Showing posts with label working life. Show all posts
Showing posts with label working life. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Otak Saya Penat


Hi Korang,

Aku belum mampu menulis untuk mengeluarkan idea-idea bernas lagi.

Kalau korang perasan entry aku dalam minggu ni dan minggu lepas semua pendek-pendek belaka. Kalau yang panjang-panjang tu ada advertorial gamaknya. 

Sebab terlampau banyak menda yang terjadi dalam 2 minggu ni.

Baik kerja hakiki, kerja blogging, kerja rumah, kerja dengan family dan memacam lagi lah. Straight non stop bekerja dari pagi sampai ke pagi balik dah ni.

Jawabnya


Inilah dia, bila ada time tidur kejap untuk kurangkan kadar kepenatan otak aku.

Memang letih wei.

I need a break!

Korang, tolong baru idea untuk rehatkan otak ni...


Friday, July 19, 2013

Seminggu Di Bulan Ramadhan

Hi Korang,

Apa yang korang rasa setelah seminggu berpuasa?

Haruslah lapar, dahaga, penat tak cukup tidur tu standard lah kan. Semua orang rasa cam tuh. Lelain tak de ke


Macam aku plak,

1. Bekerja dalam bulan puasa tahun ni memang mencabar sebab kena take over kerja orang lain buat sementara waktu yang orang tu tak brief langsung (kedekut ilmu betul) apa nak buat. Di samping itu gak, ada 2 tender yang aku kena tolong buat sekali yang nak kena submit dalam bulan puasa ni gak.
Rasa: penat sampai malas nak citerlah

2. Seminggu tak jejak kaki ke Bazaar Ramadhan lagi, walaupun depan rumah je bazaar ni. Jimat banyak tuh. Semuanya masak apa yang ada kat dapur ni.
Rasa: Bangga coz dapat tepis dugaan selera nak makan macam-macam.

2. Skill memasak aku lebih improved sebab sekarang ni aku masak tak payah rasa pun cukup itu dan ini. Hasilnya tak masin dan tak tawar, just nice kat Mr Big.
Rasa: Seronok coz aku dapat gunakan deria sebaik mungkin

3. Waktu menonton TV dan memblog semakin kurang berikutan, aku tidur awal dan penat.
Rasa: Rugi plak tapi tak per TV aku boleh record dan Blog aku dah disiapkan schedule post time weekend

Hah memacam rasa kan, walaupun apa sekali pun aku ikhlas mengerjakannya. Tapi yang paling sedih aku belum ada kesempatan lagi nak ke masjid buat solat terawih. Memang sadis sungguh, rasa rugi sesangat.

Apa-apa pun dalam 3 minggu akan datang ni, aku akan cuba buat. Dapat 2-3 kali pun jadilah daripada tak de kan.

Korang doakan ye…

Amin

Thursday, June 20, 2013

RM3 Je Sushi Sepinggan Minggu Ni

Hi Korang,

Aku rasa Sushi King memang pandai menambat hati loyal customernya

untuk yang ada membercard je tau

Rasanya cam baru je 2 bulan lepas, promotion RM3 sepinggan ni diorg buat. Ni buat lagi ek. Bagus cam ni kan.

Itulah untungnya ada member card Sushi King, apa privilège di situ.

tengok pinggan aku,cam kucing

So isnin lepas, during lunchtime ktorg serbu Sushi King The Mines ni, dah outlet ni je yang dekat so pi lah situ kan.  Memandangkan lunchtime ktorg 12.00 – 1pm so time ktorg sampai tu memang tak ramai orang, so dapatlah seat dengan tak payah menunggu.

telur ikan beso

di antara yang dibedal

salmon kat atas tu

Dalam masa 45 minit, ktorg boleh makan seberapa banyak pinggan sushi dengan harga RM3 sepinggan. Apa lagi, amik amik amik dan amik apa je yang nak makan kat atas conveyor belt tuh. Aku cuma aim salmon, tempura, telur ikan dan telur udang.

rambang mata memiliH

Asal lalu je, aku sapu. Pantang nampak pakai amik je. Sudahnya bertingkat-tingkat pinggan yang ktorg bedal.

kira pinggan kali pertama

kira pinggan kali kedua

Sudahnya semua sekali RM76 termasuk tax. So bahagi 4 orang, jadi sorang kena RM19 je. Makan cam nak gile cuma RM19 je, haruslah seronok.

Keluar dari Sushi King terus naik tangga then berjalan sampai ke parking coz nak kurangkan pulut yang ada dalam perut tu kan. Teruk betul perangai kan, bila dah kenyang baru nak insaf.

Ah sudahlah semua itu auta belaka…

Anyway, Selamat Makan Korang..