Showing posts with label top malay lifestyle blogger. Show all posts
Showing posts with label top malay lifestyle blogger. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

FIZO OMAR & Pameran Julie ‘The Best Of You’ Movement

Hi Korang,

Ini kira first time aku hadiri kempen bersama Julie’s, alah pengeluar biskut tu kan.


‘The Best Of You’ Movement telah dilancarkan oleh Julie's, pengeluar biskut yang terkenal, di Malaysia dan Singapura pada 1Jun2014. Ia adalah satu pergerakan kesedaran sosial untuk meraikan wira setiap hari.


Tujuan kempen ini adalah untuk memberi inspirasi kepada masyarakat yang memberi sokongan kepada pencapaian dan detikpenting setiap hari tanpa mengira betapa besar atau kecil sumbangan tersebut.

Kempen ini menggesa orang ramai mengemukakan dan berkongsi karya peribadi yang memberi mereka inspirasi dari segiindividu, perkara menarik atau pengalaman yang telah menampilkan yang terbaik dalam diri mereka melalui Iaman web www.thebestofyou.my.

Para peserta digalak agar mengemukakan sumbangan menerusi pelbagai pendekatan kreatif termasuk menulis, seni dan rekabentuk, fotografi atau filem dan muzik. Kira-kira 1,000 penyertaan ‘The Best Of You’ Movement telah dimuat naik oleh peserta dariMalaysia dan Singapura.

Penyertaan mereka diberi pengiktirafan dalam Pameran ‘The Best Of You’ yang telah pun diadakan di The Curve, Petaling Jaya, dari 28 Oktober hingga 2 November 2014 minggu lepas.


Untuk mempengaruhi atau menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam acara ini, para "influencer" atau jurucakap berpengaruh akan menerajui cerita terbaik melalui Facebook.


Para 'influencer' termasuk pelakon Fizo Omar, hos TV Owen Yap, juara dunia harmonika Aiden dan Evelyn, jurugambar profesionalterkenal Faizal Tan Sri Mustafa, DJ radio Sophia Chin, penyanyi Peggy Lai beserta penglibatan daripada tiga kolej swasta .


lnstitut termasuk Kolej Era Baru, Kolej One World Hanxing dan Akademi Kulinari Cilantro juga melibatkan kerjasama Persatuan FotoWartawan Malaysia, Persatuan Rumah Caring Kajang dan House of Hope and Light.


"Kebanyakan tindakan yang tampaknya kecil dan pencapaian dalam kehidupan kita yang sering diabaikan serta dilupakansebenarnya mempunyai impak besar," kata Sai. 

"Kesemua ini mewakili usaha terbaik kami dan berasal dari cinta yang kita ada untuk kehidupan. Kita semua sepatutnya meluangkan masa untuk menghargai usaha dan prestasi dalam diri kita sendiri dan oranglain."


Mehlah kita tengok beberapa karya hasil mereka-mereka yang terpilih di ‘The Best Of You’ Movement ni.














Memang menarik karya-karya dan cerita yang di pertandingkan. Kalau aku jadi judge, rasanya semua aku nak bagi hadiah kan..

Anyway, thank you Julie's for the invite!



Monday, May 12, 2014

Blog CikLilyPutih.Com Terpapar Di Harian Metro


Hi Korang,

Nasib baik blogger Yana Yassin yang TAG aku di Facebook pasal ni, kalau tak ermm langsung tak tahu menahu pun. Jarang beli suratkhabar coz baca news online je nowdays.

Ermm ayat poyo melampau sungguh

Akhirnya setelah bertahun-tahun berblogging ni, dapat jugaklah di muatkan di dalam ruangan Majalah M Harian Metro ni.


Peluang ni terbuka bila one of the journalist di Harian Metro ni call untuk interview bulan March hari tuh. Dia dapat no aku dari event Simplot masak-masak dulu. Lama dah tuh, cuma aku je tak de masa nak pi jumpa.

Apa yang di cerita dalam slot tuh ?

Alah more details pasal blog Cik Lily Putih, apa yang ditulis, pengalaman menjadi blogger, pasal background tuan punya blog. Hah itu je..

Tapi ramai yang duk komen pasal ada satu gambar sebelah bawah artikel ni. Aku purposely mintak journalist tu letak gambar ktorang beramai-ramai dengan YB KJ. Seronoklah diorang, dapat masuk news sekali.

Hopefully perkara-perkara sebegini dapat menguatkan lagi semangat untuk berblogging ek.

Sempena dengan berita baik ni, aku akan adakan GIVEAWAY tak lama lagi. So adelah rezeki untuk korang kan. Nanti entry GIVEAWAY CANTIK dalam minggu ni ek

p/s : mintak tolong food blogger belikan suratkhabar coz kat kedai mamak bawah opis ni dah abis plak.



Thursday, February 27, 2014

Otak Saya Penat


Hi Korang,

Aku belum mampu menulis untuk mengeluarkan idea-idea bernas lagi.

Kalau korang perasan entry aku dalam minggu ni dan minggu lepas semua pendek-pendek belaka. Kalau yang panjang-panjang tu ada advertorial gamaknya. 

Sebab terlampau banyak menda yang terjadi dalam 2 minggu ni.

Baik kerja hakiki, kerja blogging, kerja rumah, kerja dengan family dan memacam lagi lah. Straight non stop bekerja dari pagi sampai ke pagi balik dah ni.

Jawabnya


Inilah dia, bila ada time tidur kejap untuk kurangkan kadar kepenatan otak aku.

Memang letih wei.

I need a break!

Korang, tolong baru idea untuk rehatkan otak ni...


Wednesday, February 5, 2014

Makan Ayam Di Restoran TEXAS Chicken

Hi Korang,

Actually aku dah banyak kali pi makan kat restoran Texas Chicken ni.

Dah 3 branch aku pi makan, masa first time kat Mines sebab dekat dengan office. Time tuh, nak pi beli barang pantry office nampak kedai ni kat sebelah Giant then terus masuk. 2nd time kat Sunway Piramid, masa tu tengah survey BBQ set, nampak je restoran ni terus ajak Mr Big singgah makan. Now, last week aku pi makan kat Kajang branch lepas pi bayar hutang kat bank sebelah jalan restoran ni. 

So dah ada 3 experience makan kat Texas Chicken ni, ermm tapi ordernya sama je gak. 


Menu 3 pcs chicken untuk Mr Big


Tex sampler untuk Cik Lily tersayang hahahahahaha..

Itu jelah yang ktorang suka makan, malas nak order yang lain. Lagipun ayamnya ranggup, kurang berminyak and still ada rasa cam fresh-fresh gitu. Korang kalau kaki makan, memang taulah apa yang aku cakap ni kan.


Side dishnya like mashed potato dan coleslow pun not bad gak tau, infact Mr Big lagi berkenan daripada KFC punye. Aku semua makan, sebab sedap. So tak de nak complaint at all.


Friesnya garing dan tebal sket, order yang panas-panas punye so sedaplah makan. Ni order yang kedua, yang first tadi dah abis sental.

Sebab tu 4-5 kali datang ke restoran Texas Chicken ni makan. Tak kiralah dinner ke, lunch ke even petang-petang pun datang makan kat sini.

Tambahan plak airnya boleh refill sesuka hati ko, nak campur-campur pun boleh. Asal jangan pening sudah. 

Oh ye, food blogger Hazman ada cakap dengan aku hari tuh yang mesin air kat Kajang branch rosak kan. Ye memang betul bro, still rosak lagi. Aku tekan ice lemon tea keluarnya air kosong. hahahhahaha

Dah cakap dengan budak waiter kat situ, memang betul pun mesin tu rosak walaupun dah betul banyak kali, nak kena tunggu yang baru datang katanya..

So Texas Chicken Kajang, sila betulkan mesin air anda. Kalau tak, aku pi makan kan Mines punya branch jelah.


Anyway, 
Selamat Makan Korang...