Wednesday, January 3, 2018

KFC CHIZZA ‘Pitch Perfect 3 Screening’ Party

Hi Korang,


Hari tuh memang teringin bebenau nak rasa Chizza dari KFC ni kan. As usual terpengaruh iklan kat tv ni lah. Dari sehari ke seharian nak pi makan but tak de je masa.


Tup-tup KFC ajak pi makan Chizza plak sambil tengok movie ‘Pitch Perfect 3’ hari tuh, so apa lagi janganlah lepaskan peluang kan hehehhe


Digelar sebagai "Piza Sedap Hingga Menjilat Jari", KFC Chizza merupakan sebuah kombinasi sempurna di antara apa yang digemari ramai dengan menghidangkan filet ayam Hot & Spicy bersama isi piza. Ramuan seperti ketulan nanas, bawang, herba serta keju mozarela ditabur di atas sos piza tomato yang diratakan di atas kerak piza paling sempurna, iaitu filet ayam KFC Hot & Spicy. Sebuah ciptaan 'piza' unik menjanjikan tiada lagi sisa kerak piza akan ditinggalkan.

"Kami sentiasa berusaha untuk membawakan sesuatu yang menarik dan menjadi kegilaan para pelanggan. KFC Chizza masih mengekalkan ciri utama hidangan kami iaitu ayam goreng tetapi disuntik dengan sedikit kelainan menjadikan ianya suatu produk yang harus dicuba oleh semua penggemar KFC dan piza diluar sana," kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia.

"Piza sedap hingga menjilat jari ini pasti menawan citarasa. lanya merupakan gabungan apa yang terbaik dari dua hidangan popular. Jika menyebut tentang piza, kita semua gemarkan isinya. Sebagai pelengkap, kami tampilkan filet ayam Hot & Spicy kegemaran ramai sebagai kerak piza istimewa dan anda semua harus mencubanya" tambah beliau.


KFC Chizza boleh didapati secara a la carte bermula hanya dari RM 7.90. la juga boleh didapati di dalam kombo yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat. Korang juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat.


Disebabkan dapat tengok filem ‘Pitch Perfect 3’ sekali, haruslah makan dalam panggung kan. So tak yang sembunyi-sembunyi lagi wei, makan makan dan makan je. Puas dapat makan Chizza ni sampai 3 keping sekali kak lily bedal ek 

Sedikit sinopsis filem 'Pitch Perfect 3'


After the highs of winning the world championships, the Bellas find themselves split apart and discovering there aren't job prospects for making music with your mouth. But when they get the chance to reunite for an overseas USO tour, this group of awesome nerds will come together to make some music, and some questionable decisions, one last time.

By the way, korang kena saksikan filem ‘Pitch Perfect 3’ ni ek sebab seronok dan kelakar, walaupun ini sequel yang terakhir tapi endingnya sangat-sangat awesome tau. Do check it out!

Boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula dari 21 November 2017, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my












Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Tuesday, January 2, 2018

Rasa Fish & Fries McDonalds, Memang Kena Makan Panas-Panas

Hi Korang, 


Asal ada menu baru je di McDonalds confirm-confirm kak lily mesti akan pi cuba punyalah, ermm #kinitrending hehehhe. Ikut trend katanya tak delah orang kat kata ketinggalan zaman, baru boleh jadi media influncers puii 😈 😈 😈 😈 😈


Secara kebetulan je ternampak menu fish & fries ni hari tuh kat McDonalds The Mines, so cubalah rasa dulu. Masa budak waiter tuh bagi, boleh tanya tak de fries ek sebab tak nampak pun kan. Rupanya friesnya sekali dalam kotak biru tuh. 

Hah bukak-bukak ada fries siap dengan sos tartar sekali.

Then hari tuh, pi makan lagi dengan Mr Big. Alah saja ajak dia rasa gak, sebab akak lily citer yang ikannya ranggup masa hari tuh beli, dia pun ok lets try.

dapat free nugget sebab baya guna debit card ek

Balik dari food review jahanam kat Sunway tuh, terus singgah ke Mc Donalds Puchong Gateaway ni, not bad ramai jugak melepak kat sini. Mana diorang ni datang tak tau lah, sebab kat sini kawasan commercial je rumah langsung tak de, maybe traveler cam kak lily jugak kot singgah sebelum balik rumah kan. 

Apa lagi order menu Fish & Fries je hah

Order 2 set, satu yang sekeping ikan dan satu lagi yang 2 keping ikan. Memang betul dia hidang panas-panas so memang ranggup mak ko wei, seriously kalau bawak balik memang keras kejung lah ek. 



Mr Big memang sukerlah menu ikan-ikan ni, makan panas-panas cicah plak dengan sos tartar yang sedap bakhang tuh! Sekali dengan fries panas, habis licin wei.

settle makan, alhamdulilah

Berbaloi lah dengan harganya satu menu set Fish & Fries RM12.95 dengan air dan fries kan, bolehlah kalau makan kat kedai western food pun dah RM29 ke atas.

So korang baik cuba sementara stok masih ada tau…












Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Hari Pertama Di Tahun 2018, Masak Pun Tak Reti

Hi Korang,

Selamat tahun baru 2018 dan marilah kita berazam bersama-sama

Kemain lagi ayat ek, poyo bebenau. 

Ermm hari pertama tahun 2018, untungnya sebabnya cuti so dapatlah berehat sampai prepare apa yang patut especially korang yang jadi parents tuh kan. Macam kak lily tak de nak prepare apa pun maklumlah yang ada anak kucing hitam je ek. 

Rata-rata kengkawan kak lily sibuk dengan anak memasing, ada yang first day orientation katanya, nak pi bayar duit buku sekolah, yang pi beli baju sekolah lagi pun hado gak. Ini yang bangsa last minit punye citer lah kan. 

Seriously kak lily memang tak de buat apa pun.



Totally berehat sambal buat housekeeping je, kemas mengemas, buang membuang, masak memasak, sapu menyapu, tidur baring dan makan-makan. 

Dan semalam jugaklah kak lily cuba masak Terung Berlado

La betul, ini first time!!

Sebab sebelum ni tak makan at all, tapi sejak-sejak makan kedai ayam penyet ni asyik order Terung Berlado je hah ko sedap plak. So nekad dalam hati turun pi kedai runcit awe ni pi beli terung, pilih pun main tekan-tekan je, yang mana keras tuh eloklah. Ishkk kenapa plak, kat google tak de tips cara pilih terung ek??

Ini based on rasa kat kedai ek, langsung tak google pun tau.

Bahan-bahan untuk masak Terung Berlado

Cili merah, cili hijau, bahan perasa, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis goreng untuk nak lagi sedap, semua ikut-ikut rasa tekak je.

Cara masak Terung Berlado

Goreng sekejap terung yang telah di potong-potong tuh kemudian angkat dan tos minyak. Tumiskan cili merah dan hijau yang telah pun di kisar, tumis sampai garing. Di sebabkan kuantiti cili yang kak lily buat tuh cam banyak so lamalah menumisnya hahaaha.. Masa sebelum garing tuh, kemain asyik kacau je manjang so cantiklah teksturnya.

Tapi bila dah time garing tuh, kak lily terlupa nak kecikkan api dan pi merapu buat kerja lain plak so apa lagi hanguslah cili tuh, Sudahnya jadi sambal goreng hahahahaha kelakar memang kelakar, nasib baik perasan masa dah nak hitam tuh. Cepat-cepat letak bahan perasa dan turun api, then kacau je sampai rasa sebati. 

Malu nak amik gambar wei sebab hitam!!

But still ok lagi.

Mr Big tetap puji sedapnya u masak ek sayang, tapi kenapa hitam cam DakUban hahahahaha, siot ek memuji sambil mengeji. Boleh makan cuba warnanya hitam dan rasa hangit-hangit sket je 

Aduiyai kelakar memang kelakar.. tapi tak per ini akan jadi satu pengalaman.


Ingat pesan I tuh tau sayang....

So lepas ni jangan berangan sampai memasak kan, jangan nak gatal-gatal buat menda-menda lain hahahhaa

Itulah citer hari pertama di tahun 2018


Korang pun pernah jadik citer cam kak lily gak ke














Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Friday, December 29, 2017

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 10 Sayang

Hi Korang,

Pagi Khamis lepas 21/12/2017 tengah sibuk keje tup-tup kemain banyak notification masuk kat tepon epal kak lily ni hah

Rupanya Mr Big ada post something hah


Bila baca then baru teringat rupanya anniversary kitaorang yang ke 10 tahun. Mak oi sekejapan dah 10 tahun kahwin ek. Masa bercinta 5 tahun so total 15 tahun dah akak lily kenal Mr Big ni tapi kekadang tu walaupun kenal luar dalam tapi bergaduh jugak lah kan.

Memang tak de honeymoon ke mana-mana pun sebab memasing busy benau dengan kerja, dengan holiday bersama kengkawan bagai so kitaorang carry forward jelah honeymoon tu bila-bila ada free time ek. So sekadar luangkan masa bersama (padahal hari-hari membuang masa kat umah hehehhe), pi makan and just pi tengok wayang je, itu pun semua dekat umah jelah malas nak pi jejauh sebab jem. Hadiah pun tak de sebab nak kumpul duit berjalan tahun depan citernya.. 

Well spent afternoon hari tuh.

So malam tuh akak lily saje pos gambar ni


Ewah kemain plak ramai yang komen ek hehehhehe, yang ucap tahniah lah, yang bagi kata-kata semangat, yang cakap akak lily jiwang pun hado hahahahah tak per layankan saje kengkawan ni. 

So

10 tahun yang mencabar

10 tahun yang penuh suka duka

10 tahun banyak rahsia yang terbongkar

10 tahun yang membahagiakan

Mari move forward ke hadapan ye, dah ler tahun depan memasing masuk umur 40 kan hauhauhauhau





Anyway, 
Selamat ulangtahun sayanggg….


Thursday, December 28, 2017

Kopi Hijau ALANA, Memang Boleh Kurus Kalau Ikut Cara Yang Betul

Hi Korang,

Seriously kak lily memang biasa dengar kehebatan sesetengah kopi ni untuk kesihatan badan tapi untuk kurus ermm garu sket kepala ek huhuhuu

Kalau kopi tuh dah berfungsi untuk kurus maka hilanglah rasa kesedapan kopi tersebut kann ermm garu-garu kepala lagi

Pernah dengar Kopi Hijau ALANA?

Alah yang banyak iklan kat internet dan radio tuh, tak silap kak lily radio ERA yang segmen sketsa JOHARA tuh hah, kan kan mesti korang pun baru perasan gak ek. Ingat Lara Alana tuan punya kopi nie k hehehhe


Apa itu ALANA GREEN COFFEE @ KOPI HIJAU ALANA?


Alana Kopi Hijau adalah supplement yang menggunakan bijian kopi muda yang dikisar tanpa dipanggang terlebih dahulu sebagaimana minuman kopi biasa yang kita minum.

Oleh sebab itu, ia mengandungi kandungan Asam Klorogenik, iaitu 3 kali ganda lebih tinggi khasiatnya pada tubuh badan kita. Ia berupaya menjadi ‘booster’ sebagai pembakar lemak dan kalori dengan lebih pantas, meningkatkan stamina seterusnya mencegah pembentukan lemak baru di bawah lapisan kulit. Kerana itulah Kopi Hijau digunakan secara meluas untuk tujuan penurunan berat badan secara sihat dan selamat.

Itu gitunya, sebenarnya kak lily tak pernah tau pun ada kopi hijau ni ek, selalunya kopi hitam je 

Bahan-bahan di dalam Kopi Hijau ALANA @ GREEN COFFEE ALANA

Green Coffee

Habbatus Sauda’

Chia Seed

Susu Kambing


Kebaikan Kopi Hijau ALANA adalah seperti berikut:-

✔Menurunkan dan menstabilkan darah tinggi

✔Membuang toksin yang terkumpul dalam badan

✔Melawaskan penghadaman

✔Meninggikan metabolismatubuh badan

✔Memberikan tenaga berpanjangan

✔Mengenyangkan walaupun sedikit

✔Kawal selera makan berlebihan

✔Badan lebih segar dan ringan

✔Bentuk badan lebih slim

✔Kulit awet muda

✔Tinggi anti oksidan

✔Membakar lemak yang berlebihan dengan pantas


Eh minum cam biasa lah, setiap sachet untuk setiap hari. Alah masa sarapan tuh je senang, koyak dan bancuh dengan air panas dan minum.

Tips : minum air masak yang mencukupi sepanjang hari.

Bagi kak lily:-

Rasa kopi hijau Alana ni, mild je tak rasa acidity yang kuat pun. Sedap, baunya strong rasa nice. Lain daripada kopi biasa yang selalu kak lily minum tuh. 

Nak kata kurus tuh belum lagi lah sebab baru je belajar minum kan, but bab tenaga dan kurang makan tuh memang betul kurang rasa lapar bila sampai waktu tengahari ek tapi kena banyakkan minum air kosong lah baru senang perut senang nak proses.

Ni ada beberapa testimoni untuk rujukan korang kalau tak percaya la kan



Harga sekotak Kopi Hijau ALANA ni adalah RM42.90 dalamnya ada 15 sachet. Oklah kan tak delah mahal mana pun, sesuailah dengan kebaikannya.


kemain cantik lagi ek packaging baru Kopi Hijau ALANA ni ek


Korang boleh dapatkan kopi kurus ni di laman social berikut:




Meh cuba dulu baru tau kebaikan kopi hijau ALANA ni 









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, December 26, 2017

Seharian Di Sunway Lagoon, Kemain Penat Tapi Seronok

Hi Korang,


Ya ampun rasanya kemain lama betul kak lily tak masuk Sunway Lagoon, padahal selalu je masuk kalau ade event kan tapi masuk untuk event je lepas tu balik.



Bila hari tuh bebudak blogger ni sibuk mengajak masuk taman tema yang best ni, terus bagitau Mr Big then pun setuju. Ajak plak kawan kak lily yang duduk JB cikgu Mariana tuh sekali lagipun anaknya Marissa tak pernah masuk.


So pagi ahad tuh, lepas sarapan kat kedai mamak tepi Sun Inns hotel tuh terus jalan kaki dari situ. Dekat jelah tak sampai 10 minit je pun. Ambil tiket kat kaunter tiket tuh siap-siap. Book online je sampai depan pintu besar tuh pi redeem je.

Rupanya sebelum pintu gate di buka ada persembahan ek.


Once habis je persermbahan barulah pintu di buka. Kat sini lama sket sebab proses check beg bermula. Kalau korang nak tau minuman dan makanan tak boleh di bawa masuk. Kalau ade, diorang akan nasihatkan makan dulu kat luar then baru masuk. Tak de diorang nak rampas je eh.


Bila masuk tuh terus pening tak tau nak masuk Park yang mana dulu. Ada Amusement Park, Water Park, Nickelodeon Lost Lagoon, Scream Park, Wildlife Park dan Extreme Park. Giler banyak tuh ek hehehee, haruslah pening dibuatnya








Sebab kak lily ni kurang sket nak mandi manda dulu so kitorang berjalan-jalan ke Wildlife Park dulu. Alah pi tengok binatang-binatang yang ada di Sunway Lagoon ni. Harimau, burung-burung, landak, tupai, ular dan memacam lagi. Sejuk je bila berada di taman ni sebab pokok-pokoknya kemain rimbun.

Sempat jugak kak lily saksikan persembahan haiwan-haiwan comel ni.


Seronok kan

Show baru bermula

Birthday boy shakiddo dapat hadiah special dari Sunway Lagoon hahahaa. Kalau kak lily dah menjerit nak rak dah wei

Habis show kami ke Nickelodeon Lost Lagoon plak.


Rupanya taman tema ni yang terkini di Sunway Lagoon ni. Alah tempat mandi-manda jugak rupanya wah bolehlah mandi-manda lah ek.




Tapi sebab ada character ‘meet and greet’ masa kitorang sampai tuh, errm apa lagi ambil kesempatan untuk bergambar lah kan. Sempatlah kak lily bergambar dengan Spongebob, Patrick, Dora, Teenage Mutant Ninja Turtles dan lelain lagi.



Orite sangat yang di tunggu-tunggu, aktiviti mandi manda pun di mulakan. Kak lily segeng lepak kat Nickelodeon Water Park jelah sebab dah sampai situ. Hah letak bebarang then terus berendam.





Tup tup dah petang rupanye hahhahaaha






Memang tak terasa sungguh, sampai kak lily tak sempat ke park-park yang lelain. Seriously satu hari memang tak cukup sebenarnya nak melepak di Sunway Lagoon ni. Bebebudak lain hilang ntah kemana yelah bila dah dengan anak-anak memang lupa dunia lah kan.

Pasal makan minum, tandas, tempat salin baju, tempat simpan barang-barang dont worry semua ada. Kalau korang datang berdua pun ada tempat nak simpan bebarang dan korang boleh bersuka ria sampai petang.

Harga makan minum tuh biasalah, bila masuk theme park ni kena spend duit sket. Ada setengah tempat tuh, harga reasonable macam Marrybrown, Starbucks, kiosk jual ais krim, jual jajan dan memacam lah.



Itulah pengalaman kak lily ke Sunway Lagoon ermm rasanya memang kena datang lagi ni kemari, seriously tak puasssss

Anyway,

Selamat Ulangtahun yang ke 25 tahun Sunway Lagoon Malaysia! Moga terus berjaya dan terus menerus menjadi taman tema no. 1 terbaik di Asia, maybe satu hari di dunia plak kan

Dan kak liy nak bagitau ni, korang jangan lupa untuk rebut peluang untuk promosi FamFun yang merangkumi 2 tiket dewasa + 2 tiket kanak-kanak dengan hanya RM390* ataupun 4-To-Go untuk 4 orang dewasa dengan hanya RM456* atau Beli 3 Percuma 3 (Beli 3 dewasa PERCUMA 3 dewasa) pada harga RM510*.

Kemain ramai ek, 76 orang nak kena jaga hahahaha tapi best ooo


Sunway Lagoon Theme Park
3, Jalan PJS 11/11, 
Bandar Sunway
47500 Selangor

Hubungi:
+603 56390000

Waktu operasi : 10am – 3pm

Jom check it out diorang punya social media:

Website : 

Facebook page : 

Instagram page : 

Ermm meh rancang untuk Sunway Lagoon tahun depan ek!!











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

ANGELI AUTUMN SKY 2017 – Koleksi Produk Kecantikan Dan Wangian Dari Kayu Gaharu

Hi Korang,

Banyak betul produk-produk tempatan di keluarkan untuk kegunaan kita para rakyat-rakyat marhaien ni dan terbaru dan terkini adalah ANGELI ‘Autumn Sky 2017’ keluaran Forestry Oudh.

Ianya dihasilkan daripada sumber alam semulajadi khazanah dari negara sendiri iaitu Malaysia. Dalam lambakan produk penjagaan badan di pasaran pastinya kita akan mencari yang terbaik, HALAL dan berkualiti.


Minggu lepas kak lily berkesempatan untuk ke majlis pelancaran produk di Hilton KL. Dankak lily diperkenalkan dengan Angeli produk wangian dan penjagaan kulit semula jadi (home made) yang diinspirasikan daripada minyak gaharu keluaran Forestry Oudh. Ramuan utama koleksi Angeli ini ialah minyak asli gaharu dihasilkan dari pokok gaharu di Malaysia. Untuk pengetahuan semua pokok gaharu merupakan ramuan asli yang paling mahal di dunia dengan minyak gaharu gred berkualiti dijual sehingga AS$50,000 sekilogram.

Barulah kak lily tau ek, harga kayu gaharu ni ek, kemain mahal bebenau

Gaharu dikenali kerana ciri-ciri anti oksidan, anti-penuaan, anti-stres, antimikrobial, anti-ashmatik dan aphrodisiak, antara lain manfaatnya. Secara saintifik, minyak gaharu juga bersifat bahan penetap bermaksud minyak wanginya akan kekal lama pada kulit.

Majlis pengenalan produk ini telah dilancarkan oleh Dato' Dr. Jalaluddin Harun Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia di KL Hilton baru-baru ini.


“Tahun lalu, jumlah keseluruhan eksport gaharu hanya RM15 juta yang mana produk kayu dan balak mewakili RM40 bilion bagi eksport domestik dan antarabangsa. Kita memiliki ruang untuk berkembang, dan kita berharap untuk melihat Kumpulan Perhutanan menyumbang kepada eksport gaharu menerusi dagangan serpihan Gaharu Aset Perhutanan dan secara tidak langsung menerusi pemasaran jenama Angeli,’’ kata Dato' Dr. Jalaluddin Harun.

ANGELI AUTUMN SKY 2017 – KOLEKSI ARTISANAL DIINSPIRASIKAN DARI MINYAK GAHARU


Angeli memperkenalkan koleksi pertamanya, “Autumn Sky 2017” dengan 17 produk penjagaan kulit buatan tangan (home made). Nama diberikan adalah inspirasi dari tempoh tuaiannya yang unik. Koleksi artisanal eksklusifnya merangkumi oudh-based eau de parfum bagi lelaki dan wanita, dan produk penjagaan kulit asli termasuk sabun buku, gel mandian, bombs mandian, minyak pelembab badan, wap badan, losyen tandan dan badan, sapuan lumpur dan garam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Forestry Oudh, Pn. Ariza Norhalim, “Setiap produk dalam produk Angeli direka hanya daripada ramuan asli, dan direka untuk fungsi khusus – sama ada mengurangkan stres, penyucian kulit ataumanfaat-manfaat lain. Setiap produk mengandungi minyak gaharu yang sangat dicari-cari, yang datang dari pokok gaharu atau agarwood.

Penggunaan serpihan gaharu untuk tujuan perubatan dan kecantikan telah diketahui beribu tahun dalam kalangan kerabat di raja dari dinasty Moghul, kerabat Jepun, Raja Louis XIV di Perancis selain tokoh-tokoh dihormati dari pelbagai agama. Hari ini, ia telah menjadi bahan koleksi yang amat bernilai.”


Ariza juga menjelaskan bahawa minya gaharu menjadi matang berubah mengikut masa dan suhu badan – menjadikan ia minyak asli yang unik. Disebabkan itu, setiap koleksi yang diperkenalkan oleh Angeli akan menjadi koleksi edisi terhad.

“Faktor-faktor seperti keadaan cuaca semasa menuai, kehidupan organisme di dalam pokok, struktur tanah dan proses distilasi mempengaruhi hasil kualiti minyak asli gaharu dan bau. Oleh kerana perubahan ini bertukar dari semasa ke semasa, setiap kelompok distilasi minyak gaharu adalah berbeza antara satu dengan yang lain,’’ jelas Ariza.

Beliau menambah, “Setiap produk Angeli adalah buatan tangan bagi memastikan nilai dan bauan gaharu dan lain-lain ramuan minyak asli di dalam produk ini kekal dan tidak hilang akibat habas dan proses kimia disebabkanmesin pengeluaran yang besar. Produk-produk juga selamat daripada kimia berbahaya seperti sodium lauryl sulphate (SLS) dan parabens."


Koleksi Angeli direka cipta oleh Roman Abdullah, pakar minyak wangi yang merupakan waris generasi kelima keluarga yang telah berkhidmat dengan kerabat Moghul.

Pada masa ini, pokok-pokok gaharu dikategorikan sebagai spesies terancam dibawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar (CITES) dan minyak gaharu dilabel sebagaiminyak asli paling bernilai tinggi di dunia disebabkan sumbernya yang terhad.

Produk-produk Angeli hanya boleh diperoleh secara pembelian dalam talian menerusi laman web, www.angeliessentials.com.my. Harga produk minyak wangi tersebut adalah antara RM 35 – RM 350. 

Memang harum baunya semerbak satu dewan hari tuh, sedapnya menenangkan sungguh..









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com