Showing posts with label trailler nur kasih. Show all posts
Showing posts with label trailler nur kasih. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Review : Nur Kasih The Movie

Hi Korang,

Ramai betul bloggers pun review pasal filem Nur Kasih ni kan, aku pun tak nak ketinggalan jugak lah.


Memula meh baca dulu sinopsis Nur Kasih The Movie nie:

Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.


Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur? Jangan Lupa saksikan tayangan Nur Kasih The Movie pada 19 Mei 2011. Saksikan juga lakonan comel Mia Sara sebagai anak Aidil dan Alia.

Nie pulak pandangan aku :

Menarik sesangat. Lokasi penggambaraan tu yang buat aku teringin sangat nak tengok citer nie. Sawah padi kat Tanjung Karang tu memang cantik dengan angin sepoi2 bertiup kan dan kat di Jordan plak totally cantik sangat macam dalam lukisan lah kata Nur Amina. Tapi time keretapi meletup tu terperanjat lah aku kejap kan.

Bab-bab romantik antara Adam dengan Nur Amina tu memang kaw-kaw lah. Memang best giler lah. Ada jugak bab sedih2 but aku still ok lagi tak de lah nak nangis2 sangat kan. Susah nak dapat cinta yang cam nie lah. Berjaya jugak aku tengok pengabisan kisah Nur Kasih nie kan. Mintak2 jangan ada lah Nur Kasih The Movie 2. Letih lah nak ingat balik kan.

Majoriti yang penuhkan panggung untuk citer ni semuanya pompuan lah kan. Kalau ada lelaki tu mesti datang dengan awek diorg lah kan yang datang dengan family pun ada.


Rating aku nak bagi : 4/5 lah.. Not bad.

Cuma aku nak komen sket, Adam masa tua tuh biarlah yang macho sket macam Jalaluddin Hassan ke Ahmad Tarmimi ke kan.. baru lah best sket..