Showing posts with label western dinner. Show all posts
Showing posts with label western dinner. Show all posts

Tuesday, August 15, 2017

AL Fresco BBQ Dinner Di Palm Garden Hotel, iOi Putrajaya

Hi Korang,


Kan Kak Lily dah cakap yang BBQ dinner memang menjadi kegemaran kitaorang berdua.. Pantang ada tempat makan yang ada serve BBQ mesti kitaorang akan terjah. 

Kali ni kami ke Courtyard di Palm Garden Hotel Putrajaya. 


Nasib baik dekat dengan rumah so lepas maghrib kitaorang sampai. Boleh tahan jugak ramai orang yelah jumaat kan so orang boleh chillax a bit.

Kenape di Courtyard?

Eh sebab BBQ kan so kenalah tempat openspace barulah syiok lagipun tak kan nak letak BBQ Pit dalam hotel pulak. 





Terdapat kaunter BBQ yang mana korang boleh lihat sendiri bahan-bahan perapan ni di panggang termasuklah ayam golek, daging lembu, kambing, sosej dan memacam lagi pilihan menu BBQ.








Selain daripada menu BBQ ada menu-menu lain seperti sup, salad, beberapa menu utama macam nasi goreng, mee goreng, pasta, sate dan pencuci mulut sebagai penutup. 

ini pinggan ketiga yang sempat ambil gambar, yang lain ntah kemana hehehhe

Promosi Al Fresco BBQ ni boleh di dapati setiap hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu bermula dari pukul 6.30petang hingga 10.00malam pada harga RM80.00 nett (dewasa) dan RM48.00 nett (kanak-kanak 4-12tahun) serta warga emas.

The Al Fresco BBQ 
Courtyard
Palm Garden Hotel
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd)
IOI Resort City
62502 Putrajaya



Tel: 603 8943 2233
Fax: 603 8943 1122


Ok Selamat Menjamu Selera semuanya…






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, August 18, 2014

Makan Malam Di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Hotel KL

Hi Korang,

Last week was horrible!

Dengan every night penuh dengan eating out, events, reviews dan memacam lagi. Pendek kata jadual penuh seminggu siang malam pagi petang. Tapi yang mana aku boleh pergi then aku pergi dan kalau tak aku pass kat beberapa blogger lain.

Tapi dinner kat Makan Kitchen ni bukan review ye.


Just simple dinner untuk staff Public Bank KL. Mr Big la yang beria-ria ajak, aku ni segan sket dengan bebudak office dia. Maklumlah orang keje bank, mana nak geng dengan orang yang keje cabuk cam aku ni. Kita ni berjemur tengah panas, hitam legam, baju pun sempoi je. Lain la diorang tuh, duk dalam opis kemas je nampak kan, handbag Prada, Gucci, Fendi bagai kan.

Ermm melalut lagi, arghh sudahlah. Meh citer pasal makan..

dengan tukang ajak... thank you dear

Aku selalu ke DoubleTree hotel ni sebab banyak event buat kat sini, so kira dah terrer selok belok dalam hotel ni. Cepat jelah aku sampai, tunggu Mr Big jap kat lobby then terus naik tingkat 11.

Nasib baik bebudak department Mr Big dah chop tempat cer-cepat, rasa selesa sket. Tak nak duduk dengan orang tak kenal kan. Hah ko meja panjang gituh. Actually is a buffet dinner, apa lagi pusing satu restoran ni sebelum amik makanan. Tup-tup cam rasa pelik plak, bila pi makan hotel tak amik gambar kan. Yelah ini bukan review, tapi terus patah balik kat meja ambil camera.

Dapatlah snap 3-4 keping gambar untuk korang tengok.











So far not bad gak makanan kat sini, ada sedap ada tak. Sate of courselah sedap. Pilihan lauk-lauk aku rasa cam sket. Diorang kat sini more to Chinese dan Indian cuisine. So ade special section for these 2 cuisine.

Aku makan

variety of dessert

sate, paru goreng

crab meat soup dengan mantou

pinggan chief cashier, pinjam jap ek

Jadilah rezeki malam tuh.

Ktorang di antara yang paling last-last balik coz sibuk borak-borak pasal trip nak ke Jakarta nanti sampai tak sedar area yang ktorang duduk tu dah kosong kan.

Anyway thank you kat Mr Big kan, dapatlah gak merasa makan di sini.

Poyo sangat statement, padahal selalu benau dapat invite makan ke hotel kan. Hahahahaha..

Korang nak ke sini,


DoubleTree by Hilton Hotel,
The Internark,
182, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

Tel:03-2172 7272

Nanti nak pi masuk ikut jalan belakang balai polis Jalan Tun Razak tuh, dari situ dah nampak dah signage parking. Diorang tak special parking pun, share dengan office tower yang lain ye. Tingkat bawah boleh, nak naik tingkat atas pun boleh.