Showing posts with label where to eat mediterranean food. Show all posts
Showing posts with label where to eat mediterranean food. Show all posts

Wednesday, October 16, 2013

Makan Di Armada Hotel Semasa Promosi Flavours of the Mediterranean

Hi Korang,

Dapat gak mencuba makanan ala Mediterranean ni.

Sebelum ni memang tak pernah langsung, maklumlah belum jumpa tempat yang sesuai dan perfect untuk tekak aku kan.



Bila dapat jemputan istimewa daripada founder MalaysianFoodie.com ni haruslah jangan di tolakkan. Rezeki tuh.

Mehlah tengok apa yang specialnya makanan Mediterranean di Armada Hotel Petaling Jaya ni ek

Ini for starter/appertizer (sama kan dua-dua ni)

Crustacean Platter (RM35)
Ada tiga dish dalam satu plate. Ada udang dengan spaghetti aglio olio, oyster yang di grill dan sotong kurita yang di masak rasa cam pedas, manis

Asparagus and Cheese Risotto (RM22)
Nasi ala Mediterranean aku panggil. Di campur dengan parmesan cheese dan sayur asparagus. Not bad, tak too cheesey sangat.

Ok, pilihan main course plak

Grilled Romesco Tiger Prawn (RM26)
Udang harimau yang di grill bersama sos ROMESCO (aku terlupa plak nak tanya ramuan dalam sos ni). Di hidangkan pula dengan spaghetti so ianya menghasilkan sesuatu rasa yang special dan sedap.



Spanakopites (RM20)
Ini memang aunthentic makanan orang GREECE yang di dalamnya ada inti daging ayam cincang dan sayur bayam. Dengan campuran keju feta ianya di jadikan inti dalam Spanakopites ni. Tak terlalu rasa cheese sangat.

Turkish Lamb (RM30)
Aku kan berapa gemar daging kambing ni. But hidangan ni lain daripada yang lain. Rasa daging kambing biri-birinya memang lembut dan ada rasa perapan jus lemon dan daun rosemeary. Ada plak nasi campuran kayu manis dan kismis, dah macam briyani plak.


Basil Scented Chicken Paprika (RM35)
Ayam yang dipanggang bersama rempah paprika dan juga basil dan dihidangkan sekali dengan risotto sayur bayam. Bau dan rasa paprika ni memang menusuk ke kalbu bila dimakan.


Chicken ala Provencale (RM23)
Ayam goreng yang di masak dengan sos PROVENCALE special dari Perancis. Segan nak tanya chef apa bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Ayam plak bahagian dada memang isinya banyak sekali.

Salmon Ratatouille (RM28)
I love salmon wokeh sebab salmon banyak khasiat. Sangat sedap dan dihidangkan sekali dengan sayur-sayuran yang direbus dan olive oil jadi one of the main ingredients kan.

Apmacam, best kan.


Promosi ini berlangsung dari 1hb Oktober  - 31hb Disember 2013. 3 bulan tuh, oklah boleh lah plan untuk ke mari kan.

Itulah kalau korang tak pernah merasai lagi makanan ala Mediterranean bolehlah berkunjung ke

Utara Rasa Cafe
Armada Hotel
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan 46200 Petaling Jaya, Selangor




"By the way, aku kalau pasal nak tau mana tempat nak makan sedap-sedap ni aku refer kat HungryGoWhere.My sebab review kat dalam website ni bagus-bagus. Sekarang ni dah ada dalam version mobile apps lagi tak kira samaada Google Play dan iOS. Sangat mudah dan membantu aku dalam memilih tempat makan yang sesuai".

Nak senang, klik kat link ni  
http://www.hungrygowhere.my/?utm_source=Cik+Lily+Putih&utm_medium=Blog&utm_term=15Oct&utm_campaign=Oct+Blogger

Apa lagi, mohlah download lekas ye.