Tuesday, March 13, 2018

Ramadhan Buffet 2018 @ Sime Darby Convention Centre

Hi Korang, 


Ini pertama kali dalam tahun 2018 ni kak lily dapat jemputan ke Ramadhan review. 

Ya ampun sekejapan je ek dan nak puasa kan!! 

Kali ni kak lily kongsi dengan korang Sajian Tradisi dan Ramadhan Dinner Indulgence di Sime Darby Convention Centre . Diaorang memang setiap tahun buat awal sebab senang katanya boleh pengujung buat tempahan di awal-awal waktu ni kan. 


Seperti bulan Ramadhan tahun-tahun sebelum ini, Sime Darby Convention Centre antara lokasi yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk datang berbuka puasa.

Apa yang lebih menarik, untuk tahun 2018, Sime Darby Convention Centre telah menawarkan begitu banyak menu-menu baru sesuai dengan kehendak serta pilihan pelanggan mereka, Untuk tahun ini, pengunjung boleh memilih samada untuk berbuka di Restoran Halia yang bertemakan Sajian Tradisi mahupun Ramadhan Dinner Indulgence di China Treasures. 


Untuk sajian melayu, di antaranya terdapat ayam panggang kuah percik,perut masak lemak cili padi, siput sedut masak lemak keladi, ekor sapi asam pedas keladi & bendi, kari kepala ikan dengan mangga muda, ikan bakar dengan air asam, nasi buluh (nasi tomato & nasi beriani), sate ayam dan banyak lagi. 


Antara yang sentiasa dinanti pengunjung ketika berbuka puasa ialah hidangan daging kambing bakar. Apatah lagi didatangkan bersama dengan sos lada hitam bbq dan pudina. Memang terbaik. 


Yang uniknya turut dihidangkan churros yang digoreng panas-panas. Kelainan churros disini ianya versi kacang hijau yang dicicah bersama sos karamel.


Terdapat bahagian yang menghidangkan mee pasta yang sentiasa menjadi kegemaran terutama kanak-kanak. Terdapat jiga hot plate/ shell out, sudut makanan jepun seperti sushi, nasi ayam dan segala macam jenis mee (mee goreng, mee sup dan banyak lagi). Oh ya! sajian antarabangsa seperti pizza ada juga dihidangkan disini juga.

Peminat kerabu jangan lupa untuk merasai keenakkan di sini. Ada pelbagai jenis yang memikat hari, antaranya seperti, kerabu taugeh, sotong dan kangkung dan banyak lagi. 




Begitu juga dengan kuih tradisi. Ada segala macam jenis yang benar-benar membangkit nostalgia berbuka di zaman kecil. Kuih tradisi seperti tepung pelita, kuih lapis, kuih seri muka dan pelbagai lagi ada ditawarkan disini. 

Selain daripada ABC, buah-buahan, minuman lai chi kang pun ada, ermm kalau pekena time bulan puasa betapa nikmatnya ketika sejuk benar-benar dapat menyaman rasa tekak

Untuk tahun 2018, buffet kali ini turut dihidangkan masakan steambot, ada pelbagai jenis bebola ikan, udang dan sebagainya ditawarkan. 

Varian jenis sos yang boleh dinikmati bersama hidangan steamboat. 

Untuk tahun ini ada pilihan hidangan steamboat yang boleh di 'gril' juga ya. 

Suasana didalam dewan Sime Darby Convention Centre yang boleh menempatkan begitu ramai pengunjung dalam dewan pada satu-satu masa. 






Ini pula antara hidangan Ramadhan Dinner Indulgance yang bakal ditawarkan di Restoran China Treasures. Terdapat 79 jenis jenis dim sum dan termasuklah Deep-Fried Shrimp Patties with Sliced Almond, Stir-Fried Radish Cake & Beansprouts with Chili Sauce, Deep-Fried Prawn & Salted Egg Yolk Roll, Steamed Szechuan Hot & Spicy Chicken Dumplings, dan Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Bun . Selain itu terdapat juga Deep Fried Fresh Mushroom with Salted Egg Yolk, Poached Tiger Prawns with Hokkien Shrimp Saucein Claypot, Deep Fried Chicken with Dried Chill & Cashew Nuts, dan Roasted Duck with Siamese Plum Sauce. 

Dan konsep hidangan ialah "Eat All You Can" ermm best tuh 


Sepanjang waktu berbuka nanti para pengunjung akan ditemani dengan nyanyian lagu-lagu tradisi oleh kumpulan muzik yang telah dijemput khas bagi menceriakan pelanggan-pelanggan yang datang berbuka di sini. 

Kemudahan tandas dan surau turut disediakan buat keselesaan pelanggan. 


So, korang jangan lupa dapatkan voucher "early bid" yang sudahpun mula dijual dengan harga RM69 seorang untuk promosi bulan March 2018. Manakala promosi untuk bulan April adalah RM79. Harga asalnya adalah RM99 seorang. Kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA.

Untuk warga emas dan kanak-kanak 6-12 tahun, diskaun sebanyak 25% diberikan. Bagi setiap pembelian 10 voucher, pelanggan akan diberikan PERCUMA satu voucher tambahan!

Hubungi 03-20893688 atau emel ke halia.sdcc@simedarbyproperty.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 

Ni alamatnya

Sime Darby Convention Centre, 

1a, Jalan Bukit Kiara 1, 
Bukit Kiara, 60000 
Kuala Lumpur, 
Tel : 03-2089 3688





Ok ini baru satu tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2018, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN Dan SJ ECHO 2018, Meriah!!

Hi Korang, 

Rakyat Malaysia ni segala perayaan semua kita sambut, ermm betul tak? Yelah kita satu Malaysia hehehe… 

Walaupun sambutan Tahun Baru Cina sudah sampai ke penghujungnya tapi kemeriahannya tetap di sambut ek. 


Jumaat lepas, sempat juga kak lily singgah di CNY Carnival di Mydin USJ ni tau. Nasib baik lepas kerja bolehlah pi dan lepak lelama sket kan hehehhe 

Untuk tahun yang ke-6, MYDIN USJ meneruskan kerjasama erat bersama SJ ECHO, iaitu akhbar tempatan komuniti Subang Jaya untuk menjayakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2018. Majlis komuniti yang berasaskan perayaan seperti ini diyakini mampu memupuk nilai-nilai murni khususnya rasa hormat-menghormati dan mewujudkan kesefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat majmuk USJ yang hidup secara harmonis. 


ada persembahan pentas tau, sebelum majlis bermula

Seawal jam 6.30 petang, masyarakat multietnik yang terdiri daripada penduduk setempat dan para pelanggan MY DIN USJ berkumpul bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan usia bagi memeriahkan rumah terbuka ini sehingga jam 11.00 malam. 

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2018 ini diserikan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh Tseow Suan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan YB Wong Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelana Jaya. Turut hadir sama ialah wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Polis Daerah Subang Jaya, Bomba & Penyelamat Daerah Su bang Jaya dan tetamu-tetamu yang lain. 

ada tarian singa sebelum acara bakar mercun tau..

Untuk kesekian kalinya, MYDIN USJ, Subang Jaya memeriahkan Subang Jaya dengan meraikan Tahun Baru Cina melalui Sambutan Rumah Terbuka. Sambutan ini merupakan tradisi tahunan di MYDlN USJ bagi mengeratkan silaturahim komuniti setempat disamping terus mengetengahkan MYDIN sebagai pasar raya pilihan sekeluarga. 

Saya sangat menghargai usaha sebegini kerana ianya mampu menzahirkan perasaan saling menghormati dalam kalangan masyarakat dan peluang untuk mendapat rakan-rakan yang baru. Saya berharap agar MYDIN USJ dan komuniti USJ akan terus mengekalkan sinergi ini samada melalui jaringan persahabatan mahupun pemiagaan. Terima kasih kepada semua pelanggan yang setia berbelanja di MYDIN, Komuniti Bersatu, Bandar Sejahtera'. 

Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin 
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. 

Seramai 20 orang warga emas daripada Rumah Victory Puchong juga diraikan dalam sambutan ini dan mereka juga diberikan angpau dan goodie bags. Pastinya suasana sambutan rumah terbuka ini lebih riuh rendah dengan kehadiran rakan pembekal, rakan media cetak dan elektronik, rakan blogger, rakan selebriti tempatan dan rakan niaga. 




Seperti biasa, acara menggaul Yee Sang dijadikan sebagai gimik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2018 kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, ianya melambangkan kemewahan dan mampu melanjutkan usia seseorang. Tetamu jemputan, warga emas yang diraikan, rakan niaga dan PBT bersama-sama memeriahkan acara ini di pintu masuk utama Mydin Mall. 

Masa kak lily ambil gambar ni sebelum acara bermula tau, sebab tuh nampak cam tak de orang je huahauhaua






Para pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah makanan seperti Yong Tau Foo, Char Kuetiau, Dim Sum, Bihun Goreng, Nasi Goreng, Nasi Ayam, Laksa, Ayam Barbeku, Bubur Cha Cha dan banyak lagi di 24 buah gerai secara PERCUMA! Persembahan seperti tarian singa, tarian singa akrobatik, tarian kebudayaan cina, paluan gendang cina, Chinese Face Mask Changing turut diadakan untuk memeriahkan lagi Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018. 

Ini suasana sebelah malam, selepas CNY Carnival dibuka...








Ya ampun, gila meriah kan!!!

Penampilan istimewa pemenang anugerah lndustri Muzik (AIM) 2016, kategori Artis Wanita Cina Terbaik, Angeline Wong turut menghiburkan para pengunjung yang hadir dengan nyanyian 3 buah lagu. 

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, aktiviti cabutan bertuah untuk para pelanggan MYDlN tidak ketinggalan dengan pelbagai hadiah istimewa. Setiap pemegang kad Meriah MYDlN layak untuk menyertai cabutan bertuah ini dengan berbelanja minimum RM88 di Pasar Raya Besar Mydin USJ dan Mydin Mall USJ. Resit pembelian boleh dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan di Kaunter lnformasi MYDIN USJ dan penyertaan ini dibuka selama 7 hari, bermula dari 2 Mac 2018 dan ditutup jam 7 .00 malam pada 9 Mac 2018. Acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah dijalankan pada hari sambutan berlangsung. Satu sesi cabutan bertuah khas untuk media juga turut diadakan sebagai tanda apreasiasi atas kerjasama utuh serta sokongan baik rakan media terhadap MYDIN selama ini. 


Keluaran Malaysia! Tetap Malaysia! 
'Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!' 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, March 12, 2018

Makan Ketam Di Promosi ‘Crab Yummy Combo’ di Grand Bluewave Hotel Shah Alam.

Hi Korang, 


Ada peminat ketam kat sini?

nampak tak? hero kita of the day huahauahuahauahau

Kalau ada baguslah, kita geng… 


Sebab sekarang ni ada promosi Crab Yummy Combo dari Tung Yuen Chinese Restaurant, Level 1 Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Ketam kot siapa yang tak nak kan. 


Istimewanya makan ketam di sini adalah hidangan Combo Crab Yummy akan dihidangkan dengan dua (2) gaya memasak oleh chef Chef Patrick Ng dan 100% halal, samada pilihan Baked Spicy Mud Spicy atau Pan Fried Hot And Mour Mud Crab Dengan Mantou. 

Promosi ini berharga RM95.00nett setiap orang (minimum 5 orang). 


Di antara hidangan lain yang termasuk di dalam Combo Crab Yummy adalah Sup Crab Meat, Kailan dengan Crab Meat, and Mud Crab. Korang juga bakal menikmati hidangan Yee Mee, dan Chicken Pei Pa, sebagai hidangan pencuci mulut, kami menawarkan Pamelo Mango Pudding. 

Sup Crab Meat 

Kailan dengan Crab Meat and Mud Crab

Yee Mee
\
Chicken Pei Pa

Pamelo Mango Pudding

Promosi ini bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2018. Semua masakan yang enak ini akan dihidangkan setiap hari untuk makan tengahari pada pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam pada 6.30 malam hingga 10.30 malam di Restoran Cina Tung Yuen.


So apa lagi, lekas buat tempahan awal ye di Tung Yuen Restaurant ext. 8811 03-5511 2616 atau Jabatan Telemarketing ext. 2724. Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST.


HALAL makanan cina di sini? 

Of courselah HALAL sebab di Hotel Grand Bluewave semua makanannya adalah HALAL. 

Ini hah alamatnya:- 

Restoran Tung Yuen, 
Hotel Grand Bluewave 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 
40000 – Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan. 

Phone: 03- 5511 8811 ext.2616 




Kalau tak betul-betul payah nak cari makan yang hidang mud crab ni ek, selalunya ketam bunga je yang banyak ada. Boleh ajak Mr Big pi makan lagi ek








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, March 11, 2018

MENTHOLATUM Lip CRAYON LIP BALM Yang Terbaru

Hi Korang,


Tengah mencari gabungan antara penjagaan bibir dan warna bibir? 

Memperkenalkan Mentholatum Lip Crayon Lip Balm BAHARU yang berfungsi bukan sahaja sebagai penyeri bibir, tetapi juga menyuburkan bibir dengan kelembapan yang tinggi! Sama ada untuk penggunaan harian atau untuk majlis istimewa, Mentholatum Lip Crayon Lip Balm yang terbaharu adalah pilihan tepat untuk korang dan apa yang korang perlukan hanya oles untuk bibir yang sihat berseri, mekar dan lembap. 


Berfungsi sebagai krayon bibir dan juga pelembap bibir, Mentholatum Lip Crayon Lip Balm serba baharu ini dirumuskan bukan sahaja untuk memberikan bibir warna lembut, tetapi manfaat lembapannya juga memastikan bibir kekal lembap sepanjang hari. Berbeza dengan krayon bibir lain, Mentholatum Lip Crayon Lip Balm adalah ultra lembap kerana ia dirumuskan dengan bahan pelembap seperti Minyak Argan dan Minyak Biji Meadowform untuk membantu menghidratkan, menyuburkan dan melindungi bibir, meninggalkannya terasa licin dan terhidrat walaupun selepas berjam-jam dioles. 

Direka untuk menyerlahkan keseluruhan penampilan solekan anda, Mentholatum Lip Crayon Lip Balm terbaharu ini hadir dengan rona merah samar berbeza untuk menepati ton kulit berbeza. Dengan olesan yang mudah, krayon bibir yang sangat menyuburkan ini segera memberikan anda warna bibir lembut yang menawan. 



Di bawah adalah beberapa tip aplikasi untuk mencapai efek warna bibir yang anda idamkan:- 

· Seoles – Warna lembut Tipis 

· Dua Oles – Warna Terang 

· Tiga Oles – Warna Pekat Dan Terang 

Untuk mendapatkan kesan yang lebih penuh dan mungil, pastikan anda menambah olesan pada pertengahan ulas bibir bawah. 


Tentukan, serlahkan dan cantikkan penampilan solekan secara keseluruhan dengan Mentholatum Lip Crayon Lip Balm baharu! Mentholatum Lip Crayon Lip Balm adalah bebas wangian dan dijual pada harga RM 19.90 (3g). Ia boleh didapati di kesemua farmasi dan juga pasar raya utama bermula Januari 2018. 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, March 10, 2018

3 Lagi Produk Ready To Eat (RTE) Keluaran dari Ayamas Kitchen

Hi Korang, 

Sebelum ni kak lily ada citer pasal produk Sedia untuk di makan atau nama omputihnya Ready To Eat kan, tak silap rasanya tahun lepas kot, alah Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan juga Nasi Kandar Ayam Masala. Ermm not bad jugak tau terutamanya Nasi Pilaf Ayam Mentega eh sedap bak hang!! 

So kali ni Ayamas Kitchen melancarkan lagi 3 produk Ready To Eat (ETA) ni iaitu Nasi Ayam Kari Hijau Thai, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Bihun Goreng Istimewa. 


Wah begitu variasi sekali pilihan menu hidangan ini ek sampai ke Thailand dan Korea bagai, yelah trend kan sekarang ni makan makanan Korea hehehhe 


So hari tuh, kak lily memenuhi jemputan Ayamas Kitchen ini untuk merasaikan keenakan kesemua hidangan tersebut. Ramai gak bloggers yang hadir, sampai penuh kedua-dua meja panjang tuh lah kan. 

Produk Sedia-DiMakan atau Ready To Eat (RTE) ini merupakan hidangan makanan sejukbeku (frozen) yang telah pun di masak di dalam microwave dan hanya di panaskan sebelum di makan. Memang sesuailah bagi kita-kita yang senantiasa sibuk tak menentu kan especially bila kat office dan malas nak keluar lunch sebab kerja banyak, non stop meeting atau takkan kena panas ke kan hehehhe 




Cara Menyediakan Produk Sedia-Di Makan 

Ermm senang je, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ia seketika dalam 2 minit. Gunakan garfu dan tebuk beberapa lubang pada penutup plastik. Masukkan ke dalam ketuhar dan panaskan selama 4 hingga 5 minit. 

Keluarkan dan terus sajikan. 

Korang rasa!! Susah sangat ke?? 

Senang jelah. 

to be fair and square, kak lily rasa semua dulu kan.

Yang mana kak lily suka? 

Rasanya Nasi Kari Hijau Ayam Thai 

Tak terlalu kuat bau santannya, kuahnya pekat dan sedang elok di makan bersama nasi putih dan sayur-sayuran yang diterdapat sekali di pek. Lengkaplah nasi, ayam dan sayur-sayuran hehehe 

Not bad jugak rasa Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Bihun Goreng ni cuma kak lily prefer Ayam Thai lah hehehhee 


Harga bagi produk Ready To Eat (RTE) adalah:- 

Nasi Bijan Ayam Bulgogi – RM7.90 

Nasi Kari Hijau Ayam Thai – RM7.90 

Bihun Goreng Istimewa – RM5.90 

Produk sedia-dimakan ini boleh didapati di semua kedai Ayamas di seluruh Malaysia. Kat area Bangi ada satu outlet, kat Cheras area Bandar Tasik Permaisuri tuh pun ada satu gak. 

Untuk lebih info tentang Kedai Ayamas, korang boleh layari 

Website : www.kedaiayamas.my















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com