Showing posts with label weekend gateaway. Show all posts
Showing posts with label weekend gateaway. Show all posts

Wednesday, November 7, 2018

Weekend Staycation Di Holiday Villa Subang

Hi Korang, 


Kalau tengok betul-betul bulan Oktober lepas ni macam banyak nau kak lily tidur hotel ek. 

Tapi semua tak plan apa pun, malas nak balik tidur hotel 

Pi berjalan sket tup-tup, tidur hotel 

Pi event, eh tidur hotel jugak 

So memang rezeki kak lily agaknya, manjang tidur hotel bulan ni. 


Kebetulan jugak tak de apa nak buat hujung minggu lepas so check in sekejap tambahan pulak dapat discount rate jadi why not kan. Moh lah kite check in di Holiday Villa Subang, 

Ya ampun lambat lagi check in wei walaupun tak de event, ni gara-gara Mr Big lah ni. Kena anto dia pi dinner bank dulu kat Mines then baru kak lily pi Subang. Nasib baik dapat table draw RM400, akan ku cukai bila dia dapat nanti ek. 


Sudahnya check in 6pm tapi masuk bilik pukul 8pm sebab duk makan dulu sambil sembang-sembang dengan bebudak kat sini. 

Dah habis semua acara barulah nak bilik. 

Ya ampun tingkat 18 tinggi tuh dah macam balik umah mama kat Setapak plak kan. 

Bilik 1814 

bahagia ek dapat tidur hotel tiap-tiap minggu, bayo lekas duit minyak dengan toll

Rupanya bilik ni merupakan bilik Corporate Deluxe 



tempat closet

memang empuk wei, sedap betul lah

Ya ampun luas ek, boleh main lari-lari kayaknyaa kan hehehe. Katil King mengadap tv siap ada sofa bagai haruslah kak lily bahagia kan huahauhauhau. 

Tengok ni bilik air plak,






Ada bathtub, yesza terbaek lah boleh berendam cam badak nanti hehehe



Lepas siap bergambar bagai, terus je kak lily baring-baring sambil nak tunggu Mr Big balik hotel. Kengkonon nak menaip blog bagai ermm sudahnya tidur berkeruh-keruh sampai Mr Big call pun tak dengar haahhahaaha 

Bayangkan betapa empuknya katil tuh ek 


Esok paginya kitorang bersarapan di Palm Terrace Coffeehouse. 





Ramai betul tul orang yang menginap di sini sampai kena beratur nak masuk breakfast ye. Menu of courselah international dan local buffet. Mestilah kak lily makan bersungguh-sungguh sebab lapar hehehehe 



Pilihan menu buffet kemain banyak lagi, lepas kali ketiga round terus kak lily dah duduk tersandar kat kerusi ek, sambil tunggu Mr Big habiskan makan. 

Sambil nak naik billik sambil jalan-jalan di sekitar hotel untuk menikmati keindahan waktu pagi, kengkonon nak sun tanned cam omputih kan, sudahnya baring sekejap je kat swimming pool tuh then naik bilik baring kat katil lagi best hehehehe 






In terms of harga bilik oklah kan, takdelah mahal mana pun dan takdelah murah jugak setakat bawah RM300 semalam di Kuala Lumpur ni biasa je tuh. Sekali sekala nak manjakan diri berehat apa salahnya.


Cam tulah kitaorang mengabiskan masa hujung minggu lepas, tak serabut tenang je.. 

Jom kita ke : 

HOLIDAY VILLA HOTEL & CONFERENCE CENTRE SUBANG 
9, Jalan SS 12/1, 
47500 Subang Jaya, 
Selangor Darul Ehsan 

Tel : +60 3 5633 8788 
Fax : +60 3 5633 7449 





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram : 










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, June 1, 2015

Berhujung Minggu Di Grand Millennium Kuala Lumpur

Hi Korang,

Last 2 week ktorang sekeluarga bercuti-cuti Malaysia kat KL je.


Alah ini pun sebab mama dapat compliment stay over di weekend di Grand Millennium Hotel Bukit Bintang. Yelah orang dah pencen so boss beso bagi hadiah special ni.

Ktorang dapat dapat bilik Executive Suite tingkat 11, yelah cukuplah untuk ktorang berlima ni pun. Setakat nak tidur je pun sambil senang nak pi shopping kat Pavilion sebelah tuh hahahaha

Meh tengok gegambar ni ek

special untuk mama

camwhore kejap 

toiletries 

full mini bar 

kudap-kudapan

boleh buat kopi dolce gusto lagi

cantikkan bilik airnya

nen dengan Aakif

siap ada babycoat lagi

Ok ok jeles tak hehehehehe. Memang luas sangat biliknya sebab ada living room sekali. Tapi tak amik gambo pun coz once aku naik bilik dah sepah-sepah dah hahahahha

lepak minum hi-tea di pavilion KL

suker sangat mango ice kat Snowflake ni

salted egg crab di Hokkaido Seafood Restaurant


Ktorang tak de pi makan pun, setakat jejalan di Pavillion cuci-cuci mata je tapi banyak gak yang di shoppingnya. Malamnya pi makan di Restoran Hokkaido Seafood Jalan Ipoh. Sedap gak makanan di restoran ni tapi aku malas nak buat entrylah sebab terlupa nak ambil gambar kan, tengah lapar kot time tuh.


Kemudian ktorang singgah gerai tepi jalan di Chow Kit untuk makan duit, ermm tapi aku tak makan pun so temankan diorang ni makan je lah 

Esoknya

Pepagi lagi bangun sebab nak turun breakfast cercepat kan.

sedap pastrinya

nasi lemak sket sajor

yogurt is a must


Yelah ko breakfast hotel memang sedap belaka. Semuanya ada dan semuanya boleh makan cuma larat atau tidak sajor kan. 

Kemudian balik rehat-rehat sajor mengabiskan masa borak-borak sampailah time check out.

si gemuk baru balik dari Dubai so ktorang dapatlah habuan memasingkan hahaha, tenkiu mok!

memain dengan Budak Aakif ni

papa long jom selfie

ok cepat nen dengan mama pulak

ok tak yah nak tido jom check out

Begitulah cara ktorang spend our quality time with our family members

Simple tapi seronok, tak yah travel jejauh pun. KL pun boleh…


Cik Lily Putih Terfikir : lepas ni tak merasalah lagi duk Grand Millennium sebab mama dah pencen dari situ kan huhuhuhu..