Thursday, June 20, 2024

Nikmati Nilai SeTin Bagi Seisi Keluarga Bersama Sardin & Mackerel Ayam Brand™ Yang Kaya Dengan Omega-3

Hi Korang,

Buat pilihan pemakanan yang lebih bijak untuk keluarga anda bersama Sardin dan Mackerel Ayam Brand™. Ia bukan sahaja memudahkan dan memberi nilai dalam setiap tin, tetapi juga kaya dengan kandungan Omega-3 yang berupaya meningkatkan kesihatan tubuh anda dan seisi keluarga.

Golongan dewasa dan kanak-kanak seharusnya mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu bagi mendapatkan Omega-3 bagi mempertingkatkan tahap kesihatan[1] mereka kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkan amaun Omega-3 yang diperlukan untuk sihat[2]. Ikan berlemak seperti sardin, mackerel, saba dan tuna amat kaya dengan Omega-3, menjadikannya pilihan semula jadi terbaik untuk mendapatkan kandungan Omega-3 yang diperlukan tubuh untuk berfungsi secara optimum.

Mengapakah Omega-3 amat penting bagi kesihatan keluarga anda? Sungguhpun ikan merupakan sumber protein, vitamin dan mineral yang baik, namun demikian, ikan berlemak mengandungi lebih banyak asid Omega-3 dan khasiat-khasiat lain yang mungkin meningkatkan kesihatan jantung, mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan peringkat awal kehidupan, menggalakkan pertumbuhan otak dan perkembangan kanak-kanak[3] dan pelbagai lagi. Ini adalah antara manfaat besar yang dapat diperoleh tubuh dengan hanya menambah ikan berlemak seperti sardin, mackerel, saba dan tuna dalam diet anda sebanyak dua kali seminggu.

Bagi pengguna bermaklumat, seperti kaum ibu pintar hari ini, yang sentiasa mencari nilai dan produk yang melangkaui manfaat asas, dapatkan kepentingan Omega-3, protein dan kalsium yang diperlukan keluarga anda menerusi Sardin dalam Sos Tomato atau Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ yang menggunakan ikan sardin dan mackerel yang ditangkap di lautan sejuk. Lautan ini membolehkan ikan-ikan tersebut menyimpan lebih banyak asid lemak Omega-3.

Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ kaya dengan protein dan kalsium serta mempunyai tujuh kali lebih banyak kandungan Omega-3 berbanding ikan sardin segar tempatan yang dimasak di rumah[4]! Dalam hanya satu tin, ia tentunya satu pilihan yang lebih mudah dan bijak untuk menikmati sajian lebih sihat yang turut menyokong keperluan pemakanan keluarga anda.

Satu tin besar 425g Sardin dalam Sos Tomato atau Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ bukan sahaja menyediakan empat sekeluarga dengan separuh kandungan Omega-3 yang diperlukan mereka setiap minggu bersama protein, kalsium dan nutrien-nutrien penting lain tetapi juga merupakan satu gamechanger bagi kaum ibu yang sibuk dan kesuntukan masa.

Berikan pembaharuan pada sajian sarapan, makan tengah hari atau snek anda kepada satu jamuan berkhasiat. Jamu selera anda terus daripada tin tersebut atau menambah suntikan keenakan pada hidangan kotak bento, nasi goreng, hidangan masak lemak, cucur goreng atau sandwic. Ibu yang bijak tahu mereka hanya perlu mendapatkan Ayam Brand™ untuk nutrisi penting yang juga menyediakan kepelbagaian dan nilai terbaik bagi setiap tin pada setiap masa - sama ada waktu sarapan, makan tengah hari, makan malam mahupun snek.


Ayam Brand™ telah menyediakan satu siri resipi masakan di rumah yang menggunakan Sardin dalam Sos Tomato dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ bersama rangkaian produk Ayam Brand™ lain yang mudah disediakan oleh semua individu, khasnya kaum ibu yang bijak. Kini, mereka tidak perlu ‘berperang di dapur’ tetapi paling penting, mampu memberikan hasil maksimum dari segi rasa dan manfaat kesihatan bagi diri dan insan tersayang.

Di bawah adalah beberapa cara bagaimana anda boleh memberikan Omega-3, protein dan kalsium yang diperlukan pada kadar segera dan tanpa perlu berbelanja lebih, seiring dengan Nilai dalam Setiap Tin Ayam Brand™.


Sarapan – Sandwic Sardin Klasik Ayam Brand™

Sandwich Sardin Klasik Ayam Brand™ merupakan satu hidangan kemestian ketika berkelah, dalam perhimpuan keluarga, minum petang mahupun sarapan.


Kosongkan setin Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™, asingkan sebahagian daripada sos tomato yang ada. Lecek sardin bersama bawang Holland yang dipotong dadu kecil, cili hijau yang dihiris halus, satu susu besar jus limau atau lemon dan sedikit daripada sos tomato yang diasingkan sebelum ini. Sapukan inti savuri ikan sardin tersebut di atas roti yang telah disapu mentega dan kepitkan sekeping lagi roti yang bermentega di atasnya. Jika anda ingin menambahkan rasa serta pengambilan serat, tambah kepingan nipis timun pada bahagian inti sandwic tersebut.

Hasil: 8 sandwic yang padat dengan inti Masa penyediaan: 10 minutes Tempoh memasak: 0 minutes


Makan Tengah hari atau Malam: Masak Lemak Cili Padi Mackerel Ayam Brand™

Sekiranya anda memerlukan hidangan segera yang sihat dan enak serta digemari pasangan dan anak-anak, manfaatkan resipi Masak Lemak Cili Padi Mackerel ini.


Sediakan nasi terlebih dahulu, sama ada ditanak atas dapur atau dimasak menggunakan periuk nasi. Himpunkan ramuan yang terdiri daripada satu tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™, satu pek pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™, pek Santan Ayam Brand™ dan sebiji tomato yang dipotong empat.

Masukkan pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™ dalam sebuah pan, kacau sehingga naik bau. Ia biasanya mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minit. Tambah satu atau dua cawan air mengikut kepekatan kuah yang anda gemari dan kacau sehingga sebati. Masak hingga mendidih. Tuangkan keseluruhan pek 200ml Santan Ayam Brand™ dan biarkan kuah mendidih sambil dikacau. Kemudian, tambahkan satu tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ termasuk sos tomato enaknya. Perlahankan api dan biarkan ia mereneh. Tambah tomato yang telah dipotong dan kacau. Kini hidangan anda telah tersedia untuk dimakan bersama nasi.

Saiz hidangan: 4 hingga 6 orang Masa penyediaan: 5 minit Tempoh memasak: 15 minit


Snek bersama Cucur Sardin Rangup

Cucur sardin rangup ini adalah satu sajian sempurna pada hari hujan atau hujung minggu apabila semua orang berada di rumah dan terasa lapar.


Kosongkan satu tin besar Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dalam sebuah mangkuk besar dan lenyekkan ia sehingga menjadi pes yang halus. Pecah tiga biji telur dan gaul sekata. Campur setengah sudu besar garam dan lada hitam secukup rasa ke dalam campuran tadi. Kemudian, kaup setengah cawan tepung jagung dan setengah cawan tepung gandum serta satu cawan air. Gaul sehingga campuran sebati. Panaskan minyak dalam sebuah kuali cetek. Masukkan beberapa longgok campuran sardin ke dalam minyak yang panas. Goreng sehingga cucur berwarna keemasan.

Saiz hidangan: 4 hingga 6 orang Masa penyediaan: 10 minit Tempoh masakan : 15 minit

Cubalah rangkaian ikan dalam tin Ayam Brand™ untuk menambah nilai setiap sajian dan memenuhi keperluan dua hidangan ikan setiap hari dengan mudah. Terokai keenakan Tuna Cili, Tuna dalam Minyak Zaitun dan Tuna dalam Air Ayam Brand™ untuk sumber terbaik protein yang bersesuaian dengan kehidupan dan gaya hidup anda.

Untuk menambah Nilai dalam Setiap Tin Ayam Brand™ terhadap sajian Ayam Brand™ anda, sertai peraduan Beli & Menang Ayam Brand™ yang berlangsung sekarang sehingga 30 Jun 2024. Anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan termasuk emas seberat 10g atau 29g, Philips Airfryer (5000 Series XL) baharu atau kredit e-dompet Touch n’ Go bernilai RM100.

Anda hanya perlu membeli mana-mana produk Ayam Brand™, Duchef atau Yumeat berjumlah RM20 dan memgambil gambar resit pembelian dengan jelas sebelum dihantar menerusi aplikasi WhatsApp ke talian +6018-3119980. Anda dibenarkan menggabungkan rangkaian produk di bawah Ayam Brand™ bagi menyertai peraduan ini. Patuhi arahan yang diberikan untuk berkongsi nama penuh dan nombor IC bagi melayakkan anda memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan. Layari laman www.ayambrand.com.my/jombelidanmenang2024 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Produk-produk Ayam brand boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™ juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.






[1] https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/omega-3/


[2] https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/omega-3/


[3] https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15812120/

[4]https://www.myfoodresearch.com/uploads/8/4/8/5/84855864/_38__fr-2021-050_muhammad_ezzudin_2.pdf

Monday, June 17, 2024

Pelancaran Baharu: Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

Hi Korang,

Sempena sambutan Hari Bapa, GINTELL, iaitu rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL di LG Oval Court, 1 Utama Shopping Centre.

Kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL ini diilhamkan oleh salah seorang watak wira “Marvel” iaitu, “Spider-Man”. Fungsi utama kerusi urut “Spider-Man” GINTELL ini adalah Teknologi Roda Urut HD (Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional). Ia meliputi 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu untuk urutan tisu secara mendalam. Ia mampu membantu pengguna mengurangkan tekanan badan secara keseluruhan.


Pihak pengurusan GINTELL, duta GINTELL, Dato' Seri Master Chris Leong, pihak pengurusan 1 Utama Shopping Centre, dan ahli media adalah antara tetamu yang hadir pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan persembahan tarian singa dan pengenalan ringkas kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL kepada semua tetamu yang hadir.

Antara soroton yang utama adalah perkongsian testimoni oleh Dato’ Seri Master Chris Leong, dan pelancaran rasmi kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL oleh Dato’ Seri Master Chris Leong bersama Pengarah Pengurusan Kumpulan GINTELL, Dato’ Goh Cheh Yak.


Bagi menandakan pengakhiran majlis, beberapa peminat dan pengunjung dijemput naik ke atas pentas untuk sesi “mini game” iaitu “catwalk” dan menunjukkan pose tandatangan watak wira Marvel “Spider-Man”. 10 pelanggan bertuah GINTELL juga dipilih sebagai pemenang untuk “Bone Setting Therapy” – demonstrasi langsung oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong secara percuma. Majlis ini telah berakhir dengan jayanya dan media & tetamu dijemput ke tempat jamuan.

Kunjungilah “roadshow” GINTELL di LG Oval Court, 1 Utama Shopping Centre yang berlangsung dari 12 Jun 2024 – 23 Jun 2024, 10 pagi – 10 malam. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik untuk pelawat hanya pada hujung minggu iaitu seni lukisan pasir, penyesuaian rantai kunci dan lain-lain. Antara produk yang dipamerkan adalah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain. Promosi kerusi urut sah untuk masa terhad sahaja bermula serendah RM2,988 sempena Hari Bapa.


Latar Belakang GINTELL

GINTELL merupakan satu jenama antarabangsa yang diasaskan oleh usahawan Malaysia sejak tahun 1996. GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL (M) SDN. BHD mempunyai lebih

100 cawangan bilik pameran yang dibuka di seluruh Malaysia. GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua kali oleh Malaysia Book of Records untuk jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak. Matlamat utama

GINTELL adalah untuk menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk mereka yang selaras dengan cogan kata “Health, Love, Life” serta misi iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”.


Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

Kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL dikuasai dengan Teknologi Roda Urut HD (Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional) dimana urutannya seolah meniru aksi sentuhan manusia. Roda Urut HD ini mempunyai 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu. Ia membolehkan urutan tisu secara mendalam yang membantu pengguna mengurangkan tekanan badan seolah pengguna berada di pusat urutan profesional meski mereka berada di rumah.

Fungsi Terapi Haba Lutut yang ada pada kerusi urut “Spider-Man” GINTELL meliputi tambahan 30% liputan di mana ia boleh mengurut kedua-dua betis dan lutut pada masa yang sama. Terapi haba dan refleksologi kaki secara keseluruhannya mampu membantu meregangkan kekejangan sendi, melancarkan pengedaran darah dalam badan serta menghilangkan sakit otot. Program ini amat berfaedah kepada warga emas kerana ia dapat membantu mengurangkan sakit kaki mereka.

Untuk memulakan program urutan, pengguna boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon atau gajet pintar mereka iaitu dengan penggunaan sambungan “Bluetooth” terus ke aplikasi GINTELL Super App OS yang boleh dimuat turun dari “Google Play Store” dan “App Store”.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan arahan suara melalui fungsi Kawalan Suara AI untuk mengawal kerusi urut. Dengan program AI Vi Memori pula, pengguna hanya perlu memilih program urutan kegemaran mereka dan menyimpannya ke slot AI Vi Memori untuk akses mudah pada bila-bila masa. Fungsi ini amat berfaedah untuk pengguna yang kurang pengetahuan tentang penggunaan teknikal terutamanya warga emas.

Fungsi-fungsi lain yang ada pada kerusi urut Spider-Man GINTELL adalah 12 program automatik, 10 teknik urutan, mod “Zero Gravity”, trek SV, urutan boleh laras (kelebaran untuk belakang), sambungan urutan kaki boleh laras, dan pembesar suara “Bluetooth.”

Sempena Hari Bapa, GINTELL menawarkan promosi khas terutamanya untuk kerusi urut bermula serendah RM2,988. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki kerusi urut! Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60167500998 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat untuk rasai sendiri kerusi urut terhad “Spider-Man” GINTELL.

Your All Time Health Companion


Saturday, June 15, 2024

Miliki Rumah di Bayu Sutera, Anda Berpeluang UntukTunaikan Umrah Bersama Tersayang

Hi Korang,

Pernah ke korang dengar mengenai perumahan Bayu Sutera di Sendayan?

 

Kalau belum mari kak lily perkenalkan serba sedikit mengenainya. 

 


Perumahan Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan ini, yang mana berkeluasan 216 ekar & fasa pertama pembangunan Bayu Sutera telah dilancarkan pada 2021 danianya mencapai penjualan pantas adalah bukti penerimaan dan penyerahan 963 unit kepada pemilik rumah dari Matrix Concepts ini 

 

Bagi tawaran kediaman siri terbaru ini, memperkenalkan 2 fasa terbaharu di Bayu Sutera yang sedang dibangunkan iaitu Izara II dan juga Elonia III.  Kediaman tepi tasik dengan keunikan landskap yang aestetik menggabungkan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi. 



Bagi fasa kediaman Izara II dan Elonia III kedua-duanya menawarkan rumah teres dua tingkat jenis hartanah milik bebas dengan keluasan 20’ x 70’ binaan  2,315 kaki persegi. Rumah kediaman yang cukup selesa ini menawarkan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Untuk Izara II ini hanya ditawarkan 171 unit kediaman. Manakala  Elonia III hanya esklusif 38 unit sahaja.  

 


Di antara aspek yang di perkenalkan seperti ruang tamu serba boleh, susun atur yang dipanjangkan sepenuhnya, bilik tidur yang luas dan bilik mandi en suite. Smart Homes Features bagi Izara II & Elonia III juga di sediakan seperti digital lockset, lighting module, aircond IR Blaster dan voice control. Kejiranan ini dilengkapi dengan taman penduduknya sendiri & ia adalah enklaf yang selamat bagi memastikan ketenanganfikiran untuk semua penduduk. Komuniti ini mempunyai pos pengawal & pagar perimeter di dalam pembangunan.

 

Pakej Umrah Eksklusif Percuma

 

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki rumah di Bayu Sutera ini, terdapat kempen unik yang memberi peluang para bakalpemilik rumah memiliki rumah di Izara atau Elonia @ Bayu Sutera untuk menunaikan umrah. Selain daripada memiliki rumah dalam komuniti sedemikian menawarkan keselesaan dan kestabilan, umrah juga dapat memberikan ganjaran dan keberkatanrohani yang besar. 



Kempen ini bermula dari 20 Mei 2024 hingga ke 20 Ogos 2024dan kawasan perumahan yang terlibat adalah Bayu Sutera 3a (Izara II) dan 4a3 (Elonia III) bagi Unit Bumi sahaja. Pakej umrahpercuma ini adalah untuk dua orang yang disediakan dengansetiap pembelian rumah.

 

Pakej umrah ini termasuklah seperti :

Baucar Tunai Umrah RM16,000 untuk 2 orang

11 hari 10 malam di Arab Saudi

Tiket penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan dan hidanganpenuh

Lawatan ke tapak penting seperti Muzium Al Wahyu di Makkah

 

Oh ya Kursus Umrah, Kit Umrah, Air Zam-zam, dan bimbinganMutawif yang berpengalaman semua di sediakan sekali di dalam pakej umrah ini. Butiran terma dan syarat selanjutnya boleh dirujuk pada Agensi Pelancongan yang dilantik iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.

 

Ciri-Ciri Komuniti Bayu Sutera

 

Di antara ciri-ciri Komuniti Bayu Sutera adalah kawasan enklafselamat dengan pagar keselamatan tinggi dan pos pengawalberperimeter di dalam kawasan perumahan. Taman rekrasi untukpara penduduk, laluan berjoging, taman permainan, gelanggangbadminton, laluan refleksologi dan banyak lagi.

 

Dan baru-baru ini juga Matrix Concept telah pun memenangi Anugerah StarProperty bagi Anugerah Cornerstone – Pembangunan Landed Terbaik (Kecemerlangan) 2024

 

Antara Kemudahan Lain di Bayu Sutera

 

Bayu Biz adalah pembangunan hab komersial terkini di Bayu Sutera. Terletak secara strategik di antara jalan kediaman yang sibuk di Bayu Sutera dan kawasan kejiranan sekitarnya, Bayu Bizbersedia untuk menjadi hab pusat perniagaan, membeli-belah dan aktiviti sosial dalam komuniti.

 


Begitu juga sekiranya ingin melakukan aktiviti yang lain boleh terjah ke d’Tempat Country Club, X Park Sendayan, Sekolah Global Matrix dan Dataran Pernigaan Sendayan




Memiliki rumah di kawasan matang antara kelebihannya ia mempunyai kemudahan lengkap serta infrastruktur seperti jaringan internet dan jaringan lebuhraya jauh lebih sempurna, Bahkan kawasan matang mempunyai komuniti yang lebih baikkerana kawasan tersebut telah menjadi lokasi kehidupanberkeluarga dan golongan kelas pekerja. 


Sememangnya sangat disyorkan bagi pelaburan hartanah, adalahlebih baik untuk kita lebih menumpukan fokus kepada hartanah di kawasan matang kerana telah sedia ada permintaan dari pelbagaigolongan seperti kelas pekerja dan berkeluarga.

 

Tawaran Jualan dan Promosi Menarik dari Matrix

 

Matrix Concepts Holdings Berhad sentiasa menawarkan pakejjualan terbaik berserta kempen yang cukup menarik. Untuk membeli rumah di Bayu Sutera, bayaran pendahuluan yang dikenakan cukup rendah dan berpatutan.

 


Manakala yuran guaman di atas duti SPA dan pinjaman diberikansecara percuma. Bukan itu sahaja, setiap pembeli rumah di Bayu Sutera secara automatiknya menjadi ahli kelab d’Tempat Country Club. Tiada fee atau yuran dikenakan kerana ianya percuma dan pembeli boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakandi rumah kelab ini. 


Ayuh Semua….

 

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rumah di fasa terbaruBayu Sutera iaitu Izara II dan Elonia III. Satu peluang yang cukupunik menggabungkan pemilikan rumah dengan perjalanan rohaniUmrah.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen yang sedangberlangsung boleh layari: https://umrahbersama.bayusutera.com/4

 

Instagram @matrix_concepts

Facebook @matrixconceptshomes

#BayuSutera #JomUmrah #DreamHome #SmartLiving#UmrahPackage