Sunday, March 11, 2018

MENTHOLATUM Lip CRAYON LIP BALM Yang Terbaru

Hi Korang,


Tengah mencari gabungan antara penjagaan bibir dan warna bibir? 

Memperkenalkan Mentholatum Lip Crayon Lip Balm BAHARU yang berfungsi bukan sahaja sebagai penyeri bibir, tetapi juga menyuburkan bibir dengan kelembapan yang tinggi! Sama ada untuk penggunaan harian atau untuk majlis istimewa, Mentholatum Lip Crayon Lip Balm yang terbaharu adalah pilihan tepat untuk korang dan apa yang korang perlukan hanya oles untuk bibir yang sihat berseri, mekar dan lembap. 


Berfungsi sebagai krayon bibir dan juga pelembap bibir, Mentholatum Lip Crayon Lip Balm serba baharu ini dirumuskan bukan sahaja untuk memberikan bibir warna lembut, tetapi manfaat lembapannya juga memastikan bibir kekal lembap sepanjang hari. Berbeza dengan krayon bibir lain, Mentholatum Lip Crayon Lip Balm adalah ultra lembap kerana ia dirumuskan dengan bahan pelembap seperti Minyak Argan dan Minyak Biji Meadowform untuk membantu menghidratkan, menyuburkan dan melindungi bibir, meninggalkannya terasa licin dan terhidrat walaupun selepas berjam-jam dioles. 

Direka untuk menyerlahkan keseluruhan penampilan solekan anda, Mentholatum Lip Crayon Lip Balm terbaharu ini hadir dengan rona merah samar berbeza untuk menepati ton kulit berbeza. Dengan olesan yang mudah, krayon bibir yang sangat menyuburkan ini segera memberikan anda warna bibir lembut yang menawan. 



Di bawah adalah beberapa tip aplikasi untuk mencapai efek warna bibir yang anda idamkan:- 

· Seoles – Warna lembut Tipis 

· Dua Oles – Warna Terang 

· Tiga Oles – Warna Pekat Dan Terang 

Untuk mendapatkan kesan yang lebih penuh dan mungil, pastikan anda menambah olesan pada pertengahan ulas bibir bawah. 


Tentukan, serlahkan dan cantikkan penampilan solekan secara keseluruhan dengan Mentholatum Lip Crayon Lip Balm baharu! Mentholatum Lip Crayon Lip Balm adalah bebas wangian dan dijual pada harga RM 19.90 (3g). Ia boleh didapati di kesemua farmasi dan juga pasar raya utama bermula Januari 2018. 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, March 10, 2018

3 Lagi Produk Ready To Eat (RTE) Keluaran dari Ayamas Kitchen

Hi Korang, 

Sebelum ni kak lily ada citer pasal produk Sedia untuk di makan atau nama omputihnya Ready To Eat kan, tak silap rasanya tahun lepas kot, alah Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan juga Nasi Kandar Ayam Masala. Ermm not bad jugak tau terutamanya Nasi Pilaf Ayam Mentega eh sedap bak hang!! 

So kali ni Ayamas Kitchen melancarkan lagi 3 produk Ready To Eat (ETA) ni iaitu Nasi Ayam Kari Hijau Thai, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Bihun Goreng Istimewa. 


Wah begitu variasi sekali pilihan menu hidangan ini ek sampai ke Thailand dan Korea bagai, yelah trend kan sekarang ni makan makanan Korea hehehhe 


So hari tuh, kak lily memenuhi jemputan Ayamas Kitchen ini untuk merasaikan keenakan kesemua hidangan tersebut. Ramai gak bloggers yang hadir, sampai penuh kedua-dua meja panjang tuh lah kan. 

Produk Sedia-DiMakan atau Ready To Eat (RTE) ini merupakan hidangan makanan sejukbeku (frozen) yang telah pun di masak di dalam microwave dan hanya di panaskan sebelum di makan. Memang sesuailah bagi kita-kita yang senantiasa sibuk tak menentu kan especially bila kat office dan malas nak keluar lunch sebab kerja banyak, non stop meeting atau takkan kena panas ke kan hehehhe 




Cara Menyediakan Produk Sedia-Di Makan 

Ermm senang je, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ia seketika dalam 2 minit. Gunakan garfu dan tebuk beberapa lubang pada penutup plastik. Masukkan ke dalam ketuhar dan panaskan selama 4 hingga 5 minit. 

Keluarkan dan terus sajikan. 

Korang rasa!! Susah sangat ke?? 

Senang jelah. 

to be fair and square, kak lily rasa semua dulu kan.

Yang mana kak lily suka? 

Rasanya Nasi Kari Hijau Ayam Thai 

Tak terlalu kuat bau santannya, kuahnya pekat dan sedang elok di makan bersama nasi putih dan sayur-sayuran yang diterdapat sekali di pek. Lengkaplah nasi, ayam dan sayur-sayuran hehehe 

Not bad jugak rasa Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Bihun Goreng ni cuma kak lily prefer Ayam Thai lah hehehhee 


Harga bagi produk Ready To Eat (RTE) adalah:- 

Nasi Bijan Ayam Bulgogi – RM7.90 

Nasi Kari Hijau Ayam Thai – RM7.90 

Bihun Goreng Istimewa – RM5.90 

Produk sedia-dimakan ini boleh didapati di semua kedai Ayamas di seluruh Malaysia. Kat area Bangi ada satu outlet, kat Cheras area Bandar Tasik Permaisuri tuh pun ada satu gak. 

Untuk lebih info tentang Kedai Ayamas, korang boleh layari 

Website : www.kedaiayamas.my















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, March 9, 2018

Raikan Musim Bunga Dengan Antabax White Gentle Care

Hi Korang,

Bunga Sakura mekar menandakan kehadiran Musim Bunga dan kuntuman tersebut dianggap simbol tuah selain sering dikaitkan dengan kejelitaan dan keremajaan sejak dahulu lagi. 

Sakura atau cherry blossom merupakan keluarga bunga ros (Rosaceae). Di barat, bunga ros mewakili kejelitaan, di timur, simbol berkenaan dikaitkan dengan Sakura. 


Pada musim bunga ini, jadilah sang jelita anggun dari timur dengan barisan Krim Mandian dan Sabun Antibakteria Antabax White Gentle Care. Diperkayakan dengan ekstrak Sakura, barisan cucian dan penjagaan badan ini melindungi kulit daripada kuman tanpa menghakis minyak semulajadinya dan dalam masa sama melembapkannya serta menjadikannya tampak lebih segar. 

Dengan penjagaan anti-bakteria 24 jam Sistem Perlindungan Derma Antabax dan Serum Lembapan Mikro (Micro Moisture Serum) yang mengandungi vitamin-vitamin kulit untuk pelembapan, setiap mandian akan menjadikan kulit anda dilindungi daripada 99.9 peratus kuman serta lembut, licin juga lembap. 

Antabax White Gentle Care mengandungi kebaikan ekstrak Sakura. 

Ekstrak Sakura telah sekian lama digunakan untuk kosmetik dan penjagaan kulit dan kajian moden telah membuktikan bahan ini mempunyai fungsi pelembap, anti-penuaan, mencerahkan kulit dan anti-radang yang melegakan kulit[1]

Kajian menunjukkan ekstrak Sakura membantu melindungi kulit daripada kerosakan jangka masa panjang; mencegah kekusaman serta penuaan sebelum usia. Bahan ini kaya dengan asid lemak yang menggalakkan pembentukan kulit yang lembut serta anjal selain kebaikan tambahan iaitu mencerahkan pigmentasi tidak sekata[2]

Ujian dermatologi membuktikan bahan ini lembut terhadap kulit kesan ramuan yang ditambah dengan pati serta bahan-bahan istimewa, termasuklah ciri-ciri antioksidan Vitamin C dan E selain kesan penyegaran yang terkandung dalam Vitamin B penting (B3, B5 & B6). 

Jadikan diri anda seperti Puteri Jelita dari Timur dalam kisah dongeng pada Musim Bunga ini dengan kebaikan perlindungan anti-bakteria yang lembut untuk kulit anda dengan Antabax White Gentle Care. 

Produk-produk Antabax disahkan Halal, memberikan umat Islam keyakinan penuh untuk menggunakannya. 


Barisan Krim Mandian Antabax Gentle Care Shower Cream dijual pada harga:- 

» RM6.30 untuk 250ml 

» RM16.90 untuk 975ml 

» RM9.90 untuk 550ml 

» RM4.90 untuk sepeket sabun buku 85g (beli 3 percuma 1) 

» RM6.40 untuk sepeket sabun buku 120g (beli 3 percuma 1) 

Jadilah sebahagian daripada komuniti Antabax dan untuk mendapatkan panduan kebersihan terbaik bagi kehidupan yang lebih sihat serta penuh keyakinan, sila tekan butang “LIKE” Antabax di www.facebook.com/NewAntabax

_____________________________________________________________________________

[1]https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25065693 

[2]https://www.cosmeticsdesign-europe.com/Article/2015/01/13/Cherry-blossom-extract-recommended-for-skin-care-due-to-anti-inflammatory-effect















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, March 8, 2018

Rendang Ayam Cik Lily Putih

Hi Korang, 

Arrgg poyo tajuk entry ek, nak ketawa pun ada gak ni. 

Memanglah hari-hari masak walaupun makan berdua je sebab kitaorang dah bosan benau makan kat luar tuh. Sedap tuh sedaplah tapi duit yang keluar pun sedap jugak hahaha. Yelah kami kalau sekali keluar dinner busuk-busuk pun RM50 mesti terbang melayang. Kira kalau makan bawah RM26 tuh memang heaven lah kan. 

Sebab tuh nak tak nak masak jelah solution yang mudah dan menjimatkan. 

Weekend hari tuh, kak lily teringin benau nak makan rendang ayam. 

Nasib baik ada rempah yang beli kat pasar TTDI ari tuh then ayam pun ada so masak jelah. Oleh kerana lama bebenau tak masak, so google lah resipi walaupun bahan-bahan dah siap tapi cara memasak tuh yang tak sama. 

Ada orang masukkan ayam kemudian, ada yang masuk dulu, ada yang pakai santan banyak, ada yang pakai sket so memacam cara. Seronok plak kak lily membacanya, eh semua ni ilmu gak tau. 

Bahan-bahan 

1 ekor ayam 
10 biji bawang merah | Diblend 
1 biji bawang putih | Diblend 
3 inci halia | Diblend 
5 tangkai | Di blend 
5 helai daun limau purut 
1 kotak santan 
Asam jawa sket 
Kerisik 
Gula Melaka 
Daun kunyit sket

Cara-cara Memasak Rendang Ayam

1. Masukkan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih halia, serai dan limau purut hingga garing. 

2. Masukkan bahan-bahan blended (cili kering, kunyit hidup dan lengkuas). Goreng hingga garing. 

3. Masukkan ayam dan gaul rata. 

4. Masukkan santan dan kecilkan api. Masak hingga ayam masak. 

5. Masukkan kerisik asam jawa dan garam. Masak hingga rendang pekat/kering. 

6. Masukkan daun kunyit dan tutup api. 

Inilah hasilnya, amik ko..

Itu adalah cara asas memasak rendang ayam. 

Nampak macam mudah je kan tapi sebenarnya tidak uolls hehehhee 

Kak lily ni dengan bijak pandainya menambah santan menjadi 2 kotak ya ampun haruslah pekat gilerkan, makin lamalah kuah rendang tuh nak pekat dan ayam boleh jadi hancur. So kak lily keluarkan balik ayam then biarkan santan tuh mengering seketika sehingga pekat dan cantik then barulah masukkan ayam tuh balik. 

Siap tepon mak dan tanya camne nak adjust balik rendang ayam ni hahahahaha 

Bengong ek, boleh plak mak akak tertekan loudspeaker so semua orang yang kat kampung tuh dengarlah kann hahahaha malu woi maluuuuu 

Apa pun rendang ayam selamat di makan oleh Mr Big dan sampai keesokkan harinya, dia boleh buat cicah roti kuahnya walaupun ayam dah habis tak abis-abis cakap sedap sedap sedap hehehehe 

Itulah belum cuba belum tau, kalau dah cuba baru ek keenakkan ari tangan isteri kann 

Ok lain kali nak cuba masak yang mencabar lagi lah.













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, March 7, 2018

Siti Saleha dilantik Duta Jenama untuk BRAND’S® InnerShine® Prune Essence Terbaru

HI Korang,


Lama tak cerita mengenai BRAND’S® InnerShine® ek!

Eh kak lily kan peminum tegar produk kecantikan ni, alah tak yah bagitau lah dengan korang, malu akak wei sebab taulah korang rahsia kecantikan akak lily sekarang ni. 


BRAND’S® Suntory (Malaysia) Sdn Bhd hari ini memperkenalkan pelakon Malaysia Siti Saleha sebagai duta jenama terbaru bagi BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E. Aktres kacukan Inggeris ini diperkenalkan secara rasmi oleh Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’S® Suntory (Malaysia) Sdn Bhd bersama Danny Hoh, Pengarah Pelanggan bagi Watsons Malaysia. Acara yang diadakan di IOI City Mall ini turut menyaksikan pelancaran pertandingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulaJadi, kolaborasi antara BRAND’S® Suntory dan Watsons Malaysia. 


Berkongsi pandangannya di acara itu, Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’S® Suntory (Malaysia) Sdn Bhd berkata, “Mengambil nutrien yang betul dalam jumlah yang mencukupi adalah penting untuk melindungi kulit anda dan menggalakkan kesejahteraan diri. Menerusi rangkaian produk InnerShine, BRAND’S® berhasrat membantu rakyat Malaysia meraih kecantikan semulajadi yang lebih ketara daripada dalam ke luar, terutamanya menerusi formulasi baru BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E yang dilancarkan hari ini. Siti Saleha adalah pilihan tepat sebagai Duta Jenama kami bagi BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E, kerana beliau juga yakin terhadap penjagaan diri agar memperoleh kecantikan semulajadi yang berpunca dari dalam. Untuk mengekalkan kecantikan semulajadi, beliau bukan sahaja mengamalkan rutin penjagaan kulit, malah turut memastikan diet yang dimakan adalah seimbang dan kesihatan fizikal dijaga.” 


Formulasi terbaru BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E mengandungi pati prun dengan tambahan Vitamin E bagi meningkatkan perlindungan kulit terhadap radikal bebas, sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan lebih berseri. Diperbuat dengan bahan semulajadi yang dipilih khas, BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E yang 100% berasaskan buahan adalah produk yang disyorkan agar ditambah kepada rutin kecantikan seseorang, yang biasanya dimulakan dengan membersih dan melembap muka sebelum berakhir dengan melayang bedak atau solekan. Suplemen pemakanan ini kaya dengan gentian daripada prun dan maltodextrin perintang, sejenis gentian boleh larut yang menggalakkan kelancaran sistem pencernaan dan membantu menyingkir toksin tidak diingini daripada tubuh. 

Ming Ming menambah, “Walaupun suplemen ini bertujuan membantu sistem penghadaman anda dan membersihkan tubuh secara dalaman, kesannya akan kelihatan secara luaran dalam 12 hari. Itu sebabnya BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E melengkapi rutin jagaan kulit anda, membantu kulit anda tampak lebih muda dan berseri hari demi hari. Ini mencerminkan apa yang berlaku dalam tubuh anda, yang memerlukan perhatian kita semua.” 


Bersetuju dengan kenyataan ini, Siti Saleha berkata, “Saya amat percaya yang kecantikan bukan sekadar apa yang boleh dilihat pada luaran, tetapi apa yang anda yakini mengenai diri anda. Orang mungkin komen mengenai rambut, penampilan atau fizikal anda, tetapi bila anda selesa dengan diri sendiri, maka anda akan rasa hebat dan yakin terhadap diri anda. Ini ditujukan kepada semua orang, tidak kira usia.” Bintang Malaysia yang disayangi ramai ini, yang mencipta nama dalam industri lakonan tempatan selepas meraih sebilangan anugerah, menambah, “Kulit saya tampak lebih muda dan berasa lebih sihat selepas saya mengambil BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E selama 12 hari, dan walaupun saya hanya menggunakan solekan tipis, seri pada muka saya tampak semulajadi. Saya yakin anda akan meraih kesan diingini apabila diberi sedikit masa, jika anda melengkapkan rejim kecantikan harian dengan nutrien yang betul untuk tubuh seperti nutrien yang terkandung dalam BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E. Seperti disiplin, kadangkala kita berasa sukar mematuhi rutin disarankan, tetapi anda akan meraih ganjarannya kemudian hari.” 


BRAND’S® Suntory (Malaysia) Sdn Bhd bekerjasama dengan Watsons Malaysia, salah satu pendahulu dalam industri runcit kesihatan dan kecantikan Malaysia, dengan wawasan bersama iaitu menawarkan produk yang mampu meningkatkan kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan diri kepada rakyat Malaysia. Mewakili Watsons Malaysia, Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan BRAND’S® Suntory bagi menawarkan formulasi baru BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E kepada rakyat Malaysia. Kami mahu orang ramai tampak hebat dan berasa ceria setiap hari, dan melalui penawaran akses kepada produk terbaik yang memberikan manfaat kepada pengguna, kami boleh memainkan peranan dalam membantu setiap rakyat Malaysia ke arah kelihatan dan merasa hebat, secara dalaman dan luaran.” 

Pertandingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulaJadi berlangsung dari 1 Mac sehingga 23 April 2018. Ahli kad Watsons yang membeli pek 12 botol atau 24 botol BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E berpeluang memenangi hadiah utama iaitu peluang muncul dalam kempen BRAND’S® InnerShine® akan datang bersama Siti Saleha, selain menerima sebanyak 200,000 mata VIP Watsons. Mereka hanya perlu merakam gambar sendiri yang tampak cantik semulajadi dan muat naik ke Instagram dengan kapsyen gambar yang kreatif, dan pastikan meletak hashtag #InnerShineCantikSemulaJadi pada gambar. Semua kandungan yang dimuat naik perlu dibuka kepada umum supaya BRAND’S® Suntory Malaysia boleh menghubungi pemenang secara terus dan mengumumkan pemenang menerusi Instagram. 

BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E boleh dibeli pada harga runcit RM32 untuk satu pek enam botol dan RM58 untuk pek 12 botol di kesemua rangkaian Watsons seluruh negara, dan rangkaian farmasi dan pasar raya terpilih yang lain. 

Untuk maklumat lanjut mengenai BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E dan produk BRAND’S® yang lain di Malaysia, sila layari laman 

Facebook BRAND’S® InnerShine® di 

atau
Laman web BRAND’S® di 


So apa tunggu lagi, sesiapa yang belum cuba atau masih tercari-cari supplemen untuk kesihatan korang why not cuba BRAND’S® InnerShine® Prune Essence ni ek












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Koleksi QALEA By Rizalman, Sentuhan Eksotik Oasis Morocco

Hi Korang, 

Awal benar rasanya kak lily bercerita mengenai persiapan raya ek!! 

Tapi penting jugaklah, at least tak delah berbelanja banyak sebab kita dah siapkan seawal yang mungkin kann hehehe. 

So impikan dekorasi unik dengan kemewahan glam dan elegan? 


Raya ini, persembahkan keajaiban persis oasis Morocco idaman kembaramu dengan Qalea by Rizalman, koleksi luxe deko kediaman mewah yang mampu dimiliki semua. 

Cepat sungguh Avon keluarkan produk untuk dekor raya ek.. I like sesangat!!

Dihasilkan dengan kolaborasi kedua Avon bersama pereka dalaman dan fesyen terkenal Rizalman Ibrahim, Qalea mempersembahkan rangkaian mewah langsir, linen, set hidangan dan perhiasan rumah bertemakan Morocco yang pasti meningkatkan citarasa trend perhiasan don hidangan Malaysia tahun ini. 


Kata Rizalman, "Saya mencintai kemeriahan rona, budaya dan ekspresi hiasan Morocco, jadi mengimbangi eksotikanya dengan sentuhan moden menjadi cabaran yang mengujakan. Paduan flora geometri serta palet warna mewah adalah trend terbesar 2018. Qalea memberi penataan elegante de la maison yang tersendiri " Memetik inspirasi jubin klasik serta rona terang dari souk Marrakech, koleksi Qalea dirangkai dengan corak bungaan geometri serta warna biru cerulean, biru gelap dan merah delima yang unik. 


Koleksi Lengkap Kediaman 

Mengambil kira fungsi dan versatiliti, setiap rangkaian mengetengahkan konsep dwi-gunaan yang inovatif. Dari sarung bantal, alas meja don gebar dwi-permukaan hingga ke langsir siang-dan-malam, semua bakal menjadikan setiap ruang tampak segar sepanjang Raya. 

Serlahkan elegan dengan langsir, linen dan hiasan rumah yang direka untuk tampil mewah pada harga mampu milik. 


Bangkitkan selera dengan set hidangan porselin berekaan eksklusif, diinspirasikan jubin bohemian dari Morocco. Corak unik pinggan makan, piring hidang serta mangkuk mudah disuai-padankan. 


Lena dalam dakapan lembut set cadar dan gebar katil berona eksklusif. Setiap set bujang, kelamin dan raja didatangkan dalam corak unik berbeza agar kesemua bilik tampil tersendiri. 


Lengkapkan sentuhan dunia Moroccomu dengan konsep BARU -tagine kaserol hidangan, pouffe metalik, set minum kaca terbaja don teko serta dulang besi. 

So korang kalau nak dapatkan produk Koleksi Qalea by Rizalman jangan lupa dapatkan nanti di pasaran pada 16 April 2018. Boleh juga dapatkannya di mana-mana Butik Kecantikan Avon diseluruh negara atau hubungi wakil Avon yang terdekat.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-


Apa lagi, sempat ni kalau nak simpan duit kan hehehhee
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, March 6, 2018

Harold's Bread Kini Di MYDIN USJ, Subang Jaya. Rotinya Sedap-Sedap Wei

Hi Korang, 

Kalau pi beli barang dapur untuk mak kak lily kat kampung, kitaorag akan ke Mydin MiTC Melaka ni sebab semua ada, selalulah kak lily singgah beli kat kedai roti Harold’s Bread ni. Tak expect pun kedai yang sama sebab sekali imbas tengok signboard je. Memang roti-rotinya sedap-sedap belaka. 

Then tak sangkalah Harold’s Bread ni kini di buka di Mydin USJ Subang Jaya 

Best ni...


Pada 28 Febuari 2018 yang lepas, Harold’s Bread telah melancarkan satu lagi outlet mereka yang merupakan yang pertama di Lembah Klang dan yang ke-23 di Malaysia. Harold’s Bread kini sudah 5 tahun bertapak dan outlet pertama mereka telah dibuka di Mydin, RTC Gopeng pada 2013.


Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Ybhg. Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali, Ybhg. Datin Wira Dr. Hajjah Siti Hawa, Ybhg. Datuk Murad Ali, Ybhg. Tuan Ahimmat Mydin, bersama dengan Pengarah Urusan Harold’s Bread, En. Darren Lee dan Mr. Harold Gorbach. 

Sebanyak 12 outlet Harold's Bread telah dibuka di cawangan Mydin yang mana paling terkini adalah di Mydin USJ Subang Jaya, dan ianya dijangkakan 10 atau lebih outlet akan dibuka pada tahun ini. Pada bulan Mei tahun ini juga Harold's Bread akan dibuka di Kuantan Pahang. Ermm orang Pahang pun dapatlah merasai keenakan roti-roti di Harold’s Bread ni ek.


Apa yang membuatkan Harold’s Bread ni berbeza dari bakeri yang lain? 

Kalau korang nak tau, boleh dikatakan Harold's Bread ini cukup istimewa dan berbeza kalau nak dibandingkan dengan bakeri lain yang sedia ada. Ini kerana ianya adalah bermula dari kegigihan En. Harold (pengasas) seorang "baker master" dari Eropah yang mengelilingi hampir setiap pelusuk dunia untuk mencari ilmu serta berkongsi tentang bagaimana menghasilkan roti terbaik. Menurut En Harold ianya perlu dimulakan dengan pemilihan bahan berkualiti yang terbaik sehinggalah ke peringkat akhir menghasilkan roti yang menarik. Beliau juga menegaskan setiap hasil hidangan perlulah dihasilkan dengan penuh keikhlasan (sincere baking). 

Paling utama sekali setiap pastri, roti dan kek yang di hasilkan di Harold's Bakery adalah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang HALAL dan terbaik. Ianya juga dibakar (segar) setiap hari. Setiap chef di Harold's Bread juga telah dilatih dan diberi tunjuk ajar dari chef pastri terbaik (dari Jepun dan France) di Akademi Harold. 


Inilah hasil air tangan chef di Harold’s Bread ni. Penghasilan kek cantik ini adalah antara simbolik bersempena dengan pembukaan outlet Harold's Bread yang ke -23 di Lembah Klang. Kek ini telah dihasilkan oleh Chef Wing dan Chef Hwei Min dari Akademi Harold. Kedua-dua chef ini telah memenangi tempat kedua dalam acara Mondial Des Arts Sucres (International Confectionery Art Competition 2018 ) yang telah berlangsung di Paris baru-baru ini. 



Keunikkan bakeri dari negara Eropah ini ianya menawarkan pelbagai jenis hidangan pastri, roti dan kek antara yang cukup terkenal seperti "French Patisserie" serta roti sandwich, "Japanese Soft Bun" Swiss Roll dan banyak lagi. Bertambah sempurna apabila kita menikmatinya bersama 'Italian Gourmet Coffee' mahupun bersama produk kopi tempatan seperti "Malaysian White Coffee'. 

Barulah feeling-feeling omputih sket ! heheheh 

Antara roti dan pastri yang terdapat di Harold's Bread seperti:- 




Apmacam?
Tengok gambar dan menggiurkan apatah lagi kalau dapat merasai satu per satu kan 





So ini adalah yang dihidangkan semasa majlis perasmian tuh. Ermm haruslah rasa semua ek, makan jangan tak makan huahauhauahua 

Kalau nak tengok harga pulak, kak lily rasa tak de lah mahal mana pun, kira sama macam kita beli roti yang kedai bakeri yang lelain cuma pelbagai pilihan lagi lebih di Harold’s Bread lah. Kita boleh cuba Crème Brulee Cheese Tart, Portuguese Toast, Jungle Sausage, Dark Chocolate Cake, Chocolate Mousse Cake dan Harold’s signature coffee. Aduiyai kalau dengan kopi ni boleh pengsan di buatnya kalau kak lily tak dapat rasa sendiri kan.


Terdapat beberapa promosi yang diadakan setiap hari seperti Mix and Match – 3 pastri pada harga RM5, Value Meal 2.0 dengan Croissants yang segar, 30% diskaun selepas jam 9 malam, dan banyak lagi. 

Kalau dekat dengan rumah, harus setiap hari singgah ke Harold’s Bread ni ek


Mari LIKE dan FOLLOW Harold’s Bread di social media berikut :- 

Instagram

Facebook

Laman Web

Nanti kalau korang singgah Mydin beli barang dapur, jangan lupa singgah Harold's Bread sekali gak tau.





Monday, March 5, 2018

Kalau Plan Mesti Tak Jadi

Hi Korang, 

Of courselah hujung minggu masa untuk melepak-lepak. 

Tak kisah kemana pun janji melepak cuti-cuti mata, tak kiralah jauh ke depan rumah je asalkan melepak kan. Even pi pasar Kajang pun kira lepak-lepak gak sebab lepas pi beli barang basah mesti singgah minum kat A&W. Kira melepak la tuh kan. 

Hari sabtu 2 minggu lepas, kak lily malas nak masak. Sebab pagi tuh sibuk membuang baju lama nak kosongkan almari. Tengok-tengok dah pukul 2.30petang dah wei tapi perut tak lapar sebab pagi dah breakfast heavy so chill-chill jelah. 

Pusing-pusing satu Bangi ni ternampak plak bangunan EVO 9 sebelah PKNS ni, apa lagi jom singgah lah. 

Alah hai baru ground floor area je kedai-kedai dibuka. 

Ada daiso, AEON Wellness, Petsmore, Manhattan Fish Market, Big Apple donut je yang ada. Parkson pun buka bulan April nanti. 

So kak lily cuci mata di AEON Wellness, Mr Big masuk Daiso, apa yang nak di carinya pun tak tau. 

Baru nak tengok mask dah tepon berbunyi. 


Rupanya kawan kak lily si cekgu Mariana tuh ada kat KL and on the way nak balik JB so tanyalah akak lily kat mana, saje nak ajak lepak. Terus share location, tak sampai 20 minit dah terpacak depan kedai ni 

Waktu diorang sampai tuh dalam pukul 4pm cam tuh so kat luar still panas terik lagi, kitaorang makan-makan kat area AEON MaxValue ni jelah. Banyak betul kiosk-kiosk makanan ek, bukan local food malah international pun hado gak. Memang tak mati kebuluranlah orang Bangi sebab banyak benau kedai makan. 

murah je pizza dia RM19.90 saiz ni

dengan cendol, takoyaki lagi.. makan jelah

Seronoklah sekali sekala cam ni. 

marissa si pengawas, sekejapan je dah beso kan..


Sebab tuh malas nak plan, kalau plan kang asyik tak jadi je kan hehehhee. 

Betul tak???

Mesti betul punyalah ek... 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com