznil Raja Hisham menjelaskan bahawa universiti dan pelajarnya adalah unik dalam memberikan perspektif yang berbeza kepada kempen ‘Fresh Breath for Malaysia’. 

"Kampus Cyberjaya kami menempatkan pelajar dari 160 negara. Budaya berbilang budaya di kampus menimbulkan kerja yang mempunyai kedalaman dan keluasan pemikiran dan pelaksanaan global yang kreatif yang ditunjukkan dalam penghujahan yang kami terima untuk ‘Fresh Breath for Malaysia’. Pendedahan yang mereka terima dan pengalaman industri yang mereka terima melalui kempen ini adalah persiapan yang baik untuk kerjaya masa depan mereka. Rekod cemerlang selama 40 tahun memberikan universiti ini banyak kelebihan dalam memberikan pengalaman berharga buat para pelajarnya. Para pelajar Limkokwing telah bekerjasama dengan beberapa jenama besar dan paling berjaya di seluruh dunia yang memasarkan pelbagai produk, termasuklah Guardian. Kolaborasi unik dengan industri ini turut membina reputasi dan sifat kompetitif menerusi reka bentuk inovatif serta jenama yang efektif,” jelas Dato’ Raja Aznil. 


Limkokwing University adalah sebuah institusi pembelajaran pelbagai budaya yang menyediakan pelajar dengan pendedahan industri. Pelajar memperoleh pandangan industri dan peluang rangkaian profesional yang memberi mereka kelebihan yang diperlukan untuk berjaya dalam persekitaran global. 

Udian online akan bermula pada 20 September, dan kempen komunikasi digital terbaik untuk ‘Fresh Breath for Malaysia’akan ditentukan menerusi pertimbangan panel industri dan undi dalam talian. 

Harga dan Ketersediaan 

Pencuci mulut Fresh Mouth 6 Actions Guardian boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara, dan melalui penjaga e-store di www.guardian.com.my dalam tiga varian Cool Mint, Peppermint dan Tea Leaf dalam 250ml pada RM9.33, 750ml pada RM16.88, atau pek 2 dari 750ml pada RM24.43.



[1] Rani, H, Ueno, M., Zaitsu, T, Furukawa, S, and Kawaguchi, Y, 2015. Factors associated with clinical and perceived oral malodour among dental students. J Med Dent Sci, 62(2): 33-41 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26183831
[2] Akaji, Ezi & Folaranmi, Nkiru & Ashiwaju, Olufunmilayo. (2014). Halitosis: A Review of the Literature on Its Prevalence, Impact and Control. Oral health & preventive dentistry. 12. 297-304. 10.3290/j.ohpd.a33135. https://www.researchgate.net/publication/269767667_Halitosis_A_Review_of_the_Literature_on_Its_Prevalence_Impact_and_Control
[3] Akaji, Ezi & Folaranmi, Nkiru & Ashiwaju, Olufunmilayo. (2014). Halitosis: A Review of the Literature on Its Prevalence, Impact and Control. Oral health & preventive dentistry. 12. 297-304. 10.3290/j.ohpd.a33135. https://www.researchgate.net/publication/269767667_Halitosis_A_Review_of_the_Literature_on_Its_Prevalence_Impact_and_Control
[4] https://www.ada.org/en/member-center/oral-health-topics/mouthrinse











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, September 25, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai (PART 7)

Hi Korang,


Sambung lagi travelog ke Hatyai ni, korang boleh baca entry sebelum-sebelum ni ek 



Still cerita hari kedua lagi ek, aduimak memang panjang betul lah menulis kali ni. 

Kan kak lily citer dalam previous entry yang kitaorang booking Tuk-Tuk untuk 2 tempat kan so yang satu lagi ni adalah Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai. Apa lagi tempat makanlah hehehehe


Lokasi tempat makan ni k lily rasa baru je dibuka dalam tahun lepas kot, since Mr Big balik dari Krabi masa trip motor dia hari tuh sebab dia sendiri pun tak tau akan kewujudan tempat ni. Kitorang ni pun ada staff hotel yang bagitau ada tempat makan baru dekat-dekat Khlong Hae ni so alang-alang dah sampai ke sana so singgahlah makan kan hahaha 

Memang dekat dengan Khlong Hae floating market tuh dalam 5 minit itu jalan belakang, jalan kampung-kampung so dapatlah tengok kampung-kampung di Hatyai ni. Sampai tuh driver Tuk-Tuk tinggalkan kitorang dan dalam masa 2 jam dia datang balik, haruslah ok sajorr 

Di sebabkan buffet so all you can eatlah konsepnya, Selagi perut tak meletup then jangan balik hehhehe 

Diorang sediakan 2 dapur, satu untuk steamboat dsan satu lagi untuk BBQ. Of courselah laki akak ni nak yang BBQ je yang steamboat tuh dia suruh kak lily makan hahahaha. 

Ya ampun pelbagai jenis bahan makanan ada kat sini. Rambang mata untuk korang pilihan ooo












Ada seafood, sayur-sayuran, fishball,  daging, ayam dan kambing yang dah siap marinate dengan pelbagai perasa. 

Makanan dah siap pun ada gak.



Nasi putih siap berlauk lagi tau, ada ayam celup tepung, ikan celup tepung lagi. I likeeee 



Yang ini ikan yang di bakar dengan garam kasar, aduimak tak sempat nak cuba yang ini sebab ramai nau orang beratur order hahahhaa.

pilihan air pun melambak wei

Memang menyandar-yandar dibuatnya lepas makan, perut sengkek oi. Lepak tengok orang Malaysia makan-makan sama keluarga kat sini ni.

letak lemak ayam wei untuk ada rasa sket sup steamboatnya








Walaupun ramai orang semua orang tempat ada meja sebab luasnya kawasan ni. Ternyata rakyat Malaysia memang suka aktiviti makan-makan ni walaupun dimana jua mereka berada hahahha


Harga untuk seorang adalah THB289 = RM33 kot ermm murah tuhhh 

Ini alamatnya: 

Khlong Hae Seafood 
Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand 



Alah kalau tanye Tuk-Tuk driver for sure diaorang tau punyalah tempat ni. 

Balik tuh, ktorang suruh Tuk-Tuk stop kat area Lee Garden untuk massage hahahahaha then balik jalan kaki je ke hotel yelah makan dah banyak kan so exercise lah sket. 

Ok settle PART 7, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. Train Ke Hatyai (PART 1) 

2. The Bed Hotel (PART 2) 

3. Lee Garden Plaza (PART 3) 

4. Chabura Dimsum (PART 4) 

5. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 (PART 5) 

6. Khlong Hae Floating Market (PART 6) 

7. Khlong Hae Buffet Seafood (PART 7) 

8. Kim Young Market 

9. Central Festival Mall 

10. Big Market 

11. Hatyai Junction 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, September 24, 2018

Steamboat Dinner Di CHATZ BRASSERIE, PARKROYAL Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang, 


Musim-musim hujan petang kalau dapat pekena menu yang bersup dan di hidangkan panas-panas memang sedap kan.


Itulah kalau dapat makan steamboat memang enak lah.

So Chatz Brasserie di Parkroyal Hotel sedang elok mempromosi Steam Dinner pada setiap hari Ahad hingga Khamis dari 6.30pm – 10.30pm pada harga RM83nett.

Chicken Herbal Soup dan Ma La Soup

Terdapat 4 jenis pilihan sup iaitu Herbal Chicken Soup, Tom Yam Soup, Ma La Soup dan Kimchi Soup. Kesemua sup-sup ini kak lily dah rasa pun hari tuh tau, sedap jugak tau. 

Sup Herbal Chicken adalah sup yang sesuai dimakan pada hari yang sejuk-sejuk sekarang ni. Jika korang lebih suka menambah sedikit rempah ke sup korang, Tom Yam Soup adalah untuk pilihan terbaik tau. Nak lagi pedas yang unik ? Boleh cuba Ma La Soup yang dihasilkan daripada lada Sichuan. Pihak hotel juga memperkenalkan sup Kimchi, sesuatu pengalaman yang berbeza bagi pencinta Steamboat macam korang ni.



Pelbagai hidangan Hidupan Laut Laut akan membuka selera korang Fresh Catch Fish Fillet of the Day, Sulu Sea Prawns, Half Shell Sea Scallops, Flower Crabs, Norwegian Salmon Fillet, Jellyfish, Fish Rolls, Fish Balls dan Crabsticks. Nikmati hidangan daging putih dan merah seperti Australian Beef Tenderloin, Australian Beef Tripe, New Zealand Mutton dan Free Range Chicken Strips.



Bahan-bahan sampingan disediakan terdiri daripada Tianjin Cabbage, China Leek, Cameron Lettuce, Hong Kong Choy Sum hingga ke  Black Fungus. Pilihan Cendawan pula adalah Mountain Mushroom include Button, Enoki, Abalone dan Shitake.


Kesemua hidangan ini boleh dinikmati dengan sos yang enak dan lazat seperti Bawang Putih, Cincang Merah, Sos Soy, Chilli Padi Dip, Saus Sukiyaki dan Sesame Dipping Sesame Black and White. Termasuk dalam set ini ialah Fish Noodles, Glass Noodles, Mee Hoon, Emperor Noodles, Bean Curd dan Telur. 

Ermm jom makan ek

jom masukkan semuanya hahaha

first time makan Ma La Soup, unik rasanya tapi not bad

nak makan, so masak sendiri hehehe

sup tom yam dah siap, jom kite

nampak, makan dengan senyapnya enjoyyy

Happylah dapat makan steamboat time hujan lebat ni, bertambah-tambah di buatnya sampai kena tambah sup la kan hehehhe


Untuk ‘Steamboat Dinner’ ni, ianya pada setiap Ahad sehingga Khamis dari 6.30pm - 10.30pm setiap hari. 

Pada harga RM83nett seorang 

Untuk lebih details, sila hubungi 03-27828301 atau email: chatz.prkul@parkroyalhotels.com

Ini alamatnya :

Chatz Brasserie
PARKROYAL Hotel,
Jalan Sultan Ismail, 
Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
Phone: 03-2782 8301



Selamat menjamu selera korang...











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Soft Launch Konsert AFGAN Dekade LIVE In KUALA LUMPUR 2018

Hi Korang,

Penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgan akan kembali ke Malaysia untuk meraikan sambutan ulang tahun sedekad dalam industri muzik melalui Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre. 


Dianjurkan oleh Nizra Production Sdn Bhd, konsert ini merupakan hadiah istimewa dari Afgan buat peminat setia beliau sepanjang 10 tahun pembabitan dalam industri muzik. Konsert intim ini akan membawa penonton menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE. 

From Left : Ms. Jeannie Ng, Partnership Management Marketing Cards, Group CFS Maybank, Ms. Vichelle Woon, Vice President Marketing Cards, Group CFS Maybank, Mr. Nik Iruwan Datuk Nik Izani, CEO Nizra Production and Datuk Nik Izani Nik Ibrahim

Ketua Pegawai Operasi Nizra Production Sdn Bhd, Nik Iruwan Datuk Nik Izani berkata “Konsert ini begitu istimewa kerana Malaysia telah dipilih sebagai lokasi pertama sambutan ulang tahun ke-10 Afgan dalam industri muzik.” Dewan Plenary di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dimana ia mampu memberi suasana intim bersesuaian dengan objektif konsert. “Dengan mempunyai kapasiti untuk memuatkan hampir dua ribu lima ratus orang (2500) beserta kekuatan populariti Afgan di Malaysia, kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out”, kata Nik. Selain Nizra Production, turut sama hadir ialah Maybank selaku penaja rasmi konsert.


Jejaka kelahiran Jakarta, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan, telah memenangi lebih 50 buah anugerah termasuk Album Terbaik dan Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik, sebuah majlis yang mengiktiraf kejayaan artis di rantau Asia. Penyanyi bersuara emas ini juga pernah berkolaborasi dengan artis seperti Shiela Majid, Rossa, Raisa, SonaOne dan terkini bersama Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo. Beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem seperti Cinta 2 Hati dan Refrain dan program TV, termasuk menjadi juri bagi X Factor Indonesia. 

Album terbaru Afgan berjudul DEKADE telah dilancarkan baru-baru ini mengandungi 14 buah lagu termasuk 3 buah lagu dari album terdahulu. Pasti ramai peminat mengingati lagu-lagu hit beliau seperti Jodoh Pasti Bertemu, Panah Asmara, Bukan Cinta Biasa, Pesan Cinta, Knock Me Out, X (duet bersama SonaOne), dan terkini dari album DEKADE, berjudul Sudah. 

Terkenal dengan kekuatan vokal yang tersendiri, konsert ini pastinya akan membuai perasaan peminat Afgan sambil melihat perjalanan dan transformasi beliau bukan sahaja sebagai penyanyi malah perkembangan muzik Afgan sendiri. Konsert ini dianggap begitu dekat dan bermakna buat Afgan kerana ia akan memperlihatkan rangkuman pengaruh muzik yang membentuk kematangan beliau dalam industri hari ini. 


Tiket konsert boleh didapati bermula 21 September 2018 (Jumaat) dan dijual pada harga RM288 (Silver), RM588 (Gold), RM888 (Platinum) dan RM1288 (Diamond VVIP). Bagi pembeli tiket Diamond VVIP, akan menerima pas Meet and Greet berserta CD dan poster yang ditandatangani oleh Afgan. Manakala, berita baik buat pemegang kad debit dan kad kredit Maybank, sebanyak 10% diskaun ditawarkan untuk setiap pembelian tiket bagi semua kategori. Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari https://premier.ticketcharge.com.my atau hubungi Hotline di talian 03-9222 8811. 

Diiktiraf sebagai salah satu artis lelaki terbaik di Indonesia, peminat Afgan akan dijanjikan dengan sebuah persembahan yang intim, berbeza dari sebelum ini dan yang paling utama sekali, membawa penonton menikmati sebuah perjalanan muzik yang indah dan menghiburkan.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com