Showing posts with label tips rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label tips rumah tangga. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

SABAR Itu Perlu Bagi Setiap Rumah Tangga

Hi Korang,


Terpanggil plak untuk aku bercerita pasal rumahtangga ni.

Alah sekali sekali kongsi citer apa salahnya bukan sampai ke cerita dalam kain pun.


Rasanya dah lebih 5 tahun ktorang kawin, serius aku kekadang confius dengan tarikh anniversary kahwin ni. Yelah kawan je dekat 6 tahun, then kawin dekat nak 5 tahun so maknanya dah 10 tahun lebih aku kenal Mr Big ni.

Ramai gak orang ingat ktorang berdua ni tak macam husband and wife but more to girlfriend and boyfriend punya relationship. Yelah kemana je berdua, perangai pun gila-gila sentiasa nampak happy go lucky je.


Sepanjang 10 tahun lebih ni dah memacam yang ktorang tempuh bersama. Dari sesenang perkara sampai ke susah benda yang dah di lalui.

So SABAR memang memainkan peranan yang penting di dalam sesuatu hubungan especially dalam rumahtangga.

Masa memula kawin dulu, semuanya tak cukup. Yelah orang kata baru mula nak hidupkan. Nak settlekan hal rumah, duit makan, kerja lagi, aik macam-macam. Tapi Mr Big kata SABAR, kita boleh semua slow-slow ye. Kemudian secara perlahan-lahan ktorang overcome the problem. 

Syukur.

Sekarang ni, pasal kes anak plak. Ktorang senantiasa berusaha untuk mendapatkan anak. Dah bermacam tempat pi berubat, but still belum ada rezeki. So berSABARlah. Lepas tuh plak, nak menghadapi orang-orang sekeliling yang over friendly sibuk bertanyakan pasal anak ni satu hal jugak.

Kalau tak SABAR rasanya memacam boleh jadi dibuatnya.

Memang ada pelbagai tips rumah tangga seperti jujur, saling mempercayai, kena ada sefahaman, terima seadanya tapi bagi aku KESABARAN itulah kuncinya.

Ni aku letakkan sedikit tips rumahtangga yang aku rasakan kelakar tapi ada kebenaran di sebaliknya.

1. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


2. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami

3. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


Betulkan apa yang aku tulis ni.


Cuba renungkan

Sebenarnya bukan apa pun aku tulis cerita ni, is actually untuk entry balasan ‘Artikel Suami Isteri Bukan Untuk DiMiliki’ oleh Bro Denaihati dari www.denaihati.com

Hopefully entry ni dapat di jadikan panduan oleh semua suami isteri ye.

credit pics : www.GooGle.com

Friday, July 5, 2013

Penghilang STRESS Di Pagi Jumaat

Hi Korang,

Dah nak weekend ni, apa lagi yang korang tu tension. Taulah kerja menimbum kan but still kita kena chill out, betul tak?

Of course la betul

So meh aku citer salah satu penyembuh STRESS di kala korang tak de mood manjang tu kan.

Ini dia HUG or Pelukan Mesra.




Bagi aku, ianya memang amat release tension sebab once kita hugging orang yang kita sayang tu secara automatiknya stress tu akan hilang. Kira macam orang tu sedut stress kita tu kan.

Tak semestinya hubby or wife yang korang boleh HUG, kengkawan pun boleh, mak tersayang, adik beradik kan tapi janganlah sesuka nak peluk orang yang bukan muhrim korang plak.

Haram ye, Allah nampak apa yang korang buat tau..


Anyway,

Salam Jumaat & Happy Weekend Korang!








Friday, February 22, 2013

Ilmu Penunduk Suami

Hi Korang,

Klass tak tajuk entry aku ni

Mesti berlumba-lumba korang click kan, harusla ilmu tuh siapa yang tak nak rugi oooo

Alah bukan ada apa-apa la, cuma Ustaz Azhar Idrus yang bagi pesanan ni.




Aku terjumpa di google tadi, trus je nak share kat korang yang berstatus WIFE yang HOT kan. ehehehe

Bagus kan pesanan ni, boleh la kite sesame praktiskan.

Anyway,

Selamat Hari Jumaat...