Wednesday, October 28, 2015

Pengembaraan Wizard Of Oz Kini Di Hello Kitty Town, Puteri Harbour

Hi Korang,

Para pengemar Hello Kitty mesti suka giler dengar berita baik ni kan…


Hello Kitty Town yang terletak di bandar Nusajaya Johor sememangnya menarik ramai pengunjung tempatan dan luar negara. Bertemakan karektor Hello Kitty dan rakan-rakan, pengunjung cilik dapat bermain pelbagai aktiviti yang menarik, selain daripada melihat sendiri gelagat karektor comel yang berlegar-legar ceria di taman ini.

Atas sambutan pengunjung setiap tahun begitu menggalakkan, untuk tahun 2015 kali ini Hello Kitty telah membuat penampilan khas bersama "Great Witch of Oz". Filem yang diadaptasi dari novel yang cukup popular tetang pengembaraan seorang ahli magis ke sebuah negara unik dengan pelbagai karektor menarik kini dibawa secara esklusif ke Hello Kitty Town!

Pelancaran Pengembaraan Oz di Hello Kitty Town ini telah diadakan di kompleks membeli belah terkemuka iaitu Quill City Mall. Yang mana telah dihadiri beberapa ahli media seperti bloggers dan wartawan.


Encik Fahruddin Najumudeen, Pengurus Besar SANRIO HELLO KITTY TOWN memberi ucapan dan juga sedikit penerangan mengenai projek Pengembaraan Oz. Apa yang menarik pemilihan cerita "Great Witch of Oz" adalah disebabkan cerita itu sendiri mempunayi kekuatan pengembaraan yang mengujakan. Pelbagai watak baik dan jahat, tegas dan melucukan sekaligus segala aktiviti yang bakal dilakukan bersama ahli keluarga boleh melibatkan ibu-bapa dan juga kanak-kanak.

Pengembaraan di sini akan diketuai oleh Hello Kitty, the Scarecrow (orang-orang jerami), the Cowardly Lion (singa penakut) dan orang tin akan bersama-sama berganding bahu untuk menyelamatkan Oz. Dalam misi menyelamatkan Oz ini, pengunjung perlu mencari watak-watak tertentu dan membantu mereka melaksanakan misi.




Terdapat 4 aktiviti antaranya:-

WOOD FACTORY
Mencabar kekuatan dan kesungguhan yang mana kita perlu membatu "Orang Tin" membelah kayu. Lagi banyak kayu dibelah, semakin hampir kita untuk menyelamatkan bumi Oz.

CORN HOUSE
Berada di Oz beberapa jam, akan membuatkan kita menjadi lapar. Jadi kita perlu menuju ke "farmer's humble abode", cari jagung dan tolong salaikan. Tapi perlu berhati-hati, jika tersilap langkah membuatkan kita menjadi lebih lapar!

KUROMI's TENT
Tempat pengumpulan harta karun. Di mana segala harta seperti barang kemas yang berkilauan berada di sini. Pengunjung perlu mengikut segala arahan, terutama berkaian dengan cabaran ingatan unuk melepaskan kuasa "Great. Witch Mighty Dark".

EMERALD CITY
Di sini terdapat "Great Book" dan juga "Emerald City Machine". Bersama 2 item ini boleh menyebabkan dunia Oz terus berjalan. Hadapi cabaran untuk menembusi Emerald City dan seterusnya menggunakan mesin untuk menghapuskan segala perkataan negatif yang terdapat di dalam "Great Book". Sekaligus misi ini mampu menyelematkan bumi Oz dan memberi peluang menyelesai misi untuk pulang ke rumah.

Menerusi dengan tema pengembaraan Oz ini, beberapa item esklusif turut dijual kepada orang ramai. Antaranya seperti item-item comel di bawah.







Semuanya boleh didapati secara esklusif di SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya Johor.

Oh yeahhh!!


Aku pun telah menerima jemputan untuk merasai pengembaraan Oz di Hello Kitty Town...

Tak sabar rasanya!!

Jika korang nak serta kami di pengembaraan Oz di Hello Kitty Town, bolehlah mendapat tiket di Hello Kitty Town Nusajaya Johor Bahru. Untuk pengembaraan Oz ini akan bermula 31 Oktober 2015 ya! 


Boleh juga mendapatkan tiket ini secara online di www.playtime.com.my

Ok, keterangan lanjut boleh layari :- 

Tuesday, October 27, 2015

Kempen Kebajikan 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP & MYDIN

Hi Korang,

Last week aku ada event bersama TOP dan Mydin


TOP, yang diiktiraf sebagai jenama pencuci pakaian No. 1 di Malaysia telah bekerjasama dengan MYDIN bagi melancarkan kempen pengumpulan dana kebajikan yang bertujuan menyediakan keperluan persekolahan kepada 400 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara untuk menyambung pelajaran mereka.


Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang bertemakan ‘A Brighter Future with TOP and MYDIN’ atau ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN’ dilancarkan di MYDIN Mall USJ oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun di sini pada hari ini. 


Kempen ini akan menyaksikan 30 sen daripada jualan produk-produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara bermula 12 Oktober hingga 13 Disember 2015 akan disalurkan bagi membeli kelengkapan sekolah seperti baju seragam, beg, stoking dan kasut sekolah untuk 400 orang kanak-kanak yang mungkin lebih kerap tidak menghadirkan diri ke sekolah disebabkan oleh kekurangan kelengkapan sekolah untuk digunakan sepanjang tempoh persekolahan. 

Dengan kenaikan kos barangan keperluan sekolah, kempen ini berhasrat untuk mengumpul lebih daripada RM40,000 yang memberi manfaat kepada 400 orang anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun daripada 18 buah rumah kebajikan di seluruh negara. 

Kempen mengumpul dana ini bermula daripada satu kaji selidik ringkas yang dijalankan oleh TOP mengenai keperluan serta-merta yang melibatkan sejumlah rumah kebajikan. Kaji selidik itu juga selari dengan konsep jenama TOP yang menggalakkan gaya hidup bersih sejak dari usia muda. 

Memahami keadaan kebanyakan kanak-kanak kurang bernasib baik yang sukar untuk mendapatkan pakaian bersih berbanding orang lain, jenama pencuci pakaian No. 1 di Malaysia¹, TOP telah menganjurkan kempen mengumpul dana ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN’. 

Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran dan penyertaaan aktiviti di sekolah dengan cara menyediakan sokongan sewajarnya dalam mendapatkan pendidikan. Di samping menyediakan keperluan sekolah dan pakaian seragam seperti pelajar lain, ini pasti dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri, selain mengajar mereka tentang kemahiran hidup seperti membasuh pakaian dan hadir dengan penampilan yang bersih serta kemas. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun memuji TOP dan MYDIN kerana melibatkan rakan perniagaan serta pelanggan mereka dalam membawa tanggungjawab sosial kepada yang kurang bernasib baik, bersatu padu menolong mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung memupuk masyarakat yang bersatu dan penyayang. 


“Di dalam persekitaran perniagaan yang berdaya saing, dimana banyak organisasi hanya mementingkan keuntungan, TOP dan MYDIN telah bersetuju bahawa kejayaan sesebuah perniagaan dan tanggungjawab sosial adalah selari. Ketika kita bergerak kehadapan sebagai satu negara, adalah penting agar lebih banyak korporat dan sektor swasta bekerjasama, mengambil bahagian secara aktif dan mengajak lebih ramai menyokong tangungjawab korporat sosial,” beliau menambah. 

TOP yang dibangunkan oleh LION Corporation Japan cukup dikenali kerana sentiasa mengutamakan konsep kehidupan bersih menyuluruh. Ia menggalakkan cucian yang lebih bersih, selesa dan kehidupan lebih baik menerusi inovasi berterusan teknologi termaju Jepun. 

Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo menyatakan bahawa TOP telah mengubah industri pencuci pakaian di Malaysia melalui pelbagai teknologi inovatif serta pengenalan konsep kehidupan bersih menyeluruh untuk bertahun lamanya. 

Selaku peneraju dalam industri pencuci pakaian, TOP komited untuk kembali menyumbang kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan. 


“Sebagai pengguna, kita boleh melakukan perubahan dengan mengamalkan gaya hidup bersih menyeluruh bersama TOP. Ia merupakan hadiah yang cukup bermakna untuk diri kita dan keluarga melalui pembelian produk TOP ketika kempen ini, kita boleh membantu kanak-kanak kurang bernasib baik memperoleh masa depan lebih cerah dengan memperkenalkan amalan kehidupan bersih menyeluruh sejak kecil lagi, disamping mengembalikan maruah dan sifat kebanggaan dalam penampilan mereka,” kata Cik Carmen. 

Kanak-kanak dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) dan Rumah Kanak-Kanak Ini Di Sayangi (KIDS) turut membuat persembahan istimewa. Ini jelas membuktikan bahawa kanak-kanak kurang bernasib baik yang diberi bimbingan juga mampu bersinar. 


“Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN ini mampu melibatkan pengguna dan mendidik mereka mengenai kehidupan bersih menyeluruh. Mari bersama kami menyumbang sebanyak 30 sen melalui setiap pembelian produk-produk TOP terpilih di semua cawangan MYDIN di seluruh negara mulai 12 Oktober hingga 13 Disember 2015. Ia demi memberikan masa depan lebih cerah kepada 400 orang kanak-kanak dengan memberi keperluan persekolahan yang lengkap,” kata Foo mengakhiri bicara. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

Sunday, October 25, 2015

Duta Terkini Tudung FAREEDA – AMYRA ROSLI

Hi Korang,



Ini info menarik bagi peminat setia Tudung FAREEDA dan juga fans bagi pelakon Amyra Rosli


Bermula pada 19.10.2015, pelakon drama yang cukup popular di Malaysia iaitu Amyra Rosli telah dilantik sebagai ‘Faces of Fareeda’ yang terbaru. Sebagai ‘Faces of Fareeda’ Amyra Rosli akan memperagakan koleksi-koleksi terbaru dari Fareeda sekaligus mempromosikan keluaran butik Fereeda yang terkini.


Pada sidang media yang dijalankan baru-baru ini, Amyra Rosli telah menggayakan tudung koleksi terbaru daripada Fareeda iaitu ‘Fareeda Persia’ dihiasi dengan diamonds yang bermutu tinggi. Manakala, baju pula adalah daripada jenama Mawar™ FAREEDA PERSIA.

Untuk pengetahuan semua, pakaian dan tudung terbaru keluaran Fareeda adalah diilhamkan oleh Puan Faridah Zakaria, iaitu Pengasas Fareeda sendiri dengan mengambil kira kesesuaian serta keinginan wanita masa kini yang ingin tampil anggun dan bergaya tetapi pada masa mahu kelihatan sopan.


Rekaan unik berasaskan selendang beropol yang dijahit sekali dengan badan tudung sememangnya dengan hanya sekali pusingan lilitan yang boleh di sesuaikan dengan saiz dan bentuk muka pemakai. Selendang beropol di hasilkan dengan mencantumkan kain berasingan kepada helaian selendang kemudian di jahit dengan cantuman zig zag luaran yang rumit untuk menghasilkan ropol-ropol yang hebat.


Teknik rekaan ropol dengan jahitan zig zag serta cantuman selendang ropol tersebut terhadap badan tudung telah memberikan status keunikan tudung ‘Fareeda Persia’ ini. Rekaan selendang beropol di tepi tudung adalah di ilhamkan dari gaya selendang yang di pakai oleh golongan bangsawan empayar Parsi dimana perkataan Persia ini menggambarkan kehebatan sebuah empayar yang luas dengan gaya wanita bangsawannya yang mewah dan gah.

Tudung ‘Fareeda Persia’ ini di datangkan dengan warna-warna polos pastel kain chiffon berkualiti tinggi samaada satu “tone” atau “dwi-tone”. Untuk “dwi-tone” pembahagian warna adalah badan dan selendang ropolnya berbeza warna tetapi tetap menggunakan warna-warna polos pastel.


Istimewanya tudung ‘Fareeda Persia’ ini ianya diberikan penataan tambahan aksesori dengan batu-batu kilauan “diamonds” tampalan import berkualiti. “Diamonds” tampalan ini di tampalkan di bahagian jahitan zig zag yang merangkumi separuh bahagian di sebelah kiri kepala tudung tersebut.Tudung‘Fareeda Persia’ yang didatangkan bersama dengan aksesori hebat “diamonds” tampalan ini umpama “Princess of Persia” dengan aksesori “Arabia Diamonds Crown”. Pasti membuatkan pemakai tudung ‘Fareeda Persia’ ini sangat gah, hebat dan sudah tentu menggamit mata memandang seolah-olah Puteri Parsi yang di gilai. Setiap tudung yang dikeluarkan oleh Fareeda didaftarkan di Perbadanan Harta Interlek Malaysia (MyIPO) untuk melindungi hak rekacipta.


Selain dari rekaan terbaru tudung dan pakaian, kali ini Fareeda mengorak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Shampoo by Mawar™. Untuk pengetahuan semuaShampoo by Mawar™ adalah jawapan kepada masalah wanita bertudung dimana ianya amat bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Tiada lagi masalah keguguran rambut dengan penggunaan Shampoo by Mawar™ malah menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Shampoo by Mawar™ yang diformulasikan dari Habbatus Sauda bersama wangian bunga Mawar adalah penyelesaian terbaik bagi masalah wanita bertudung. Yang paling penting, dengan penggunaan Shampoo by Mawar™ secara berterusan akan memberikan kesegaran sepanjang hari, dan menjadikan rambut hitam bersinar. 

Shampoo by Mawar™ akan mula diedarkan secara rasmi bermula 19.10.2015 dan para peminat boleh mendapatkannya di Butik Fareeda Exclusive, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi (03-89267164)

Friday, October 23, 2015

Dah Rasa Pun MEADOW GOLD Ice Cream Ni Tau

Hi Korang,


Ingat lagi tak promosi ais krim daripada Meadow Gold ni kan? Hah yang tu lah, korang baca kat LINK ni ek.


Masa pi ke roadshow kat Plaza Mont Kiara hari tuh, dapat aku bawak balik 4 perisa ais krim Meadow Gold ni iaitu Bold Chocolate Decadence, Delectable Caramel Pecan, Heavenly Macadamia dan Lush Red Velvet. Slogan Meadow Gold adalah “Make Pleasure A Habit” bermakna jadikan kenikmatan ais krim sebagai suatu tabiat. Wow wow…


Jom kita cuba satu per satu ek


Meadow Gold Bold Chocolate Decadence

Gabungan aiskrim coklat susu dengan fudge coklat dan juga ketulan coklat.Rasanya sangat awesome dan mewah. Pekat dan enak serta tulen coklatnya.


Meadow Gold Delectable Caramel Pecan 

Keenakan kacang pecan dan karamel di dalam aiskrim vanila susu yang mewah. Bagi aku ianya ada tekstur yang tersendiri serta lembut dan manis, Delectable Caramel Pecan akan membuktikan ia sukar ditolak oleh mereka yang gemarkan sesuatu yang manis.


Meadow Gold Heavenly Macadamia 

Diperbuat daripada krim susu segar dan dicampur dengan kacang macadamia panggang, teksturnya yang lembut dan rangup pada masa yang sama, boleh rasa gigitan kacang tu kan


Meadow Gold Lush Red Velvet 

Aku consider ni as a dessert coz rasa red velvet tu macam makan kek pulak kan dan ada pulak marshmallow. Memang betullah ais krim ni hot selling kan


Saje aku tinggalkan ais krim ni kat office so boleh share sesame kengkawan office kan. Yang ni Delectable Caramel Pecan, so too sweet. Sedap


Nampak tak kemewahan coklatnya aummm jom makannn

Koleksi Mewah Meadow Gold terbaru ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama di Semenanjung Malaysia. Setiap tab premium 750ml dipasarkan pada harga RM21.90 (termasuk 6% GST).


Korang nak teringin sangat nak dapatkan ais krim Meadow Gold dengan harga promosi boleh check it out di jadual roadshow yang aku attach ni, still sempat lagi ni ek

21th- 25th October at The Empire Shopping Gallery (10am-10pm)

26-Oct Monday 8.30am-4.30pm Astro Bukit Jalil

27-Oct Tuesday 11.30am -6.30pm Media Prima Berhad, Sri Pentas

29-Oct Thursday 11.30am -6.30pm Wisma Ali Bawal

3-Nov Tuesday 10.00am-5.00pm UTAR Sg Long

4-Nov Wednesday 11.00am-6.00pm Jaya 33



Baik korang follow 

facebook MEADOW GOLD Malaysia dan sila layari www.meadowgold.my jugak untuk dapatkan info terkini mengenai promosi ek hehehhe

Thursday, October 22, 2015

Deman Kepialu Pulak

Hi Korang,

Memacam penyakit pulak sekarang ni ek, ni yang terbaru pulak kan. Aku sendiri pun tak tau kan so better aku google dan sharekan info ni kat korang ek


Apakah itu Demam Kepialu?

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.

Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )


Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?
Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
Sayuran mentah (ulam dan salad)
Cendol
Susu mentah

Apakah tanda-tanda dan gejala ?

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 - 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.

Gejala :
Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
Cirit birit
Sembelit
Sakit perut
Sakit kepala
Sakit badan / lemah / letih lesu
Kurang selera makan
Batuk tanpa kahak
Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
Bengkak limpa dan hati

Bagaimanakah penyakit ini merebak ?

1. Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
2. Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)
3. Komplikasi Penyakit
Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya

Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Rawatan

Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan


Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?

1. Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
2. Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
3. Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
4. Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
5. Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
6. Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
7. Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
8. Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan

So hopefully info ni dapat membantu kita semua kan daripada terkena, orang kata lebih baik mencegah daripada merawat.

Wednesday, October 21, 2015

Wyeth Nutrition Perkenalkan Susu Tumbesaran S-26 GOLD

Hi Korang,

Ada info sedikit untuk para parents kat luar sana yang sibuk mencari susu yang bersesuaian dengan anak-anak korang kan.


Last week sempat aku hadiri Wyeth Nutrition Talk ni KL Sentral, alah sekadar menambahkan ilmu pengetahuan kan so apa salahnya


Wyeth Nutrition, yang merupakan perintis dalam sains pemakanan dan teman perjalanan keibubapaan telah melancarkan Susu Tumbesaran S-26 GOLD® baharu yang unik, padat dengan tambahan zat DHA, Lutein, dan Kolina. Wyeth Nutrition turut menjemput ahli-ahli setia Kelab S-MAMA untuk sama-sama menyerikan majlis itu. Sebagai sebahagian daripada sambutan berkenaan, Wyeth Nutrition telah menganjurkan forum pendidikan di bawah kendalian sekumpulan pakar dalam bidang kognitif dan pemakanan. Pakar kardiologi pediatrik, Dr. Azam Mohd Nor dan pakar perunding diet, Indra Balaratnam merupakan ahli panel jemputan yang memberikan ceramah mengenai pemupukan kesihatan fizikal dan pembangunan mental kanak-kanak.

Rumusan Baharu dan Unik dalam Susu Tumbesaran

Rene Wipperich, Country Business Manager of Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn. Bhd.

Wyeth Nutrition sudahpun menjadi peneraju kepada pembangunan sains pemakanan kanak-kanak untuk hampir satu abad lamanya. Dan berbekalkan objektif untuk memupuk pertumbuhan, Wyeth Nutrition, selaku peneraju industri, sentiasa mencurahkan usahanya dari aspek saintifik bagi menghasilkan produk pemakanan yang terbaik untuk memupuk pertumbuhan fizikal dan mental. Justeru, Wyeth Nutrition dengan bangganya melancarkan Susu Tumbesaran S-26 GOLD® yang baharu dan unik bagi si kecil berusia satu tahun dan ke atas. Dengan melipatkaligandakan zat-zat termasuk DHA (lima kali lebih tinggi), Lutein (lebih 40%), dan Kolina (lebih 20%), produk ini telah dibangunkan khusus secara saintifik untuk menyokong visi, pertumbuhan dan pembangunan. Direka khas untuk mengandungi zat-zat penting, kedua-dua S-26 GOLD® PROGRESS® dan S-26 GOLD® PROMISE® adalah dirumuskan dengan SISTEM BIOFAKTOR (BIOFACTORS SYSTEM™) - yang mengandungi DHA, AA, Lutein, Oligofruktos, Kalsium dan Protein.


Sewaktu majlis pelancaran itu juga, ahli-ahli Kelab S-MAMA Wyeth Nutrition dijemput menyertai satu forum yang dikendalikan barisan panel pakar di mana mereka telah menyampaikan ceramah mengenai kepentingan menyokong perjalanan seorang kanak-kanak ke arah tumbesaran yang sihat. Forum tersebut padat dengan limpahan maklumat dan petua bagaimana untuk mengekalkan kemajuan pertumbuhan anak-anak mereka melalui pembentukan tiga aspek Kepintaran Berganda iaitu (Kepintaran Badan, Kepintaran Otak dan Kepintaran Keperibadian). Menjelang penghujungnya, ibu-ibu Kelab S-MAMA Club telah dibawa menghadiri bengkel pemakanan bersama Indra. Si kecil lazimnya meminum susu dengan cara konvensional iaitu melalui botol, namun Indra telah menunjukkan beberapa kaedah lain yang memastikan si kecil mendapatkan zat harian yang mencukupi. 


Kelab Ibu S-MAMA Diganjari

Sebagai ahli Kelab Ibu S-MAMA, terdapat banyak faedah untuk dinikmati dan yang istimewanya, bentuk ganjarannya adalah sesuai untuk seisi keluarga. “Kami juga sentiasa mengikhtiarkan jalan untuk membantu ibu-ibu Kelab S-MAMA dalam membekalkan khasiat yang secukupnya bagi anak-anak mereka," kata René Wipperich, Pengurus Perniagaan Negara, Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn. Bhd. Selain menjadi kelab keibu-bapaan yang menawarkan ganjaran, satu talian bebas tol juga disediakan untuk golongan ibu yang menagih nasihat pemakanan dan kesihatan untuk ibu mengandung. Selaku kelab keibu-bapaan yang teraktif di Malaysia, laman Facebook Wyeth Nutrition memiliki rangkaian pengikut yang luas sekaligus menjadikan ia sebagai antara komuniti keibu-bapaan tempatan dalam talian yang paling tumbuh pesat.

Julie Woon and Indra Balaratnam at the nutrition workshop

Untuk keterangan lanjut petua keibu-bapaan dan berhubung produk Wyeth Nutrition, sila layari https://www.wyethnutrition.com.my/ atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-5526. Sertai mereka di laman Facebook untuk mengetahui keistimewaan dan faedah eksklusif Kelab S-MAMA Club.

LAMAN WEB 

FACEBOOK 


Tuesday, October 20, 2015

Restoran ABAH Beriani Bandar Baru UDA, Johor Bahru

Hi Korang,

Aku memang suker korek-korek citer lelama pasal makan ni. Yelah ko makan sedap mesti nak citer kat orang kan hehehehe.

Kejadian ni masa bulan lepas, time tu aku still kat JB lagi then Mr Big datang untuk spotcheck aku kan. Konon nak tengok kat mane aku tinggal, apa aku buat during weekend kat JB ek.

Lepas je kitorang abis berjalan pusing satu JB ni cari tempat jual casing handphone murah kat KSL mall ni terus perut lapo, seharian berjalan sebab seronok sangat membeli belah huhuhuhu. Time tu dah kul 3 petang pun, nak pi makan nasi campur memang tak bersesuaian lah sebab Restoran Bayu Perdana kat Larkin tuh mesti lauk-pauknya dah abis. Maklumlah kedai femes kan.

outing adik-beradik

Apa pun pi amik adik aku budak aling-aling ni kat umah dia.

Tanya dia nak makan ape ek? 

Terus dia suggest kedai ABAH KO!! Aku macam biar betul nama kedai tu cam tu ek. Terus ktorang gerak ke Bandar Baru Uda (BBU), ni kawasan yang baru ni berdekatan dengan bangunan LHDN dan belakang Angsana Shopping Mall kedai ni.

Nak order apa?


Haruslah nasi beriani kan. Dah nama pun kedai jual beriani, takkan order sushi plak ishkk korang ni pun kan...

nasinya setambun

nasi, kuah dalca dan acar timun ini mesti ada dalam hidangan beriani

papadommmmm

nampak papadom beso pinggan

sirap bandung mesti tak ketinggalan kan

Ramai orang kata mesti kena cuba Nasi Beriani JDT sebab special tapi idokk ler teman mengordernye ye sebab kalau dah rasa menu yang asal/basic to sedap so confirm-confirm menu yang unik tu sedap gak lah. So semua orang order beriani tapi lauk yang berbeza, aku mesti lauk daging, Mr Big mesti ayam masak merah dan budak aling-aling tu lauk kambinglah. Pandai plak ko makan kambing ek dik sejak duk sendiri ni kan, ni mesti pengaruh rakan sebaya ek hahahahaha

semua nak jadi blogger gak, update kat IG kan

yang ni nak bakar line memember kat group katanya

Ternyata memang sedaplah seperti yang di perkatakan oleh social media influencer kat facebook / blog tu kan. In terms dari segi rasa kuah memang pekat dan kaya dengan bahan. Nasinya pulak macam nasi pekerja kontrak yang setambun tinggi membukit. Mr Big sampai tak bertambah nasi sebab kenyang sangat. In terms of harga, oklah tak delah mahal mana pun. 

Ini hah alamatnya

Restoran Abah Beriani
12, Jalan Padi Emas 6/1,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru
(Kedai ni bersebelahan dengan RHB Bank BBU)

Opening Hours: 11:00 am – 9:30 pm

Jom pi makan ek!

Anda ada masalah ‘bau sebati’?

Hi Korang,


Sesuai mereka yang ada masalah 'noseblind' ni.

Bolehkah anda menghidu bau itu? Setiap hari, ada satu fenomena yang berlaku di bawah hidung kita saja. Setiap deria kita memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seharian. Namun, kadangkala kita secara psikologinya tidak mempedulikan kenyataan bahawa kita mengalami bau sebati. Bau sebati – sejenis masalah deria bau di mana kita telah menyesuaikan diri atau terbiasa dengan bau-bau di sekeliling kita, lalu menyebabkan berkurangnya kebolehan untuk mengesan bau yang telah terdedah kepada kita sebelum ini.


Katakan anda sedang menikmati sarapan. Apabila anda mengangkat suapan pertama ke bibir, hidung anda mengesan bau susu yang basi. Sistem olfaktori manusia telah diprogramkan untuk mengasingkan bau-bau kepada ‘biasa’ atau ‘tidak biasa’ yang diterjemahkan kepada bau-bau yang ‘bahaya’ atau ‘tidak bahaya’, dan oleh itu ‘susu masam’ dapat dikesan dengan cepat. Beginilah caranya bau busuk kekal di dalam rumah, kerana kita sudah tidak peka lagi terhadapnya. Oleh itu, para tetamu yang tidak biasa dengan bau busuk ini akan dapat menghidunya, menyebabkan pengalaman berkunjung ke rumah anda tidak menyenangkan bagi mereka.


Jadi bagaimana kalau kita sudah mengalami ‘bau sebati’? Dengan maklumat yang baru diperoleh ini, tidak perlulah kita bimbang mengenai bau-bau yang menyerang sistem olfaktori para tetamu! Hari ini, Ambi Pur melancarkan Toilet Fresh, satu rangkaian baru penyegar udara yang direka khas untuk memberikan pengalaman wangian yang hebat dengan menghilangkan bau busuk di dalam udara, lalu meninggalkan wangian yang lembut dan segar.


“Untuk memenuhi janji ‘touching lives, improving life”, kami ingin memastikan pemilik rumah dan tetamu mempunyai persekitaran yang tidak perlu dibimbangkan. Dalam menghasilkan setiap produk, kami juga ingin mendidik pengguna mengenai isu-isu penjagaan rumah yang mungkin tidak mereka sedari, dan seterusnya meningkatkan kualiti kesejahteraan dan interaksi sosial,” kata Nicolas de La Giroday, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Procter & Gamble (P&G) untuk Singapura, Malaysia dan Brunei.


Ambi Pur Toilet Fresh yang baru ini diformulasi untuk mengatasi bau-bau harian yang biasanya datang dari dapur, tandas, haiwan peliharaan, asap dan sebagainya. Ambi Pur Toilet Fresh berfungsi untuk menghapuskan bau busuk dan menyegarkan bilik-bilik yang kecil, dengan menggunakan sejenis membran inovatif yang membebaskan 100% minyak wangian tulen secara perlahan-lahan ke dalam udara. Pembebasan wangian adalah tetap dan kekuatannya boleh dilaras mengikut keperluan pengguna, dari 30 hingga 60 hari. Hanya tekan butang ‘One Push’ pada bahagian luar pek dan tunggu selama satu minit. Selepas diaktifkan, wangian Ambi Pur Toilet Fresh akan menyentuh membran khas dan proses menghilangkan bau-bau organik akan bermula.

Selebriti komedi dan Duta Ambi Pur, Harith Iskander juga berkongsi pengalaman bau sebatinya ketika sesi perkongsian di majlis pelancaran tersebut.


"Semasa bujang, saya tidak sedar ada bau busuk di dalam rumah saya. Saya mengalami masalah bau sebati dengan bau-bau dari pakaian gim dan sebagainya. Selepas berkahwin, isteri saya menyedari bau-bau ini dan membantu saya mengatasinya," katanya.



Ambi Pur Toilet Fresh boleh didapati dalam empat pilihan, Lavendar, Lemon, Rose dan Jasmine pada harga jualan yang dicadangkan RM6.90. Boleh didapati di semua cawangan jualan utama di seluruh Malaysia.