Showing posts with label whitening mask. Show all posts
Showing posts with label whitening mask. Show all posts

Friday, April 26, 2013

I Joined Biggest TT Mask Review Party, Yeah!


Hi Korang,

Sebelum tuh, mintak tolong VOTE aku kat blog denaihati.com ye, tekan kat LINK ni

Ok back to story now!


Aku rasa bertuah sangat sebab dapat join Mask Review Party yang terbesar dalam dunia blogging ni.

Ye ko, tak kan nak tipu plak.


Boleh masuk Guinness Book Record la, dia dah register ke belum ek.

Ktorg bebudak beauty bloggers ni dapat mask untuk digunakan secara serentak, semuanya sampai kat umah dalam hari yang sama. 

Efficient sungguh kan.

Ok ni yang aku dapat


Dapat 4 keping mask dari TT Mask dan cash voucher sekali tau.

Sukenya


Malam tu terus gak pakai Swallow’s Nest Mask ni.

Ianya merupakan mask untuk flawless whitening mask yang membolehkan kulit muka seperti a baby-like radiance and softness.

Wah kemain lagi benefitnya

Cara pakai mask:-


Itu je instruction kat belakang packging ni. Kalau nak details meh klik kat entry PAKAI MASK ye

Dah pakai pun, moh rehatkan muka sambil tengok TV ye



Lega betul rasanya, yelah dah lama tak pi facial kat Anjung Jelita SpaNasib baik ada mask ni kira cam pi facial gak lah.

Thank you to Tammy dari Plusizekitten.com for these special project.Lain kali kalau ada lagi, jangan lupa invite me ye..



Jom check it out more detail of this mask at www.ttmask.my and www.facebook.com/ttmaskMalaysia

Korang pun boleh visit
 International Beauty Expo event from 18- 21 May, 2013 at Kuala Lumpur Convention Centre at Booth Number 2003 & 2005


Tuesday, October 30, 2012

10 Minit Je Cantik Dengan Garnier Whitening Essence Mask

Hi Korang,

Korang ingat aku ni ada banyak masa ke belek kulit muka yang berminyak ni, nan adonya masa. Setakat basic regime setiap hari tu jelah aku tepek. Kalau nak pi facial ni memang payahlah, langsung tak de time tapi kalau pi dinner ada plak masanya pi salon buat rambut kan.

Nak tak nak kena buat facial kat umah je lah bila ada free time barang ½ jam gitu. Dah lepas mandi, bercuci, berscrub bagai kat muka tu kan. Aku pun pakai Light Intensive 3 in 1 Whitening Essence Mask ni.

Kalau korang google kandungan bahan yang ada dalam Essence Mask ni seperti Tanggula Glacier Water, Sctellaria Extract dan Pure Lemon Essence ni yang menjadikan kulit muka kita ni sihat dan menyegarkan. Di samping tu Garnier mask ni juga dapat memberi kelembapan, mencerahkan dan kaya dengan vitamin C.


Alah 10 minit jelah, meh tengok apa aku dah buat dengan Whitening Mask ni.

Muka kenalah dibersihkan terlebih dahulu, kalau ada bekas make-up pi cuci lah nokss. Pemalas betul lah pompuan ni tau.

Keluarkan dari plastik Garnier Essence Mask tersebut, dah terus tepek kat muka korang. Ikutlah bentuk yang ada tuh. Letak kat mata, hidung dan mulut dengan betul.

Dah tepek tuh, cer tampar manja-manja sket nak kasi Essence tu meresap kat kulit muka.


Apalagi baringlah dan tunggu 10 minit. Rehatkan mata kejap kan tapi jangan sampai tertidur plak. Kang kejung plak mask tu kat muka korang ek.


Buka lah mask tuh, sket demi sket ek takut hilanglah Essence tu. Heheheheh tipu je lah.


Hah, rasa segar tak? Haruslah. Ok belek-belek sket kulit muka tu. Tengok apa yang patut. Lubang pore mengecil ke, jerawat tumbuh ke kan.

Kalau boleh pakai mask ni seeloknya 2 kali seminggu kalau kulit muka korang bermasalah macam aku lah, kalau tak sekali seminggu je dah cukup.


Ok, Garnier Light Intensive 3 In 1 Whitening Essence Mask ni boleh di dapati di seluruh pasaraya dan farmasi di Malaysia dengan harga RM7.90 sekeping. Murah kan, harga chicken chop sepinggan pun lagi mahal, betul tak?

Nak cantik mestilah kena rajin baru big brother puji melambung kan. Hehehehehheeh..

Ok itu je tips kecantikan aku untuk kali nie. 
Jumpa lagi.