Showing posts with label western Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label western Jalan-jalan cari makan. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Sempoi Cafe, Bangi. Memang Betul SEMPOI

Hi Korang,

Dah lama aku pi try makan kat sini dengan Mr Big, now baru ada masa nak citer.


Aku perasan Sempoi Cafe ni masuk dalam Jalan-jalan cari Makan (JJCM TV3) dah lama gak lah. So itu yang cari tuh, perasan-perasan rupanya ada kat Seksyen 9, sebaris dengan restoran Ayam Penyet.

Ktorg pi lepas maghrib camtu, so orang tak delah ramai pun.

Pekerja cam tu gak lah, ada 2-3 orang tukang amik order. Keadaan kedai cam malap sket lah, may be nak nampakkan suasana peace, calm dan nyaman kot.

Meh tengok apa yang ktorg order

Nasi lemak Sempoi

Kalau korang perasan kat dalam pinggan tu, apa yang tak de ? Haruslah condiments macam ikan bilis, kacang tak de. Bila aku tanya kenapa tak de ? waitress dia boleh cakap nak ke ? Aduiyai malas nak bising, Mr Big cakap tak perlah kalau tak de. Memang betul-betul sempoi ni

Nasi goreng Sempoi

Itulah dia, nasi gorengnya. Betul-betul sempoi, nasi goreng kicap dan ayam kunyit. Sket bebenor. Yang hijau-hijau tu bukan daun bawang ye but cili api hijau yang dijadikan rencah. Sudahnya aku sibuk duk asingkan cili api dan nasi. Sejemput tu la jawabnya

Cucur Udang

Bolehlah, sempoi gak lah. Tapi aku tak jumpa udang pun. Ermm cucur tepung lah jawabnya

Garlic butter bread + mushroom soup

Tapi mushroom soup je tak de coz dah abis, nak tak nak bedal roti jelah sebab dah order kan.

Pengalaman makan di tempat baru cam ni, amat MENDUKACITAKAN. Terlalu simple agaknya bersesuaian dengan nama kedai kot. May be time aku pergi ni, tukang masaknya baru lepas putus cinta ke, permohonan untuk buat loan kereta gagal ke kan. Mana tau, things like this memang boleh effect hasil kerja seseorang tu kan.

Jangan cakap orang aku pun cam tu gak lah.

So korang pi la cuba dulu la, mana tau kualiti semakin baik ke teruk ke kan. Makin sedap ke kan

Sempoi Coffee, 
Paragon Point
Seksyen 9, 43650 B.B.Bangi



Selamat Makan Korang !

p/s : Lokasi dah cukup bagus, atas bangunan ni ada hotel. Confirm sentiasa ada customer, tapi kalau makanan tak sedap. Agak-agak customer nak datang tak…

Fikir-fikirkan lah….