Showing posts with label where to eat. Show all posts
Showing posts with label where to eat. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Menu NORWEGIAN SALMON Di Hotel ARMADA, Petaling Jaya

Hi Korang,

Sapa suka Salmon, angkat tangan!

Yesza ikan mahal mestilah aku suka kan. Rasanya yang unik dan warnanya yang ke’oren’an ni memang membuka selera aku betul.



Aku memang suka ke Armada Hotel ni coz diorang memang suka buat promosi makanan yang best-best lagi sedap. Macam hari tuh aku dapat mencuba Mediteranean food, now promosi Salmon plak.

Kita tau bila Salmon je, mesti dikaitkan dengan healthy food. Tak semestinya ye. Pihak hotel bersama dengan Chef di Utara Coffee House ni telah pun menyediakan pelbagai jenis hidangan berasaskan ikan Salmon.

Meh kita intai-intai sket menu ikan Salmon Norwegian ni ye

Salmon Caesar Salad (RM26)
Salad Caesar dengan salmon

Pacific Rim Salmon Soup (RM25)
Shiitake mushroom dan pelbagai jenis herba yang di reneh sekali bersama ikan salmon yang kemudiannya di pekatkan dengan krim masak.

Salmon Roulade & Oyster Gratin (RM30)
Ni special sket, teknik masakannya unik iaitu salmon dipoached untuk mendapatkan hasil yang cantik

Salmon Tostadas (RM26)
Roti pizza berisi Salmon yang dihidangkan bersama guacamole, sourcrea dan tomato salsa

Foil Baked Norwegian Salmon (RM28)
Salmon yang di bakar bersama zucchini, capsicum dan champignon mushroom di dalam foil.


Salmon & Potatoes Au Gratin (RM28)
grill salmon bersama potato. simple tapi sedap tau. Sosnya memang sedap dan creamy

Salmon Tikka (RM26)
Nasi berempah ala-ala nasi beriyani bersama Salmon tandoori  dan acar timun

Terbaek oo



Promosi ini berlangsung dari 1hb March - 30hb April 2014. 3 bulan tuh, oklah boleh lah plan untuk ke mari kan.

Itulah kalau korang teringin sangat nak merasai sendiri keenakkan Menu Norwegian Salmon ni bolehlah berkunjung ke

Utara Coffee House
Armada Hotel
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 46200 

Tel : 03-7954 6888

Buat tempahan cepat-cepat tau. Tapi kalau nak walk in pun boleh jugak.



Friday, May 3, 2013

Makan Di Orchid Bistro, Jusco Cheras Selatan


Hi Korang,

Makan luar lagi ermm kali ni ke Jusco Cheras Selatan plak.

Ini adalah one of Mr Big favourite place during weekend untuk pi melepak sebab shopping complex ni tak beso nak jalan. Bila dah penat cuci mata tu barulah teringat nak makan.


So cuba lah makan kat ORCHID BISTRO ni sebab tempat makan lain semuanya penuh dengan orang, walaupun time tu dah pukul 4 petang.


Tempatnya not bad gak, easy acess betul-betul depan pintu Jaya Jucso ni. Open concept so amat sesuai untuk orang-orang cam aku ni melepak kan. Terlupa nak amik gambo menu, alah bukan penting pun kan.


Minum Ice Lemon Tea ye udah. Penghilang dahaga yang menyegarkan

Tengokla apa yang ktorg order

Sambal Nasi Goreng

Mee Goreng Mamak

Sizzling Mix Grill

Mak oi banyak tuh. Tapi licin gak wei semuanya. Makan sambil borak-borak tup-tup tengok dalam pinggan dah abis pun. Nasi goreng punye telur tu bentuk LOVE kan, comel plak aku tengok. Mee goreng memang betul-betul maka style, terasa segala perasa-perasa yang digunakan.

Harga not bad gak lah, tak lah mahal mana pun. Rasanya semua sekali tak sampai RM40.00 pun. Ntah mana bil pun aku tak tau

update status pun nak amik gambo ke?

Lain kali nak makan kat sini lagi lah, nampak best plak tengok orang lain punya makanan.

Anyway,

Selamat Makan Korang…