Showing posts with label vitagen. Show all posts
Showing posts with label vitagen. Show all posts

Tuesday, November 13, 2018

Trak Kempen VITAGEN DIGESTIVE HEALTH ON-WHEELS Nantikan Kehadirannya

Hi Korang,

Kita sering kali mengabaikan penjagaan kesihatan sistem penghadaman kita, maka VITAGEN telah mengambil langkah untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuannya secara langsung dengan rakyat Malaysia melalui inisiatif pendidikan barunya, VITAGEN Digestive Health On-Wheels. 

Inisiatif pendidikan VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini memaparkan sebuah trak yang dilengkapi dengan maklumat pendidikan mengenai probiotik – Lactobacillus acidophilus & Lactobacillus paracasei – iaitu bakteria ‘baik’ yang membekalkan pelbagai manfaat kesihatan untuk sistem penghadaman sekiranya diambil dengan secukupnya. 


Trak ini juga akan dikelolai oleh jururawat gastroenterologi dan pakar pemakanan yang akan menyediakan analisis dan nasihat kesihatan sistem penghadaman mengenai cara menjaganya kepada orang ramai. 

Di 30 buah lokasi yang akan dikunjungi, orang ramai akan dapat menjalani saringan kesihatan sistem penghadaman daripada pakar pemakanan, menerima kaunseling dan kit ujian najis daripada jururawat gastroenterologi, dan mempelajari cara untuk kekal cergas daripada perunding kecergasan. 

Selain mempamerkan hasil kajian terkini dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), trak ini juga dilengkapi dengan permainan interaktif mengenai kesihatan sistem penghadaman, sampel produk dan promosi jualan. 


“VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini merupakan inisiatif pendidikan kesihatan sistem penghadaman menggunakan trak bergerak yang pertama seumpamanya bagi mendidik para pengguna melalui cara yang lebih kreatif dan menarik melibatkan mereka. Sebagai peneraju dalam kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN memperkenalkan inisiatif ini bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan probiotik dalam sistem penghadaman yang sihat. Sebagaimana yang disahkan oleh kajian terkini oleh PPUKM, sistem penghadaman yang sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan,” kata Encik Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN. 

“Lebih banyak kajian menunjukkan bahawa sistem penghadaman berfungsi sebagai otak kedua kita. Oleh itu, orang ramai perlu sedar bahawa sistem penghadaman amat penting untuk kesejahteraan keseluruhan dan mengetahui cara menjaganya akan membantu menangani pelbagai masalah kesihatan. Sebagai peneraju kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN bertekad untuk menggalakkan kepentingan sistem penghadaman yang sihat,” tambah Poh. 

“Satu cara mudah untuk memperoleh sistem penghadaman sihat yang boleh meningkatkan imuniti, kejelasan mental dan emosi adalah dengan mengambil probiotik dalam bentuk Lactobacillus acidophilus and Lactobacillus paracasei setiap hari.” 


Hasil penyelidikan klinikal PPUKM yang diketuai oleh Pakar Perunding Gastroenterologi, Profesor Madya Perubatan, Ketua, Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, YM Dr. Raja Affendi Raja Ali – menunjukkan bahawa strain probiotik Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei dalam VITAGEN mempunyai kesan positif ke atas kesihatan sistem penghadaman dan sistem imun kerana kira-kira 70-80% daripada sistem imuniti terletak dalam sistem penghadaman. 

Kajian tersebut menunjukkan bahawa 96% daripada responden mengalami simptom sembelit yang berkurangan manakala 45% daripada responden menghabiskan masa yang lebih singkat dalam tandas. 

Sistem imuniti kita dibentuk untuk menentang serangan virus, bakteria dan mikrob lain tanpa mengganggu tisu yang sihat. Sebanyak 70% daripada pertahanan imuniti kita terletak di dalam sistem penghadaman. 

Apabila kita berasa gembira, 95 peratus daripada Seratonin – bahan kimia yang menyumbang kepada kesihatan emosi, kesejahteraan dan kebahagiaan di antara lain – didapati dalam sistem penghadaman di mana probiotik di sana bertindak sebagai pengutus neuro untuk mencetuskan emosi ‘perasaan gembira’. 

“Kami menantikan lebih banyak penemuan yang dapat mengukuhkan lagi pemahaman bahawa sistem penghadaman amat penting dalam kesejahteraan secara keseluruhannya dan mengetahui cara menjaganya akan membantu mengurangkan banyak masalah kesihatan. Sebagai peneraju kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN akan terus mendidik dan mengingatkan orang ramai untuk menjaga sistem penghadaman mereka supaya dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik,” kata Poh. 



TRAK KEMPEN VITAGEN DIGESTIVE HEALTH ON-WHEELS 

  • Trak bergerak kesihatan sistem penghadaman yang pertama seumpamanya 
  • Saiz Trak: 27’ panjang x 7.5’ lebar x 12’ tinggi 
  • Akan berada di 30 lokasi di seluruh Lembah Klang 
  • Dikelolai jururawat gastroenterologi dan pakar pemakanan 


AKTIVITI UNTUK ORANG RAMAI 

  • Pameran VITAGEN dan Hasil Kajian Penyelidikan PPUKM 
  • Saringan kesihatan penghadaman yang dijalankan oleh jururawat gastroenterologi 
  • Pengedaran Kit Ujian Najis 
  • Nasihat pemakanan dan makanan yang sihat oleh pakar pemakanan 
  • Nasihat kecergasan oleh perunding kecergasan 
  • Cabaran Interaktif mengenai Kesihatan Sistem Penghadaman 
  • Video multimedia mengenai Hasil Penyelidikan VITAGEN oleh PPUKM 
  • Sampel dan jualan produk VITAGEN Kurang Gula 


VITAGEN – Asli, Kurang Gula dan Kolagen 

Semua perisa VITAGEN mengandungi berbilion-bilion kultur hidup dan aktif ‘Lactobacillus acidophilus’ dan ‘Lactobacillus paracasei’ untuk penghadaman lebih baik dan sistem imun yang lebih kuat. 

VITAGEN Asli diperbuat daripada susu berkhasiat dan jus buah sebenar tanpa pengawet untuk perisa buah lazat yang digemari semua. 

VITAGEN Kurang Gula mempunyai kandungan gula lebih rendah, dan dirumuskan khas untuk mereka yang mahu mengurangkan pengambilan gula tetapi masih ingin menikmati pelbagai manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh jenama ini. VITAGEN Kurang Gula telah dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan. 

VITAGEN Kolagen Kurang Gula diperbuat daripada ramuan berkhasiat dengan kultur hidup dan aktif yang sama, tetapi ditambah peptida kolagen kehidupan laut dan prebiotik untuk kulit yang berseri dan kelihatan muda. VITAGEN Kolagen Kurang Gula juga telah dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan. 

Minum VITAGEN setiap hari untuk memberikan badan anda pengambilan seharian bakteria sihat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vitagen.com.my 





Saturday, December 20, 2014

Misteri Telefilem Oh My English - VILLA ISABELLAAA!?

Hi Korang, 

takutnye huhuhuhu

Hari tu team Cik Lily Putih sempat ke preview telefilem istimewa berjudul ‘Oh My English: Villa Isabellaaa!’ di GSC Signature The Gardens. First time masuk kat wayang Signature ni, esklusif sangat wei.


jom masuk ek

Oh My English: Villa Isabellaaa! merupakan telefilem ketiga daripada siri komedi pendidikan popular ini selepas Oh My Ganu! dan Oh My English – Hello America!. Telefilem arahan Shamyl Othman ini merupakan satu karya dengan suntikan elemen misteri dan suspen ke dalam kisah yang berkonsepkan komedi pendidikan. Para peminat siri ini pastinya tidak sabar menantikan kisah pengembaraan baru dan cabaran yang bakal ditempuhi oleh watak-watak OME! kegemaran mereka dalam merungkai tragedi misteri yang menimpa. 

para pelakon oh my english-villa isabellaaa

juzzthin dan nina AF2014 menyanyikan lagu tema



Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) akan menyertai para pelajar kelas 4 Merah iaitu Jibam (Akhmal Nazri), Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin) dan Mazlee (Zhafir Muzani) dalam menempuhi cabaran baru bersama Sarjan bin Mejar (Rahim Jalur) dan Cikgu Bedah (Sherry Al Hadad) yang pasti akan membuat anda tidak kering gusi dengan telatah mereka. Selain itu, telefilem kali ini bakal menampilkan pelakon wanita berkaliber iaitu Emelda Rosemila yang akan membawa watak sebagai seorang wanita misteri bernama Puan Tiana. Terdapat juga penampilan istimewa daripada Izzue Islam, Sara Ali dan Atu dari kumpulan Zero.



Kisah Oh My English: Villa Isabellaaa! bermula di mana para pelajar kelas 4 Merah dan Mr. Henry Middleton berhasrat untuk melawat See Yew Soon selepas berita pemergian mendadak See Yew Soon ke Singapura di dalam episod kemuncak Musim ke-3. Atas dasar semangat setia kawan, Mr. Henry Middleton bersama Jibam, Jojie, Zack dan Mazlee serta ditemani Cikgu Bedah, Aiman dan Sarjan bin Mejar membuat keputusan untuk melawat See Yew Soon. Mereka kemudiannya memulakan perjalanan dengan menaiki sebuah van. Malang menimpa apabila van yang mereka naiki pancit dan mereka terkandas di kawasan yang asing.



Lantas, mereka menyelusuri hutan dan menempuh perjalanan yang jauh untuk mencari bantuan, tetapi gagal. Sebaliknya mereka menemui Villa Isabella, sebuah rumah terpinggir yang dihuni sendirian oleh Puan Tiana, seorang wanita misteri yang sering berpakaian merah. Puan Tiana menjemput mereka menginap di rumahnya pada malam tersebut. Namun, pelbagai persoalan timbul tatkala beberapa kejadian aneh berlaku pada mereka. 

Keberanian mengajar Jojie erti persangkaan. Dia mahu mencari kebenaran. Dia membongkar pelbagai petunjuk membuktikan Puan Tiana tidak seperti yang dijangkakan. Akhirnya rahsia yang tersembunyi di Villa Isabella muncul sedikit demi sedikit menyebabkan rakan-rakannya sudah mula mempercayainya Jojie dan syak wasangkanya.


Sharifah Noraidah, Penolong Naib Presiden Saluran Astro TVIQ berkata, “Kami di Astro sentiasa mengambil kira pandangan dan pendapat daripada para peminat yang telah mengikuti siri rancangan Oh My English! dan rata-ratanya memberikan sokongan positif menonton rancangan ini. Kami berterima kasih atas penerimaan siri pendidikan komedi ini dan gembira siri ini telah menambat hati mereka. Maka dengan itu, seusai tamat siri Oh My English! Musim Ketiga, kami tampilkan telefilem istimewa khas buat para peminat, Oh My English: Villa Isabellaaa!.



Oh My English: Villa Isabellaaa! ini sekali lagi telah ditaja oleh Vitagen, iaitu minuman susu kultur sebenar nombor 1 di Malaysia yang padat dengan kultur Lactobacillus (Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei) bagi membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan merangsang sistem imunisasi yang lebih kuat. 

Astro TVIQ, saluran 610 juga akan mengadakan marathon selama dua hari pada 26 Disember dan 27 Disember, dari 10 pagi hingga 10 malam, di mana para penonton Oh My English! boleh berinteraksi secara langsung menerusi Twitter sambil menyaksikan kembali telefilem Oh My Ganu dan Hello America serta episod-episod terbaik Oh My English! dari musim 1 hingga 3. Twitter terpilih akan disiar secara langsung di televisyen. 


Penonton Oh My English! boleh juga berinteraksi melalui laman sosial seperti Facebook (Oh My English), Twitter (@Oh_My_English), YouTube (Oh My English!) dan Instagram (@ohmyenglish). Peminat Oh My English: Villa Isabellaaa! dijemput untuk menyertai perbualan menggunakan hashtag #OhMyEnglish dan #VillaIsabellaaa untuk mendapatkan klu mengenai villa misteri ini sambil memberi peluang kepada mereka untuk mendekati cerita ini sebelum tayangan perdana di televisyen. 

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton telefilem Oh My English: Villa Isabellaaa! yang akan disiarkan pada 27 Disember 2014, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135). 

Layari laman rasmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.


Monday, December 5, 2011

Vitagen Punya Angkara

Hi Korang,

Mr Big dengan baik hatinya telah bekalkan aku Vitagen 2 botol dan sebantal roti chocolate gardenia untuk jadi bekalan aku on the way balik Penang pagi nie. Ermm kalau dah tersayang yang bekalkan siap bubuk dalam beg bekal kan of course aku bedal walaupun aku jarang minum air cuci perut pepagi buat breakfast kan.


Hah, apa lagi belum sampai Toll Rawang aku dah abiskan sebotol Vitagen tu dengan 2 kali sedut termasuk 3 keping roti chocolate tu kan. Hah ko tak sampai 10 minit, perut dah bagi signal kurang baik. Aduiyai in between Sabak Bernam nak sampai Behrang ni tak de R n R plak. Kena la bertahan semahu mungkin. 

Nampak je R n R kecik tuh, terus je aku masuk tanpa fikir panjang. Yelah perut dah sakit kan. Mati enjin, turun kereta terus berlari. Nasib baik tak berapa ramai orang sangat kat toilet pompuan ni. Terus lakukan apa yang di plan tadi. Tak sampai 10 minit lega rasanya. Rehat kejap then sambung journey. 

La belum sampai Tapah lagi, perut buat hal lagi. Berhenti lagi kat petrol station kan. Settle kan apa yang patut. Ishkk teruk betul lah. Rasanya nak sampai Toll Juru ni dekat 8 kali aku stop buang air kan. 

Sampai site, aku tepon Mr Big ngadu dengan dia pasal hal nie. Dia boleh cakap apa, I dah letak minyak senyonyong dalam Vitagen tu, jangan kasi orang2 Penang mengurat U. Terus aku tergelak2 tak jadi nak marah dia. 

Itu lah kalau tak leh minum jangan minum kan. Huhuhuhuhu...

P/S : Nak tengok Ombak Rindu sekali lagi lah... Gurney Plaza? malam nie.. ermm fikir jap lah..