Showing posts with label workaholic. Show all posts
Showing posts with label workaholic. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

Dapat Jugak Makan Pizza Hut

Hi Korang,

Life aku kat site ni memang carca marba

Pegi keje gelap dan balik hotel pun gelap. Siang malam keja, mengadap laptop tak tentu masa. Even dah balik hotel pun sambung lagi buat keje kan. La keja blogging pun mesti jalan gak, sampai kengkawan aku cakap aku memang workaholic ek. hahahahha lantakla janji keja siap!

Memang tak sempat nak buat food review kat restoran di JB ni, tak de masa gak wei. Tapi adalah 3-4 restoran aku singgah but itu later ye. 

Dah 2-3 hari tekak ni duk ngidam nak makan Pizza. Walhal kedai PHD Pizza Hut tu, dekat benau dengan hotel kan. So biarlah dulu, nanti ada masa pi makan lah. Ishkk terbayang-bayang Deli Wings yang hitam pekat melekat tapi sedap tu kan, ntah apa bahan marinated yang diorang guna, aku still tak boleh nak agak lagi.

Nak di jadikan citer, ada visitor plak nak masuk site ktorang ni. So haruslah di berikan layanan istimewa, mana tau ade rezeki nak buat project dengan diorang pulak kan. Siapkanlah apa yang patut, material presentation, safety equipment dan memacam lagi. 

Tup-tup ada makan-makan pulak, dah tetamu datang kan. Haruslah kena bagi makan sedap-sedap sket, terus aku tanya admin korang ni nak sediakan makanan apa. What? Pizza Hut! yeah impian terlaksana la ek. Terus je amoi ni buat order secara online. hauhauhauhauahuahau best best best!

tukang order, online je senang sekarang ni

Sebab order lebih daripada RM300 so ktorang kena buat order online 3 kali.

kat kaunter nak bayar

orang-orang kuat makan

Settle je order, dalam tengahari cam tu ktorang pi collect. Memang convenience betul, sesampai je tengok nama kat screen yang order ktorang sedang dibuat, jadi kena tunggu jap. So apa lagi its selfie time kan.

lebih 15 kotak pizza yang ktorang order, belum termasuk side dish lagi ek

Sampai site, terus je prepare apa yang patut untuk visitor tuh.

lambakan pizza pelbagai perasa


muka orang happy dapat makan drummet

Once visitor punye settle, apa lagi teruslah ktorang open table kat bilik DC ni. Tolak document kiri kanan, kosongkan meja dan makannnn...

nampak tak atas document pun ada pizza gak

Ntah apa flavour pun aku tak tau, yang aku tau puas makan pizza dengan deli wings sekali dan tempura udang yang banyak. Makan makan dan makan sampai sengkih perut kan. Kira sepanjang hari tuh, kejap-kejap bebudak ni datang amik pizza makan kan. 

Terima kasihlah kat boss sado sebab banjer ktorang makan sedap ari ni kan, kira tertunailah hasrat dihati bak kata blogger kak ina KL hehehehhehehe

Ok chow!

p/s: so bebudak #BloggerKakiMakan bila kita nak pi serang pizza hut plak kan hahahha


Thursday, July 9, 2015

Sahur Di Hotel

Hi Korang,

Ini entry tak boleh tidur lepas sahur pagi tadi.

Dah sekian lama aku duk kat hotel ni, baru aku tahu yang hotel ni ada sediakan sahur. 
Terukkan? siapa teruk? aku lah yang teruk.

Berat sangat nak bukak mulut untuk bertanya

Ni gara-gara office mate aku duk mintak kupon breakfast malam tadi. Aku pun gegatal la tanya, kenapa hotel tak provide sahur untuk muslim guest. Terus je budak reception cakap ada kak dan dia bagi kupon sahur.

Sengal kan..

So pagi tadi bersungguhlah aku bangun untuk sahur ni.

Sampai lobby sudah, gelap semacam je pulak cafe ni. Pandang kiri kanan tak de orang pun, then nampak budak reception tu tanye lagi.

CLP : adik kata ada sahur?
Reception : ada kak kat sebelah.
CLP : sebelah mana?
Reception : kedai mamak sebelah tuh. Akak bagi je kupon dan mintak je nak makan apa.
CLP : oh gituh. Patutlah tengok Cafe gelap je kan.

Terus pi sebelah cafe tuh.

Rupanya melambak-melambak guest hotel tengah makan. 


Ishk segan sungguh i la, dengan muka cuci cam tuh je, dengan mata tak leh nak bukak terus je order makan. Dahlah semua orang ingat, apa gilernya budak cina ni bangun sahur kan hauhauhaua. Mata sampai tak leh nak bukak tuh. Just imagine, mulut nganga tapi mata sampai biji mata pun tak nampak. 

Teruk nau la perangai kan. 

Makan cepat-cepat terus naik bilik dan tido. Ermm tapi tak tido pun, sibuk main dusbsmash lagu raya kan huahauhauhauhau

Wednesday, June 24, 2015

Cabaran Bulan Puasa Tahun 2015 Ni

Hi Korang,

Ermm cabaran ek ? tak delah apa yang tercabar pun.


Cuma puasa dan raya tahun ini, aku kena duty travel pulak ke JB. Biasalah bila projek nak close out je, jadi akulah orang pertama yang akan kena jalankan tugas.

MH1307

hotel dalam 5 minit je dari Legoland ni, dekat bebenau

Memang seronok orang kata kena outstation lelama ni, yelah sebab dapat allowance banyak dan menimbun-nimbun macam bukit tapi hakikatnya bukan harta benda yang aku cari. Bila dah sampai peringkat cam ni, aku dah tak berapa kisah pasal duit ni pun just nice ada duit cukup untuk perbelanjaan seharian udah ler.

Bila kena berjauhan dengan Mr Big ni, itu yang rasa tak syiok tuh. Communicate by call dengan WhatsApp sajor, cara mana lagi nak buat kan. Tambahan pulak kena time bulan puasa ni. Jawabnya kenalah dia uruskan sendiri soal makan minum time bulan puasa ni huhuhuhuhu sedey oooo

hari tu jumpa kat Melaka je

Nasib baik weekend boleh balik KL cam biasa kan, time nilah aku pulun habis melayan dia kan. Masak, mengemas, jalan-jalan dan memacam lagi lah hahahahaha baru isteri mithali katanya.

Begitulah citernya kisah ramadhan 2015 ni.

So bertabahlah….

p/s : kalau ada johorean blogger especially yang kat JB, jom buka sekali... Banafe Village pun awesome gak kan hehehe

Monday, February 23, 2015

Belajar Pasal SERVER Komputer

Hi Korang,

3-4 hari menulis terus jadi beku otak dibuatnya.

Tup-tup pagi ni masuk office dah kena belajar pasal server komputer plak. Ya ampun, manalah aku ada basic belajar IT ni, setakat tulis merapu-rapu kat blog dan sket-sket tekan HTML code retilah.



Tengoklah wayar berselirat tu ek.

Silap-silap dengan aku-aku sekali boleh terbelit kat tempat server ni. Ishkk inilah dia staff multitasking, semua kena amik tau kalau jadi apa-apa kan.

So bos, sila naikkan gaji saya sebanyak 50% untuk kerja-kerja sub ni ek. Kalau tak saya cabut semua wayar biar semua orang tak leh buat keja 

hehehhehe

Chillax everyone..

p/s : ini je sempat sembang pepagi ni ek, banyak kerja sebenarnya ni..