Showing posts with label western food sedap di bangi. Show all posts
Showing posts with label western food sedap di bangi. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Terpaksa Citer Pasal Restoran Wadihana Foodys Di Bangi Gateway

Hi Korang,

Note : gambo tak cantik sket coz malas nak bukak flash phone ek. Duduk plak kat tempat gelap hehehehe

Entry ni kiranya bukan nak jatuhkan restaurant Food Galore ni ye.

Memang aku suka nau cuba restoran-restoran yang baru bukak kat area rumah aku ni. Suke-suke nak rasa sedap ke tak, sesuai dengan tekak ke kan.

Ktorang pi cuba makan kat restaurant Food Galore di Bangi Gateway last week. Asalnya nak pi beli penyapu dan penyodok je, tup-tup boleh plak sampai sini. So pi beli bebarang kat Jaya Groccer.


Then masa nak balik, nampak plak restaurant Food Galore ni. Ermm singgah jelah dinner sini.

Boleh dikatakan semua jenis makanan ada kat sini. Nak western ada, local food ada, goreng-goreng ada. Ermm banyaklah choice sampai tak tau nak pilih yang mana kan.

Jadi ktorang order

Rocky Nachos (RM13.90)
nachosnya ranggup, atasnye ada minced chicken kot dan cheese. sedap.

Grilled Striploin (RM25.90)
nampak cam kecik tapi dagingnya tebal dan lembut. Lambat nak abiskan. Mr Big siap suruh aku makan sekali ek.

Portuguese Squid Set (RM15.90)
baca review kat bawah. 

Drinks plak

Blue Lagoon Lemonade (RM7.90)

So far semua makanan bagi aku not bad lah. Sebab mak ni bukan food blogger tegar yang pandai benau pasal makanan kan.

Cuma aku nak komplain bagi suggestion sket mengenai


Portuguese Squid Set

Masa sampai atas meja tuh, memang dah bukak selera aku untuk makan walaupun time tu dah sepatutnya tak boleh makan coz lagi 2 jam time tidur aku kan. Di sebabkan nampak mengancam terus je aku makan.

Mak oi sambal sotong tu teramat pedas yang sampai suapan pertama aku terkeluar air mata. Rupanya sambalnya tak masak betul, tumis belum garing lagi diaorang dah masukkan bahan-bahan lain. Kalau tak betul gaya boleh sakit perut dibuatnya.

Sudahnya aku tak makan pun.

Panggil budak manager restoran tuh, explain bebaik dengan dia pasal perkara ni. Citer elok-elok, bukan complain ye. Nasib baik kena kat orang cam aku yang malas nak kecoh-kecoh ni. Kena kat orang yang tengah lapar lepas tu tak boleh nak makan plak sebab pedas, ermm mau bertumbuk di buatnya kan. Bayar memahal tapi tak leh nak makan.

So hopefully restoran ni akan segera memperbaiki apa yang lebih dan apa yang kurang bagi menjaga kualiti makanan korang ye. Wah, ayat! kemain lagi ek


Nak suggest kat korang ke? ni alamatnya

Foodys
Ground Floor
Bangi Gateway Shopping Centre,
Seksyen 15
Bandar Baru Bangi

Nanti kalau korang pi, cubalah menu tuh. May be diorang dah improve kot. Ikut janji budak manager tuh. Ntah ye ntah tidak, tak tau lah aku kan.

Anyway,

Selamat Makan Korang..