Showing posts with label trip to hatyai. Show all posts
Showing posts with label trip to hatyai. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Bercuti Di Hatyai - Terleka Sebentar

Hi Korang,


Macam mana lah, aku boleh terlupa nak post entry hatyai nie ek? Padahal dah lama duk kat draft section je.

Actually cuti nie, di plan lama gak lah. lebih kurang 2 bulan camtu. Family mrBig yang ajak. So ktorg siapkan duit hotel dan duit enjoy. Duit tambang keretapi mama belanja, hadiah untuk harijadi semua orang tahun nie.


Pengalaman naik keretapi? Haruslah bestlah. Lagipun dah lama x naik. Last naik 2 tahun lepas masa ktorg berdua pi langkawi. Disebabkan journey nie 12-14 jam, haruslah amik yang katil punya so tidurlah sepuas hati. Hampir di setiap station ktorg turun bergambo. Lepas gian la kejap.

Day 1


So sampai pagi Jumaat tu, terus pi hotel. Check in dah mandi2 sambil tido sekejap. So 1st day tu, petang ktorg ke floating market dulu. So satu tuk-tuk tu boleh naik 6 orang. Boleh tahan jauh jugaklah. Return trip dalam 400Bhat (RM40 je). Tempat tu actually macam bazaar tapi majoriti jual makanan thai. Yang best tu, si penjual duk atas sampan yang si pembeli di kat pinggir sungai. Then transactions kat tepi sungai tulah. Meriah memang meriah, sebab makanannya sedap2 dah murah2 plak tu.

Kat sinilah, duit banyak abis tau.

Malam plak, driver tuk-tuk ktorg Che Asan, bawak ktorg ke bazaar pakaian. Aku sendiri tak tau kat mane. Yang penting, bazaar tu sempit dan ramai orang dan jual memacam pakaian. Dari baju sampai ke accesories lah. Tak kira lelaki pompuan, semua jenis pun ada. Kat sini, tak sempat nak amik gambo coz stuffy sangat. Memang betul2 sempitlah.

Tuk-tuk yang comel dan laju tau.

Day 2
So satu hari ktorg ke bazaar yang terbesar di Hatyai nie. Nama tempat? langsung aku tak tau. Memang besar dan bertingkat2 dan berblock2. Kat sinilah duit aku banyak abis. Beli t-shirt langsung tak ingat. Sebab murah sangat. Makan kat sini pun murah dan sedap gak. Memang tomyam diorg tak sama langsung dengan tomyam kite. Betul kata Abg Khairul, klu dah rasa tomyam Thailand memang tak lalu lah makan tomyam Malaysia. Balik dari bazaar, lepak2 dalam bilik sambil tidor baring kejap.

Shopping Tak Ingat!

Makan-makan

Malam plak, ktorg abiskan masa lepak2 depan Lee Garden area. Kira tempat tu, ibu entertaiment Hatyai lah. Nak urut badan, nak urut kaki, cuci rambut, rebonding, makan2, shopping2 pendek kata semua kat situ lah.

Day 3
Hari terakhir ktorg kat sini. Bangun pepagi tu, mandi2 trus keluar. Pi shopping lagi. Abiskan duit bhat yang dah tinggal sket tu. Dah penat2 shopping, singgah makan kat Hameed Restaurant. Satu2nya kedai thai yang ramai orang melayu makan kat sini. Hah, apa lagi bedal, bedal dan bedal lah. Ayam gajus dia memang sedaplah.

Bag yang dah beranak-pinak

So balik hotel, packing2 barang then trus check out. Hujan dan mula mencurah2 lebat nie. Nak tak nak berhujan lah ke stesyen keretapi. Tepat kul 5 time Malaysia, keretapi pun bertolak. Rasa melayang2 duk dari Hatyai ke Padang Besar. Hujan memang lebat, siap dengan angin yang terlampau kuat lah. Bila merentasi area Kedah, sawah padi dah ditengelami air dah. Hujan makin lebat.

Ermm hasilnya...

Apa yang pasti, trip ke Hatyai nie memang best. Sebab dengan sesuka hatinya aku mengabiskan duit tanpa fikir panjang (maklumlah dah kumpul duit banyak before trip nie). Orang2 di Hatyai sangat peramah dan mudah mesra. Nak makan pun senang dan shopping lagilah best.