Hi Korang,
Last 2 weeks kak lily berkesempatan ke Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 yang di adakan di NSK Seremban Trade City ni. Seronok wei tengok orang masak-masak secara public ni rasa teringin tuh pun ada gak tapi apakan daya manalah kak lily pandai masak kan
Siti Nor
Yuwana Zulkifli (kanan) bersama dengan pengurus pemasaran Unilever Food
Solutions, Angeline Ho
Siti Nor Yuwana Zulkifli, 35, memenangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 dengan mempersembahkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda dan juga dua hidangan ciptaan sendiri.
Pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini juga menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya untuk mendapat perhatian para juri dan berjaya memenangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper.
Hidangan masakan pemenang Siti (dari kanan) Kari Ayam Warisan
Bonda, Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya.
Siti Nor Yuwana berkata: ”Saya juga harus berterima kasih kepada suami saya kerana mendaftarkan saya dalam pertandingan ini dan saya tidak sangka saya akan menang sehingga kami berdua dapat menunaikan Umrah bersama-sama dan juga menikmati hadiah lain!”
Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 sedang meneruskan usaha untuk menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia.
Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini berfokus kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu hidangan kari, kicap dan masak lemak.
Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: “Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menggelitik selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr.
“Tahun ini, kami telah mengadakan perkongsian khas dengan NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia dan rakan ‘Cash & Carry’ kita yang terbesar. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan badan dan bahan pencuci. Ini hanyalah beberapa jenis produk yang dapat saya namakan! ” Nusrat berkata.
Para juri yang mengadil termasuk chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.
Penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 10 penyerta dari seluruh Malaysia, termasuk 1 peserta dari Negeri Sembilan telah dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir hari ini.
Juara Siti Nor Yuwana Zulkifli (tengah), naib johan Fazerina Ibrahim (ketiga dari kanan) dan pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan (ketiga dari kiri) bersama dengan para juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2018: Chef Mohd Johari Edrus (keempat dari kiri), Unilever Food Solutions Chef Mohd Hadzrin Mohd Din (keempat dari kanan) dan pengarang majalah Saji Rosmarlinda Kamarudin berserta pengurus cawangan NSK Seremban 2 Lim Chin Lai (kedua dari kanan) dengan pengurus pemasaran operator UFS Nadia Mohd Irwan (di kanan), pengurus pembangunan pelanggan UFS Amri Yusof (kedua dari kiri) dan pengurus pemasaran UFS Angeline Ho (di kiri).
Pemenang lain untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 bertuah termasuk:
- Naib johan Fazerina Ibrahim, 34 dari Selangor menerima tunai RM10,000 beserta hamper
- Pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan, 39, mendapat tunai RM6,000 dan hamper
- 7 pemenang saguhati menerima tunai RM1,000 beserta hamper.
Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.
Para juri sedang mencuba hidangan masakan
oleh salah satu peserta.
Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!
Tahniah kepada semua pemenang...