Showing posts with label warna suprima S. Show all posts
Showing posts with label warna suprima S. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Proton Suprima S, Hangat Di Perkatakan

Hi Korang,

Untuk segmen Sayangi Kereta Anda, aku nak citer sket mengenai Proton Suprima S ni.

Bukan apa, ramai plak orang search dalam blog aku ni pasal kereta terbaru keluaran Proton ni.


Proton Suprima S ni telah pun dilancarkan pada 17th Ogos lalu di Matrade Exhibition and Convention Centre yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Aku manalah dapat invitation untuk event besar sebegini, almaklumlah blogger kecil-kecilan je kan. Lainlah kalau aku memang niche blog pasa automotive, confirm dapat invite punya.

Anway ini ada info serba sedikit mengenai Proton Suprima S ni yang aku dapat dari www.arenakereta.com Terima kasih di atas info ni ye.

Jom kita check it out sket ek.

1. ENJIN
1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

2. KESELAMATAN
Enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assistdan kamera undur.



3. REKAAN LUARAN
Secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback.Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan orang ramai. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.



4. REKAAN DALAMAN
Rekaan dalaman model ini nampak biasa sahaja. Sekali pandang, nampak terlalu kosong. Namun begitu, ciri-ciri seperti GPS dikuasakan Android, wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang terserlah kecanggihan yang ditawarkan.

5. HARGA
·         Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
·         Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
·         Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
·         Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

6. PILIHAN WARNA

Ianya di datangkan dalam 5 variasi warna utama iaitu Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan Atlantic Blue


So apmacam, rasa-rasa cam nak beli gak tak?

Bagi aku, kalau korang mampu dan lagi memerlukan eloklah di usahakan untuk membeli. Lagipun berpatutan kot dengan apa yang di tawarkan. Kalau aku taklah kot, memandangkan saiz kereta Proton Suprima S agak comel untuk aku dan Mr Big naik. Silap-silap bahu berlaga bahu nanti. Kan dah rugi.

Tapi kalau nak pi test drive, apa salahnya kan...