Dedulu ada internet yang Dial up 1515 tuh pun dah rasa syukur dah, now not anymore ye. Kecanggihan teknologi masa kini kita pun patut berubah, sekarang ni ramai yang pentingkan perkhidmatan yang pantas dan tidak membebankan so kita memang senantiasa tercari-cari perkhidmatan sebegini.
Dengan ini UNIFI, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memperkenalkan wajah baharunya, lantas membuka era baharu dalam sambungan, ke arah mempercepatkan Konvergens dan Pemerkasaan Digital. Majlis pelancaran tersebut memperkenalkan wajah unifi yang terbaharu serta penawarannya untuk kediaman, wifi, mudah alih dan TV. lni adalah lanjutan daripada pengumuman penjenamaan semula unifi mobile (sebelum ini dikenali sebagai webe) pada November 2017, dan perkhidmatan TV dan penstriman video yang pernah memenangi anugerah, HyppTV kepada unifi TV pada 12 Januari 2018.
Ye sempat kak lily ke majlis pelancaran ni baru-baru ni di TM Convention Centre, kemain seronok lagi tau sebab macam-macam yang ada tau.
Pelancaran penampilan dan tawaran terbaharu unifi telah disempurnakan oleh Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan I Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif I Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM; bersama-sama lmri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif, unifi; Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, unifi TV; Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif, unifi mobile serta barisan pengurusan kanan TM.
Mengulas mengenai pelancaran tersebut, lmri dengan penuh bersemangat berkata, "unifi membuka lembaran tahun 2018 dengan penampilan baharu serta lengkapnya pendekatan jenama tunggal merangkumi penawaran mudah alih dan TV, sebagai tambahan kepada kediaman dan wifi. Dengan perubahan strategik ini, kami kini merupakan satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan sambungan Internet menyeluruh sebenar di mana-mana sahaja; di kediaman, WiFi awam, perkhidmatan mudah alih serta pelbagai kandungan bertaraf dunia, semuanya di bawah satu bumbung. unifi menyempurnakan pengalaman konvergens untuk membolehkan aspirasi digital pelanggan kami. Dengan terlaksananya perubahan ini, ia terus mengukuhkan peranan kami sebagai pemacu utama dalam merealisasikan aspirasi Ekonomi Digital negara serta mempercepat penerimaan gaya hidup digital dan Internet of Things (loT)."
"lni hanyalah permulaan kepada pelbagai inisiatif lain yang telah kami susun - dengan wajah baharu bagi kediaman unifi iaitu "Perfect Squad" atau "Skuad Sempurna", pembebasan perkhidmatan mudah alih pertama bagi unifi mobile dengan #BEBAS dan program gameshow lnteraktif SECARA LANGSUNG "Teka Tekan", yang menjanjikan hadiah wang tunai harian bernilai RM20,000 kepada para penonton. Sambil kami terus melangkah ke tahun ini, kami akan terus berusaha untuk memperkayakan lagi momen-momen pelanggan kami. Pelbagai inisiatif menarik telah dirancang untuk tahun ini. Jadi, para pelanggan kami boleh menantikan lebih banyak pengalaman dalam kesempurnaan yang satu, hanya dengan unifi," tambah beliau.
UNIFI HOME
Hari ini, unifi memperkenalkan 'The unifi Perfect Squad" atau lebih dikenali sebagai 'Skuad Sempurna unifi' #pasangsekarang (#installnow). lni merupakan lanjutan daripada kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan jangkauan kami ke kawasan-kawasan yang masih mempunyai banyak port unifi sedia ada di seluruh negara. 'Skuad Sempurna unifi' diaktifkan bagi mendekati isi rumah yang berada dalam radius optimum port sedia ada untuk membolehkan mereka menikmati pelbagai pakej istimewa seperti unifi Advance dari hanya RM139 sebulan. Skuad ini akan datang ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan membuat temu janji bagi anggota pemasangan datang ke kediaman mereka dan melengkapkan proses bagi mengaktifkan perkhidmatan tersebut. Pakej ini turut hadir dengan beberapa pilihan pek unifi TV, peranti dan pelan panggilan. Untuk maklumat lanjut mengenai unifi, layari
www.unifi.com.my atau kunjungi laman social unifi di
www.facebook.com/weareunifi (dahu/unya Everyone Connects),
www.twitter.com/unifi (dahulunya
@TMCorp) dan
www.twitter.com/HelpMeunifi (dahulunya
@TMConnects), serta unifi.com.my/youtube.
UNIFI MOBILE
unifi mobile (dahulunya dikenali sebagai webe) telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan semenjak pelancaran pelan kuota tanpa had pada tahun 2016. Perkhidmatan digital sepenuhnya ini akan mencipta satu lagi catatan bagi industri telekomunikasi negara dengan pengenalan unifi mobile #BEBAS - produk pertama yang memenuhi kebebasan kehendak pelanggan dan apa yang mereka mahukan daripada sesuatu produk mudah alih. la bukanlah produk prabayar atau pasca bayar, sebaliknya ia adalah hibrid yang memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk memilih mengikut kemahuan dan keperluan penggunaan data mereka tanpa sebarang kontrak dan komitmen. unifi mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbi/abila
#kredittakmati; segalanya ada pada aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan iaitu
mobile@unifi. Memecahkan norma mudah alih konvensional dan sepenuhnya pada digital, unifi mobile #BEBAS membolehkan pengguna menikmati sambungan tanpa gangguan pada bila-bila masa.
Bersempena dengan pelancaran unifi mobile #BEBAS, unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia! Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih
@unifi yang terdapat di AppStore atau PlayStore, dan membuat pesanan. Setelah mendaftar, pelanggan boleh mendapatkan kad SIM mereka di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara atau memilih untuk dihantar ke rumah masing-masing dengan bayaran hanya RM10.60 (termasuk GST). Untuk maklumat lanjut mengenai unifi mobile #BEBAS, layari
www.unifi.com.my/mobile atau laman social unifi mobile di
www.facebook.com/unifiMobile.
UNIFI TV dan UNIFI Play TV
Berpegang teguh dengan janjinya untuk membawakan penawaran yang lebih interaktif dan inovatif, unifi TV (dahulunya dikenali sebagai HyppTV)_telah melancarkan permainan interaktif secara LANGSUNG yang pertama di Malaysia, iaitu Teka Tekan, yang membolehkan penonton berinteraksi dengan permainan ini dengan penuh keselesaan ketika mereka berada di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.
Program ini telah mula ditayangkan pada 15 Januari 2018, di HyppSensasi (Saluran 116). Program Teka Tekan ini terbuka kepada semua pelanggan unifi TV. Penonton hanya perlu untuk mendapatkan alat kawalan jauh unifi TV dan menjawab lima (5) soalan semasa berlangsungnya program ini dengan menekan butang #, dan butang berwarna yang sepadan pada alat kawalan jauh unifi TV mereka untuk memberikan jawapan mereka. Program ini menjadi lebih menarik apabila dihoskan oleh empat (4) orang selebriti tanah air iaitu Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuan. Program Teka Tekan ini turut dibawakan kepada anda oleh Huawei, sebagai penaja program interaktif SECARA LANGSUNG yang pertama ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Teka Tekan, layari
www.tekatekan.unifi.com.my.
bersama Hos Teka Tekan, kemain kelakar diaorang ni lah
Bersempena dengan siaran program Teka Tekan buat pertama kali, HyppSensasi HD turut menawarkan tontonan secara PERCUMA bagi membolehkan para penonton mengambil bahagian dalam program yang menarik ini, dan turut berpeluang untuk menikmati program-program hiburan tempatan yang tersedia secara eksklusif di saluran tersebut.
Selain penjenamaan semula unifi TV, aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere juga kini dikenali sebagai unifi PlayTV. Dengan ini, pelanggan boleh terus menikmati hiburan bertaraf antarabangsa dan program yang pernah memenangi anugerah menerusi pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD sepenuhnya sama ada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran lnteraktif sambil menikmati perkhidmatan ini tanpa gangguan cuaca. Untuk maklumat lanjut mengenai unifi TV, layari
www.unifi.eom.my/tv dan lawati laman media sosial unifi TV di
www.facebook.com/unifiTV (Facebook).
TM akan terus menawarkan kepada para pelanggannya penawaran-penawaran konvergens yang relevan menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar - membawakan pengalaman digital menyeluruh dan penyelesaian perniagaan bersepadu bagi memenuhi keperluan komunikasi perniagaan dan gaya hidup - ke arah menjadikan "Hidup Lebih Mudah".
So cam ne sekarang, akak lily nak bertukar kepada UNIFI ke tak ek ermmmm