Showing posts with label world of curries. Show all posts
Showing posts with label world of curries. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

'WORLD OF CURRIES' Di Palace of Golden Horses Hotel

Hi Korang,


Bagi peminat kari yang senantiasa non stop pekena kari siang atau pun malam kan.


Ni nak bagitau ada berita baik untuk korang penggemar kari ek.


Sempena bulan April ini, pihak Carousel International Coffeehouse mengadakan promosi ‘World of Curries’ di Palace of Golden Horses Hotel. Diterajui oleh Chef Sous Eksekutif, S. Mageswaran dan brigadenya dapur, promosi ‘ World of Curries’ pada harga RM128 nett (dewasa) dan RM65 nett (kanak-kanak) dan disediakan untuk makan malam sahaja.


Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa dari lebih 20 buah negara yang berbeza di seluruh rantau termasuk India, Sri Lanka, Jepun, Maldives, Indonesia, Bangladesh, Brazil, Thailand dan Malaysia.











Sepanjang sepanjang bulan April, pengunjung boleh memilih dari pelbagai pilihan untuk bersantai seperti Retro Curry of Beef with Prawns and Fish (Japanese), Okra and Chicken Curry (Turkish), Macchhilli Jaisamandi (Rajasthan), Finish-style Mojakka Beef Stew (Finland), Steam Clams with Curry (Portuguese), Brazilian Fish Stew (Brazil); dan tidak lupa juga negara jiran kita seperti Green Curry with Fish and Eggplant (Thailand), Authentic Bangladeshi Beef Curry (Bangladesh), Padang-style Chicken Curry (Indonesia), Vegetable Curry (Sri Lanka) dan Pajeri Nenas dari (Malaysia).

Terdapat pelbagai jenis pembuka selera di hidangan bufet termasuklah Smoked Salmon Roulade with Mesclun and Orange Segment, Thai-style Minced Chicken Salad (Lab Gai), Tikka Marinated Chicken with Cilantro and Tomato Salad, Poached Shrimps and Melon Salad, Pasta and Seafood Salad with Pesto Dressing, Marinated Squid and Black Bean Salad, Popiah Basah dan Pasembor Mamak.





Bufet 'World of Curries' juga menawarkan hidangan lain yangdi sukai oleh rakyat Malaysia seperti Kari Kepala /kan Nyonya Berbendi, Udang Masak Samba/, Anika Sayur Tumis Berkunyit, Wok-Fried Flower Crab, Stir-Fried Lamb with Ginger dan Spring Onion serta Braised Bean curd with Broccoli and Crab Meat Sauce.


Tengoklah letak semua sekali dalam satu pinggan kan, senang nak makan. Semua dapat rasa sekaligus hehehe

So apa lagi, mari ke

Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor

Tel : 60 3 8946 4888