Saturday, February 10, 2018

Ride Sampai Ke Cafe KOFFEEKABIN Senawang

Hi Korang,


Bila tak de apa nak buat, kitaorang suka jalan-jalan cari makan ni (JJCM) wah gituh macam host TV plak ek. So ahad lepas sambil nak pi ambil barang motor Mr Big kat rumah kawan dia, kami sampailah ke Senawang ni. Sampai je rumah dia, eh dia boleh tak de plak keluar ada hal sket. 

Nak tak nak kami pi pi cari kedai makan di sekitar Senawang, sementara tunggu dia balik.

sweet tak? sweet tak? huahauhua

Memula tuh pusing-pusing je tapi cam tak jumpa plak, so akak lily google dulu kat internet cari tempat makan best Senawang so terjumpa plak KOFFEEKABIN ni.

Of course first impression kak lily ala ni mesti kedai ala-ala kopitiam ni, yelah sebab nama pun KOFFEEKABIN kan. Then Mr Big cakap oklah lepak-lepak hilangkan penat ride, pekena teh Tarik secawan dua kan sementara nak tunggu kawan dia sampai.


Bila tengok menu terus rasa terkejut sebab menunya kemain banyak lagi wei dan tidak terhad kepada kopi dan roti bakar je tau. Wah terus mood lapar dan pelahap tuh datang. Selak-selak menu ada nasi berlauk, dessert tempatan, air warna warni, western food, makanan hi-tea dan memacam lagi lah. 

Lepas order je terus tanye Wifi ade tak? 


Waiter tuh cakap of courselah ada abang. Terus dia bagi password hehehehe. Sambil buat IG story dan upload gambar kat IG makanan pun sampai.

Korang rasa apa yang kak lily order?

Nasi Goreng Gomoncheh RM6.90

Nasi Goreng Linggi RM8.80

Ermm nampak sama tapi rasanya berbeza ye. Yang Gomoncheh yang Mr Big makan tuh tak berapa pedas sangat yang kak lily punya ya ampun pedas bak hang bagi kak lily. Biasalah kurang makan pedas sekarang ni so melecurlah lidah tuh sket tapi Mr Big cakap kak lily poyo pedas sket pun tak boleh hahahaha

Beef Wrap RM8.60

Nampak simple tak menyelerakan tekak akak lily ni, ketulan daging yang banyak dan sosnya melimpah ruah. 

Minuman plak,

The Joy Jelai RM6.50

The Red Rembau RM6.50

Unik dan tak berapa manis, ada laici tuh yang best. Kemain suka lagi ek rasa macam nak tambah 2-3 gelas wei.

Bila tengok nama menu semua nama-nama daerah di Negeri Sembilan ek, memang kedai makan orang nismilan sungguh lah.



Ok mari makan dengan bersungguh-sungguh

Eh, macam tak cukup makan memasing ek, lagipun kawan Mr Big tuh tak sampai lagi so kami order lagi menu hi-tea plak

Hazelnut Latte RM6.80

Pengat Pisang RM3.50

Ya ampun, buruk betul tabiat makan blogger kaki makan ni ek. Makan-makan dan makan lagi, memang sedap pekena yang manis-manis di waktu petang kan cam lepak kat rumah plak rasanya hauhauhauhau.

In terms of harga, korang rasa cam ne ? haruslah berbaloi-baloikan. Tak mahal dan tak lah murah pun berpatutanlah dengan kuantiti dan harga kan

Seriously kalau lagi lama kitaorang duduk kat Cafe KOFFEEKABIN ni makin banyak yang diordernya kan hahahha, nampak nau kuat makannya

Ermm nak singgah ke sini, bawah ni alamatnya:-

KoffeeKabin
435, Jalan Pusat Bandar Senawang 18
70450 Senawang
Negeri Sembilan

Telefon
06-675 7473

Open Hour
10.30 am - 10.30 pm




Ni check it out social media KOFFEEKABIN untuk tengok gambar-gambar hipster yang cun melecun tuh ek:

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

So weekend ni boleh lah pi lagi ek...
















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Friday, February 9, 2018

Kempen Harga Runtuh Di GUARDIAN Setiap Jumaat Hingga Ahad

Hi Korang,

Guardian ni memang betullah mengugat hati dan purse kak lily ek. 

Nak tau kenape? 

Meh baca ni hehehehhe


Guardian Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa ia akan menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini, satu langkah berani untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus. 

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen, berkata: “Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan. 

“Pelanggan di seluruh negara, tidak kira dimana mereka berada, dan termasuk mereka yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad,” tambah beliau. 


Bercakap di majlis pelancaran kempen tersebut di Guardian Sunway Pyramid, Soren menjelaskan: “Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.”

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.” 

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini. 

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian, memandangkan persekitaran perniagaan semasa. Dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau. 

CEO Guardian Malaysia bersama KOLs bagi Kempen Harga Runtuh ni

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April. 


Soren menekankan bahawa Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%.  

Beliau menambah bahawa kempen-kempen ini membolehkan Guardian menentukan semula fokusnya terhadap DNA jenama itu, yang mana, sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggan. Ia juga selari dengan strategi Syarikat untuk menawan hati pelanggan, setiap kali mereka berkunjung ke stor Guardian!

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my
















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Thursday, February 8, 2018

Best Rupanya Makan Di SUSHI TEI Ni Ek, Ada Poke Bowl

Hi Korang, 


Ini first time kak lily makan kat sini ek


Sebab apa? Kat area rumah tak dela restoran Sushih Tei ni, so memang tak pernahlah. Bila kengkawan ajak pi makan kat sini so haruslah jangan dilepaskan hehehe 

Ada menu Poke Bowl ek di Sushi Tei ni, ermm garu-garu kepala sket. Apa dia menu ni,


Rupanya Poke Bowl Sushi Tei adalah hidangan menyihatkan yang mengandungi ikan mentah segar, sayur-sayuran serta bijian dan kekacang, bersama nasi daripada beras perang Akita premium dari Jepun. 

Wah bagus untuk orang-orang nak kurangkan berat badan ek. Ada pelbagai jenis Poke Bowl iaitu:-


Maguro Poke Bowl (RM23.80) mengandungi ketulan tuna segar yang dilengkapi dengan bijian chia dan tembikai yang berkhasiat, badam tanpa gluten dan berkhasiat, jejari ketam, sayuran campur dan nasi beras perang Akita.


Salmon Poke Bowl (RM21.80) mengandungi salmon yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang dihiris tebal dan dihidang bersama bijian chia dan tembikai, badam, kacang hitam yang berkhasiat dan sayuran campur di atas nasi beras perang Akita.


Udang harimau segar pula menjadi tumpuan bagi Ebi Poke Bowl (RM27.80) dan ianya juga dihidangkan bersama bijian chia dan bunga matahari yang kaya dengan vitamin E, badam, hirisan telur dadar dan sayuran campur dengan nasi beras perang Akita.

Sushi Tei membawakan kelainan pada hidangan ikan mentah asli Hawaii dengan Chicken Teri Poke Bowl (RM18.80) Sesuai buat penggemar daging, ianya dihidangkan bersama ayam panggang dengan nasi beras perang Akita, lengkap dengan bijian chia dan bunga matahari, badam serta sayuran campur. 

Sushi Tei menawarkan tiga pilihan sos untuk mengiringi hidangan poke bowl iaitu Japanese styled wafuu onion sauce, wasabina sauce dan apple sauce. Setiap satunya direka untuk melengkapi kesegaran bahan-bahannya serta memberikan kelainan yang menyelerakan kepada setiap mangkuk.

wajib ada ni kalau pi makan kat kedai jepun tau

Keempat-empat poke bowl tersebut menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat serta memberikan tenaga sepanjang hari menerusi sajian yang kurang daripada 500 kcal untuk setiap hidangan.


Satu lagi tambahan yang menyihatkan pada menu Sushi Tei ialah sajian vegetariannya, oleh itu korang boleh menikmati sushi maki yang disediakan segar seperti Avocado Yasai Roll (RM13.80) dan lnari Yasai Roll (RM13.80), diperbuat daripada kulit tauhu. 

Bagi mereka yang mahukan sajian yang lebih mengenyangkan, mereka boleh memilih sajian utama seperti hidangan mi Namako Yasai (RM21.80) yang disediakan dengan sup berasaskan kitano miso dan pilihan udon, soba atau ramen serta dilengkapi dengan timun laut vegetarian, cendawan butang, labu dan ubi keledek Jepun.


Sajian utama lain dalam menu vegetarian baharu ini termasuklah nasi goreng cendawan Kinoko Chahan (RM16.80) dan Nasu To Zulgini Pasta (RM17.80) yang mana pasta digoreng dan disajikan bersama terung, zukini dan telur separuh masak.

Hidangan vegetarian Sushi Tei turut menyajikan hidangan sampingan yang enak seperti Homemade Potato Gyoza (RM9.80); Satsuma Imo To Kabocha Salad (RM7.80) yang diperbuat daripada ubi keledek Jepun bersama labu, yang kaya dengan antioksidan dan serat; Okura Natto To Yamaimo Senggiri (RM6.80) iaitu hidangan keladi Jepun dengan hirisan bendi, rumpai laut, kacang soya dicampur dengan telur burung puyuh separuh masak.


Pilihan lain yang boleh dinikmati termasuklah akar bunga teratai goreng Renkon Agedashi (RM6.80) yang rangup atau kroket ubi keledek, edamame dan labu (RM8.80-RM9.80).

"Sushi Tei berpegang kepada kepercayaan untuk menyediakan hidangan yang segar dan menyihatkan untuk pelanggan kami, satu komitmen yang digambarkan menerusi menu baharu kami, sama ada menerusi poke bowl rendah kalori yang kaya dengan kebaikan atau pilihan vegetarian. Bahan-bahan segar amat panting dalam sajian Jepun dan kami tidak bertolak ansur dari segi keselamatan makanan," kata Cameron Cheah, Pengarah Urusan ST-Taikem, syarikat di sebalik jenama Sushi Tei di Malaysia.


"Sejak pengenalannya di Malaysia pada tahun 2009, Sushi Tei telah menjadi pilihan popular rakyat Malaysia yang mahu menikmati sajian Jepun yang segar dan lazat pada harga berpatutan. Restoran ini menggabungkan konsep sushi yang disediakan pada tali penggerak dan pilihan ala carte, serta bilik hidangan peribadi untuk pelanggan menikmati yang terbaik," tambah Cheah.

Sajian poke bowl dan vegetarian baharu Sushi Tei ini kini boleh didapati di semua restoran Sushi Tei di Lembah Klang, Pulau Pinang dan lpoh.


Meh check it out lain-lain promosi di

Facebook : Sushi Tei Malaysia


Website : www.sushitei.com/


Marilah cuba dulu ek, then baru tau sedap ke idokk!!















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Wednesday, February 7, 2018

Langkawi 2018 | Family Trip Tak Plan Pun

Hi Korang,


Awal-awal tahun ni sepatutnya orang sibuk berlumba-lumba kerja untuk tingkatkan prestasi, yelah azam tahun baru kan tapi kitaorang pi bantai bercuti-cuti Malaysia hahahahaha

Urusan beli tiket kapal terbang under Tamok, adik ipar kak lily. Kitaorang tak tau apa pun, cukup masa berjalan. Nasib baik tak de anak sedara yang bersekolah lagi so senanglah sket kalau tak ponteng sekolah lah jawabnya. Harga tiket pergi balik sorang jatuh RM180 je cam tuh, murah kan kan kan!

tengah tunggu beg keluar hah

Beg kemain besar tapi kosong je sebenarnya sebab intend nak beli barang banyak tuh hehehe

DAY 1


ini baru sket, yang lelain lain flight lain time

Meeting point kat KLIA sebab kitaorang naik MAS, senang terlebih kilo balik nanti tak de jadi masalah, semua campak je dalam cargo kan.

Sampai Langkawi Airport kul 4.00pm cam tuh, uruskan hal kereta then terus ke hotel. 

dalam flight

kami je orang local dalam flight ni, lelain semua foreigner

Sewa dekat kengkawan kami jelah, dapat harga kengkawan. Kalau korang nak contact no nanti kak lily bagi ek. Kami menginap di The Baron Resort dekat pekan Kuah. Sebelum tuh singgah lunch kat area depan hotel tuh, kemain sedap lauk pauknya dan murah. Makan untuk 15 orang baru RM80 je, padahal ambil lauk kemain banyak lagi, hati lembu, lauk perut, ulam-ulaman, ikan bakar dan air lagi seriously murah lah. 

Check in di The Baron Resort, Kuah.


Kemain besar lagi resort ni ek, ada bilik untuk family dan bilik standard. Bilik standard bangunannya seberang jalan dan bilik family di bangunan yang sama dengan reception area. Disebabkan kitaorang booking mix room, so terpisah-pisah bagai, jadi bebudak ambil keputusan untuk upgrade semua ke bilik ke family room so dapat satu bangunan dan satu level yang sama. Sempat gaduh-gaduh dulu dengan reception hotel sebab nak dapatkan satu level kan. Risau nau dengan guest RISDAnya, kami yang bayar cash ni dia macam nak tak nak layan je request. Bila cakap nak buat komplen kat Booking.Com baru terhegeh-hegeh kata ok. Tambah lagi duit di situ, semalam upgrade RM50, 3 malam dan 2 bilik jadiknya RM300 lah tambah so total bilik RM2000 lebih kot.

nampak cam kecik tapi luas tuh

siap sofa bagai




Bilik memang besar dan luas untuk kami berdua, yelah katil king sorang satu. Haruslah jomblo happy guling sana sini lah. Amenitis yang basic tu ada lah, bilik air luas gak, cukup selesa lah tapi jauh nak berjalan dari lift ke bilik.



Tak de aktiviti apa pun on first day tuh sebab sampai dah petang so malamnya kitaorang pi makan dekat Wan Thai Restaurant. Tak ambil gambar makanan pun sebab ini bukan food review hahahaha. As usual sedap dan murah dan segar seafoodnya. Disebabkan hujan time tuh ermm semua orang lapar dan licin semuanya hehehhe

On the way balik hotel, sempat singgah ke Kompleks Hj Ismail.

murah bebenau, seronok makan-makan sepahkan bilik

Apa lagi shoppinglah, kengkonon nak survey tapi dah di borongnya plak. Tapi kak lily beli coklat je sebab nak buat bekal pi outing untuk hari esoknya dan buat kudap-kudapan dalam bilik sambal tengok tv hehehe

Habislah sudah hari pertama, tak de tak penat mana pun. Penat melayan anak-anak sedara je ni lah kan. Ok nanti ada masa sambung lagi ek













Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Monday, February 5, 2018

ATAP.CO | Servis Pereka Dalaman Profesional Ada Di Sini

Hi Korang,


Bagi mereka yang sama usia dengan kak lily nak tanya sket ni, duduk rumah sendiri ke rumah sewa? Ermm mintak-mintaklah duduk rumah sendiri tapi kalau rezeki belum sampai lagi, rumah sewa pun ok janji ada tempat berteduh. Untuk mereka yang kak lily gelar adik-adik ni mesti dah tanam impian untuk beli rumah bila kewangan dah stabil kan, eh rumah tuh keperluan dah sekarang ni. Tak kisahlah besar ke kecil ke sesebuah rumah tuh janji harta kita sendiri even kalau jadi apa-apa pun kita still ada rumah.

Bila dah ada rumah, tak kan nak biarkan togel camtuh je?

Letak meja makan, sofa, katil, dapur ermm itu je ke!! Then tak yah nak hias-hias ke? Kita yang level mak-mak ni mestilah ada citarasa sendiri dalam menghias rumah. Sebab tuhlah kalau korang perasan kenapa IKEA selalu penuh during weekend, sebab mak-mak ni sibuk nak pi tiru or cilok idea kat kedai perabut Sweeden tuh kan tapi hasilnya nan hado hehehehhe ye kak lily pun buat cam tuh gak. Tengok cam nak rak tapi hasilnya ermm nan hado

Seriously kalau korang tak de skill untuk menghias rumah memang kelaut lah jadinya, dengan nak fikir budget sekali kan dengan sibuk bekerja, jaga rumahtangga lagi sudahnyer terbiar cam tuh jelah cita-cita korang tuh.

Jawapan yang mudah adalah dengan mencari pereka dalaman profesional alah interior designer service tuh. Tapi korang bimbang mahal plak kan, yelah costing menjadi penanda arus dalam mengupah pereka dalaman ni. Takut lepas jumpa kena paksa ambil pakej diorang kan kan kan… ishkkk



Tetapi sekarang, semua ini boleh diselesaikan hanya di hujung jari sahaja. Hujung jari je tau hauhauhaua korang hanya perlu layari laman web Atap.co

Atap.co is
Malaysia’s largest, trusted marketplace for interior designers (IDs) and property owners.
A safe space for property owners to search, find, and hire interior design firms which have been verified for authenticity and legitimacy.
A platform that provides useful tools for IDs and property owners to realise beautiful spaces.

Nampak tak??
Platform yang menawarkan perkhidmatan rekabentuk dalaman yang menghubungkan pereka dalaman tempatan dan tuan rumah yang sedang tercari-cari ilham untuk menghias rumah mengikut citarasa yang tersendiri.

Cam ne  nak guna servis Atap.Co ni ek, meh sini kak lily tunjukkan bagaimana Atap.co berfungsi untuk membantu pemilik hartanah mencari pereka dalaman.



Tuan rumah atau pemilik hartanah boleh melayari portfolio pereka dalaman dan minta sebutharga dari pereka dalaman yang dipilih ataupun hantar permintaan umum kepada Atap.co. Perkhidmatan ini adalah percuma, kan best FREE service tuh.

Boleh buat secara langsung or LIVE kita boleh saksikan para pereka dalaman yang dipilih untuk membuat portfolio syarikat dan menerima sebutharga. Jadi segala urusan kedua-dua belah pihak antara tuan rumah dan perekabentuk dalaman menjadi mudah, dan cepat dengan paparan laman web Atap.co yang mesra pengguna, bantuan LIVE helpdesk pun ada gak

Terus kak lily rasa excited bila check it out website Atap.Co ni, very informative. Bolehlah kita budget siap-siap berapa perkhidmatan yang mengikut kemampuan kita. Kan kak lily cakap budget itu penting ye, ikut yang termampu.

Paparan Projek Pereka Dalaman

Paparan Portfolio Pereka Dalaman

Paparan Profail Pereka Dalaman
  
Paparan artikel dan tips rekabentuk dalaman rumah

Tak berapa faham cam ne nak gunakan website Atap.Co? meh sini kak lily ringkaskan untuk kesenangan korang nak faham


⇰ Find Pros 
Carian pereka dalaman di lokasi korang, lagi dekat lagi bagus kan. So senang diorang   nak agak umah korang cam ne
 
⇰ Browse Projects
Boleh cari  projek pereka dalaman berdasarkan jenis hartanah korang, wei bagus ni            untuk rujuan
 
⇰ Browse Ideas
Boleh tengok gambar-gambar projek pereka dalaman berdasarkan ruang bilik, stail dan gaya, warna di lokasi korang. Idea idea idea lagi
 
⇰ Expert Tips
Boleh di jadikan rujukan dengan membaca artikel dan tips rekabentuk dalaman rumah

  

Jangan fikir-fikir apa sangat dulu lah, meh cepat dapatkan sebutharga secara percuma dari pereka dalaman di Atap.Co ni. Hanya perlu isi maklumat hartanah serta renovation service yang diperlukan, seterusnya Atap.co akan menghubungkan kita dengan pereka dalaman yang sesuai.

Untuk info lanjut, meh hubungi mereka ini secara LIVE CHAT di

Atap.co’s homepage:

Facebook: 

Instagram: 


Alah senang, simple dan mudah kan!!

Bagus website Atap.Co no, jadi rujukan bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan hiasan dalaman rumah dengan pereka dalaman profesional.












Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Friday, February 2, 2018

Ayam Brand Perkenalkan Resepi Ikan Lebih Sihat Untuk Musim Perayaan

Hi Korang,

Resipi ikan dari produk Ayam  Brand, wow ni mesti kena cuba ni

Sambutan Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi dan apabila kawan-kawan dan ahli keluarga berkumpul, pesta makan pasti tidak berkesudahan. Bagaimanapun, resepi tradisional musim perayaan biasanya mengandungi kadar lemak yang tinggi dan rendah serat yang baik.Ayam Brand berbangga untuk memperkenalkan sembilan resepi untuk musim perayaan yang lebih sihat. Resepi ini mengandungi kebaikan Omega 3 dan kalsium daripada ikan tuna dan sardin, rantaian sederhana trigliserida (MCT) daripada santan kelapa, serta serat dan vitamin daripada nenas dan jagung manis.


Resepi-resepi ini merupakan satu simbolik kerana kebanyakannya diperbuat daripada ikan (魚;yú) yang kedengaran seperti ‘kemewahan’ dalam bahasa Cina. Nenas (凤梨; fènglí) kedengaran seperti ‘kemakmuran telah tiba’, kelapa (椰子; yēzhī) pula berkongsi sebutan yang sama dengan ‘datuk’ dan ‘anak lelaki’ yang melambangkan keluarga yang bersatu, manakala jagung manis bermaksud ‘pertumbuhan’.Sebagai jenama yang mempunyai warisan selama 126 tahun, Ayam Brand cukup memahami aspek budaya dan masakan. Pada masa yang sama mempromosikan hidangan alternatif lebih sihat yang menggunakan makanan dalam tin keluarannya yang berkualiti tinggi, sihat dan mudah, tanpa sebarang bahan awet serta MSG tambahan.

Hidangan-hidangan ini memberi penekanan terhadap alternatif yang lebih sihat dan pantas serta mudah untuk disediakan.


Hidangan Tahun Baru Cina Dengan Ayam Brand


Yee Sang tuna merupakan satu cara ideal untuk merapatkan hubungan di antara ahli keluarga sewaktu jamuan makan malam. Ia sememangnya berkhasiat dan sedap apabila disediakan dengan Ayam Brand Tuna Chunks in Organic Olive Oil dan Ayam Brand Mushrooms yang dihiris nipis.


Kemewahan hidangan itu ditambah dengan pembuka selera Sardin Gulung Goreng atau Kukus yang menggunakan Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce. Mudah disediakan dan cantik ketika dihidangkan, hidangan pembuka selera ini kaya dengan kalsium dan DHA, serta rasa yang mengimbau kembali kenangan lama.

Padankannya dengan Dumpling Cendawan yang diperbuat daripada Ayam Brand Mushrooms dan Ayam Brand Tuna in Organic Broth untuk kelihatan seperti hidangan mewah di rumah. Akhiri makan besar dengan pencuci mulut kacang tradisional Cina atau thong sui yang hadir dalam bentuk Mixed Bean Coconut Ice Lollies menggunakan Ayam Brand Coconut Milk.


Kuih Tart Nenas ialah hidangan yang wajib ada ketika acara Makan Besar Tahun Baru Cina. Ayam Brand Pineapple Chunks memastikan kemewahan itu hadir tanpa perlu bersusah payah mengupas dan memotong nenas. Pada masa yang sama dapat mengekalkan rasa manis yang sederhana untuk kesihatan lebih baik.


Mulakan hari pertama Tahun Baru Cina dengan Smoothie Kelapa Mangga untuk membantu mencernakan hidangan berat yang diambil ketika makan besar serta mengekalkan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Untuk hidangan sarapan dan makan tengah hari yang ringan, ambil sahaja Bubur Tuna yang mudah dan sedap, diperbuat daripada Ayam Brand Tuna Flakes Omega 3. Untuk makan tengah hari yang ringan dan sihat, cubalah Nasi Goreng Sayur menggunakan Kacang Pis, Jagung Manis dan Cendawan dalam tin Ayam Brand yang telah diproses.

Menikmati hidangan semasa musim perayaan boleh jadi lebih sihat dan kreatif apabila anda menerokai idea-idea baru. Kebanyakan resepi ini boleh disediakan lebih awal membuatkannya sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk. Semua produk Ayam Brand™ disahkan Halal oleh JAKIM.

Peraduan Beli dan Rakan Tahun Baru Cina



Ayam Brand menambahkan kemewahan sambutan Tahun Baru Cina kali ini dengan Peraduan Beli dan Raikan. Bermula 15 Januari hingga 28 Februari 2018, rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM17,776 dan pelbagai kelengkapan dapur yang menarik dengan pembelian RM20 atau lebih produk-produk Ayam Brand dalam satu resit dan jawab SATU soalan mudah.

Layari

Website Ayam Brand http://www.ayambrand.com.my/cny2018















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com