Showing posts with label trend. Show all posts
Showing posts with label trend. Show all posts

Wednesday, August 5, 2015

Kasut STEVE MADDEN Bakal Jadi Pilihan Saya

Hi Korang,


Kalau bab shopping kemain terbeliak mata memasing kan

Kali ni aku nak citer pasal Steve Madden. Alah fashionista mesti kenallah dengan jenama ni kan


Steve Madden adalah sebuah jenama fesyen antarabangsa yang cukup dikenali terutamanya popularitinya dapat diukur dengan penerimaan terhadap koleksi kasutnya yang dipasarkan ke seluruh dunia!




Jenama ini tidak pernah gagal dalam menghasilkan koleksi kasut wanita terkini Steve Madden dengan pilihan yang cukup meluas. Mereka juga sentiasa memastikan produk mereka menepati cita rasa dan kehendak pelanggan yang mahukan kasut terdiri daripada trend fesyen terkini yang sedang hangat dalam pasaran. Sentiasa memahami permintaan pelanggan itulah yang membuatkan Steve Madden terus mengumpul kelompok peminatnya tersendiri yang sentiasa menantikan koleksi kasut wanita terbaru daripada mereka. Kasut tumit tinggi Steve Madden menjadi pilihan ramai kerana rekaannya yang eksklusif merupakan pilihan terbaik untuk gaya urban seperti high street fashion style.


Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa Steve Madden adalah antara jenama kasut Amerika yang paling berjaya dan diraikan sebagai mogul fesyen moden abad ke-21. Sejak dua dekad yang lalu, Madden bertangguungjawab mereka dan memasarkan kasut mereka yang menjadi kegemaran ramai ke seluruh dunia. Pereka Steve Madden mempunyai visi yang jelas yang mana mahu memberikan wanita muda yang gemarkan fesyen untuk mempunyai cara yang unik menonjolkan cita rasa dan personaliti mereka melalui stail. Visi yang bijak inilah menjadi pendorong untuk mereka mendapatkan jutaan pelanggan dan membawa rekaan yang hebat di pentas fesyen dunia. 


Kini Steve Madden Malaysia telah menjadi antara jenama fesyen paling digemari dalam kalangan pencinta fesyen di Malaysia terutamanya wanita. Ianya adalah satu jenama yang sentiasa berada dalam senarai kegemaran setiap fashionista di Malaysia. Anda boleh dapatkan kasut wanita Steve Madden dan beg mereka untuk kelihatan bergaya sepanjang masa!

So camne, korang pun agak-agak teruja tak? kalau ye, meh check it out di website STEVE MADDEN ni ek


Thursday, January 17, 2013

JELLY BUNNY, Kasut Plastik Saya


Hi Korang,

Agaknya dah trend kot, kalau menda-menda yang comel lagi sweet ni memang akan cepat tersebar, memang VIRAL sungguh.

Aku pun sama gak.


Merengek dengan Mr Big tak pasal-pasal selagi tak dapat kasut plastic yang nampak cam jelly ni. So hari tuh rasanya bulan lepas kot dengan nak tak naknya, Mr Big pergi jugak KLCC setelah dah kena paksa kan. Time ktorg sampai depan kedai ni,orang tak berapa ramai sangat so boleh lah lepak lelama sket pilih yang mana berkenan.


Kalau tengok dari luar kedai, memang nampak cam jelly warna-warni yang macam nak makan je. Diorg ni plak gantung kasut ni semua ikut colour code so cam cantik gituh la.

Ok tengok-tengok yang bergantung ni, cantik kan.



Dah tengok design mana yang nak? Ok cuba time. Testnya semua kasut yang ada kat sini, ikut kesesuaian dan warna kegemaran korang lah. Semua aku test, biru, merah, grey, coco asal ado nama nya.




Dah pilih-pilih, ok fashion show time depan Mr Big, so nanti dia judge yang mana sesuai atau tidak. 3-4 kali gak aku bertukar kasut sebab kaki tak sesuai dengan si Jelly Bunny ni.

my real jelly bunny

Dah dapat idaman hati, terus je bayar. La murah rupanya RM29 je. Aku cam tak percaya sebenarnya siap tanya cashier tu betul ke tak dan rupanya ye.


Yeah ! dapat jugak kasut plastik idaman hati. So boleh lah melaram sepuasnya tapi jangan sampai kena kejar lembu dah ler.


Merah sangatlah mak ngah!