Showing posts with label tropicana city mall. Show all posts
Showing posts with label tropicana city mall. Show all posts

Wednesday, November 22, 2017

GSC Media Appreciation Night 2017 di Tropicana City Mall

Hi Korang,

Akak lily kalau ada kelapangan memang layan jugak media invite tengok wayang filem baru ni lebih-lebih kalau GSC yang anjurkan. Eh kenalah bagi support sket, lagipun tengok wayang kan dapat mereleasekan tension


So last week merupakan Media Appreciation Night 2017 anjuran GSC yang bertempat di Tropicana City Mall, nasib baik buat lepas kerja so berdezup je kak lily sampai kat Tropicana dalam pukul 6.30 petang.

Apa-apa pun sebelum event start, kita makan dulu yeah


Kemain panjang menunya bersusun je, Tak tau apa nak makan so amik je semua sket-sket portion udah, janji rasa ek. Kemudian tuh duk borak jelah sebab lama tak jumpa kengkawan lama ni kan.

Let’s masuk panggung..

Kenapa pulak bebudak ni nak duduk atas sekali wei, penat nak naik oi. Kemain bising lagi kami-kami semua bila kat atas ni, buat kecoh bebenau hahahahha

Acara dimulakan dengan ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif GCS, Ms. Koh Mei Lee mengalu-alukan kedatangan para media dan berterima kasih dengan segala sokongan dari kami. Menurut Ms. Koh, GSC telah membuka satu lagi pawagam mereka di Melawati Mall menjadikan ia lokasi ke 35 di Malaysia. GSC juga akan berkembang ke luar Malaysia dan akan membuka pawagam mereka di Vietnam. 


Selain dari itu, GSC juga telah memenangi beberapa anugerah berprestij dalam industri hiburan, antaranya:

Gold Award (Entertainment CAtegory) in Putra Brand Awards 2016

Exhibitor of the Year Award at CineAsia 2016

Gold Award (Entertainment Category) in Putra Brand Awards 2015

Gold Award (Entertainment Category) in Putra Brand Awards 2014

Silver Award (Media & Entertainment Category) in Putra Brand Awards 2013

Silver Award (Entertainment Category) in Putra Brand Awards 2012

Sempena Ulangtahun ke-30 GSC, penonton GSC berpeluang memenangi sebuah Nissan X-Trail 2.5. Untuk maklumat lanjut, layari ticket2drive.gsc.com.my. Peraduan ini bermula 4 Oktober sehingga 31 Disember 2017. 


Event diteruskan dengan En. Tung Yow Kong, Pengurus Besar GSCM, menceritakan filem-filem yang telah diatur untuk penonton setia GSC. Beberapa preview filem ditayangkan dan semuanya menarik-menarik belaka tau so ada dari genre filem aksi, komedi, anime, cinta, kisah benar dan banyak lagi.

Dan tiba lah masa yand ditunggu-tunggu, cabutan bertuah untuk hadiah-hadiah seperti GoPro, Huawei P10, Apple TV, Sony PS4, Mi Band, Bluetooth speaker dan tiket wayang. Of courselah kak lily tak dapat apa-apa pun hahaha alah tak perlah janji dapat jumpa kengkawan pun cukup lah kan.

Ok its movie time..

Marilah kita menonton filem Justice League. Kisah superhero ni tau..


Sinopsis Mengenai Film Justice League 2017


Film aksi barat berjudul “Justice League” ini merupakan film yang bercerita tentang aksi dari beberapa superhero. Kerana untuk rasa kemanusiaan sekaligus terinspirasi akan aksi tanpa dari Superman ( Henry Cavill ) melawan kejahatan, maka Batman ( Bruce Wayne ) mencoba untuk mengajak beberapa superhero lainnya untuk bersekutu dan berkumpul yang di antaranya Wonder Woman ( Gal Gadot ), Aquaman ( Jason Momoa ), Cyborg ( Ray Fisher ) dan The Flash ( Ezra Miller ) untuk menghadapi berbagai musuh dan kejahatan besar serta menyelamatkan Bumi dari berbagai ancaman bencana.


Nak kena citer ke?

Ermm tak perlah korang tengoklah citer ni kat wayang ek hehehhee

Sekali sekala chillax tengok wayang citer baru-baru ni best jugak ek, nak lagi best tengok dengan kengkawan riuh rendah dibuatnya tau.







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, October 19, 2012

FUN-5-STIX Yang Simple Lagi Sihat @ Kenny Rogers

Hi Korang,


Ayam bakar? Ayam panggang? Ok gak lah, not bad. Cuba makan untuk elakkan  yang bergoreng punya. Jaga kesihatan beb, takut muda-muda ni dah ada penyakit kronik.



Sebab tulah ktorg  pi makan KRR’s Fun-5-Stix ni hari tu kan Kenny Rogers Roasters di Tropicana City Mall. Punyalah jauh macam kat Bangi ni tak de KKR, alah orang invite la so pergi lah dengan bawak perut yang kosong berkeriuk tuh.


KRR’s Fun-5-Stix ni merupakan gabungan bebola daging ayam, ketulan ayam dan sayur-sayuran yang berkhasiat hebat dan di lengkapi dengan sos Kenny BBQ salai yang glamer tuh


Untuk hidangan ala-carte, dish di datangkan dengan 5 batang skewers yang di cucuk dengan semua bahan-bahan tadi yang berharga RM12.50++. Nampak cam sket je, but cepat kenyang oo. Boleh share dengan orang lain.


Kalau tak cukup gak, korang boleh order yang Fun-5-Stix Full meal yang lengkap dengan 3 side dishes dan Kenny punya home-made muffin yang sedap tuh. Harga lebih kurang RM18.50++

Ok kan. Memang pun sedap..


Kalau order Fun-5-Stix ni tak lengkap rasanya kalau tak cuba sekali minuman frosty dan menyegarkan kat sini. The Minty Berry Frost sangat menyelerakan yang di datangkan dengan perisa creamy strawberry  dan coklat mint.




Ada whipped cream plak kat atas tu lagilah syiok oo.  Alah bukanlah mahal mana pun sekadar RM11.90++ je secawan. Berbaloi harga dan rasanya aku rasa.

Sempana dengan pelancaran Fun-5-Stix ni, korang boleh join contest KRR’s ‘Fanta-Stix’ ‘Arti-Stix’ Challenge.

Senang je, meh sini aku citer sket.

  1. Ambil 5 batang skewers yang korang dah abis makan tadi dan create satu artwork dari idea korang sendiri. Alah je apa-apa bookmarks ke, kompas ke, arrow ke kan ikut suka korang
  2. Ambil gambar hasil kerja seni korang tuh
  3. Uploadkan di KRR’s Facebook page.

Itu je, tak yah nak suruh orang LIKE pun coz ada judges yang akan pilih hasil kreativiti korang tuh. Hadiahnya terbaek oo boleh menang KRR meal vouchers bernilai RM900 semua sekali. 3 pemenang akan dipilih secara mingguan dari 24hb September hingga 4hb November 2012.




Tengok ni bersungguh-sungguh aku dengan Mr Big nak siapkan masterpiece ktorg  dalam masa 10 minit je.

Kreatif sungguh diorg nie

Ade ke buat bookmarks, pemalas punye aku la kan

Mr Big buat kompas je, senanG

Inilah hasilnya, memacam benda yang keluar dalam masa 10 minit tau. Kelakar sangat time tuh gaduh-gaduh rebut gunting, pen, gam semualah.


Ok terima kasih to Kenny Rogers Roaster yang sudi jemput ktorg berdua mencuba Fun-5-Stix ni. Memang amat sesuai untuk mereka yang nak diet dan mementingkan kesihatan

Nak tau lagi pasal contest ni boleh hubungi 03-2119 9888 atau layari www.krr.com.my . Like KRR kat Facebook at www.facebook.com/KRR.My tau.


Monday, July 23, 2012

Guardian Customers' Choice Awards 2012

Hi Korang,

Aku dapat jemputan sebagai media dari pihak Guardian ke majlis yang hebat ni. Guardian Customers' Choice Awards 2012 ini di adakan di Studio Lounge Tropicana City Mall minggu lepas. 


Rupanya ini kali ke 12 pihak Guardian mengadakan event sebegini yang bertujuan untuk mengenalpasti produk yang manakah menjadi pilihan para pelanggan Guardian di seluruh negara. Para pemenang di pilih berdasarkan 'Vote and Win' contest yang telah pun di adakan pada 2hb - 30hb April 2012. Untuk tahun ini, respon yang diterima dari para pelanggan telah menjangkau hingga ke 10,000 penyertaan.


'Pemilihan ini berdasarkan penilaian dari para pelanggan kami. Ini sangat penting bagi kami untuk kepuasan pelanggan kerana mereka ini yang lebih mahir dan arif dalam produk yang mereka gunakan' kata Ms Soon Ai Lan General Manager, Merchandising semasa merasmikan majlis tersebut.


Sebanyak 90 kategori telah pun di berikan awards dari 354 produk yang bertanding termasuklah produk rambut, penjagaan muka, kesihatan, kecantikan dan pelbagai lagi. Kat bawah ni merupakan di antara brand yang mendapat tempat di hati para pelanggan Guardian ye













































Itulah dia, aku pun dapat agak gak brand-brand ini menepati citarasa pengguna kan. Yelah kalau produk dah bagus dah tentu para pelanggan akan beli kan 


Pihak Guardian juga telah memilih para pelanggan yang berjaya meneka Guardian Customers' Choice Award ini. Mereka membawa pulang pelbagai jenis hadiah dari Guardian dan juga penginapan percuma di Mandarian Oriental Hotel, Kuala Lumpur.


Produk yang menjadi pilihan para pelanggan Guardian yang di menangi oleh L'Oreal. Tahniah di ucapkan. Tengoklah award yang di menangi banyak kan.



Terima kasih di ucapkan kepada Heidi dan Adeline dari pihak Guardian yang sudi menjemput aku sebadai media di majlis yang prestig ni. Hopefully lepas ni kita boleh berkoloborasi sekali lagi ye.

Cantik kan Xandria  (DJ Capital FM)

CLP notes : Seronok get together dengan mereka-mereka yang terlibat dengan produk kegemaran masyarakat ye. At least can share some thoughts about their product kan.